SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12159
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime30/6/2008, 8:33 am

Beri ruang polis siasat - Kes liwat: Usah buat andaian, jangan bagi tekanan – Mohd. Bakri

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN


Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Mh_01.1
TERKAWAL...Orang ramai termasuk wartawan dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul di hadapan Kedutaan Turki selepas tersebar berita Anwar Ibrahim berada dalam bangunan itu untuk mendapatkan perlindungan kononnya keselamatan beliau terancam, di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 29 Jun – Semua pihak diminta memberi ruang kepada polis menyiasat secara terperinci dan menyeluruh kes dakwaan liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa sama, polis mengharapkan tiada sebarang andaian dibuat berhubung kes itu sebaliknya menunggu hasil siasatan polis terhadap pengadu dan juga suspek yang berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Zinin pada sidang akhbar di sini hari ini menegaskan, pihaknya tidak memerlukan tekanan mana-mana pihak agar siasatan dijalankan dengan adil dan profesional.
Jelasnya, sebagai agensi penguat kuasa undang-undang yang profesional, pihak polis akan memastikan kedua-dua pihak iaitu pengadu selaku mangsa dan juga suspek mendapat keadilan.
“Kita menjalankan penyiasatan terhadap mangsa dan juga suspek mengikut Kanun Keseksaan tetapi kita perlukan sedikit masa untuk siasatan dan tidak akan mendedahkan maklumat lanjut,” katanya.
Semalam, seorang lelaki berusia 23 tahun membuat laporan di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 5.45 petang mendakwa dia telah diliwat oleh majikannya yang juga seorang pemimpin politik di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun lalu.
Kes itu kemudian dirujuk ke Balai Polis Travers.
Ekoran laporannya itu, lelaki berkenaan akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Ketika dihubungi malam ini, Mohd. Bakri enggan mengulas sama ada pengadu telah menjalani ujian DNA atau sebaliknya.
Mengenai dakwaan Anwar bahawa kes itu satu percubaan menyekat kebangkitan karier politiknya, beliau berkata: “Kita (polis) tidak sebut pun siapa suspek dalam kes ini tetapi kalau dia sendiri (Anwar) fikir dia suspek, dia sepatutnya buat laporan polis tentang perkara itu.
“Buat masa ini, perkara tersebut (kaitan dengan unsur politik) hanyalah satu andaian. Pihak polis pastinya akan menjalankan siasatan dari segala sudut.”
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini memberitahu, setakat ini polis belum bercadang melakukan tangkapan terhadap suspek dalam kes itu sehingga siasatan berhubung dakwaan kes liwat itu selesai.
Sehubungan itu, beliau menafikan khabar angin bahawa Penasihat PKR itu telah ditahan oleh polis awal pagi ini.
“Setakat ini, polis belum tahan Anwar. Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan berhubung kes itu baru bermula,” katanya.
Sementara itu, mulai kira-kira pukul 4 petang ini, lebih 50 penyokong PKR berhimpun di luar pejabat Kedutaan Turki di Jalan U-Tant di sini selepas tersebar berita mengatakan Anwar mendapat perlindungan daripada kedutaan berkenaan.
Polis terpaksa mengerahkan sekumpulan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ke lokasi berkenaan untuk mengawal keadaan. Pejabat kedutaan itu ditutup hari ini kerana cuti umum.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Amir Mohd. Hashim memberitahu, keadaan bagaimanapun terkawal dan penyokong PKR terbabit bersurai kira-kira pukul 6 petang.
Bagaimanapun, sehingga pukul 10 malam ini, beberapa wartawan serta jurugambar dari media tempatan dan asing masih menunggu di luar pejabat Kedutaan Turki untuk mendapatkan perkembangan terbaru.
Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dipecat daripada jawatan Kabinet pada September 1998 kerana dakwaan salah laku seksual dan rasuah.
Anwar menjalani hukuman penjara enam tahun selepas disabitkan kesalahan kerana rasuah. Beliau dibebaskan daripada penjara pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan menolak sabitan tersebut.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12159
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime30/6/2008, 8:38 am

Wan Azizah dakwa usaha 'bunuh' karier politik suami

Oleh ABDUL YAZID ALIAS


Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Po_01.1
Anwar Ibrahim berbincang dengan Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali dalam pertemuan di sebuah hotel di Shah Alam, kelmarin. Gambar ini disiarkan di dalam blog Anwar, semalam.
- Reuters

SHAH ALAM 29 Jun - Dakwaan liwat dan laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan 'membunuh' karier politik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, andaian sedemikian dibuat sebagai satu cubaan untuk merosakkan imej suaminya, sama seperti yang telah berlaku pada tahun 1998 atas tuduhan yang sama.
Dakwanya, laporan polis oleh individu terbabit sengaja diadakan hanya untuk menyekat perkembangan politik Anwar yang dikatakan semakin berkembang ketika ini.
"Mereka tidak boleh mengapa-apakan beliau secara fizikal, jadi mereka gunakan semula dakwaan yang digunakan sebelum ini (dakwaan liwat) untuk menyekat Anwar.
"Ini merupakan percubaan kali kedua untuk 'mendapatkan' Anwar secara politik," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Wan Azizah berkata demikian ketika mengulas laporan polis seorang lelaki yang juga pembantu khas kepada Anwar di Balai Polis Travers pada pukul 5.45 petang semalam yang mendakwa dirinya telah diliwat oleh penasihat parti itu di sebuah tempat di ibu negara.
Berdasarkan laporan tersebut, lelaki terbabit yang berusia 23 tahun mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu melakukan seks luar tabii terhadapnya pada 26 Jun lalu.
Tambah Wan Azizah, Anwar juga pernah menerima amaran daripada rakan-rakannya yang meminta supaya beliau berhati- hati selain menjaga keselamatan dirinya.
''Mereka memberitahu beliau supaya berhati-hati kerana kejayaan yang dicapai oleh Anwar telah banyak menunjukkan perkembangan sehingga mempengaruhi politik negara.
''Mereka turut takut dengan pengaruh Anwar terutamanya dalam keadaan pentadbiran negara dan ekonomi serta laporan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), yang didakwanya tidak menunjukkan banyak yang sudah dilaksanakan,'' katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, Anwar kini berada di suatu tempat yang dirahsiakan atas alasan faktor-faktor keselamatan.
Wan Azizah berkata, beliau juga sedang berunding dengan barisan peguamnya mengenai keperluan mendapatkan suaka politik untuk Anwar.
Dalam pada itu, Wan Azizah ketika ditanya sama ada PKR pernah melakukan sebarang siasatan latar belakang dilakukan terhadap lelaki berkenaan, berkata, pihaknya tidak berbuat demikian kerana lelaki terbabit bekerja sebagai sukarelawan dengan PKR pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
''Apabila orang sukarela menawarkan diri, adakah anda menyelidik latar belakangnya? Awak menawarkan diri, awak tawarkan diri untuk bekerja.
''Situasi inilah yang berlaku kira-kira tiga bulan lalu ketika PKR mengambil lelaki ini untuk bekerja,'' ujarnya.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12159
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime30/6/2008, 8:41 am

Nik Aziz akui tuduhan terhadap Anwar jejas pembangkang



[url=mailto://][/url]



KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui tuduhan terbaru terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mencalarkan imej pembangkang dan polis perlu menyiasatnya secara terperinci.

Beliau berkata, tuduhan itu juga boleh dikaitkan dengan konspirasi untuk menjatuhkan seseorang pemimpin parti politik seperti Anwar.

“Ye lah (tuduhan) ini boleh mencalarkan imej (pembangkang) dan saya sebagai ketua kampung (Mursyidul Am PAS) sedih kenapa ada tuduhan seperti ini,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan polis di Balai Polis Travers, di sini oleh seorang lelaki berumur 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan meliwat pembantunya itu sambil menyifatkan dakwaan terbaru itu “hanya rekaan semata-mata” yang bertujuan untuk menyekat kebangkitan karier politiknya selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum Mac lalu.

Nik Aziz berkata, dalam Islam tuduhan berat seperti itu memerlukan saksi bagi mengelakkan tertuduh menerima aib.
“Tuduh menuduh seperti ini kena ada saksi. Liwat ni orang tak buat tengah jalan, dia buat sulit jadi kena ada saksi.

“Boleh jadi ini konspirasi juga kerana mereka pemimpin politik. Tetapi tidak tahulah (benar atau tidak),” katanya.

Beliau juga kecewa dengan fitnah yang juga banyak dilemparkan di blog tertentu yang membabitkan pemimpin negara.

Sementara itu, anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, juga terkejut dengan isu terbaru itu dan meminta polis menyiasatnya secara terperinci dan telus.
“Tunggulah siasatan pihak polis dan mana-mana pihak jangan buat keputusan sendiri,” katanya. - Bernama
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
Yen
MODERATOR
Yen

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : sabah
Tag ID: : 02452
Points : 11869
Reputation : 0
Number of posts : 836

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime30/6/2008, 9:42 am

hmm...kesian plak c ANWAR nih..nda aman hidup dia..di tuduh itu di tuduh ini jak....
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 12001
Reputation : 0
Number of posts : 2041

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime30/6/2008, 12:02 pm

nilah di katakan hidup berpolitik...jatuh menjatuhkan dah jadi lumrah..politik
Back to top Go down
Yakuza
MODERATOR
Yakuza

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : penampang,beringgis,papar
Points : 12250
Reputation : 3
Number of posts : 1457

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime30/6/2008, 2:28 pm

ni teknik org besar2
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12159
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime4/7/2008, 9:35 am

Saiful jumpa TPM mengadu hal


KUALA LUMPUR 3 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Mohd. Saiful Bukhari Azlan telah menemui beliau untuk mengadu hal bahawa dirinya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Mohd. Saiful berjumpa di rumahnya beberapa hari sebelum dia membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
‘‘Saya menerima kedatangannya atas sifat saya sebagai seorang pemimpin. Dia sebagai rakyat biasa, yang ingin mengadu dan saya tidak pernah mengenali beliau sebelum ini.
‘‘Saya mula-mula tak berapa yakin dan skeptikal, sama ada cerita ini benar ataupun tidak, jadi saya serah kepada dia dan serah kepada polis untuk menentukan apa-apa tindakan selanjutnya.
‘‘Saya tidak pernah menasihatinya supaya membuat laporan polis. Saya hanya berkata, ia terpulang kepada kamu dan saya tak pasti (ketika itu) sama ada dia akan membuat laporan itu,” jelasnya pada sidang akhbar di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Ditanya bagaimana keadaan Mohd. Saiful ketika pertemuan itu, Najib yang percaya pemuda itu memilih untuk menemui beliau kerana mengenali pegawai khasnya (Khairil Anas Yusof), berada dalam keadaan trauma dan ketakutan serta ‘seram sejuk.’
Mengenai adakah aduan Mohd. Saiful mempunyai asas, beliau berkata, dakwaan lelaki itu nampak tulen.
‘‘Saya tak berani nak kata, tapi dia nampak tulen, tapi saya tak berani buat kesimpulan. Saya nasihat kepada dia. Awak sendirilah putuskan.”
‘‘Dia telah cerita segala-gala yang telah berlaku. Cerita itu banyak. Satu hari saya mungkin boleh cerita, nanti lepas kes di mahkamah,” jelasnya.
Ditanya adakah beliau bersedia memberi keterangan kepada polis mengenai pertemuannya dengan pemuda itu, Najib menjelaskan, beliau hanya mendengar keterangan Mohd. Saiful.
‘‘Saya dengar dia sahaja. Keterangan ini bukan pada saya, keterangan daripada dia. Yang mustahak, penting sekali daripada dia bukan daripada saya.” tegasnya.
Dalam pada itu, Najib menjelaskan, kedatangan Mohd. Saiful ke pejabat Timbalan Perdana Menteri tiga bulan lalu ialah untuk mendapatkan surat sokongan bagi memohon biasiswa dan tidak melibatkan sebarang pertemuan dengan beliau (Najib).
‘‘Dia hanya mengadakan perjumpaan dengan pegawai khas saya. Anda tidak boleh menhubungkan dua pertemuan ini bagi menuduh wujud konspirasi,” katanya.
Ditanya adakah Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sepatutnya terlibat dalam penyiasatan kes liwat terbaru itu kerana didakwa Anwar pernah memalsu keterangan sebelum ini, Najib menegaskan:
‘‘Mereka tidak boleh melibatkan diri jika siasatan itu membabitkan dakwaan terhadap diri mereka. Tetapi mereka masih ketua organisasi penguat kuasa masing-masing dan perlu meneruskan tugas.”
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12159
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime4/7/2008, 9:36 am

Anwar ada bukti dimana beliau berada 26 Jun



(Harakah) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan fakta dimana beliau berada pada 26 Jun lalu iaitu tarikh yang didakwa Saiful Bukhari Azlan sebagai tarikh kejadian liwat kononnya berlaku.
Dalam ceramahnya di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi, Anwar menyatakan penjelasan mengenai hal itu akan dibuat dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Saiful Bukhari yang membuat laporan di Pondok Polis HKL di bawah kawalan Jalan Travers mendakwa beliau diliwat Anwar pada 26 Jun lalu di Kondominium Desa Damansara.
Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu sejurus selepas laporan mengenai dakwaan liwat itu diketahuinya.
Di hadapan 10,000 penyokongnya, Anwar turut menegaskan bahawa tuduhan yang dihadapkan ke atasnya itu adalah 'rekaan' semata-mata untuk menjatuhkan beliau.
Malah beliau menyesyaki tuduhan itu dilakukan kerana niat jahat pihka tertentu tatkala melihat sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.
Kenyataan itu disambut dengan sorakan oleh para penyokong yang setia menanti penjelasan Anwar sejak isu tuduhan liwat ke atas beliau dilaporkan media Ahad lalu.
Turut berceramah antaranya, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah.
Sementara itu Anwar juga memberitahu penyokongnya bahawa beliau telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara berhubung penyelewengan fakta laporan kes 'mata lebam pada tahun 1998.
Menurut Anwar laporan polis itu berhubung siasatan kes beliau ditumbuk (mata lebam) oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor pada 1998 yang didakwa melibatkan penyelewengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Anwar percaya Musa Hassan dan Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadapnya.
"Musa dan Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya daripada pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah," katanya sambil disambut oleh sorakan gemuruh penonton.
Dalam ceramah tersebut juga Anwar mengecam sebarang percubaan jahat untuk menjatuhkannya.
Bagi Anwar kerja-kerja sedemikian adalah kerja golongan yang terdesak yang tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya untuk mengambil alih pemerintahan.
Justeru beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba untuk menjatuhkan reputasi beliau agar berhati-hati kerana beliau tidak akan tertipu dengan permainan mereka ini.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 11755
Reputation : 0
Number of posts : 2142

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime4/7/2008, 9:40 am

seperti yg orang cakap..mcm mcm ada...eh silap,malaysia boleh..hehehe...
Back to top Go down
hYNdrAkrAziE
REGULAR
REGULAR
hYNdrAkrAziE

Male
Countries/State : Canada
Age : 41
location : Beaufort ke Lahad Datu
Points : 11752
Reputation : 0
Number of posts : 390

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime4/7/2008, 10:32 am

uiks dorang nie punya mainan bahaya..menjatuhkan maruah org lain...politik!! politik!!
Back to top Go down
blugu
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
blugu

Male
Countries/State : Sabah
Age : 45
location : Kota Kinabalu-Putatan
Tag ID: : SFC02202
Points : 12223
Reputation : 10
Number of posts : 2945

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime4/7/2008, 12:00 pm



Ini crita pengakuan bekas Pedana Menteri kita mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12035
Reputation : 0
Number of posts : 2370

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime4/7/2008, 12:41 pm

blugu, tp e2 mcm kena edit suda.... 8)
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 46
location : SU, SA, SB
Points : 12008
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime4/7/2008, 7:14 pm

memang gay bah dia nie kali..hehehee..MANTAP!!?!! Very Happy

menurut sumber yg boleh dipercayai dan berpengetahuan luas dlm isu-isu politik negara..

dulu masa dia nie TPM MAJU MALAYSIA..selalu dia travel pergi Sabah seoarang diri tanpa pengawal peribadi nya..kita sedia maklum bahwa dia nie adalah orang penting nombor dua negara..kenapa dia mo travel sendiri tanpa memikirkan isu keselamtan diri dia..adakah atas urusan rasmi tapi tidak mungkin kan..ataupun tidak rasmi..atau utk memuaskan nafsu..MANTAP!!?!! Very Happy

aku bukan menuduh tapi menyampaikan apa yg aku tahu..sory ya penyokong PKR..

aku nie penyokong KERAJAAN PERODUA..jadi peduli hapa aku..WAKAKAKAA..MANTAP!!?!! Very Happy
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12035
Reputation : 0
Number of posts : 2370

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime4/7/2008, 7:25 pm

drakult wrote:
memang gay bah dia nie kali..hehehee..MANTAP!!?!! Very Happy

menurut sumber yg boleh dipercayai dan berpengetahuan luas dlm isu-isu politik negara..

dulu masa dia nie TPM MAJU MALAYSIA..selalu dia travel pergi Sabah seoarang diri tanpa pengawal peribadi nya..kita sedia maklum bahwa dia nie adalah orang penting nombor dua negara..kenapa dia mo travel sendiri tanpa memikirkan isu keselamtan diri dia..adakah atas urusan rasmi tapi tidak mungkin kan..ataupun tidak rasmi..atau utk memuaskan nafsu..MANTAP!!?!! Very Happy

aku bukan menuduh tapi menyampaikan apa yg aku tahu..sory ya penyokong PKR..

aku nie penyokong KERAJAAN PERODUA..jadi peduli hapa aku..WAKAKAKAA..MANTAP!!?!! Very Happy
hahahaha, btul 2 drakult....akupun dgar 2 crita.... Laughing
knp jg dia mau lari nie?? knp jg dia fon George Bush?? Suspect
siapa dia nie?? Suspect apa hubugan dia dgn Amerika?? Suspect
MGKIN DIA MAU NEGARA KITA HANCUR MCM NEGARA2 YG LAIN SEBAB AMERIKA JAHANAM.... 8)
Back to top Go down
lentugi
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
lentugi

Male
Age : 36
location : RuNNow ~ Penampang Sabah
Points : 12055
Reputation : 0
Number of posts : 1755

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime5/7/2008, 3:12 am

ui.....sensitip abiz nie topik...jd apa perkembangan pasal ni orang sdh??
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
darrengt
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
darrengt

Male
Countries/State : Brunei
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 11851
Reputation : 0
Number of posts : 1246

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime5/7/2008, 7:57 am

uina sensetif bah topic kamu nie....bah pandai2 lah kamu yg saya tahu bagus urus diri sendiri dulu....lagi best...
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12035
Reputation : 0
Number of posts : 2370

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime5/7/2008, 9:58 am

darrengt wrote:
uina sensetif bah topic kamu nie....bah pandai2 lah kamu yg saya tahu bagus urus diri sendiri dulu....lagi best...
ko tau xpa..... Laughing
Back to top Go down
darrengt
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
darrengt

Male
Countries/State : Brunei
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 11851
Reputation : 0
Number of posts : 1246

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime5/7/2008, 10:31 am

codeng wrote:
darrengt wrote:
uina sensetif bah topic kamu nie....bah pandai2 lah kamu yg saya tahu bagus urus diri sendiri dulu....lagi best...
ko tau xpa..... Laughing

kita urus diri sendiri dan keluarga sendiri kan.........taiko codeng
Back to top Go down
arnajmi1
JUNIOR
JUNIOR
arnajmi1

Male
Age : 52
location : Sabah
Points : 12093
Reputation : 0
Number of posts : 121

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime5/7/2008, 11:23 am

Kes Liwat Datuk Anwar ini adalah FITNAH PALING BESAR DAN PEMBOHONGAN SEMATA-MATA.

KALAU NAK SABITKAN KESALAHAN SESEORANG ITU BERZINA KE ATAU LIWAT KE MESTI ADA 4 ORANG SAKSI YANG TIDAK BERPAKAT ANTARA SATU SAMA LAIN MEMBERI KETERANGAN YANG SAMA KETIKA MEMBUAT PERSAKSIAN.

JIKA TUDUHAN ITU PALSU, ORANG YANG MEMBUAT TUDUHAN BOLEH DIKENAKAN 80 KALI SEBATAN.........

Tak takut ka anda?
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12159
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime5/7/2008, 11:18 pm

tidak taulah malaysia ni skrg macam2 fitnah dan saling tuduh menuduh antara pemimpin 2 kerajaan dan pembangkang..............kita rakyat jugak yang terabai........
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
TRU247
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
TRU247

Female
Age : 37
location : Penampang
Points : 11744
Reputation : 0
Number of posts : 1000

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime5/7/2008, 11:50 pm

ish3.. ni scandal mo distract rakyat dari isu minyak jak ba nie..
Tp Tru sokong la darren & codeng.. jaga diri sendiri dlu..
xpayh sibuk mo jaga tepi kain org lain...
simpan tenaga tu.. minyak kita blum turun harga lagi.. What a Face
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12159
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime6/7/2008, 12:46 pm

Anwar sanggup ke mahkamah


BUTTERWORTH 5 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sanggup ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan liwat oleh pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan syarat hakim yang mengendalikan kes berkenaan adil dan telus.Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga mahu kerajaan memastikan polis yang menyiasat kesnya adalah individu yang berwibawa.
''Saya tidak takut, saya tidak akan lari, malah saya akan lawan habis-habisan.
''Kalau mereka (kerajaan) ada bukti, saya (bersedia) ke mahkamah jika ada hakim yang berwibawa dan polis yang menyiasat juga berwibawa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat di tapak Expo Seberang Jaya di sini malam ini.
Turut hadir Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan isterinya, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Dalam perhimpunan yang dihadiri lebih 15,000 orang itu, Anwar secara peribadi menganggap tuduhan liwat itu sebagai sesuatu yang jijik.
''Sebab itu, saya tak mahu ulas perkara ini kerana saya sudah menyampah kerana saya sudah pernah kena (tahanan) dulu termasuk dipijak-pijak separuh mati, disepak dan diterajang," katanya.
Menurutnya, keputusan untuk ke mahkamah sebelum ini atas tuduhan yang sama adalah kerana ketika itu beliau percaya akan diadili dengan seadil-adilnya.
Menjawab tuduhan beliau bersekongkol dengan Amerika Syarikat (AS), Anwar meminta supaya pihak yang menuduhnya menunjukkan bukti mengenai perkara itu.
''Saya tidak pernah berhubung atau menulis sepucuk surat pun kepada AS, begitu juga dengan Wan Azizah dan pucuk pimpinan parti," katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak semua pihak termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya meminta maaf atas dakwaan itu.
Anwar yang tiba pada pukul 10.04 malam dalam ucapannya juga mendakwa ekonomi Malaysia akan hancur dalam tempoh dua bulan lagi jika kepimpinan yang ada tidak ditukar kepada pakatan pembangkang.
''Demi Allah, saya tidak ada niat lain sebaliknya akan memajukan negara ini termasuk menurunkan harga minyak yang sekarang ini membebankan rakyat," katanya.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
zerone
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
zerone

Male
Age : 54
location : Keningau / Kota Kinabalu
Points : 11895
Reputation : 0
Number of posts : 1078

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime6/7/2008, 6:40 pm

Tuduh sini tuduh sana....semua sama saja.... macam budak2, buang masa saja..bila tengok dalam dewan parlimen pun sama macam budak2 yg tida berdisiplin(katak duduk..katak dudukkkk)...tida terpikir rakyat makin terhimpit....semua sibuk selamatkan diri sendiri.... Cubalah ambil masa ini untuk pulihkan ekonomi negara, temberang saja lebih... Bila mo habis wayang ni.... scratch
Back to top Go down
veratista
OBSERVER
OBSERVER
veratista

Female
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : PENAMPANG
Points : 11739
Reputation : 0
Number of posts : 312

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime13/7/2008, 10:32 pm

BIAR POLIS BUAT SIASATAN DAHULU.BENDA ATAU SETIAP LAPORAN PERLU DISIASAT KESAHIHANNYA.JANGAN TERUS BUAT ANDAI YANG BUKAN2.SETIAP APA YANG DUSTA,ADA KUNCI KEBENARANNYA.
Back to top Go down
ladymariah
JUNIOR
JUNIOR
ladymariah

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : KK
Points : 11898
Reputation : 0
Number of posts : 110

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime26/7/2008, 10:06 am

im very sure anwar difitnah.

saiful ni memang bengong. pandai tukar2 emosi. pandai buat killing note pulak tu kat kwn dlm friendster. rujuk sini: http://ringgittune.blogspot.com/2008/07/killing-note-from-saiful-bukhari.html


*posting dr salah seorang kwn aic: http://angahsp.blogspot.com/2008/07/siapa-yang-sebenarnya-munafik.html
Back to top Go down
http://ladymariah.wordpress.com/
Sponsored content




Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Empty
PostSubject: Re: Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari   Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari Icon_minitime

Back to top Go down
 

Kes Liwat Datuk Seri Anwar /Saiful Bukhari

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 3Go to page : 1, 2, 3  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: