SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kes sumbang mahram Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kes sumbang mahram Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kes sumbang mahram

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
vip_user@Nur
JUNIOR
JUNIOR
vip_user@Nur

Female
Age : 41
location : Kota Kinabalu
Points : 11774
Reputation : 0
Number of posts : 177

Kes sumbang mahram Empty
PostSubject: Kes sumbang mahram   Kes sumbang mahram Icon_minitime3/6/2008, 7:45 pm

JOHOR BAHRU 26 Mei - Johor dan Selangor mencatatkan kes sumbang mahram
tertinggi di negara ini sepanjang tahun 2000 hingga Jun tahun lalu
iaitu masing-masing sebanyak 308 kes daripada keseluruhan 2,158 kes
yang dilaporkan kepada polis.

Secara
purata, jumlah kes sumbang mahram yang dicatatkan kedua-dua negeri itu
adalah lebih daripada 41 kes setahun atau melebihi tiga kes dalam
sebulan.

Menurut statistik polis Bukit Aman, Sabah mencatatkan
kes sumbang mahram kedua tertinggi sepanjang tempoh tersebut iaitu
sebanyak 258 kes diikuti Perak (197), Kedah (195), Pahang (164) dan
Sarawak (136).

Terengganu pula mencatatkan sebanyak 109 kes,
Kelantan (107), Negeri Sembilan (102), Melaka (101), Kuala Lumpur (96),
Pulau Pinang (59) dan Perlis (18).

Bagi tempoh sepanjang Januari
hingga Jun tahun lalu pula, Johor mencatatkan kes sumbang mahram
tertinggi iaitu sebanyak 33 kes daripada keseluruhan 177 kes yang
dilaporkan.

Selangor mencatatkan kes sumbang mahram kedua
tertinggi bagi tempoh itu iaitu sebanyak 27 kes diikuti Sabah (20),
Pahang (20), Kedah (16), Sarawak (13) dan Perak (12).

Kuala
Lumpur mencatatkan sebanyak 10 kes, Melaka (9), Kelantan (7), Negeri
Sembilan (5), Pulau Pinang (3), Terengganu (1) dan Perlis (1).

Sementara
itu, Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot yang dimaklumkan tentang statistik
tersebut menyatakan kekesalannya terutama mengenai perkembangan Johor
yang mencatatkan kes sumbang mahram tertinggi.

Katanya, golongan tidak bertanggungjawab yang melakukan sumbang mahram dilaknati Allah dan tidak diberkati di dunia dan akhirat.

Beliau
berkata, empat faktor utama mempengaruhi berlakunya kes sumbang mahram
iaitu individu, keluarga, masyarakat dan persekitaran.

Jelasnya,
faktor individu melibatkan kelemahan iman, ketandusan ilmu dan
kurangnya penghayatan agama yang mendorong seseorang itu dikuasai nafsu.

"Kerana
lemahnya pegangan agama, seorang ayah tergamak merogol anak kandung
yang sepatut dibelanya. Kerana itu juga abang sanggup 'merosakkan' adik
perempuannya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.

Nooh
berkata, faktor keluarga terutamanya keruntuhan institusi perkahwinan
seperti perceraian turut mendorong berlakunya kes sumbang mahram.

Katanya,
terdapat kes perceraian menyebabkan anak-anak gadis terpaksa tinggal
dengan bapa dan keadaan diburukkan lagi apabila batas pergaulan tidak
dijaga serta cara berpakaian yang menjolok mata.

Katanya, nafsu
semakin sukar dikawal apabila kemiskinan mencengkam keluarga itu yang
menyebabkan mereka terpaksa tinggal di rumah yang sempit tanpa ada
bilik yang sesuai khususnya bagi anak gadis yang sedang membesar.

"Walaupun
di rumah, tidak wajar anak gadis hanya berkemban sahaja dan batas
pergaulan perlu dijaga. Mesra jangan sampai anak gadis dan ayah
berpeluk dan berciuman berlebihan sehingga menaikkan nafsu.

"Sebaik-baiknya
sediakan bilik untuk anak gadis dan diasingkan daripada anak lelaki
terutama apabila mereka telah akil baligh," katanya.

Nooh
berkata, sumbang mahram juga boleh berlaku apabila hubungan kelamin
pasangan suami isteri tidak dipenuhi akibat tuntutan kerja seperti
suami bekerja pada waktu siang manakala isteri bekerja pada waktu malam.

Menurut
beliau, faktor masyarakat juga tidak kurang penting kerana hubungan
jiran yang rapuh menyebabkan kes sumbang mahram sukar dibendung.

Katanya,
masyarakat sewajarnya prihatin dengan keadaan jiran-jiran dan
seandainya mereka dapat mengesan perbuatan yang menjurus kepada sumbang
mahram, sepatutnya perkara itu dihalang dengan nasihat dan jika tidak
berkesan dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Faktor persekitaran
seperti bahan lucah yang mudah diperoleh dan program atau pesta yang
menaikkan nafsu menerusi pergaulan lelaki dan wanita dengan pakaian
yang menjolok mata juga dapat mendorong perlakuan sumbang mahram,
katanya.

Dalam pada itu, katanya, empat golongan memainkan
peranan utama bagi membanteras perlakuan sumbang mahram iaitu pemimpin
atau kerajaan, ulama, ahli korporat dan masyarakat.

Beliau
memberitahu, pemimpin mesti mengurangkan kewujudan pusat atau elemen
hiburan yang merangsang nafsu sementara para ulama mesti memberi
nasihat dan tidak putus asa berdakwah bagi membasmi perlakuan terkutuk
itu.

Katanya, pihak korporat juga tidak sepatutnya hanya
mengutamakan keuntungan sehingga mengabaikan tanggungjawab sosiol
dengan menganjurkan program hiburan yang merangsang nafsu.

Beliau
berkata, hubungan antara masyarakat perlu kembali dirapatkan seperti
dahulu iaitu jiran dianggap seperti keluarga sendiri.

"Apabila
hubungan jiran rapat seperti keluarga sendiri, amalan menegur kesalahan
anak jiran seperti anak sendiri tidak akan disalah anggap atau
menimbulkan kemarahan jiran sekali gus dapat mengurangkan jenayah,"
katanya.
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 12001
Reputation : 0
Number of posts : 2041

Kes sumbang mahram Empty
PostSubject: Re: Kes sumbang mahram   Kes sumbang mahram Icon_minitime4/6/2008, 12:01 pm

nafsu kuda agaknya.../nafsu kinzir
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12222
Reputation : 0
Number of posts : 1268

Kes sumbang mahram Empty
PostSubject: Re: Kes sumbang mahram   Kes sumbang mahram Icon_minitime4/6/2008, 12:21 pm

harap dijauhkn drpd mlakukn perkara trkutuk ini.. 8)
Back to top Go down
Sponsored content




Kes sumbang mahram Empty
PostSubject: Re: Kes sumbang mahram   Kes sumbang mahram Icon_minitime

Back to top Go down
 

Kes sumbang mahram

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: