SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Jangkitan cacing ganggu tumbesaran Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Jangkitan cacing ganggu tumbesaran Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Jangkitan cacing ganggu tumbesaran

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Viero
MODERATOR
Viero

Male
Countries/State : Sabah
Age : 105
location : Melbourne
Website : https://www.facebook.com/Vieros
Points : 12405
Reputation : 18
Number of posts : 2464

Jangkitan cacing ganggu tumbesaran Empty
PostSubject: Jangkitan cacing ganggu tumbesaran   Jangkitan cacing ganggu tumbesaran Icon_minitime26/10/2008, 10:02 pm

Telur cacing masuk ke tubuh menerusi tangan, makanan kotor
(Oleh Hafizah Iszahanid)

PROTOZOA
dan cacing adalah dua punca utama penyakit manusia di kebanyakan negara
tropika. Ia bukan saja menjejaskan kesihatan berbilion orang malah
membunuh jutaan yang lain setiap tahun.

Jangkitan cacing misalnya, boleh berlaku pada semua kumpulan
usia masyarakat. Bagaimanapun, ia lebih kerap terjadi pada kanak-kanak.
Pada 2006, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan jangkitan
cacing di seluruh dunia melebihi 1.5 bilion.
Pakar Pediatrik, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC) Dr Noor Aziah
Shaari, berkata masalah cacing yang tidak dirawat menyebabkan pelbagai
komplikasi, antaranya masalah kekurangan darah kerana cacing boleh
menghisap darah dalam usus.

"Cacing kerawit misalnya, paling kerap menyebabkan kekurangan darah
kerana ia boleh menghisap darah di dalam usus.

"Masalah kurang darah yang kronik boleh mengganggu tumbesaran
dan pembelajaran malah pada tahap lebih serius boleh menyebabkan
kegagalan jantung," katanya.
Masalah jangkitan cacing bagaimanapun, tidak terhad pada sejenis
cacing saja. Jangkitan cacing lain yang kerap berlaku adalah cacing
gelang dan cemeti.
Menurut WHO, jangkitan cacing gelang (ascaris lumbricoides)
adalah jangkitan yang paling kerap berlaku iaitu membabitkan 1.22
bilion jangkitan, cacing cemeti (triciuris trichiura) pula 795 juta
jangkitan manakala cacing kerawit (amcylostoma duodenale, necator
americanus dan ancylostoma ceylanicum) 740 juta jangkitan.
Daripada jumlah itu, 400 juta kes membabitkan kanak-kanak
yang kerap mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang
cerdas, kekurangan daya pemikiran dan mengalami masalah pembelajaran
(Stephenson et al 1998).

"Kalau dilihat kajian tempatan yang dilakukan pada
masyarakat luar bandar pula, ada antara 40 hingga 60 peratus
kanak-kanak dijangkiti cacing.

"Jangkitan cacing gelang adalah jangkitan yang paling kerap berlaku (50
peratus), diikuti cacing cemeti (40 peratus) dan 10 peratus lagi
jangkitan disebabkan cacing kerawit," katanya.
Dr Noor Aziah berkata, masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia tidak kira muda atau tua.

Bagaimanapun, katanya usia yang paling kerap dijangkiti cacing
adalah antara enam hingga tujuh tahun dan usia yang paling kurang
dijangkiti adalah di bawah setahun.

Katanya, jika ada tanda jangkitan, ubat cacing boleh diberi
kepada semua peringkat usia. Namun, pemberian ubat untuk pencegahan
seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2006
ialah selepas usia setahun kerana kanak-kanak pada usia ini lebih kerap
dijangkiti.

"Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan,
tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan.
Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia
dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu," katanya.


Cacing dan jangkitan
Dr Noor Aziah berkata, cacing adalah sejenis jangkitan yang
berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur
cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan
yang tidak dibersihkan dengan baik juga akan menyebabkan telur cacing
dimakan dan larva akan menetas di dalam usus.

"Larva yang sudah menetas akan berhijrah ke paru-paru
sehingga matang sebelum berhijrah semula ke dalam usus manusia. Cacing
yang matang akan bertelur, membiak dan telur cacing juga boleh
menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik
sebelum penyediaan makanan," katanya.

Dr Noor Aziah berkata, larva cacing kerawit juga boleh
menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk
ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama.
"Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah
kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh
membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat
dengan segera.
Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan
kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.

Berbanding cacing yang dipindahkan melalui tanah seperti
ascariasis dan trichuriasis, yang selalu terjadi pada kanak-kanak
sekolah, jangkitan cacing kerawit juga kerap terjadi pada orang dewasa.


Komplikasi:

  • A) Cacing gelang
    Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan
    tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak
    itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan
    pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang
    menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan
    vitamin A � kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.


    Penghijrahan cacing:
    Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom
    batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan
    pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit
    perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing
    boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.


  • B) Cacing cemeti
    Masalah intussusception (usus tersumbat) menyebabkan muntah
    berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing
    yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh
    menyebabkan 'prolaps rectum' atau usus terkeluar dan cacing dapat
    dilihat pada permukaan usus itu.


  • C) Cacing kerawit
    Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau
    anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia
    boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang
    kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan
    jantung.
Simptom:

  • Kurang selera makan
  • Tumbesaran terganggu
  • Kerap muntah
  • Sakit perut
  • Kerap cirit-birit
  • Pucat
  • Gatal pada dubur
Back to top Go down
https://www.facebook.com/Vieros
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12119
Reputation : -6
Number of posts : 1063

Jangkitan cacing ganggu tumbesaran Empty
PostSubject: Re: Jangkitan cacing ganggu tumbesaran   Jangkitan cacing ganggu tumbesaran Icon_minitime27/4/2009, 8:29 am

we rock good info we rock
blue hypo Bagus blue hypo
Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 13765
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Jangkitan cacing ganggu tumbesaran Empty
PostSubject: Re: Jangkitan cacing ganggu tumbesaran   Jangkitan cacing ganggu tumbesaran Icon_minitime12/6/2009, 3:01 pm

ni la namanya Infestasi Cacing..makan la ubat cacing sekurang2nya 2 kali setahun..bahaya ni..kalau perut anda buncit,ladus,boroi... cepat2 la cek geng
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
Sponsored content




Jangkitan cacing ganggu tumbesaran Empty
PostSubject: Re: Jangkitan cacing ganggu tumbesaran   Jangkitan cacing ganggu tumbesaran Icon_minitime

Back to top Go down
 

Jangkitan cacing ganggu tumbesaran

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN KESIHATAN :: Penyakit Berjangkit-
Jump to: