SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Usul kenaikan harga dilulus....... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 
 Usul kenaikan harga dilulus.......

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ZieHaR d GreatZ
REGULAR
REGULAR
ZieHaR d GreatZ

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : PapaR - KeninGaU - KoTa KinaBaLu
Tag ID: : SFC 00007
Points : 12560
Reputation : 0
Number of posts : 470

Usul kenaikan harga dilulus....... Empty
PostSubject: Usul kenaikan harga dilulus.......   Usul kenaikan harga dilulus....... Icon_minitime24/6/2008, 5:18 pm

Dewan Rakyat perakui langkah penstrukturan semula subsidi bahan api

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan usul khas berkaitan kenaikan harga petroleum dan barangan selepas kira-kira lima jam dibahaskan oleh 18 Ahli Parlimen, masing-masing sembilan dari Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang, semalam.

Usul berkenaan diluluskan menerusi undian belah bahagian dengan 129 yang semuanya wakil rakyat BN menyokong, manakala 78 Ahli Parlimen pembangkang dan Bebas menolak. Turut mengundi, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum itu, berlaku kekecohan apabila Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee memutuskan usul berkenaan diterima selepas mendapat persetujuan lisan daripada semua Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, tindakan beliau dibantah oleh wakil pembangkang menyebabkan keadaan hampir tidak terkawal hingga memaksa Ronald menyerahkan tugas itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ketika mengemukakan bantahan itu, Azmin Ali (PKR-Gombak) yang disokong Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) meminta Perkara 46(4) Peraturan Mesyuarat diteliti selepas Ronald dikatakan tidak mempedulikan permintaan 15 Ahli Parlimen pembangkang supaya diadakan undian belah bahagian.

Keadaan reda apabila pada jam 6.56 petang, Pandikar Amin meminta Setiausaha Dewan, Rosmee Hamzah membunyikan loceng bagi meminta semua Ahli Parlimen masuk untuk mengundi.

Ini adalah kali kedua pakatan pembangkang memilih kaedah undi sedemikian selepas kali pertama ketika pengundian Rang Undang-undang Perbekalan 2008 (2007), yang juga memihak kepada kerajaan pada 28 Mei lalu.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, ketika membentangkan usul itu menghuraikan secara terperinci tindakan kerajaan menstruktur semula subsidi minyak, yang antara lain bertujuan meningkatkan keupayaan ekonomi negara sebagai persiapan menghadapi kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi dunia.

Beliau berkata, langkah itu juga dapat menjamin kesejahteraan rakyat miskin, golongan berpendapatan rendah dan sederhana berikutan kenaikan harga minyak di pasaran global.

"Ketika harga minyak di pasaran dunia meningkat, sistem subsidi minyak di pam sebelum ini kurang memberi manfaat kepada kumpulan sasar utama, sebaliknya menguntungkan golongan berada yang mempunyai kenderaan mewah atau lebih daripada satu kenderaan.

"Subsidi yang tidak berkesan akan memberi kesan besar kepada daya saing dan daya maju sesebuah ekonomi dalam jangka panjang, terutama apabila ia membabitkan kegiatan penyeludupan.

"Oleh itu, penstrukturan semula minyak dan gas adalah pelopor ke arah sistem yang lebih berkeupayaan dan berkesan. Walaupun ia bukan langkah popular dan boleh diputarbelitkan, demi masa depan negara, kerajaan tiada pilihan lain selain menstruktur semula sistem subsidi minyak dan gas," katanya.

Shahrir berkata, tanpa usaha penstrukturan semula bahan api itu, tahap defisit bajet kerajaan akan meningkat kepada lebih enam peratus tahun ini hanya untuk menanggung beban subsidi yang lebih besar, berbanding 3.1 peratus yang disasarkan untuk 2008.

"Tahap defisit yang tinggi boleh ditampung kerajaan dalam jangka masa pendek. Bagaimanapun ia hanya perlu dilaksanakan apabila negara menghadapi kemelesetan ekonomi dan negara belum berhadapan dengan masalah itu.

“Oleh itu, kerajaan perlu mengekalkan tahap defisit yang rendah untuk memberikan fleksibiliti kepada kerajaan kerana risiko kemelesetan ekonomi kini tinggi," katanya.

Beliau berkata, ekoran ramalan bahawa Amerika Syarikat bakal berhadapan krisis ekonomi yang mungkin merebak ke seluruh dunia, Malaysia perlu mengukuhkan kadar fiskal negara untuk menjamin ekonomi yang mampu menghadapi cabaran global.

“Kerajaan yang memandang serius fenomena global ini bagaimanapun tidak mempunyai sumber atau keupayaan untuk melindungi ekonomi negara.

“Sebagai contoh, subsidi petrol dan diesel di pam dijangka meningkat daripada RM8.8 bilion tahun lalu kepada RM27 bilion tahun ini,” katanya.

Shahrir mengajak rakyat, peniaga dan pengilang berganding bahu mengatasi kemelut itu dan sentiasa berjimat cermat untuk mengelak pembaziran.

“Peniaga jangan naikkan harga barang hingga membebankan rakyat, tetapi seharusnya mewujudkan daya saing, manakala rakyat pula elakkan terbabit dalam demonstrasi kerana ia tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya akan menyebabkan ketidakstabilan," katanya.

Beliau berkata, pemberian subsidi yang berterusan akan mengurangkan keupayaan kerajaan untuk menggunakan hasil kewangan bagi menampung keperluan lebih penting seperti pendidikan, kesihatan, perumahan rakyat, keselamatan dan pembangunan luar bandar serta bantuan secara langsung kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Sementara itu, Razali Ibrahim (BN-Muar) ketika menyokong usul berkenaan, berkata hanya kerajaan yang amanah dan berani akan melaksanakan langkah yang bertanggungjawab ini untuk menjamin pengagihan lebihan subsidi kepada rakyat.

Beliau juga mencadangkan supaya permit import (AP) kereta diberi kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) atau syarikat berkaitan kerajaan lain supaya dana itu dapat disalurkan untuk menambah pendapatan kerajaan.

"Langkah mengenakan bayaran kepada kenderaan luar yang masuk ke negara kita perlu disegerakan kerana pelaksanaannya membuktikan kita menjaga kepentingan rakyat, bukan orang luar dan tentunya pendapatan daripadanya dapat digunakan untuk pelbagai program pembangunan termasuk latihan sumber tenaga dan makanan," katanya.

Selain itu, beliau mencadangkan supaya Majlis Tanah Negara memantau tanah dan merangka program untuk membangunkan tanah terbiar kerana ia sesuatu yang merugikan negara dan tentunya dapat menjimatkan subsidi.

"Jika dulu, pelaburan terus asing membawa perpindahan teknologi dan mewujudkan peluang pekerjaan, tetapi hari ini ia tidak lagi berlaku dan sebab itu kita tidak mahu kira-kira dua juta tenaga asing yang mendapat manfaat apabila gaji minimum RM1,500 diluluskan kerajaan," katanya.

INTI PATI
Usul khas berkaitan kenaikan harga

Langkah menstruktur semula subsidi minyak bagi mengurangkan defisit negara sebagai persediaan menghadapi risiko tinggi kemelesetan ekonomi.

Krisis subprima yang dihadapi Amerika Syarikat sekarang diramal mengakibatkan kemelesetan ekonomi, yang dijangka merebak ke seluruh dunia.

Tanpa usaha penstrukturan semula, tahap defisit bajet kerajaan akan meningkat kepada lebih enam peratus tahun ini hanya untuk menanggung beban subsidi yang lebih besar.

Pemberian subsidi yang berterusan akan mengurangkan keupayaan kerajaan untuk menggunakan hasil kewangan bagi menampung keperluan lebih penting.

Majlis Tanah Negara disyor memantau tanah dan merangka program membangunkan tanah terbiar kerana ia merugikan negara dan tentunya dapat menjimatkan subsidi.
Back to top Go down
https://www.facebook.com/ziehar
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14740
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Usul kenaikan harga dilulus....... Empty
PostSubject: Re: Usul kenaikan harga dilulus.......   Usul kenaikan harga dilulus....... Icon_minitime24/6/2008, 9:40 pm

Quote :
"Subsidi yang tidak berkesan akan memberi kesan
besar kepada daya saing dan daya maju sesebuah ekonomi dalam jangka
panjang, terutama apabila ia membabitkan kegiatan penyeludupan.

"Terutama penyuludupan" macam kes ini pula yg betul² serius.. salah siapa minyak kena seludup? sana check point sempadan negara patut kena siasat... kenapa boleh terlepas.... faham² sajalah kenapa...

Quote :

“Peniaga jangan naikkan harga barang hingga
membebankan rakyat, tetapi seharusnya mewujudkan daya saing, manakala
rakyat pula elakkan terbabit dalam demonstrasi kerana ia tidak
menguntungkan sesiapa sebaliknya akan menyebabkan ketidakstabilan,"
katanya.

macam isi karangan budak lepasan SPM saja ni....sebetulnya petrol naik, barang pun naiklah jadinya , benda ni bukan kali pertama berlaku, asal saja harga petrol naik harga runcit lain pun naik. buatlah kajian dulu sebelum berhujah.... asyik mencari jalan saja penyelesaian kono,menubuhkan jabatan ini ,itulah.. tapi tidak juga berfungsi juga..

Quote :
Beliau berkata, pemberian subsidi yang
berterusan akan mengurangkan keupayaan kerajaan untuk menggunakan hasil
kewangan bagi menampung keperluan lebih penting seperti pendidikan,
kesihatan, perumahan rakyat, keselamatan dan pembangunan luar bandar
serta bantuan secara langsung kepada golongan miskin dan berpendapatan
rendah.

bos.. turun dulu sana pitas kah.. tongud di telupid sana kah, paling tidak kunak tu bos... barulah isi hujah ini boleh pakai. . technician/mekanik semua pun dalam golongan pendapatan rendah jugalah , berhaklah mendapat bantuan.. gaji basic RM800.00 sahaja ni, beli petrol untuk sebulan pun sudah RM300 belum bayar CCM kereta lagi.., makan apa oOOo bos?...
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
mantan73
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
mantan73

Male
Age : 111
location : SEMPORNA-KK
Points : 11915
Reputation : 0
Number of posts : 1268

Usul kenaikan harga dilulus....... Empty
PostSubject: Re: Usul kenaikan harga dilulus.......   Usul kenaikan harga dilulus....... Icon_minitime24/6/2008, 10:00 pm

ZieHaR d GreatZ wrote:
Dewan Rakyat perakui langkah penstrukturan semula subsidi bahan api

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan usul khas berkaitan kenaikan harga petroleum dan barangan selepas kira-kira lima jam dibahaskan oleh 18 Ahli Parlimen, masing-masing sembilan dari Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang, semalam.

Usul berkenaan diluluskan menerusi undian belah bahagian dengan 129 yang semuanya wakil rakyat BN menyokong, manakala 78 Ahli Parlimen pembangkang dan Bebas menolak. Turut mengundi, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum itu, berlaku kekecohan apabila Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee memutuskan usul berkenaan diterima selepas mendapat persetujuan lisan daripada semua Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, tindakan beliau dibantah oleh wakil pembangkang menyebabkan keadaan hampir tidak terkawal hingga memaksa Ronald menyerahkan tugas itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ketika mengemukakan bantahan itu, Azmin Ali (PKR-Gombak) yang disokong Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) meminta Perkara 46(4) Peraturan Mesyuarat diteliti selepas Ronald dikatakan tidak mempedulikan permintaan 15 Ahli Parlimen pembangkang supaya diadakan undian belah bahagian.

Keadaan reda apabila pada jam 6.56 petang, Pandikar Amin meminta Setiausaha Dewan, Rosmee Hamzah membunyikan loceng bagi meminta semua Ahli Parlimen masuk untuk mengundi.

Ini adalah kali kedua pakatan pembangkang memilih kaedah undi sedemikian selepas kali pertama ketika pengundian Rang Undang-undang Perbekalan 2008 (2007), yang juga memihak kepada kerajaan pada 28 Mei lalu.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, ketika membentangkan usul itu menghuraikan secara terperinci tindakan kerajaan menstruktur semula subsidi minyak, yang antara lain bertujuan meningkatkan keupayaan ekonomi negara sebagai persiapan menghadapi kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi dunia.

Beliau berkata, langkah itu juga dapat menjamin kesejahteraan rakyat miskin, golongan berpendapatan rendah dan sederhana berikutan kenaikan harga minyak di pasaran global.

"Ketika harga minyak di pasaran dunia meningkat, sistem subsidi minyak di pam sebelum ini kurang memberi manfaat kepada kumpulan sasar utama, sebaliknya menguntungkan golongan berada yang mempunyai kenderaan mewah atau lebih daripada satu kenderaan.

"Subsidi yang tidak berkesan akan memberi kesan besar kepada daya saing dan daya maju sesebuah ekonomi dalam jangka panjang, terutama apabila ia membabitkan kegiatan penyeludupan.

"Oleh itu, penstrukturan semula minyak dan gas adalah pelopor ke arah sistem yang lebih berkeupayaan dan berkesan. Walaupun ia bukan langkah popular dan boleh diputarbelitkan, demi masa depan negara, kerajaan tiada pilihan lain selain menstruktur semula sistem subsidi minyak dan gas," katanya.

Shahrir berkata, tanpa usaha penstrukturan semula bahan api itu, tahap defisit bajet kerajaan akan meningkat kepada lebih enam peratus tahun ini hanya untuk menanggung beban subsidi yang lebih besar, berbanding 3.1 peratus yang disasarkan untuk 2008.

"Tahap defisit yang tinggi boleh ditampung kerajaan dalam jangka masa pendek. Bagaimanapun ia hanya perlu dilaksanakan apabila negara menghadapi kemelesetan ekonomi dan negara belum berhadapan dengan masalah itu.

“Oleh itu, kerajaan perlu mengekalkan tahap defisit yang rendah untuk memberikan fleksibiliti kepada kerajaan kerana risiko kemelesetan ekonomi kini tinggi," katanya.

Beliau berkata, ekoran ramalan bahawa Amerika Syarikat bakal berhadapan krisis ekonomi yang mungkin merebak ke seluruh dunia, Malaysia perlu mengukuhkan kadar fiskal negara untuk menjamin ekonomi yang mampu menghadapi cabaran global.

“Kerajaan yang memandang serius fenomena global ini bagaimanapun tidak mempunyai sumber atau keupayaan untuk melindungi ekonomi negara.

“Sebagai contoh, subsidi petrol dan diesel di pam dijangka meningkat daripada RM8.8 bilion tahun lalu kepada RM27 bilion tahun ini,” katanya.

Shahrir mengajak rakyat, peniaga dan pengilang berganding bahu mengatasi kemelut itu dan sentiasa berjimat cermat untuk mengelak pembaziran.

“Peniaga jangan naikkan harga barang hingga membebankan rakyat, tetapi seharusnya mewujudkan daya saing, manakala rakyat pula elakkan terbabit dalam demonstrasi kerana ia tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya akan menyebabkan ketidakstabilan," katanya.

Beliau berkata, pemberian subsidi yang berterusan akan mengurangkan keupayaan kerajaan untuk menggunakan hasil kewangan bagi menampung keperluan lebih penting seperti pendidikan, kesihatan, perumahan rakyat, keselamatan dan pembangunan luar bandar serta bantuan secara langsung kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Sementara itu, Razali Ibrahim (BN-Muar) ketika menyokong usul berkenaan, berkata hanya kerajaan yang amanah dan berani akan melaksanakan langkah yang bertanggungjawab ini untuk menjamin pengagihan lebihan subsidi kepada rakyat.

Beliau juga mencadangkan supaya permit import (AP) kereta diberi kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) atau syarikat berkaitan kerajaan lain supaya dana itu dapat disalurkan untuk menambah pendapatan kerajaan.

"Langkah mengenakan bayaran kepada kenderaan luar yang masuk ke negara kita perlu disegerakan kerana pelaksanaannya membuktikan kita menjaga kepentingan rakyat, bukan orang luar dan tentunya pendapatan daripadanya dapat digunakan untuk pelbagai program pembangunan termasuk latihan sumber tenaga dan makanan," katanya.

Selain itu, beliau mencadangkan supaya Majlis Tanah Negara memantau tanah dan merangka program untuk membangunkan tanah terbiar kerana ia sesuatu yang merugikan negara dan tentunya dapat menjimatkan subsidi.

"Jika dulu, pelaburan terus asing membawa perpindahan teknologi dan mewujudkan peluang pekerjaan, tetapi hari ini ia tidak lagi berlaku dan sebab itu kita tidak mahu kira-kira dua juta tenaga asing yang mendapat manfaat apabila gaji minimum RM1,500 diluluskan kerajaan," katanya.

INTI PATI
Usul khas berkaitan kenaikan harga

Langkah menstruktur semula subsidi minyak bagi mengurangkan defisit negara sebagai persediaan menghadapi risiko tinggi kemelesetan ekonomi.

Krisis subprima yang dihadapi Amerika Syarikat sekarang diramal mengakibatkan kemelesetan ekonomi, yang dijangka merebak ke seluruh dunia.

Tanpa usaha penstrukturan semula, tahap defisit bajet kerajaan akan meningkat kepada lebih enam peratus tahun ini hanya untuk menanggung beban subsidi yang lebih besar.

Pemberian subsidi yang berterusan akan mengurangkan keupayaan kerajaan untuk menggunakan hasil kewangan bagi menampung keperluan lebih penting.

Majlis Tanah Negara disyor memantau tanah dan merangka program membangunkan tanah terbiar kerana ia merugikan negara dan tentunya dapat menjimatkan subsidi.

MARAH SDH TUAN ADMIN......AWAS KAMU SEMUA :gangster:
Back to top Go down
TRU247
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
TRU247

Female
Age : 37
location : Penampang
Points : 11744
Reputation : 0
Number of posts : 1000

Usul kenaikan harga dilulus....... Empty
PostSubject: Re: Usul kenaikan harga dilulus.......   Usul kenaikan harga dilulus....... Icon_minitime24/6/2008, 11:01 pm

Quote :
Krisis subprima yang dihadapi Amerika Syarikat sekarang diramal mengakibatkan kemelesetan ekonomi, yang dijangka merebak ke seluruh dunia.

adakah tindakan malaysia utk berdepan dengan krisi ini betul? jikalau betul..
mungkinkah kerajaan malaysia akan menurunkan harga minyak SEKIRANYA..
krisis ekonomi di Amerika Syarikat pulih?

Sekiranya kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat betul2 merebak ke seluruh dunia..
mampukah ekonomi malaysia bertahan..? jikalau ya..
adakah kita sebagai rakyat akan berterima kasih dengan semua tindakan2
yang diambil kerajaan sebelum itu?

ni persoalan yg berpusing2 dlm kepala tru..
Back to top Go down
ZieHaR d GreatZ
REGULAR
REGULAR
ZieHaR d GreatZ

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : PapaR - KeninGaU - KoTa KinaBaLu
Tag ID: : SFC 00007
Points : 12560
Reputation : 0
Number of posts : 470

Usul kenaikan harga dilulus....... Empty
PostSubject: Re: Usul kenaikan harga dilulus.......   Usul kenaikan harga dilulus....... Icon_minitime25/6/2008, 1:07 pm

TRU247 wrote:
Quote :
Krisis subprima yang dihadapi Amerika Syarikat sekarang diramal mengakibatkan kemelesetan ekonomi, yang dijangka merebak ke seluruh dunia.

adakah tindakan malaysia utk berdepan dengan krisi ini betul? jikalau betul..
mungkinkah kerajaan malaysia akan menurunkan harga minyak SEKIRANYA..
krisis ekonomi di Amerika Syarikat pulih?

Sekiranya kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat betul2 merebak ke seluruh dunia..
mampukah ekonomi malaysia bertahan..? jikalau ya..
adakah kita sebagai rakyat akan berterima kasih dengan semua tindakan2
yang diambil kerajaan sebelum itu?

ni persoalan yg berpusing2 dlm kepala tru..

memang akan berkait rapat dengan proses ekonomi dunia dan pengaruh kuasa besar seperti Amerika Syarikat tetapi sebelum ini juga Malaysia pernah keluar dari kancah kemelesetan ekonomi(tahun 1997) kerana pemimpinnya Tun M...sejarah tetah membuktikan...semua sedia maklum kan.pada perspektif lain Tun M memang berkaliber dan pemikiran kritis beliau untuk proses ekonomi jangka masa panjang Malaysia.tapi pada sudut yang lain pula..Tun memang seorang yang :twisted: .....(ni boleh fikir sendirilah kan...tapi rakyat tidak terlalu terbeban seperti sekarang)jadi sekarang terpulang kepada Perdana Menteri, Pak Lah untuk memikirkan langkah-langkah yang sewajarnya agar rakyat terbela.jangan hanya fikirkan pelan jangkamasa pendek tetapi fikirkan tentang jangkamasa panjang juga termasuklah langkah-langkah atau kempen-kempen yang sewajarnya diambil.tepuk dada tanya selera... :fight:persoalannya, adakah pak Lah telah memikirkan apa yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia??

p/s:mampukah pak Lah menangani isu ekonomi ini??
Back to top Go down
https://www.facebook.com/ziehar
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR

Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 11755
Reputation : 0
Number of posts : 2142

Usul kenaikan harga dilulus....... Empty
PostSubject: Re: Usul kenaikan harga dilulus.......   Usul kenaikan harga dilulus....... Icon_minitime25/6/2008, 1:14 pm

bla bla bla.....lulus pun lulus sajalah.apa boleh buat,kita undi pemimpin,yg menang boleh cakap,yang kalah..diam diam sajalah.....tunggulah hasilnya dimasa hadapan..kwang kwang kwang....
Back to top Go down
blugu
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
blugu

Male
Countries/State : Sabah
Age : 45
location : Kota Kinabalu-Putatan
Tag ID: : SFC02202
Points : 12223
Reputation : 10
Number of posts : 2945

Usul kenaikan harga dilulus....... Empty
PostSubject: Re: Usul kenaikan harga dilulus.......   Usul kenaikan harga dilulus....... Icon_minitime25/6/2008, 1:28 pm

So far, apa yg sy lihat sekarang, kerajaan mebebankan rakyat, mandat yg diberikan kepadanya digunakan utk kepentingan sendri, gaji baru secubit, tapi harga barang keperluan jauh lagi mahal dari pendapatan, huhu...

kalau di KL ada pengankutan awam seperti LRT, monorel, shuttlebus(*betul kaitu), di sabah ada apa? semua pun mengharap pengankutan sendiri, perkhidmatan bas pun hisab darah, mcmana plak perkerja yangs sampai 2-3x naik bas untuk pergi kerja saja, beza harga petrol pun dlm 0.001 sen saja...
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR

Male
Age : 40
Points : 12035
Reputation : 0
Number of posts : 2370

Usul kenaikan harga dilulus....... Empty
PostSubject: Re: Usul kenaikan harga dilulus.......   Usul kenaikan harga dilulus....... Icon_minitime25/6/2008, 1:48 pm

no komen, berkatilah pemimpin kita,,,,, Very Happy
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU

Male
Age : 46
location : SU, SA, SB
Points : 12008
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Usul kenaikan harga dilulus....... Empty
PostSubject: Re: Usul kenaikan harga dilulus.......   Usul kenaikan harga dilulus....... Icon_minitime25/6/2008, 11:01 pm

MAJU MALAYSIA..

MALAYSIA BOLEH..SABAH TATAP..

HIDUP PAK LAH..KAYAKAN KRONI2 MU..

BIAR YANG KAYA MAKIN KAYA..DAN YANG MISKIN MAKIN MISKIN..

SEKIAN TERIMA KASIH..MANTAP KO JO!!?!! Very Happy
Back to top Go down
Sponsored content

Usul kenaikan harga dilulus....... Empty
PostSubject: Re: Usul kenaikan harga dilulus.......   Usul kenaikan harga dilulus....... Icon_minitime

Back to top Go down
 
Usul kenaikan harga dilulus.......

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: