SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Panaskan Enjin - Betol kerr??? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Panaskan Enjin - Betol kerr??? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Panaskan Enjin - Betol kerr???

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3, 4, 5  Next
AuthorMessage
andira_suriena
REGULAR
REGULAR
andira_suriena

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : Sipitang-KK-Miri
Tag ID: : SFC 04979
Points : 11947
Reputation : 0
Number of posts : 436

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 12:00 pm

Mintak pndapat korank, Suspect

Upacara mmanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pmandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya trmasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi.

Ada yang mmanaskan enjin selama 1 minit. Ada yang mmanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh2 masuk kereta untuk memulakan perjalanan.Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk mmastikan jangka hayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang mmanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap Patik, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu2 yang pandai2 ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda2 macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah2 agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pmbelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian Patik dengan sedikit kajian, upacara pmanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula2 mungkin datuk Patik start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa Patik pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk Patik masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa Patik pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya.. Kemudian bila Patik dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, Patik pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya Patik tak buat. Sebab Patik ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya Patik bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pmanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula2 panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pmanasan enjin adalah tidak digalakkan dan ssetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pmanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang2 bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk mmanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Patik rasa mmg dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk mm naskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.

Tabiat mmanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun Patik tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah penc ema ran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mcemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap
suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Smasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercema dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi mmastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah mmandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Smakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka smakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Skg kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada 3 kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mncemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan mmanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan mmanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah smasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk m ema naskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin.

Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk mmastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat mmanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat2. Jangan tunggu2. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang2 dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pncemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan m matikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pncemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.



Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia??
Save The Planet.
Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14163
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 12:09 pm

kasi panas engine dalam 30 saat boleh ka??sebab rpm time 1st start pun dah tinggi..hehe
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
andira_suriena
REGULAR
REGULAR
andira_suriena

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : Sipitang-KK-Miri
Tag ID: : SFC 04979
Points : 11947
Reputation : 0
Number of posts : 436

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 12:12 pm

e2laa pasaaalll............... dont know
Back to top Go down
DonJuanDeMarco
REGULAR
REGULAR


Male
Countries/State : Selangor
Age : 47
location : SHAH ALAM
Points : 12009
Reputation : 9
Number of posts : 269

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 1:25 pm

engine & engine oil perlu working temperature untuk betul2 perform...

minyak engine perlu di panaskan pada temperature yang betul,baru boleh melindungi injin..

pendapat peribadi saya..artikel itu tidak betul..
Back to top Go down
swordfishxox
WEBMASTER
swordfishxox

Male
Countries/State : Perak
Age : 44
location : Putrajaya, Perak
Tag ID: : SFC 04219
Points : 16607
Reputation : 35
Number of posts : 4825

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 1:29 pm

rasanya xyah panaskan enjin...
sbb petronas pun ada ckp xyah panas enjin...
dulu2 aku ada juga panaskan enjin..
skrg ni... paling koman 20 saat...
yg paling penting cool down enjin...
stop kereta jgn trus mati enjin...
biar running lama sket...
baru shutdown enjin...
Back to top Go down
satria5943
REGULAR
REGULAR
satria5943

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : keningau
Tag ID: : SFC 08183
Points : 11568
Reputation : 1
Number of posts : 422

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 1:32 pm

cuba otai2 skalian gtau apa kelebihan panaskan enjin....kalau takyah panaskan enjin tak leh ke........cnfuse la
Back to top Go down
shamsulredz
SENIOR
SENIOR
shamsulredz

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 44
location : Ft Labuan-Btu
Tag ID: : SFC 07547
Points : 11867
Reputation : 10
Number of posts : 646

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 1:39 pm

kasi panas dlm masa 30sec pun dah kira ok...yg ptg jgn kasi mati enjin terus selepas long distance...pasang turbo timmer lg bgs..
Back to top Go down
pengiranijam
JUNIOR
JUNIOR
pengiranijam

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : NA
Tag ID: : SFC 06612
Points : 11438
Reputation : 1
Number of posts : 114

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 1:44 pm

Sa rasa 30 saat tu ngam tuk motor, 1 minit ngam tuk kereta la...
Back to top Go down
swordfishxox
WEBMASTER
swordfishxox

Male
Countries/State : Perak
Age : 44
location : Putrajaya, Perak
Tag ID: : SFC 04219
Points : 16607
Reputation : 35
Number of posts : 4825

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 1:55 pm

patut panas enjin takat2 yg mampu...
kalu lama sgt pun xde gunanya..
sbb masa korang drive enjin pun jalan jgk...
Back to top Go down
andira_suriena
REGULAR
REGULAR
andira_suriena

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : Sipitang-KK-Miri
Tag ID: : SFC 04979
Points : 11947
Reputation : 0
Number of posts : 436

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 2:23 pm

ada specific time kaa utk pnskan engine kereta?klu stat engine trus jln..matilaaa kasian kereta,engine masih mderum lg.... drive
Back to top Go down
pengiranijam
JUNIOR
JUNIOR
pengiranijam

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : NA
Tag ID: : SFC 06612
Points : 11438
Reputation : 1
Number of posts : 114

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 2:31 pm

andira_suriena wrote:
ada specific time kaa utk pnskan engine kereta?klu stat engine trus jln..matilaaa kasian kereta,engine masih mderum lg.... drive
Ya, btul tue, sa pon tdak drive trus kalau kelang kabut camna pon... tunggu 1-2 minit baru jalan...
Back to top Go down
swordfishxox
WEBMASTER
swordfishxox

Male
Countries/State : Perak
Age : 44
location : Putrajaya, Perak
Tag ID: : SFC 04219
Points : 16607
Reputation : 35
Number of posts : 4825

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 2:45 pm

hahaha...
jawabnya jammed la enjin korang kalu start kereta trus bwk...
Back to top Go down
ProjectD
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching
Tag ID: : SFC02081
Points : 14370
Reputation : 10
Number of posts : 6723

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 3:20 pm

bg aku panaskan kejap jak,ckup auto chock turun semula....pastu trus jalan..tidak perlu lah start kasi biar idle lama2 sgt....

kalau injin x di panaskan mmg korang akan rasa semput untuk injin tu mau lari kalau di blast hehehehe.....

injin perlu berada pada suhu operasi yang tertentu untuk menghasilkan kuasa yang maksimum.... Very Happy
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Nieto
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
Nieto

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 01287
Points : 13987
Reputation : 34
Number of posts : 5595

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 3:27 pm

sebab kalau cold starting, biasanya mixture ini memang rich, dimana petrol lebih banyak. cuba kamu hidu exhaust, bau petrolkan? itu normal punya. bayangkan kalau start terus jalan, ecu setting atau carburator sudah buat mixture itu rich, kalau kamu tekan minyak lagi, banyak lagi petrol kena inject.

lagipun engine kena panas sikit baru gerak, sebab piston telah henti dalam masa yang lama, dia kena sesuaikan keaadaan dulu baru jalan. Cold starting adalah dimana piston membuat gesaran yang paling banyak dengan cylinder.

macam juga manusia, tak kan lah baru bangun terus pergi lari 100m, mesti kena panaskan badan dulu.
Back to top Go down
andira_suriena
REGULAR
REGULAR
andira_suriena

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : Sipitang-KK-Miri
Tag ID: : SFC 04979
Points : 11947
Reputation : 0
Number of posts : 436

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 3:43 pm

Nieto wrote:
sebab kalau cold starting, biasanya mixture ini memang rich, dimana petrol lebih banyak. cuba kamu hidu exhaust, bau petrolkan? itu normal punya. bayangkan kalau start terus jalan, ecu setting atau carburator sudah buat mixture itu rich, kalau kamu tekan minyak lagi, banyak lagi petrol kena inject.

lagipun engine kena panas sikit baru gerak, sebab piston telah henti dalam masa yang lama, dia kena sesuaikan keaadaan dulu baru jalan. Cold starting adalah dimana piston membuat gesaran yang paling banyak dengan cylinder.

macam juga manusia, tak kan lah baru bangun terus pergi lari 100m, mesti kena panaskan badan dulu.

yalaahh..saya stuju jg.bapa saya cakap pun bgni bahh.yg penting pndai2lah.bg saya,pnskan injin dulu adala lebi baik....... Very Happy
Back to top Go down
Wangan
JUNIOR
JUNIOR
Wangan

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Tenom - Bfort - Miri city
Tag ID: : SFC 07194
Points : 11374
Reputation : 1
Number of posts : 118

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 4:11 pm

pendapat saya kena panaskan sikit dulu baru move.. terutama pada waktu pagi. boleh juga terus jln tp tak boleh tekan throtle kuat2.. kena control tu rpm sama macam masa kereta parking. terutama enjin carb pagi kalau tak panaskan bergegar. kenapa kapal terbang, bas, keretapi dan kapal laut biar enjin hidup dulu dan tidak terus jalan? artikel tersebut dibuat utk penjagaan alam. mengurangkan karbon dioksida di ruang atmosfera bumi.. dari segi itu mmg baik. klu enjin angkang boleh tukar, overhaul, convert pi turbo.. klu alam tercemar? susah mau repair kan..
Back to top Go down
napster
MODERATOR
napster

Male
Countries/State : Selangor
Age : 40
location : KLIA (hometown papar)
Tag ID: : SFC 03920
Points : 17618
Reputation : 116
Number of posts : 6364

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 4:39 pm

rasanya topic ni sesuai di post kat sini >>> http://www.sioloon.com/tips-information-automobile-f76

artikel ni sebiji dlm majalah KERETA isu 115 keluaran July 2009

bg aku cukup panaskan engine 30-60 saat saja...
selama 7 tahun ni aku pakai kereta xprnh lg ada masalah pada engine sebab tak warm-up...

rasanya tak perlu la nk warm-up smpi 4-5 minit...
buat abis minyak je, 4-5 minit dh blh jalan 4-5 km dah...
disamping tu blh menjaga alam sekitar yg skrg ni mmg dh panas...

seperti yg bro wangan cakap, blh start engine terus jalan tp jgn rev/throttle kuat sangat... compom hangkang engine... pernah terjadi ngn jiran aku... asal pagi2 jak rev engine honda dia... nda lama hangkang engine...
Back to top Go down
pioneer_syntium
MODERATOR
pioneer_syntium

Male
Age : 43
location : Semporna / Tawau / Lahad Datu / Flamingo / Putatan
Points : 12868
Reputation : 3
Number of posts : 1106

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 8:01 pm

sa pernah kena kes macam ni, start enjin terus blast boost 1.4 bar terus berbunyi conrod bearing itu baru kluar dr bengkel tu sdh buat semua, last2 x berani lagila terus jlnni, kena panas kan enjin dalam 2 minit baru jalan.
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16980
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 10:28 pm

bukannya kamu xtau...artikel tu suruh supayya kita buat macam tu agar kereta cepat rosak dan boleh beli baru...jd laku lg la kereta2 yg ada sekaarang dan minyak pun laku lagi...ekonomi pun meningkat la...
Back to top Go down
Nieto
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
Nieto

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 01287
Points : 13987
Reputation : 34
Number of posts : 5595

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 10:54 pm

Wangan wrote:
pendapat saya kena panaskan sikit dulu baru move.. terutama pada waktu pagi. boleh juga terus jln tp tak boleh tekan throtle kuat2.. kena control tu rpm sama macam masa kereta parking. terutama enjin carb pagi kalau tak panaskan bergegar. kenapa kapal terbang, bas, keretapi dan kapal laut biar enjin hidup dulu dan tidak terus jalan? artikel tersebut dibuat utk penjagaan alam. mengurangkan karbon dioksida di ruang atmosfera bumi.. dari segi itu mmg baik. klu enjin angkang boleh tukar, overhaul, convert pi turbo.. klu alam tercemar? susah mau repair kan..

pendapat saya pun kasi panas dulu.

kalau engine mahu rosak, mahu overhaul, maksudnya cemar udara sudah tu. asal engine bermasalah, minyak makan, emission tak cantik, asap pun banyak, lagi teruk padahnya. itulah sebabnya jepun banyak halfcut, pasal kalau sudah tua, diaorang tukar kereta baru.
Back to top Go down
ProjectD
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching
Tag ID: : SFC02081
Points : 14370
Reputation : 10
Number of posts : 6723

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 10:57 pm

tgu jurutera dr BMW,MITSUBISHI,DLL la jawab ni...berdebatan hebat ni.... What a Face
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
bbr 193
REGULAR
REGULAR
bbr 193

Male
Age : 112
location : SELURUH SABAH
Points : 11990
Reputation : 0
Number of posts : 291

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime2/9/2009, 11:13 pm

bod_supersperm wrote:
kasi panas engine dalam 30 saat boleh ka??sebab rpm time 1st start pun dah tinggi..hehe


org bilang nda boleh panas kan injin..degil.... geek



cara yg paling baik ada lah...

start injin....jalan slow2 ....TEKAN MINYAK IKUT URUTAN......

jangan hidup kan ekon,RADIO,TV SEBELUM IDLING kereta STABIL...


SELAMAT HARI RAYA..
Back to top Go down
Danix
REGULAR
REGULAR
Danix

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : petagas - Sabah
Tag ID: : Saa9X9XU
Points : 11909
Reputation : 6
Number of posts : 433

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime3/9/2009, 3:12 am

fuhh,..klau jiran sy panaskan engine maw 10 - 20 minit juga ni..dengar sudah start engine tapi tidak pandai start jalan..klau sy panaskan engine senang ja..picit2 dari jauh time jalan pg kereta..pastu masuk kunci..terus jalan..hehe
Back to top Go down
mad4toy
JUNIOR
JUNIOR


Male
Countries/State : Brunei
Age : 45
location : Brunei
Points : 11977
Reputation : 3
Number of posts : 151

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime3/9/2009, 5:29 am

memang inda perlu lama kalau mau panas kan enjin, lagipun tempat kita ani sudah panas climatenya

30sec to 60 sec sudah cukup

yang penting kita jangan rev enjin terus, di bawah 3k rpm lah, sudah enjin betul2 panas baru blast

terlalu lama idling sebenar nya inda baik untuk enjin, minyak pelincir (vicoscity) nya sekajap saja berubah, lagi pun sayang jua minyak petrol bah, dari idling buang minyak petrol cematu saja, bagus petrol hilang di sebab kan kereta bergerak
Back to top Go down
http://bruneiclassiccelica.com/
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14163
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime3/9/2009, 11:03 am

bbr 193 wrote:
bod_supersperm wrote:
kasi panas engine dalam 30 saat boleh ka??sebab rpm time 1st start pun dah tinggi..hehe


org bilang nda boleh panas kan injin..degil.... geek



cara yg paling baik ada lah...

start injin....jalan slow2 ....TEKAN MINYAK IKUT URUTAN......

jangan hidup kan ekon,RADIO,TV SEBELUM IDLING kereta STABIL...


SELAMAT HARI RAYA..
hehe bro..lama tidak dengar cerita,ok bro..pelan2 jak ni bawa kereta kasi panas
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
Sponsored content




Panaskan Enjin - Betol kerr??? Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? Icon_minitime

Back to top Go down
 

Panaskan Enjin - Betol kerr???

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 5Go to page : 1, 2, 3, 4, 5  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: ENGINE & PERFORMANCE-
Jump to: