SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Anwar menang besar: Majoriti 15,671

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14738
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime26/8/2008, 11:55 pm

Anwar menang besar: Majoriti 15,671

9.47 malam: Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.

Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.

Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.

Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.

9.15 malam: Keputusan awal setakat ini, daripada sumber rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 14,551 undi.

Sebanyak 11 kotak undi belum dihitung. Pengiraan masih berjalan.

8.00 malam: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang dengan majoriti tidak rasmi sebanyak 16,210 undi.

Menurut sumber-sumber yang mengetahui, Anwar mendapat 26,646 manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 10,436 undi.

Pengiraan masih dijalankan.

7.59 mlm: Pengiraan tidak rasmi menunjukkan Anwar setakat ini mendapat 16,101 undi mendahului Arif Shah yang mendapat 6,071 undi. Pengiraan masih dijalankan.

7.30 mlm: SPR mula mengumumkan keputusan mengikut kotak undi. Setakat ini Anwar mendahului dengan 3,507 undi atau 48.11 peratus, iaitu PKR 5,398, BN (1,891) dan Akim (9).

Sebanyak 20 daripada 111 kotak undi telah dikira.

6.55 ptg: Proses pengiraan undi sedang berjalan di 25 pusat pengundian. Menurut sumber-sumber dalaman, Anwar mendahului di semua saluran.

6.30 ptg: Ribuan penyokong, sebahagian besarnya dari PKR, berhimpun di semua pusat pengundian. Polis turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke pusat pengiraan.

Kira-kira 30 anggota polis dan trak FRU juga dilihat di tempat-tempat berkenaan.

6.05 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman, seramai 38,144 atau 65.25 peratus keluar mengundi.

5.53 ptg: Polis telah menutup jalan utama menuju ke pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun, tempat keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh akan diumumkan.

5.00 ptg: Proses pengundian tamat dan ini akan diikuti dengan proses pengiraan undi.

4.25 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Kamaruzaman Mohd Noor berkata sehingga jam 3 petang tadi, hanya 53.5 peratus keluar mengundi. Beliau juga menafikan khabar angin yang tempoh pengundian dilanjutkan hingga jam 6 petang.


1.33 tghari: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi Malaysiakini berkata, keadaan keseluruhan terkawal. Beliau mengesahkan seorang penyokong Pakatan ditahan pagi tadi kerana melempar objek dan menghalang tugas polis.

Menurutnya, kesesakan juga berlaku kerana faktor manusia yang tidak patuhi undang-undng dan ikut emosi sendiri.

1.30 tghari: Masih terdapat 200 penyokong Pakatan di SK Sri Penanti. Kelihatan 10 trak FRU serta trak meriam air ditempatkan di situ.

1.00 tghari: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, setakat jam 12 tengahari, 44.8 peratus pengundi telah membuang undi.

Manakala Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula menganggarkan sehingga jam 1 tengahari, peratusnya dijangka meningkat kepada 53 peratus.

12.10 tghari: Seperti yang diramalkan oleh Jabatan Kaji Cuaca, hujan mulai turun di sekitar Permatang Pauh dan diramalkan juga akan berpanjangan hingga ke malam.

11.20 pagi: Bilik gerakan SPR di Permatang Pauh ketika dihubungi berkata, hanya Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor yang boleh memberitahu peratus pengundian. Kamaruzaman kini sedang meninjau perjalanan proses pengundian.

11.05 pagi: Ejen pengundian PKR, Rodziah Ismail, sahkan nama pengundi dalam kedua-dua versi daftar pengundi di SK Seberang Jaya 2, adalah sama, hanya muka surat yang berbeza.

11.00 pagi: Ramai penyokong BN dan Pakatan di SK Sri Penanti sudah beredar. Hanya tinggal kira-kira 100 penyokong BN dan kira-kira 200 penyokong Pakatan yang masih kelihatan di situ. Anggota polis masih mengawal keadaan di situ.

10.52 pagi Calon Akim, Hanafi Mamat memberitahu Malaysiakini, beliau dalam perjalanan untuk melawat pusat pengundian di Kubang Semang.

Beliau menaruh harapan dan menegaskan, jika kalahpun "mesej kita sudah sampai kepada pengundi dan mereka boleh menilai".

10.42 pagi: Ketua Penerangan PKR, Tian Chua sedang berunding dengan pihak polis untuk memberi lebih masa kepada penyokong parti politik beredar.

10.42 pagi: Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob tiba di tempat kejadian. Selepas berbincang dengan para pegawainya, polis mengarahkan penyokong kedua belah pihak supaya beredar.

Terdapat kira-kira 1,000 penyokong parti politik di situ, yang terdiri daripada kira-kira 400 penyokong BN dan 600 penyokong Pakatan.

10.30 pagi: seorang penyokong Pakatan ditahan di SK Sri Penanti kerana didakwa melontar objek ke arah penyokong BN.

10.10 pagi: Anwar berkata beliau berharap dapat angkat sumpah di Parlimen esok dan "kita akan masuk Parlimen dengan agenda yang jelas dan mereka (BN) patut bangun dengan menerima realitinya".

Dalam ucapan ringkasnya selepas membuang undi, Anwar berkata, beliau menerima sokongan kuat penduduk Permatang Pauh.

10.05 pagi: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh berkata pihaknya sedang menyemak perbezaan muka surat dalam daftar pengundi yang diberi pada PKR dan yang digunakan di saluran dua, SK Seberang Jaya 2.

Katanya, muka surat 8 hingga 21 dalam daftar yang diberikan kepada PKR adalah untuk pengundi saluran dua, tetapi mengikut daftar pemilih yang digunakan oleh SPR pagi ini, bagi pengundi saluran dua adalah muka surat 1 hingga 14.

10.00 pagi: Anwar dan Dr Wan Azizah beredar dari SK Seri Penanti selepas kedua-dua mengundi di SK Sri Penanti. Ketika ditemui pemberita, Anwar berkata, ia bukan Anwar lawan calon BN, tetapi melawan seluruh jentera kerajaan. Bagaimanapun, Anwar yakin menang.

9.38 pagi: Anwar tiba di SK Sri Penanti untuk membuang undi. Beliau yang berbaju kameja biru dan bersongkok, bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

9.31 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertembung Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang di pusat pengundian di SK Seberang Jaya 2.

Penyokong Pakatan melaungkan 'Altantuya, pembohong, penipu' manakala penyokong BN pula melaungkan 'Hidup BN'

9.30 pagi. Menurut sumber yang layak dipercayai, 9 daripada 10 pengundi di SK Sri Penanti difahamkan memilih Anwar.

9.10 pagi PKR menghantar ‘alert' menyatakan senarai daftar pengundi yang digunakan di SMK Seberang Jaya 2, dalam DUN Seberang Jaya 2, berbeza dengan senarai yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini. Bagaimanapun, difahamkan berlaku perbezaan muka surat dalam daftar pemilih yang digunakan oleh pihak parti dan SPR di pusat pengundian tersebut.

9.05 pagi: Jumlah penyokong Pakatan di SK Sri Penanti, semakin bertambah mencecah kira-kira 700 orang. Manakala penyokong BN pula dianggarkan seramai 300 orang.

8.45 pagi: Kira-kira 30 sedang berbaris untuk mengundi di SK Sri Penanti. Manakala jumlah penyokong BN bertambah kepada kira-kira 250 orang manakala penyokong Pakatan pula meningkatkan kepada kira-kira 300 orang.

Penyokong BN kedengaran melaung liwat, penyokong Pakatan ada kata Altantuya, Ada juga penyokong Pakatan tunjuk wang kertas RM50 ke arah penyokong BN. Ada penyokong Pakatan Tanya BN ‘Tak nyanyi lagu ke'. Penyokong BN jawab ‘liwat'. Bila kenderaan lalu, mereka bersorak.

8.30 pagi: Terdapat kira-kira 200 penyokong BN dan 200 penyokong Pakatan berada di SK Sri Penanti menunggu ketibaan Anwar. Kedua belah pihak dipisahkan oleh jalanraya dan berada kira-kira 20 meter dari situ. Penyokong PKR melaungkan ‘Reformasi' manakala di pihak BN, mereka menyanyikan lagi ‘Barisan Kita". Kelihatan kira-kira 50 anggota polis bertugas mengawal keadaan di situ.

Pengundi dijangka keluar awal untuk mengundi ekoran Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dan ribut petir akan berlaku di sebelah petang.

8.15 pagi: Keadaan lalu lintas di sekitar Permatang Pauh terkawal dan kenderaan yang membawa lambang BN dan PKR mundar-mandir mengangkut pengundi.

Seramai 6,000 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan keselamatan di Permatang Pauh untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

8.08 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah merupakan antara orang pertama membuang undi sebaik sahaja pusat pengundian di buka di SK Seberang Jaya 2. Anwar dijadual mengundi jam 9 pagi.

Ketika ditemui pemberita, Arif Shah menyifatkan angka 8 adalah nombor bertuah baginya. Isteri beliau, Datin Latifah Asmawi dan anak sulung mereka, Izwan Shah, turut mengundi di tempat yang sama.

Terdapat kira-kira penyokong kedua belah pihak membawa bendera parti masing-masing Penyokong Pakatan juga kelihatan memakain topeng Anwar dan bersorak antara satu lain.

8 pagi: Sejumlah 110 saluran di 25 pusat mengundi, dibuka kepada 58,459 pengundi membuang undi dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Tujuh daripada 25 pusat mengundi itu terletak di sekolah menengah kebangsaan manakala bakinya terletak di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan serta dewan orang ramai.

Pilihanraya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah 51; calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61, dan Hanafi Hamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Ia diadakan berikutan peletakan jawatan anggota parlimennya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Dr Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihanraya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.

Anwar mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Penanti manakala Arif Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jaya 2.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
froneTier
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
froneTier

Female
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Jesselton
Tag ID: : SFC 03082
Points : 12308
Reputation : 11
Number of posts : 2208

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime27/8/2008, 12:15 am

padan muka BN.caya la PKR,.DSAI. Very Happy
Back to top Go down
de@@_le$$
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
de@@_le$$

Male
Countries/State : Sabah
Age : 45
location : Penampang, SABAH
Tag ID: : SFC 01022
Points : 13539
Reputation : 23
Number of posts : 7093

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime27/8/2008, 12:42 am

Shocked .... wah wah wah.... dua kali ganda tu..... caya la.... affraid
Back to top Go down
carls
SENIOR
SENIOR
carls

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Tamparuli-kk-m'cute
Tag ID: : SFC03396
Points : 11531
Reputation : 0
Number of posts : 514

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime27/8/2008, 1:12 am

kali ni bn akan buka mata.. respek anwar...
Back to top Go down
http://www.friendster.com/slrac
kAzZa
REGULAR
REGULAR
kAzZa

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : penampang...
Points : 11536
Reputation : 0
Number of posts : 346

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime27/8/2008, 8:31 am

huhu tak besar sangat.. tapi tetap menang .. huhu .. penundi malas mengundi 65%+_ jak... huhu .. Anwar Menang ,..
Back to top Go down
csilusz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Tambunan-lahad datu
Tag ID: : SFC 03201
Points : 11640
Reputation : 0
Number of posts : 1494

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime27/8/2008, 8:40 am

opsss malatupszz.... berdarah la diurang ni kali... vote for change!!
Back to top Go down
kAzZa
REGULAR
REGULAR
kAzZa

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : penampang...
Points : 11536
Reputation : 0
Number of posts : 346

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime27/8/2008, 8:58 am

PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE
PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 AUGUST 2008

We won! And our victory is decisive and overwhelming.

I share in the joy felt by all Malaysians on this historic day. This is a victory for the people. And it’s great to be back!

On March 8th Malaysians voted for a New Dawn. Today, on the eve of our
independence day, we have reasserted that call. We celebrate our
nation’s independence in the spirit that our founding fathers intended
- a nation of one and a people united.

In the face of the greatest adversity, our campaign focused on the
issues that matter to Malaysians. Our calls for national unity, good
governance and a vibrant democracy have silenced the voices of racist
chanting, those who profit from the abuse of power and exploit the
politics of fear and deceit.

We have promised a New Dawn for Malaysia and we will deliver on our
promise. We will forge ahead on our Malaysian Economic Agenda to
revive the economy, and to uplift the poor and the marginalized of all
races. We will restore the integrity of the judiciary, fight
corruption and build a truly unified nation.

We will be a government that is totally committed to realizing the people’s aspirations.

With the success of the eight of March and tonight’s resounding
victory, I daresay we are indeed ready to face the challenges of the
future, together.

We could not have won without the firm, unwavering support of our
friends in the Pakatan Rakyat and the tens of thousands of Malaysians –
Malays, Chinese, Indians, Ibans, Kadhazans - who have come to Permatang
Pauh to work hard for this victory. I truly appreciate your courage,
conviction and valour; and congratulate your commitment to our shared
principles of freedom, justice and democracy.

This may be one small step for Permatang Pauh but one giant leap for the people of Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
Back to top Go down
Yen
MODERATOR
Yen

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : sabah
Tag ID: : 02452
Points : 11867
Reputation : 0
Number of posts : 836

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime27/8/2008, 9:15 am

wah..sioloonerz ni peka juga pasal politik ya..ingat psl keta jak..wakakaka... pale

neway...mmg respek anwar!bulih2 suda dia ni....ekekeke..
Back to top Go down
MieY_kItTy
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
Tag ID: : SFC 3398
Points : 12084
Reputation : 4
Number of posts : 1858

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime27/8/2008, 9:19 am

dimana silapnya...??????? Suspect

alu pikir lah sendiri..!!!!!
Back to top Go down
blugu
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
blugu

Male
Countries/State : Sabah
Age : 45
location : Kota Kinabalu-Putatan
Tag ID: : SFC02202
Points : 12221
Reputation : 10
Number of posts : 2945

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime27/8/2008, 2:15 pm

BN tewas: Tiada lagi wibawa PM, Najib
Aug 27, 08 12:41pm
Kemenangan PKR semalam di Permatang Pauh dengan majoriti lebih besar membuktikan lagi BN telah ditolak oleh ahli-ahlinya sendiri dan kewibawaan perdana menteri serta timbalannya terhakis sepenuhnya, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

"Jumlah undi yang diperolehi BN kurang daripada bilangan ahli-ahli Umno di kawasan (parlimen) itu," katanya.

Dalam kenyataannya mengulas kemenangan besar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil itu, ahli parlimen Gua Musang berkata BN tetap tewas walaupun seluruh sumber dan kepimpinannya dikerahkan untuk berdepan tokoh pembangkang itu.

Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi - peningkatan lebih 2,000 undi berbanding yang diperolehi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebanyak 13,388 pada pilihanraya umum Mac lepas.

Tengku Razaleigh menambah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi harus memikul beban ketewasan ini.

"Mustahil untuk disembunyikan: beliau tidak memiliki lagi sekelumit kewibawaan yang perlu untuk mentadbir negara dari hari ke hari, apatah lagi mengatur arah baru yang kita semua perlukan untuk maju dalam dunia yang kompleks," katanya, yang popular dipanggil Ku Li.





5 bas 'pengundi hantu' ditahan
Kuek Ser Kuang Keng | Aug 26, 08 4:42pm

Tiga buah bas - sebuah daripadanya membawa penumpang - telah dibawa ke balai polis di Permatang Pauh selepas penyokong PKR percaya mereka digunakan untuk membawa pengundi hantu.

Bas-bas dan penumpang berkenaan kini berada di balai polis Seberang jaya, manakala pemimpin PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli Parlimen Padang Seri, telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

permatang pauh polling day fru 260808 02Dan pada kira-kira jam 5.30 petang, dua buah bas lagi yang disyaki membawa pengundi hantu, dibawa ke balai polis.

Gobalakrishman memberitahu Malaysiakini bahawa mereka telah dimaklumkan bahawa enam buah bas yang membawa pengundi hantu, akan tiba di Permatang Pauh pada kira-kira 3 petang.

Selepas diperiksa, penyokong PKR mendapati dua buah bas kosong diletakkan di sepanjang Lebuhraya Butterworth-Kulim, dan diperhatikan oleh anggota polis.

Penyokong PKR kemudiannya diberitahu anggota polis tersebut bahawa bas tersebut sedang menunggu pengundi pulang dari mengundi.

permatang pauh polling day fru 260808 01Gobalakishman kemudian berkeras supaya bas-bas tersebut dibawa ke balai polis sementara menunggu laporan polis dibuat.

Dan dalam perjalanan ke balai polis, kumpulan PKR itu menemui sebuah lagi bas masuk ke Permatang Pauh. Bas ketiga ini penuh dengan penumpang.

Gobalakrishnan juga berkata, bas tersebut juga turut dibawa ke balai polis, bersama dengan dengan penumpangnya.

Difahamkan daripada salah seorang pemandunya, bas-bas tersebut datang dari Melaka.

Bas-bas tersebut menggunakan plet pendaftaran Pahang, Melaka, dan Kuala Lumpur. Sebuah daripadanya didapati didaftar di alamat bangunan Umno di Melaka.

Sepasukan polis telah dikejarkan ke balai polis berkenaan bersama sebuah trak meriam air.

Gobalakrishnan dan Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin Hashim masuk ke balai polis untuk membuat laporan polis, tetapi keluar 30 minit kemudian dengan tangan kosong.

Gobalakrishnan memberitahu kira-kira 50 penyokong PKR di luar bangunan balai bahawa pihak polis terlalu sibuk untuk menerima laporan mereka. katanya, beliau akan mencuba lagi kemudian.

Gobala dan anak ditahan

Dan dalam satu lagi perkembangan dramatik, ketika Gobalakrishnan pergi semula ke balai polis berkenaan, beliau telah ditangkap bersama dua orang anaknya kerana "memberhentikan bas-bas tersebut".

Anaknya - Arvind, 20, dan Pravin, 23 - juga didakwa dikasari anggota polis sebelum mereka ditangkap.

Polis juga bertindak menyuraikan orang ramai dari balai tersebut.
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12033
Reputation : 0
Number of posts : 2370

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime27/8/2008, 2:18 pm

syabas kpd yg menang...
cuba lg kpd yg kalah....
papun Kerajaan yg bagi aku makan selama nie....terima kaseh....
Back to top Go down
ariel87
REGULAR
REGULAR
ariel87

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : KK-Ranau
Points : 12229
Reputation : 0
Number of posts : 263

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime27/8/2008, 2:27 pm

Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy
Very Happy PKR MENANG BESAR BAH NI.. Very Happy
Very Happy KTA TGK PAKATAN RAKYAT MMERINTAH LPAS NI Very Happy
Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy
Back to top Go down
monte cristo
REGULAR
REGULAR
monte cristo

Male
Age : 41
location : Selangor Darul Ehsan
Points : 11642
Reputation : 1
Number of posts : 450

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime27/8/2008, 2:29 pm

mesti best kat dewan rakyat nnti ni...
Back to top Go down
ariel87
REGULAR
REGULAR
ariel87

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : KK-Ranau
Points : 12229
Reputation : 0
Number of posts : 263

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime27/8/2008, 2:42 pm

best la rsanya..
Bro monte cristo..ko da tgk suasana mengundi smlm ka?
ko dduk area tu?
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 11999
Reputation : 0
Number of posts : 2041

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime27/8/2008, 2:49 pm

kita dengar jah suar-2 lantang kat parlemen nanti...............
Back to top Go down
LoLLiPoP
SENIOR
SENIOR


Male
Age : 45
location : kk-kb-kl-putatan
Points : 11907
Reputation : 0
Number of posts : 656

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime28/8/2008, 5:42 am

kita yg kat bawah cukup makan.. tapi kita nda sedar kita makan tu hasil dari anak watan sendiri.. mana lari royalti minyak kita.. mana cukai sawit kita... mana cukai getah kita... yg penting 20 perkara utk org sabah mana sudah oi!!? sepatutnya anak watan sabah yg mengnaggur layak dapat 200, pergi saja post ofice bawa ic.. tapi tu suma dah lari mana.. mmg kita cukup makan tapi klu di atas2 kita nda lebih mkn, kita pun lebih jugak bah...

apa2pun aku mmg ikut perkembangan reformasi ni dari 1998.. jadi skrg kita tgk perbahasan antara pak lah + kj (suka campur tgn periuk nasi org) lawan dgn anwar.. kita tgk siapa yg kena... Yahoo besar tu majoriti dia dari bini dia dulu....
Back to top Go down
T2T
FRESHIE
FRESHIE


Male
Age : 45
location : Kuala Lumpur
Points : 11490
Reputation : 0
Number of posts : 23

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime28/8/2008, 2:10 pm

tahniah untuk dsai, semoga rakyat kita semakin bersatu dan aman damai hendaknya..
Back to top Go down
ariel87
REGULAR
REGULAR
ariel87

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : KK-Ranau
Points : 12229
Reputation : 0
Number of posts : 263

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime29/8/2008, 3:37 am

btul 2 pa yg ko ckap LoLLiPoP..bkn psal mnat xmnat politik,tp buka la minda sikit..
ANAK WATAN SABAH, JGN DIANAKTIRIKAN..
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12033
Reputation : 0
Number of posts : 2370

Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime29/8/2008, 8:18 am

btulka klu anwar jd pm sabah jdi anak btul?? pale
Back to top Go down
Sponsored content




Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Empty
PostSubject: Re: Anwar menang besar: Majoriti 15,671   Anwar menang besar: Majoriti 15,671 Icon_minitime

Back to top Go down
 

Anwar menang besar: Majoriti 15,671

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: