SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Manchester United terus gagah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Manchester United terus gagah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Manchester United terus gagah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
fizul03
REGULAR
REGULAR
fizul03

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : ~Sandakan~KK~UMS
Points : 11695
Reputation : 0
Number of posts : 320

Manchester United terus gagah Empty
PostSubject: Manchester United terus gagah   Manchester United terus gagah Icon_minitime23/5/2008, 2:33 pm

Manchester United terus gagah 2282637590

Manchester United terus gagah 888046369

MOSCOW – Edwin van der Sar berjaya
menjadi hero apabila menyelamatkan sepakan penalti ke-14 kelmarin untuk
membolehkan Manchester United menang 6-5 mengatasi Chelsea selepas
terikat 1-1 dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang pertama
kali melibatkan hanya persaingan kelab England.

Van der Sar
merebahkan badannya di sebelah kanan gawang untuk menghalang sepakan
penalti rembatan Nicolas Anelka dalam keadaan hujan di Stadium Luzhniki
bagi membolehkan Red Devils membolot kejuaraan ketiga Liga Juara-Juara
Eropah.

Dalam perlawanan yang dihidangkan dengan pemberian kad
merah kepada bintang Chelsea, Didier Drogba, ia menambahkan lagi
kehangatan perlawanan yang menemukan dua kelab paling hebat dari Liga
Perdana England itu.

Christiano Ronaldo berjaya meletakkan
United di depan pada minit ke-26 sebelum disamakan oleh Frank Lampard
pada minit-minit terakhir babak pertama.

Dalam masa tambahan,
Chelsea membuat dua percubaan bahaya di mana salah satunya terkena
tiang manakala satu lagi terkena palang sebelum penjaga gol, Petr Cech
menyelamatkan rembatan penalti Ronaldo dalam penentuan.

Namun,
kapten pasukan The Blues, John Terry, yang berpeluang untuk memenangi
kejuaraan itu, tergelincir dan menyepak tinggi ketika mengambil sepakan
penalti.

Anderson dan Ryan Giggs yang mencatat rekod bermain
sebanyak 759 kali untuk United dapat melakukan tugas dengan sempurna
untuk United.

Chelsea menamatkan perlawanan tersebut dengan 10
orang pemain selepas Drogba diperintah keluar padang pada minit ke-116
kerana menampar muka Nemanja Vidic.

Carlos Tevez, Michael
Carrick, Owen Hargreaves dan Nani menjaringkan gol untuk United dalam
sepakan penalti tersebut sementara Michael Ballack, Juliano Belletti,
Lampard, Ashley Cole dan Salomon Kalou menyempurnakan sepakan penalti
untuk Chelsea.

Chelsea mula mengancam United dengan beberapa
pergerakan pada 25 minit awal tetapi semua gerakan tersekat di bahagian
tengah, bagaimanapun Ronaldo berjaya menjaringkan gol ke-42 musim ini
pada minit ke-26.

Selepas kawalan lemah yang dipamerkan oleh
Michael Essien, Ronaldo menanduk hantaran lintang Wes Brown, selepas
hantaran Paul Scholes di sebelah sayap kanan.

Scholes tetap
berada di atas padang walaupun mendapat kecederaan serius di bahagian
hidungnya. Pemain tengah itu cedera ketika melompat untuk mengambil
bola tinggi bersama Claude Makelele enam minit awal dan darah mengalir
keluar dari hidungnya. Selepas mendapat rawatan, dia mampu untuk
meneruskan permainan dan menjadi tunjang utama untuk gol United.

Chelsea
hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-34 apabila Van der Sar
terpaksa menyelamatkan bola melalui tindakan refleks Rio Ferdinand.

Ketua
pasukan United itu diberi tekanan oleh Ballack ketika mengejar bola
hasil hantaran Drogba, apabila bola terkena kepalanya, penjaga gol
Belanda itu terpaksa menolak bola keluar melepasi palang.

Tetapi
Cech juga dipaksa bekerja keras menyelamatkan rembatan Tevez pada minit
ke-35 dan berjaya menghalang sepakan susulan Carrick dengan menolak
bola melepasi palang.

Chelsea menyamakan kedudukan pada minit
terakhir separuh masa pertama apabila rembatan dari Essien terkena
pertahanan United Vidic dan Ferdinand, sebelum bola tersebut jatuh ke
kaki Lampard yang tidak dikawal, terus menjaringkan gol dari jarak 12
meter.

Essien dilihat sering membantu barisan hadapan seperti
kebiasaan yang dilakukan selaku pemain tengah, Chelsea mengawal
permainan ketika pada awal separuh masa kedua dan Ballack hampir
menjaringkan gol menerusi rembatannya dari jarak 25 meter tetapi
melewati palang gol. Keadaan berlaku sebaliknya buat United yang
dilihat sering kehilangan bola di bahagian tengah dan tidak mengancam
barisan pertahanan Chelsea.

Drogba hampir meletakkan Chelsea di
hadapan pada minit ke-78 dengan sepakan lencong dari jarak 25 meter
ketika Van der Sar sudah tertewas tetapi rembatannya terkena palang.

Lampard juga menggegarkan palang empat minit ketika masa kecederaan melalui rembatan kaki kirinya dari jarak 15 meter.

Tetapi
Terry menyelamatkan Blues apabila dia berjaya menghalang rembatan Ryan
Giggs yang tampil buat kali ke-759 bersama Red Devils mengatasi rekod
Bobby Charlton.
[/b][/b][/b]


[b][/b]
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/fizul03
 

Manchester United terus gagah

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN SUKAN-
Jump to: