SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Penyakit HIV/AIDS Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Penyakit HIV/AIDS Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Penyakit HIV/AIDS

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12104
Reputation : 4
Number of posts : 1780

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime18/12/2008, 12:09 am

Pengenalan
"Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit" ataupun AIDS adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.


Penerangan
AIDS melumpuhkan kemampuan tubuh untuk melawan penyakit (sistem imun tubuh). Ini kerana kuman HIV telah memusnahkan sel T CD4+ yang bertanggungjawab melawan penyakit yang disebabkan oleh kuman bakteria, virus dan lain-lain. AIDS bukanlah satu penyakit yang tersendiri. Dengan kegagalan sistem imun, pesakit AIDS lebih mudah terdedah kepada :

• pelbagai kuman, termasuklah yang tidak membahayakan manusia yang normal
• beberapa jenis kanser yang jarang-jarang berlaku


Asas Saintifik
HIV menyerang dengan perlahan-lahan dan memusnahkan sesetengah sel darah putih di dalam badan (sel T CD4+). Dalam keadaan normal, sel-sel ini membantu tubuh melawan jangkitan kuman dan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria. Apabila HIV telah menyerang badan seseorang, sel-sel ini tidak lagi mampu melaksanakan tanggungjawab mereka kerana telah dimusnahkan secara perlahan-lahan oleh HIV. Ini bermaksud bahawa HIV akan turut memusnahkan keupayaan tubuh badan untuk melawan penyakit.

Sebenarnya AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi jangkitan HIV. Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa :

• Fasa 1 - bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu

• Fasa 2 - di mana virus tersebut membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala yang tertentu

• Fasa 3 - membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan beberapa tanda dan gejala yang memburukkan lagi mekanisma pertahanan tubuh.

• Fasa 4 - pesakit mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang berlaku yang digelar 'infeksi oportunistik' seperti Pneumocystis Carinii Pneumonia dan kanser termasuk Sarkoma Kaposi.

• Fasa 5 - pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam fasa ini, mekanisma pertahanan mengalami kemusnahan yang teruk dan sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria, virus dan kuman-kuman lain.


Penyebab
Penyebab bagi AIDS ialah HIV. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia dan hanya boleh dipindahkan apabila bendalir badan daripada individu yang telah dijangkiti memasuki ke dalam tubuh individu yang belum dijangkiti.

HIV berjangkit melalui pemindahan sebarang bendalir dari tubuh mereka yang telah dijangkiti kepada orang lain. Virus ini boleh didapati di dalam bendalir-bendalir tubuh seperti:

• Darah
• Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi)
• Rembesan faraj
• Susu badan


Perebakan
AIDS merebak terutamanya melalui darah, semen (air mani) dan rembesan faraj mereka yang telah dijangkiti virus AIDS. AIDS juga boleh merebak dari ibu yang telah dijangkiti kepada bayi yang dikandungnya.

Berdasarkan fakta di atas, aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan anda terdedah kepada jangkitan AIDS adalah seperti berikut:

1. Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua jantina
2. Melakukan hubungan seks dengan pelacur
3. Berkongsi jarum dan picagari di kalangan penagih dadah


Transmisi/Jangkitan Virus AIDS
Virus HIV wujud di dalam bendalir tubuh manusia yang telah dijangkiti seperti di dalam cecair seminal, rembesan faraj dan darah. Virus ini boleh merebak dari individu yang telah dijangkiti kepada orang lain melalui perkara-perkara berikut:

• Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (cth : memakai kondom) bersama-sama individu yang telah dijangkiti

• Pertukaran darah atau produk darah dari individu yang telah dijangkiti ke dalam sistem peredaran darah orang lain.

• Daripada ibu yang dijangkit kepada janin yang dikandung

• Daripada organ, tisu atau air mani mereka yang telah dijangkiti (contohnya seperti melalui pemindahan organ)

AIDS tidak boleh merebak melalui sentuhan ataupun konteks biasa seperti:
• Berpegangan tangan
• Bersentuh-sentuhan di kawasan yang sesak
• Berjabat tangan
• Bekerja bersama
• Bermain
• Ciuman ringan


Anda tidak boleh dijangkiti AIDS dengan :
• berkongsi makanan, menggunakan kemudahan awam seperti kolam mandi atau tandas ataupun melalui gigitan nyamuk

• menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah steril dan hanya digunakan sekali sahaja. Mereka yang tiada risiko AIDS adalah digalakkan untuk menderma darah.

• proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah yang didermakan di Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus AIDS.

• menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS kerana virus AIDS tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia.
Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus AIDS.


Faktor-Faktor Risiko
Jika anda mengamalkan perkara-perkara berikut, anda adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat HIV/AIDS

• Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua jantina

• Melakukan hubungan seks dengan pelacur

• Berkongsi jarum di kalangan penagih dadah


Insidens
AIDS pertama kali dilaporkan di Amerika Syarikat pada tahun 1981. Semenjak itu ia telah menjadi masalah kesihatan yang penting di seluruh dunia. Di Malaysia, 300 kes baru HIV yang baru dikesan setiap bulan. Sejumlah 448 kes AIDS dan 16,349 kes HIV dilaporkan sehingga 30 Jun 1996. Majoriti mereka yang dijangkiti di Malaysia (iaitu lebih kurang 84%) berada dalam lingkungan umur antara 20 - 39 tahun, manakala lebih kurang 4% lagi adalah berumur antara 13 ke 19 tahun.


Tanda-tanda dan gejala
Pesakit AIDS akan mengalami gejala-gejala seperti di bawah:

• Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui puncanya

• Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan

• Demam yang berpanjangan. Demam ini berlaku samada secara berkala ataupun berterusan

• Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang.

• Jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang. Herpes zoster merupakan infeksi saraf oleh virus yang dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit

• Kandidiasis di mulut dan tekak. Kandidiasis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat (fungus).

• Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang. Herpes simpleks merupakan jangkitan virus pada kulit yang dilihat sebagai lepuhan di sekeliling mulut dan alat kelamin.


Komplikasi
Oleh kerana pesakit AIDS telah mengalami kelumpuhan fungsi sistem imun, mereka lebih mudah jatuh sakit berbanding dengan mereka yang memiliki tindak balas imun yang sihat. Komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku ialah:

• Pneumocystis Carinii Pneumonia (sejenis penyakit radang paru-paru), yang boleh membawa maut. Penyakit ini memusnahkan paru-paru pesakit AIDS

• Cytomegalovirus Retinitis merupakan penyakit mata berkaitan AIDS yang serius dan boleh menyebabkan buta.

• Sarkoma Kaposi merupakan kanser berkaitan AIDS yang menyebabkan ketumbuhan/tumor pada kulit. Ia berwarna merah jambu atau ungu.

• AIDS Waiting Syndrome melibatkan penurunan berat badan yang ketara, cirit-birit yang kronik atau rasa lemah dan demam yang berpanjangan atau berkala selama sekurang-kurangnya 30 hari



Back to top Go down
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12104
Reputation : 4
Number of posts : 1780

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime18/12/2008, 12:10 am

Ujian-Ujian
Bagi
memastikan kewujudan kuman HIV dalam tubuh seseorang, satu ujian darah
boleh dijalankan (Ujian Antibodi HIV contohnya HIV ELISA, EIA,
Aglutinasi Partikel). Ujian-ujian ini boleh dilakukan di semua klinik
dan hospital kerajaan atau swasta.

Apabila
virus telah memasuki tubuh, satu sebatian yang dikenali sebagai
antibodi akan terhasil. Antibodi inilah yang dikesan di dalam
ujian-ujian darah yang dijalankan.



Keputusan Ujian HIV
Ujian
HIV dapat mengenalpasti kewujudan antibodi di dalam darah, seawal 2
minggu selepas jangkitan, tetapi tubuh mungkin mengambil masa selama 6
bulan untuk mengeluarkan antibodi secukupnya. Purata masa yang diambil
ialah 25 hari.

Keputusan seropositif
bagi ujian HIV ini membawa maksud antibodi HIV wujud di dalam saluran
darah seseorang dan dia adalah HIV positif. Untuk mendapat penyakit
AIDS ia mungkin mengambil masa sehingga 10 tahun atau lebih. Rawatan
menggunakan dadah untuk melambatkan perkembangan AIDS boleh didapati,
tetapi tidak boleh sembuh sepenuhnya.

Keputusan
seronegatif biasanya menandakan bahawa anda tidak diijangkiti oleh HIV.
Walau bagaimanapun, anda perlu diuji semula dalam masa 6 bulan jika
anda berisiko tinggi untuk mendapat AIDS, kerana ia mengambil masa
begitu panjang untuk menghasilkan antibodi yang mencukupi.

Sesiapa
yang menerima keputusan HIV perlulah mendapatkan kaunseling sebelum dan
selepas ujian ini supaya mereka dapat memahami keputusan ujian,
membincangkan kaedah pencegahan dan jika perlu, bincangkan pilihan
rawatan yang ada.


Bilakah seseorang itu disahkan sebagai pesakit AIDS?
Seseorang itu disahkan sebagai pesakit AIDS apabila mereka memiliki ciri-ciri di bawah:

• Ujian darah mereka disahkan mengandungi antibodi AIDS

• Mereka telah mempamerkan tanda-tanda dan gejala-gejala AIDS (sila lihat Gejala/Simptom)

• Mereka telah mendapat komplikasi dari AIDS (sila lihat Komplikasi)


Bilakah seseorang itu dianggap sebagai pembawa AIDS?
Seseorang
itu dianggap sebagai pembawa AIDS apabila ujian darah mereka didapati
positif terhadap antibodi AIDS walaupun mereka belum menunjukkan
sebarang gejala AIDS.



Rawatan Farmakologi
Rawatan untuk HIV melibatkan pemusnahan kuman virus tersebut dan merawat simptom yang dialami oleh pesakit.


Dadah-dadah berikut digunakan:


1. Dadah antiretrovirus
Dadah
antiretrovirus menyerang dan memusnahkan retrovirus, termasuklah HIV.
Dalam beberapa tahun ini, para penyelidik telah mencapai kemajuan besar
dalam penghasilan pelbagai rawatan pilihan bagi AIDS/HIV ini. Sejak
akhir tahun 1980'an, para profesional perubatan di Amerika Syarikat
telah menggabungkan dadah antiretroviral ke dalam regimen rawatan yang
dipreskripsikan kepada pesakit yang dijangkiti. Kombinasi tiga atau
lebih dadah antiretroviral, yang biasanya dipanggil 'dadah koktel',
didapati berkesan dalam menurunkan paras jangkitan HIV dalam tubuh
individu yang dijangkiti, dengan cara memperlahankan perebakan HIV.


2. Perencat Protease
HIV
akan melalui proses replikasi dan menjangkiti sel-sel yang sihat di
dalam tubuh pembawa HIV. Keseluruhan proses ini akan membawa kepada
pembentukan AIDS. HIV memerlukan sejenis enzim yang dikenali sebagai
protease untuk proses replikasi. Perencat protease menghalang enzim ini
dengan berkesan dan seterusnya menyekat replikasi daripada berlaku.


3. Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NRTI) dan Non-nucleoside Transcriptase Inhibitors (NNRTI)

Untuk
HIV direplikakan (digandakan), enzimnya mestilah memasuki nukleus dalam
sel seseorang pesakit. Satu enzim yang dikenali sebagai HIV Reverse
Transcriptase membantu menggandakan bahan genetik HIV dalam nukleus sel
pesakit tersebut. NRTI adalah penghalang enzim Reverse Transkriptase
ini. Oleh itu, NRTI dapat melengahkan tindakan enzim HIV ini.


4. Gabungan dadah
Perencat
protease, nukleosida dan bukan nukleosida menghalang fungsi-fungsi HIV
yang berbeza. Dadah antiretrovirus jika diberi secara bersendirian,
gagal untuk menghasilkan kesan yang berpanjangan. Oleh itu, dadah-dadah
ini akan diberikan secara gabungan.


Rawatan Bukan Farmakologi
Tujuan
pengurusan adalah untuk memberikan khidmat perubatan yang terbaik
kepada individu yang telah dijangkiti AIDS, bagi mengurangkan kadar
kesengsaraan dan mengelakkan diskriminasi.


Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia terhadap individu
yang dijangkiti HIV adalah disepadukan ke dalam perkhidmatan rawatan
perubatan. Rawatan ini boleh didapati di semua hospital. Program ini
dikelolakan oleh Bahagian Perubatan dan Cawangan AIDS/STD, Jabatan
Kesihatan Awam (Public Health Department), Kementerian Kesihatan
Malaysia.

• Rawatan, termasuklah
kaunseling yang diberi kepada pesakit yang dijangkiti HIV dan pesakit
AIDS untuk kedua-dua pesakit luar dan pesakit dalam wad. Kaunseling
perlu diberikan sebelum dan selepas pesakit diuji untuk HIV


Kesemua pesakit yang dijangkiti HIV akan dirawat oleh pakar di hospital
yang terdekat. Disebabkan implikasi jangkitan HIV/AIDS ini adalah
serius, rujukan kepada doktor pakar yang berpengalaman adalah perlu
sebelum
sebarang diagnosis dipastikan.
Tiada wad ataupun hospital yang khas untuk pesakit AIDS ataupun mereka
yang disyaki HIV positif. Pemencilan pesakit AIDS hanya dilakukan atas
sebab-sebab perubatan, contohnya sewaktu pesakit telah tenat.


Pesakit diberi jagaan perubatan sepenuhnya (termasuklah penggunaan
Azidothymidine AZT) setelah disarankan oleh pakar yang menjalankan
rawatan. Satu garis panduan mengenai penggunaan AZT telah dikeluarkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

• Kesemua individu yang dijangkit HIV perlu menghadiri rawatan lanjutan setiap 3 hingga 6 bulan

• Kesemua pesakit HIV akan diberikan kaunseling perubatan yang intensif oleh doktor.

• Kesemua pesakit akan diberitahu mengenai diagnosis serta dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga yang sesuai

Di
samping terapi dadah, terdapat satu faktor lagi yang boleh menyumbang
ke arah kehidupan yang lebih panjang dan sihat untuk pesakit AIDS,
iaitu pemakanan yang sihat. Makanan berkhasiat membantu pesakit AIDS
mengekalkan kesihatan mereka dengan memberikan perlindungan daripada
komplikasi jangkitan berkaitan HIV. Pengambilan makanan berkalori
tinggi bersama protein dan karbohidrat yang cukup, boleh mempertahankan
diri dari kekurangan zat makanan, malserapan nutrien, penurunan sistem
imun dan susut badan. Pemakanan yang baik akan membantu mengurangkan
kesan buruk dadah dan juga meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap
ubat-ubatan tertentu.



Pemantauan
Jika
anda rasakan anda berisiko untuk dijangkiti HIV, anda dinasihatkan
supaya memantau kehadiran HIV di dalam darah anda. Ujian-ujian berikut
dapat mengenalpasti kewujudan antibodi HIV di dalam darah. Antibodi
terhadap HIV akan terhasil secara semulajadinya apabila virus tersebut
memasuki tubuh. Beberapa jenis ujian HIV yang boleh dilakukan ialah

1. Ujian darah Antibodi
Ujian
darah antibodi dilaksanakan untuk mengesan antibodi terhadap HIV di
dalam darah. Ujian saringan yang paling biasa dijalankan ialah EIA
(imunoasai enzim) dan ELISA (Enzyme-linked Immunosorbent Assay).

2. Ujian Oral HIV
Ujian
oral ini dijalankan menggunakan contoh mukus daripada bahagian dalam
pipi dan gusi, bukan menggunakan darah. Ujian ini telah diluluskan oleh
FDA (Food & Drug Administration - USA) dan ia adalah tepat seperti
juga ujian darah.

Di Malaysia, ujian
WB (untuk penagih dadah yang tidak menggunakan cara suntikan) atau
ujian "particle agglutriotion (untuk penagih dadah yang menggunakan
suntikan) selalunya dijalankan untuk mengesahkan jangkitan HIV.



Pencegahan
Anda
akan diberikan rawatan yang perlu beserta kaunseling perubatan mengenai
AIDS dan cara-cara untuk menjaga kesihatan dan bagaimana untuk mencegah
penyebaran penyakit ini kepada orang lain.

Langkah keselamatan untuk pesakit AIDS:

• Simpan nombor-nombor telefon yang penting

• Pastikan rumah anda adalah selamat


Pastikan peralatan peribadi yang penting boleh didapati dengan mudah
seperti sarung tangan pakai-buang, tuala wanita dan lampin

• Anda tidak boleh menderma darah

• Amalkan pemakanan yang sihat


Lindungi diri anda dari sebarang penyakit, contohnya elakkan dari
berada berdekatan dengan orang yang sakit, pakai perlindungan muka
(topeng) sewaktu melawat orang sakit, elakkan dari mendapat luka.

• Anda mesti menggunakan kondom sewaktu melakukan hubungan seks untuk melindungi pasangan anda daripada dijangkiti AIDS


Jika anda adalah penagih dadah, hentikan tabiat ini. Jangan menyuntik
dadah atau berkongsi jarum dengan penagih dadah yang lain.



Wanita yang dijangkiti AIDS perlu mengelakkan diri daripada hamil
kerana mereka boleh memindahkan virus ini kepada bayi-bayi yang
dikandung.
Back to top Go down
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12104
Reputation : 4
Number of posts : 1780

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime18/12/2008, 12:13 am

Penyakit HIV/AIDS Hiv_310Penyakit HIV/AIDS Hiv_210

BENTUK VIRUS HIV (Human Immunodeficiency Virus)
Back to top Go down
vampienell
JUNIOR
JUNIOR
vampienell

Male
Age : 45
location : Tamparuli-Tambunan-Tenom
Tag ID: : SFC 04047
Points : 11291
Reputation : 0
Number of posts : 173

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime7/1/2009, 1:27 pm

yo bro...skang kerajaan telah menggalakkan kepada pasangan2 yg ingin berkahwin agar membuat pemeriksaan/saringan HIv...ini utk menentukan status kesihatan pasangan masing2...pemeriksaan ini bukan bertujuan utk menaruh syak terhadap pasangan masing2 tapi bertujuan utk menjamin kebahagiaan masa depan... Agree
Back to top Go down
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12104
Reputation : 4
Number of posts : 1780

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime9/1/2009, 3:05 pm

vampienell wrote:
yo bro...skang kerajaan telah menggalakkan kepada pasangan2 yg ingin berkahwin agar membuat pemeriksaan/saringan HIv...ini utk menentukan status kesihatan pasangan masing2...pemeriksaan ini bukan bertujuan utk menaruh syak terhadap pasangan masing2 tapi bertujuan utk menjamin kebahagiaan masa depan... Agree

betul 2 bro
Back to top Go down
reeze
SENIOR
SENIOR
reeze

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Sipitang-Beaufort-Papar-KK
Tag ID: : SFC 03771
Points : 11532
Reputation : 0
Number of posts : 564

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime30/3/2009, 10:17 pm

so kepada pasangan2 yg bakal berkahwin tu pastikan anda melakukan ujian saringan pra-perkahwinan di klinik2 kesihatan yang berdekatan. ujian saringan HIV pra perkahwinan hendaklah dilakukan 3 bulan sebelem melangsungkan perkahwinan. sebarang pertanyaan berkenaan UJIAN SARINGAN HIV PRA-PERKAHWINAN ini bolehlah berhubung dengan PPKP Ardiansyah(Nabawan), PPKP Daniel (Tenom), PPKP Reeze (Beaufort) waseh... Very Happy
Back to top Go down
http://www.gen-2.net/reeze/
canggul
JUNIOR
JUNIOR
canggul

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : bongawan
Tag ID: : SFC 02858
Points : 11739
Reputation : 0
Number of posts : 224

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime31/3/2009, 12:46 pm

reeze wrote:
so kepada pasangan2 yg bakal berkahwin tu pastikan anda melakukan ujian saringan pra-perkahwinan di klinik2 kesihatan yang berdekatan. ujian saringan HIV pra perkahwinan hendaklah dilakukan 3 bulan sebelem melangsungkan perkahwinan. sebarang pertanyaan berkenaan UJIAN SARINGAN HIV PRA-PERKAHWINAN ini bolehlah berhubung dengan PPKP Ardiansyah(Nabawan), PPKP Daniel (Tenom), PPKP Reeze (Beaufort) waseh... Very Happy
Apa jenis ujian yang perlu dilakukan tu bro? Rapid test kah tu? kalau keputusan reaktif, apa yang perlu dilakukan?
Back to top Go down
canggul
JUNIOR
JUNIOR
canggul

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : bongawan
Tag ID: : SFC 02858
Points : 11739
Reputation : 0
Number of posts : 224

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime31/3/2009, 12:48 pm

vampienell wrote:
yo bro...skang kerajaan telah menggalakkan kepada pasangan2 yg ingin berkahwin agar membuat pemeriksaan/saringan HIv...ini utk menentukan status kesihatan pasangan masing2...pemeriksaan ini bukan bertujuan utk menaruh syak terhadap pasangan masing2 tapi bertujuan utk menjamin kebahagiaan masa depan... Agree
Betul tu bro... tapi apa yang sebenarnya yang membunuh pesakit AIDS?
Back to top Go down
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12104
Reputation : 4
Number of posts : 1780

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime2/4/2009, 12:19 am

canggul wrote:
reeze wrote:
so kepada pasangan2 yg bakal berkahwin tu pastikan anda melakukan ujian saringan pra-perkahwinan di klinik2 kesihatan yang berdekatan. ujian saringan HIV pra perkahwinan hendaklah dilakukan 3 bulan sebelem melangsungkan perkahwinan. sebarang pertanyaan berkenaan UJIAN SARINGAN HIV PRA-PERKAHWINAN ini bolehlah berhubung dengan PPKP Ardiansyah(Nabawan), PPKP Daniel (Tenom), PPKP Reeze (Beaufort) waseh... Very Happy
Apa jenis ujian yang perlu dilakukan tu bro? Rapid test kah tu? kalau keputusan reaktif, apa yang perlu dilakukan?

utk ujian HIV pra-perkahwinan adalah rapid test ja, klu keputusan reaktif, maka kena buat ujian pengesahan seperti ELISA di hospital dengan pengambilan sampel darah.. dan sekira nya positif, pesakit akan dirujuk ke HQE utk tindakan lanjut
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12097
Reputation : -6
Number of posts : 1063

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime27/4/2009, 7:48 am

aku bukan inda setuju. Contoh.. Bila kita gembira mau kwin tiba tiba kita kna penyakit tu. Memang pasangan kita lain rasa kan . .
Back to top Go down
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12104
Reputation : 4
Number of posts : 1780

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime28/4/2009, 12:41 am

sasukey wrote:
aku bukan inda setuju. Contoh.. Bila kita gembira mau kwin tiba tiba kita kna penyakit tu. Memang pasangan kita lain rasa kan . .


btl 2 bro...tp kita kena ingat @ b'hati2 ngan lifestyle kita... klu pikir nikmat dunia ja...mcm2 blh jd Very Happy
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12097
Reputation : -6
Number of posts : 1063

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime29/4/2009, 8:32 am

kita pun bukan mau kena . Tpi kalau sudah takdir. Wlau pun kita tidak tesnarai .kalau kita tekena org mungkin ada sbb sbb tetentu.
Back to top Go down
doe
MODERATOR
doe

Female
Age : 37
location : kota kinabalu sabah bah....
Tag ID: : sfc 03138
Points : 12089
Reputation : 4
Number of posts : 1458

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime29/4/2009, 10:19 am

ok jga lar info nie.. terutamanya info dari segi cara jangkitan tue..
bap rami org salah anggap yang sentuhan boleh menyebabkan jangkitan HIV/ADIS nie.. huuu... congrates to bro Deeyan yg sanggup bgi info nie untuk kita.

Betul tue aku sokong semua pasangan ada baiknya buat pemeriksaan luk sblm kawin..nanti ssh .. terutamanya bila ada baby nanti.. klau kena jangkitan kesian baby tue.. huuu....

betul ka tue deeyan?
Back to top Go down
Liah
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Liah

Female
Age : 46
location : kota kinabalu
Tag ID: : SFC 04179
Points : 12478
Reputation : 15
Number of posts : 1258

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime18/5/2009, 12:17 pm

Very Happy good n4 bro.....so kena berhati2 lah juga dlm memilih pasangan.tapi klu sudah jodoh mcm mana....hehehehehe.tentu sedih kan bye
Back to top Go down
General PG
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
General PG

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Cowboi Town mariiiii...
Tag ID: : SFC 05958
Points : 12011
Reputation : 6
Number of posts : 1024

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime25/7/2009, 8:55 pm

Klu mantain 2 org jak??? kena juak ka tu arrr???
Back to top Go down
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12104
Reputation : 4
Number of posts : 1780

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime1/8/2009, 12:35 pm

General PG wrote:
Klu mantain 2 org jak??? kena juak ka tu arrr???

susah jg mo ckp bro... 2 kena tau status kesihatan masing2....mn la tau history psgn kn...kekekeke
Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 13743
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime7/10/2009, 3:00 pm

ya..kalau macam yang tercucuk jarum suntikan ka apa ka..sama juga tu..hehe..kdg2 tu rembesan darah yang terpercik. dari konjunktiva punboleh kena ni..bagi yang medical person, jarum suntikan yang bahaya ni...
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
magic
JUNIOR
JUNIOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : K. Kinabalu <--> Papar <--> Kuala Penyu
Tag ID: : SFC 05009
Points : 11270
Reputation : 0
Number of posts : 159

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime24/11/2009, 2:51 pm

penyakit ni klu kena menyesal tau....lebih kurang macam bunuh diri sendiri la katakn....jd pengajaran utk kita semua....jng la kita ingat nikmat dunia saja... kita wajib jga kena ingat dihari penghitungan (akirat)...persiapkn la diri kita masing2 dgn amalan baik utk bekalan kelak.....tq
Back to top Go down
usman
ELITE
ELITE
usman

Male
Countries/State : Sabah
Age : 41
location : labuan n kb
Tag ID: : SFC 05218
Points : 14207
Reputation : 7
Number of posts : 3056

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime24/11/2009, 3:06 pm

Good Info...
Jadikan pengajaran tuk kita semua..........
Back to top Go down
zali89
SENIOR
SENIOR
zali89

Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : lahad datu
Tag ID: : SFC 06569
Points : 11667
Reputation : 7
Number of posts : 765

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime24/11/2009, 3:22 pm

tu la skrg ne kalau mau buat yg x elok tu pikir dlu masa depan anak2 kita jgn buat main sdap ja..nnt siapa yg susah diri sendiri juga yg susah..hehe..

Apa2pun tq 4 info..

Back to top Go down
m_hafiz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
m_hafiz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Borneo Paradise,)mcm d kK,)
Tag ID: : SFC 05031
Points : 12138
Reputation : 7
Number of posts : 1146

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime8/1/2010, 10:59 am

Penyakit HIV/AIDS 900701 Dr SioLooN gud infoooo,)
Back to top Go down
FAREL
SENIOR
SENIOR
FAREL

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : kundasang,Ranau
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC13231
Points : 11090
Reputation : -7
Number of posts : 818

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime16/6/2010, 11:24 pm



BAGUSSSSSsssssss PUNYA INFOoooooo
Penyakit HIV/AIDS 47811 Penyakit HIV/AIDS 47811 Penyakit HIV/AIDS 47811 Penyakit HIV/AIDS 47811
Back to top Go down
rifcha
FRESHIE
FRESHIE


Female
Countries/State : Indonesia
Age : 39
location : semarang
Points : 9693
Reputation : 1
Number of posts : 1

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime20/1/2011, 2:24 pm

sekarang di Indonesia telah ditemukan obat HIV herbal dari buah manggis, madu, bunga rosella dan apel, baca aja di http://xamthone.org/
Back to top Go down
mats
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Malaysia
Age : 35
location : kl
Points : 9261
Reputation : 1
Number of posts : 1

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime24/8/2011, 9:12 am

ada kwn sy tnya... apabila kita melakukan hubungan seks ngan seseorg yg kita xthu pnykit nya & jika kita membuka kondom dgn tangan kasar tanpa menggunakan pelapik untuk menanggalkan kondom itu selepas melakukan hubungan seks, adakah kita boleh dijangkiti??
Back to top Go down
Nasran
REGULAR
REGULAR
Nasran

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Taman Tshun Ngen, San
Tag ID: : SFC01678
Points : 12374
Reputation : 4
Number of posts : 393

Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime4/9/2011, 10:38 am

info yang berguna..
Back to top Go down
Sponsored content




Penyakit HIV/AIDS Empty
PostSubject: Re: Penyakit HIV/AIDS   Penyakit HIV/AIDS Icon_minitime

Back to top Go down
 

Penyakit HIV/AIDS

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN KESIHATAN :: Penyakit Berjangkit-
Jump to: