SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
HISTERIA bermula... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
HISTERIA bermula... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 HISTERIA bermula...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14716
Reputation : 101
Number of posts : 7895

HISTERIA bermula... Empty
PostSubject: HISTERIA bermula...   HISTERIA bermula... Icon_minitime19/7/2008, 2:20 pm

MANGSA histeria seolah-olah dapat melihat kelibat makhluk halus.

Masyarakat percaya pesakit dirasuk kerana dikatakan menceroboh 'kediaman' makhluk ghaib

"HISTERIA bermula apabila seseorang itu memendam tekanan perasaan yang berpanjangan sehinggalah pada suatu ketika, tekanan itu tidak mampu lagi dipendam dalam hati dan melebihi had yang mampu ditanggung perasaannya.

"Ketika itulah jiwa seseorang itu menjadi lemah dan ia mudah dirasuk unsur ghaib seperti makhluk halus atau jin sehingga menyebabkan dia meracau, melolong dan meronta ketakutan atau dikenali sebagai histeria," kata Pengamal Pengubatan Islam Darussyifa', Mohd Fauzi Mustaffa ketika merungkaikan mengenai kejadian histeria.

Membincangkan mengenai histeria sememangnya menimbulkan misteri yang amat membingungkan di kalangan masyarakat terutama tatkala memikirkan sama ada ia sekadar gangguan psikologi biasa atau membabitkan pengaruh unsur mistik dan makhluk ghaib.

Bagi Mohd Fauzi yang pernah berhadapan dan merawat pesakit histeria, gejala itu akibat gabungan gangguan psikologi iaitu tekanan perasaan dan pengaruh unsur ghaib.

"Histeria lebih ketara berlaku apabila pesakit itu berada di kawasan 'kediaman' jin terbabit seperti di dalam hutan, padang atau tepi tasik; pesakit mungkin secara tidak sengaja mengganggu atau merosakkan kawasan rumah makhluk halus terbabit menyebabkan ia marah dan merasuk diri pesakit seterusnya menyebabkan histeria," katanya.

Beliau berkata, apabila histeria berlaku, pesakit tidak lagi sedarkan diri atau mengetahui apa yang mereka lakukan. Mereka akan melolong, menjerit, cemas, nafas tercungap-cungap dan meronta ingin melarikan diri.
img245.imageshack.us/img245/7468/mainpix2ky7.jpg
"Wajah mereka juga ketakutan seolah-olah ternampak sesuatu yang menyeramkan dan memang mereka dapat melihat makhluk halus itu; mereka juga memiliki kekuatan luar biasa sehingga sampai 10 orang pun tidak dapat mengekang pergerakan mangsa.

"Kekuatan itu berasal daripada makhluk ghaib terbabit malah kadangkala rasukan menyebabkan mereka meracau dengan suara atau bahasa pelik. Mereka tidak sedar apa yang dilakukan ketika histeria menyebabkan apabila pulih, mangsa kelihatan bingung," katanya.

Apabila seseorang itu mengalami histeria, gangguan itu dengan pantasnya akan merebak dan berjangkit kepada rakan atau kelompok manusia yang ada berhampirannya. Ia mampu merebak kerana jin yang mencetuskan histeria itu banyak malah kelompok manusia yang dirasuk juga turut memiliki tahap psikologi sama iaitu turut memendam tekanan dan kebimbangan.

img171.imageshack.us/img171/4832/mainpix3ar3.jpg
LELAKI juga terdedah kepada histeria.

"Terdapat kaedah dalam perubatan Islam mampu memulihkan mereka ini. Sebenarnya, jika tidak dirawat pun pesakit histeria ini mampu pulih dengan sendirinya selepas satu tempoh masa lama apabila jin yang merasuk itu keluar dan pesakit kembali sedar.

"Akan tetapi dia berisiko dirasuk kembali atau mengalami histeria semula; cara terbaik adalah dengan mencegahnya iaitu pesakit perlu tabah menghadapi dugaan hidup, sentiasa reda dengan ketentuan Allah, tidak berputus asa dan lemah semangat serta memperbanyakkan mengingati Allah kerana jiwa yang kosong tanpa mengingati Allah mudah dirasuk syaitan," katanya.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa selain wanita, ada juga lelaki, kanak-kanak atau bayi yang histeria tetapi gejala itu lebih ketara di kalangan wanita kerana golongan itu diciptakan Tuhan sebagai insan yang memiliki fizikal dan emosi yang lemah.

Wanita juga mengalami 'keuzuran' pada setiap bulan menyebabkan mereka tidak dapat beribadat dan lebih terdedah kepada serangan jin dan syaitan tambahan pula darah termasuk darah haid sememangnya menjadi makanan bagi golongan jin.

Bagi pakar psikologi, Profesor Dr Syed Hassan Ahmad Al Mashoor, unsur mistik seperti rasukan jin sememangnya tidak dinafikan wujud sebagai satu daripada punca histeria tetapi masyarakat perlu membezakan antara histeria yang berlaku akibat tekanan perasaan serta konflik emosi dengan histeria akibat rasukan jin.

"Kita tidak boleh nafi pengaruh makhluk halus dalam kehidupan tapi biarlah setiap usaha itu dibuat secara rasional supaya tidak sentiasa menyalahkan satu sebab saja (rasukan jin) dalam kes histeria.

"Jika puncanya berkaitan perubatan seperti penyakit sawan, salah guna dadah seperti ecstasy atau disebabkan penyakit mental seperti skizofrenia, ia dikatakan 'gangguan perubatan' tapi jika puncanya tekanan perasaan dan konflik emosi semata-mata, ia dikatakan 'gangguan psikologi'," katanya.

Dr Syed Hassan berkata, dari perspektif psikologi, histeria lazimnya berpunca dari tekanan emosi berpanjangan yang tidak dapat dibendung lagi malah mangsa kurang mendapat sokongan moral dan material dari keluarga, saudara mara dan rakan-rakan.

"Wanita lebih kerap histeria kerana lebih banyak memendam keresahan dan kemurungan serta tidak meluahkan tekanan emosi mereka. Lelaki pula lebih tabah dan lasak, jika mereka menghadapi stres, mereka ada saluran meluahkan tekanan emosi itu sama ada menerusi kemarahan, perlakuan agresif atau melakukan perkara tidak diingini seperti berjudi," katanya.

Beliau berkata, untuk menghindari histeria, mereka yang bermasalah perlu dikenal pasti seawal mungkin dan diberi bantuan moral bagi meredakan tekanan perasaan dan gangguan konflik yang dialami.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14716
Reputation : 101
Number of posts : 7895

HISTERIA bermula... Empty
PostSubject: Re: HISTERIA bermula...   HISTERIA bermula... Icon_minitime19/7/2008, 2:20 pm

Dari sudut psikologi
# Histeria dari sudut kesihatan psikologi ditakrifkan sebagai gangguan kesihatan di mana tahap kesedaran orang yang terbabit berubah dan dia tidak ingat apa yang berlaku. Mangsa menunjukkan perilaku, emosi dan pemikiran yang tidak normal.

# Berjangkitnya histeria ke khalayak ramai kerana golongan itu memiliki banyak persamaan seperti corak tekanan sama, contoh murid sekolah dan pekerja kilang; usia sebaya; lazimnya sama jantina. Media massa yang menggembar-gemburkan peristiwa histeria juga turut meningkatkan berlakunya gangguan ini apabila ia turut mempengaruhi tanggapan masyarakat.

# Fenomena histeria adalah kesan dari tekanan perasaan dan konflik emosi yang tidak terkawal. Mangsa tidak sedar apa yang berlaku tetapi dengan bantuan dan sokongan moral serta galakkan untuk kembali memuhasabah diri secara lebih realistik dan pragmatik, lazimnya mangsa akan beransur pulih.

# Jika terdapat tanda keresahan dan kemurungan, ubatan bagi mengawal tanda itu boleh membantu dan mempercepatkan proses pemulihan serta mencegah berulangnya kejadian histeria. Walau apa pun yang diusahakan, tawakal kepada Allah SWT sahajalah yang akhirnya dapat menentukan segala-galanya.

Dari sudut unsur ghaib
# Berbeza dengan saka, santau atau sihir, histeria disebabkan makhluk halus yang tidak bertuan. Kebiasaannya makhluk itu merasuk mangsa bagi membalas perbuatan mangsa yang mengganggu atau merosakkan kediaman mereka seperti di pandang atau hutan.

# Jin atau makhluk halus ini merasuk dan mengganggu minda mangsa sehingga menyebabkan mangsa tidak sedar apa yang berlaku dan hilang kawalan diri.

# Jenis tekanan yang boleh mencetuskan histeria adalah bimbang keterlaluan (contohnya pelajar yang ingin mengambil peperiksaan); ketegangan terlampau yang tidak diluahkan (mangsa memendam tekanan dan perasaan marah tanpa diluahkan, contohnya mangsa buli atau teraniaya); menghadapi tekanan dalam keluarga yang berpecah belah dan berkonflik sehingga hidup tidak tenang; tekanan tempat kerja; tekanan dalam rumah tangga.

# Mereka yang memiliki kekuatan rohani jarang histeria selain kuat beribadat, sabar, tidak berputus asa.

# Bayi atau kanak-kanak turut histeria tapi mereka hanya meraung ketakutan dan jari mungkin menunjuk ke arah suatu arah. Lelaki yang histeria pula kelihatan seperti sedang amuk.

# Petua apabila berhadapan dengan histeria: asingkan pesakit daripada orang ramai; cuba azankan di telinga pesakit; baca surah al-Fatihah, ayat 115 hingga 116 dari surah al-Mukminun, ayat tiga qul dan tiupkan di telinga dan muka pesakit; jika ada air Yaasin, sapu atau semburkan ke muka pesakit. Apabila pesakit kelihatan sedar, suruh dia mengucap, jika tidak dapat mengucap, maknanya jin itu masih merasuknya. Baca juga doa Nabi Sulaiman supaya didengari pesakit.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
giukmanga
REGULAR
REGULAR
giukmanga

Male
Age : 40
location : Bongawan Papar Sabah
Points : 11801
Reputation : 0
Number of posts : 378

HISTERIA bermula... Empty
PostSubject: Re: HISTERIA bermula...   HISTERIA bermula... Icon_minitime21/7/2008, 2:15 pm

bro aku ada sikit tips ciri2 org yang mau isteria hehe.. mula2 orang tu muka nya pucat pastu dia mendiamkan diri perwatakan org tu macam org susah atie..pastu sampai satu tahap dia akan duduk mencangkung selalunya pada patang hari sebelum azan magrip..pastu bile azan magrip bekumandang pompuan yang kana rasuk tuh bangun pastu badan pompuan tu macam menari "kenapa ?? sebab time tu la roh yang rasuk tuh menyesuaikan diri" so kalau ada kawan2 tejumpa kawan2 kita dalam keadaan cam tuh tangkap tangan dia n peluk badan sebab kompom dia akan lari then menjerit pastu kalau pontianak yang merasuk tu pompuan akan ketawa mengilai..hehe sa kongsi dari pengalaman saya ni..so dengar bagus2 hehe pastu kalau dah terjadi cari la tukang ubat..tp kalau ada yang pandai ada ayat al-quran mau dbacakan pastu tepuk dbahagian belakag mangsa tp sa tak ingat apa ayatnya..kalau tak tau pangil org yang pandai heheh org kerasukan ni tak suka lada sulah tau...pastu biarpun ada yang dia tak suka..tp hantu yang rasuk tu pintar dia suka sembunyi kat tempat yang lelaki tak blh sentuh..pandai kan tuh tuh...tp sa suka picit lada sulah tu kat ibu jari kaki pompuan yang kana rasuk hehe siap menjerit2 hahah suara antu pun keluar haha pastu kalau pompuan yang kana rasuk jangan pandang mata org kerasukan tu nanti pakai kana transfer @ terjangkit heheh pastu kita perlu bantuan 5 or 6 orang tuk handel org kerasukan ni.. sebab time sa handel tuh sa sama pakcik pegang tangan pompuan boleh tepelanting oo haha...yang paling sa gerun ialah suara pompuan tuh nanti tiba2 bertukar jd suara garau time becakap pastu ketawa mengilai2 heheh kompom korang cabut lari hehe pastu ada satu kes long2 time ago puntianak rasuk pompuan mengandung tampat drasiakan korang bayangkan kepala berputar 360 darjah siap ketawa mengilai2 hahahah..kompom kalau mastika nampak kompom masuk majalah hehe..

p/s : untuk kawan2 pompuan sipon ni takut limau kapas tau..hehe so bawa time datang bulan n bintang okie..tuk safty kalau pg dapur siap boleh buat teh oh ais hahaha
Back to top Go down
Yen
MODERATOR
Yen

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : sabah
Tag ID: : 02452
Points : 11845
Reputation : 0
Number of posts : 836

HISTERIA bermula... Empty
PostSubject: Re: HISTERIA bermula...   HISTERIA bermula... Icon_minitime22/7/2008, 11:02 am

Erm....Histeria??sy ada pengalaman HISTERIA--->tp bkn sy yg kena,member lain yg kena,beberapa tahun lepas,time tu masi skola(skola asrama)...area keningau...Ni betul punya cerita,x tipu punya...

Satu ptg ni,after abs latihan sukan,sy p la mandi sorang kat blkng asrama sbb time tu kat toilet abs air..so sy heran gak la,cuaca ptg tu ada sedikit ujan(gerimis2) n kaler ptg tu pun lain,oren kuning2-->x mcm oren ptg2 yg biasa...

Siap mandi,satu member ni membawa p tingu kazen dia d blok sebelah (blok lama,sy tinggal d blok baru)kunu kazen dia tu sakit,sy pun time tu,ingat kan kazen dia tu sakit demam2 ka,sakit yg besa2 la kunu,so sy pun ok sija.So after makan,kami direct la p tingu ni kakak sepupu dia....

Sampai d dorm yg c sakit ni,p la kunu kami duduk dkt dia ni....keadaan dia time tu mmg mcm sakit la...mata dia merah,rambut kusut--->sy ingat sakit biasa2...
Nda lama pas tu,adidi..punya sa tekejut,dia bangun trus beteriak,mo lari p sana koridor,pas tu mcm mo terjun dr tu bgn pun ada......trus ramai2 kami p tarik ni perempuan,paksa kami tolak ja dia kasi limpang sana lantai,sbb tlmpu kuat,ntah dia kesakitan ka tu nda...kawan2 dia buat mcm2,kasi masuk sudu ka ntah apa tu di mulut dia,sbb dia mcm mo menggigit..eee takut gak la...tp nda la yg takut smpi mo mampus...hehehe..masi blh tahan la..

Pas tu,suda dia ok....kena angkat la dia p katil dia balik...suda ok,ingat kan mo ready2 p PREP,skali baru mo balik p dorm,ada lagi beteriak sana tingkat atas..ekekeke,sa ni mo menyibuk jak,trus p la juga belari ikut tingu sana....skali tingu,yg kawan yg td tu lagi kena....kejadian dia sama juga....so ramai2 jugak p pigang ni yg saturang...sampai dia ok,baru turun lagi balik...time tu sa takut2 jugak,tp dlm masa yg sama sy x faham,napa ni benda jadi gtu...

Sampai d dorm yg mula2 sy pergi,tiba2 terlintas plak di fikiran mo eskep prep..ekekeke,mls mo blajar,so sy stay2 la sana kunu...sambil2 mkn roti kering..
blm pun abs satu keping roti tu,nah..ada lagi beteriak,d dorm yg sama tp lain org....ni kali ada org lain la yg pergi pigang,sy masi duduk2 sambil tingu2 sija,sbb penat suda naik turun,pas tu menahan org yg d atas lg td...tak semena-mena-->(ngam ka ni ekekeke),si kawan yg sama2 sy mkn roti ni,menangis pelan2,dia kestau sy dia takut...trus sy ckp la...'shhhhhh...jgn nangis...,teda apa2 yg mo d takut'nda lama pastu beteriak dia sana (dkt sy lg tu)wah..punya sa tekejut dia tiba2 dia beteriak d sana...start tu,ada few students pompuan kena HISTERIA....
Yg paling sy x sangka,ada few students yg dlm surau pun kena....kunu tu student yg kena,tiba2 bersilat and ckp dlm suara yg ganjil....ntah betul ka tidak...

Last2 sy pun lupa suda mo berapa org kena HISTERIA mlm tu,klu nda silap lebih 15 org pelajar....warden,ustaz,ustazah pun mati kutu mo kasi bagus drg ni.....mlm tu,secara x langsung,sy jadi sukarelawan,htr drg2 ni p Hospital----->>lucu jugak sbb drg kena jarum ni supaya nda betabiat...ekekeke....skali balik d asrama,sampai lbh kurang jam 11 lebih la gtu..wah,lajunya sa belari,adeh..ngam2 drg kunci tu pintu,talingong bah dorm mate sa ni...lama sy katuk2 pintu drg x buka....wah takutnya sa d luar...skali masuk,drg suma blm tido..wakakakaka..bkumpul....lucu gak la...

Skali besok pagi,dgr2 ada student lelaki yg main 'Spirit'...ni pun sy nda tau betul ka nda drg ada main spirit2...kebetulan pompuan2 yg kena ni,mmg di ketegorikan perempuan yg ayu2 gitu..ekekeke...

So smpi skrng sy masi ingat ni kejadian n tertanya2 jugak la...napa ni hal boleh tjadi n boleh jangkit menjangkit??

P/s:sy kehilangan sy punya selipar tu mlm...wakakaka...trpksa berkaki ayam pulang dr hospital...
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 11731
Reputation : 0
Number of posts : 2142

HISTERIA bermula... Empty
PostSubject: Re: HISTERIA bermula...   HISTERIA bermula... Icon_minitime22/7/2008, 11:16 am

biasalah tu.....x files kejadian alam yg tidak akan kita ketauhi...jen jen jen
Back to top Go down
giukmanga
REGULAR
REGULAR
giukmanga

Male
Age : 40
location : Bongawan Papar Sabah
Points : 11801
Reputation : 0
Number of posts : 378

HISTERIA bermula... Empty
PostSubject: Re: HISTERIA bermula...   HISTERIA bermula... Icon_minitime23/7/2008, 3:14 pm

hehhe yen len kali pakai kasut supaya selipar tidak ilang..heheh mesti kau jd pelari pecut time tuh heheh
Back to top Go down
Yen
MODERATOR
Yen

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : sabah
Tag ID: : 02452
Points : 11845
Reputation : 0
Number of posts : 836

HISTERIA bermula... Empty
PostSubject: Re: HISTERIA bermula...   HISTERIA bermula... Icon_minitime23/7/2008, 3:37 pm

giukmanga wrote:
hehhe yen len kali pakai kasut supaya selipar tidak ilang..heheh mesti kau jd pelari pecut time tuh heheh

wakaka..nda kan la sa mo pki kasut kluar masuk dorm..abs sa kena marah nanti...nda bah dia ilang time sibuk2 mo htr tu student p ospital...keadaan sgt genting time tu...so mo cari2 selipar pun nda da masa...eeee
Back to top Go down
giukmanga
REGULAR
REGULAR
giukmanga

Male
Age : 40
location : Bongawan Papar Sabah
Points : 11801
Reputation : 0
Number of posts : 378

HISTERIA bermula... Empty
PostSubject: Re: HISTERIA bermula...   HISTERIA bermula... Icon_minitime23/7/2008, 3:45 pm

haha... aku pun panah ada kes ilang selipar time tejumpa hantu pocong ilang selipar haha tidak tau terabang mana sdh time tuh..siap kaki aku ada taris2 wana unggu kana anak tangga..time tu aku rasa lurus jek tangga tuh heheh
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12119
Reputation : -6
Number of posts : 1063

HISTERIA bermula... Empty
PostSubject: Re: HISTERIA bermula...   HISTERIA bermula... Icon_minitime28/4/2009, 12:11 pm

we rock good info we rock
respek respek respek respek respek respek Agree respek respek opps walau apa pun we rock we rock blue hypo blue hypo blue hypo blue hypo blue hypo ghost ghost ghost ghost
Back to top Go down
Sponsored content




HISTERIA bermula... Empty
PostSubject: Re: HISTERIA bermula...   HISTERIA bermula... Icon_minitime

Back to top Go down
 

HISTERIA bermula...

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: ALAM MISTIK :: Artikel Mistik-
Jump to: