SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Panaskan Enjin - Betol kerr???

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5  Next
AuthorMessage
andira_suriena
REGULAR
REGULAR
andira_suriena

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : Sipitang-KK-Miri
Tag ID: : SFC 04979
Points : 11947
Reputation : 0
Number of posts : 436

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime2/9/2009, 12:00 pm

First topic message reminder :

Mintak pndapat korank, Suspect

Upacara mmanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pmandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya trmasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi.

Ada yang mmanaskan enjin selama 1 minit. Ada yang mmanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh2 masuk kereta untuk memulakan perjalanan.Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk mmastikan jangka hayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang mmanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap Patik, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu2 yang pandai2 ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda2 macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah2 agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pmbelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian Patik dengan sedikit kajian, upacara pmanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula2 mungkin datuk Patik start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa Patik pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk Patik masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa Patik pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya.. Kemudian bila Patik dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, Patik pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya Patik tak buat. Sebab Patik ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya Patik bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pmanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula2 panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pmanasan enjin adalah tidak digalakkan dan ssetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pmanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang2 bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk mmanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Patik rasa mmg dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk mm naskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.

Tabiat mmanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun Patik tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah penc ema ran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mcemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap
suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Smasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercema dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi mmastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah mmandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Smakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka smakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Skg kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada 3 kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mncemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan mmanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan mmanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah smasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk m ema naskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin.

Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk mmastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat mmanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat2. Jangan tunggu2. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang2 dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pncemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan m matikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pncemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.



Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia??
Save The Planet.
Back to top Go down

AuthorMessage
DonJuanDeMarco
REGULAR
REGULAR


Male
Countries/State : Selangor
Age : 47
location : SHAH ALAM
Points : 12009
Reputation : 9
Number of posts : 269

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime2/12/2009, 2:04 pm

engine & oil need working temp la bro....
Back to top Go down
Leader
MODERATOR
Leader

Male
Countries/State : Oregon
Age : 42
location : Astoria, Oregon
Website : http://leader-tm.blogspot.com
Tag ID: : SFC 04137
Points : 12938
Reputation : 19
Number of posts : 1531

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime12/1/2010, 7:25 pm

wou good info geng.. sampai tention mata ku membaca.. bukan apa tu font color ja bukan masalah lain.. give you 5 star geng..!!
Back to top Go down
http://leader-tm.blogspot.com
m@ntoro_38
SUPERIOR
SUPERIOR
m@ntoro_38

Male
Countries/State : Canada
Age : 33
location : telipok_kk_k.penyu
Tag ID: : SFC 09168
Points : 13906
Reputation : 20
Number of posts : 2781

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime12/1/2010, 8:19 pm

nice... thanx 4 da info bro... Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 735631
Back to top Go down
https://facebook.com
black_v
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
black_v

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 49
location : B4u-Kuch1ng-P4p4r-K4y K4y
Tag ID: : SFC 07973
Points : 13029
Reputation : 6
Number of posts : 1723

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime13/1/2010, 12:19 pm

swordfishxox wrote:
rasanya xyah panaskan enjin...
sbb petronas pun ada ckp xyah panas enjin...
dulu2 aku ada juga panaskan enjin..
skrg ni... paling koman 20 saat...
yg paling penting cool down enjin...
stop kereta jgn trus mati enjin...
biar running lama sket...
baru shutdown enjin...

Kalau malas mau tunggu,pasang jak timer hehe..Betul ka bro..
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
h@ck3r_fr0st
FRESHIE
FRESHIE
h@ck3r_fr0st

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 09821
Points : 11089
Reputation : 1
Number of posts : 66

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime25/3/2010, 7:36 am

gue relak sija pagi2 pun ... start kereta sija pastu bila dah ready suma (keadaan kereta selamat) .. trus jalan .. maksudnya , masa yg sa ambik tuk memanaskan kereta tidak tentu.. tp ok sija pun .. tp gue pasang turbo timer ... setiap hari dari Tamparuli -> KK , KK -> Tamparuli ... gue set turbo timer gue pi 20 saat sihaja .. ok ke 20 saat tue atau mau lebih lama lagi ... ?
Back to top Go down
kelisa_hitachi
REGULAR
REGULAR


Male
Age : 42
location : keningau~kk
Tag ID: : TAG ID : SFC 03153
Points : 12133
Reputation : 0
Number of posts : 315

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime26/3/2010, 11:14 pm

aku panaskan enjin 30saat je then jalan pelan2 biar kete x terkejut sgt...
Back to top Go down
Leader
MODERATOR
Leader

Male
Countries/State : Oregon
Age : 42
location : Astoria, Oregon
Website : http://leader-tm.blogspot.com
Tag ID: : SFC 04137
Points : 12938
Reputation : 19
Number of posts : 1531

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime28/3/2010, 1:20 am

tapi pengalaman aku la kan, ada sesetengah injin kereta yang perlu dipanaskan, kalau tidak injin akan semput-semput masa jalan..

ada member yang pernah alami masalah ni ka?
Back to top Go down
http://leader-tm.blogspot.com
siputih
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Malaysia
Age : 39
location : mcm di kl
Points : 10760
Reputation : 1
Number of posts : 24

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime29/3/2010, 8:32 pm

konfius den....rasanya semua artikel kau tu berpihak pada kereta barat je. tu kereta ford dan bmw tu memang cam tu mungkin cepat rosak kalau kc panas enjin...wakakakakakaka
Back to top Go down
h@ck3r_fr0st
FRESHIE
FRESHIE
h@ck3r_fr0st

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 09821
Points : 11089
Reputation : 1
Number of posts : 66

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime29/3/2010, 9:27 pm

kereta toyota corono 1.8cc sa dulu .. sa kasi panas pagi2 sampai juga 20 minit kali (panaskan kereta selepas mandi, sebelum pakai baju) .. tp relak ja. minyak mmg cam ada pndai kurang skit lah... tp bila pakai wira 1.5cc (skrg).. sa kasi panas pagi2 slama 30 - 60 saat ja .. pastu jalan pelan2.. kdg2 pndai injut2 skit2 ... belasah saja lah.
Back to top Go down
AIRpulse
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
AIRpulse

Male
Countries/State : Canada
Age : 44
location : BKI <--> KGU &l
Website : http://www.hasegawa-kitagawa-sigma.jp
Tag ID: : S.F.C 0548
Points : 13185
Reputation : 9
Number of posts : 1725

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime4/4/2010, 5:46 pm

panas enjin jgn lama sangat..1 minit - 2 minit ok, tapi jangan rempit terus..jalan slow2 dlm 10-20km/j bagi tu temperature reader sampai ke tahap yang optimum, barulah speeding.

panaskan enjin semasa kereta tak jalan kurang berkesan kerana pembakaran minyak tidak berapa sempurna..dengan bagi kereta tu jalan sikit adalah lebih baik dari biar tidak berjalan.

saya tidak faham orang yang panaskan enjin awal pagi kemudian pergi mandi, breakfast, baca surat khabar..sampai 30 minit tu..entah manalah dorang belajar ni.. bikin buang minyak dan boleh menyebabkan tear and wear pada component enjin. orang macam ni sesuai kasi dorang pakai alarm yang ada autostart muahahaha..bangun pagi ja terus start kereta dari katil..tak payah keluar rumah semata2 mau start enjin.
Back to top Go down
xender
FRESHIE
FRESHIE
xender

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Ranau-KK
Tag ID: : SFC 6965
Points : 11301
Reputation : 1
Number of posts : 73

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime10/4/2010, 2:47 pm

bah... bagus ni info.. sy just mo tanya sikit. out of the box ah..
ada orang promot engine oil yg semi n fully sintetik.. macam2 brand.. ada sy perasan diorang mention pasal panas enjin jg.

diorang sakap kalau minyak engin yg bagus x pyh kc panas engin pn ok jg. coz ada yg suport untuk start n go. dia sakap itu minyak buli jaga injin walaupn temp sejuk lg..

btul ka ni bro?
Back to top Go down
madperak
OBSERVER
OBSERVER
madperak

Male
Countries/State : Johor
location : penang 'n' perak
Points : 12877
Reputation : 2
Number of posts : 351

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime10/4/2010, 11:34 pm

Enjin  yg dah lama pakai jer, kena perangat. Enjin baru2 xpayah. Lagi sejuk lagi power apaaaa... buang intercooler, klau xmo sejuk kohkohkoh
Back to top Go down
HondaCRV
SENIOR
SENIOR
HondaCRV

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Tawau-kota kinabalu
Tag ID: : SFC 05102

Points : 12181
Reputation : 6
Number of posts : 694

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime10/4/2010, 11:52 pm

bgus ni info..

ada kebaikan nya..
Back to top Go down
xender
FRESHIE
FRESHIE
xender

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Ranau-KK
Tag ID: : SFC 6965
Points : 11301
Reputation : 1
Number of posts : 73

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime12/4/2010, 8:51 am

haha... bukan ka intercooler kana pasang d kereta coz injin tu kereta tlmpau panas smpai radiator x larat kc sejuk???? kalau taru ais kering apa macam?? hehe
Back to top Go down
gaman-kun
FRESHIE
FRESHIE
gaman-kun

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : ranau,keningau
Points : 11412
Reputation : 1
Number of posts : 55

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime20/4/2010, 5:53 pm

kasi panas enjin ni ikut umur enjin juga ka??..enjin muda mngkn x ayah kasi pns..hmmm..
Back to top Go down
xender
FRESHIE
FRESHIE
xender

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Ranau-KK
Tag ID: : SFC 6965
Points : 11301
Reputation : 1
Number of posts : 73

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime21/4/2010, 11:13 am

kalau ikut umur maknanya.. makin berumur makin mantap la engin.. macam santan kepala.. makin tua makin banyak. hehe
Back to top Go down
dinz1006
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Pahang
Age : 44
location : pekan
Points : 10629
Reputation : 1
Number of posts : 1

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime7/5/2010, 4:14 pm

salam....
baca n fhami artikel tu btul2..... x yah la nak warm up enjin lama2....
tp
jgn la trus laju je lps start, slow n steady... klu org bgn tido trus
lari 100m mmg x bleh g, tp klu dah bgn tido tp masih baring je mmg
makin lemah lg bdn tu rasa.... macam tu juga kete, dah start tu jln
slow2...
Back to top Go down
MysteriouS GurL
JUNIOR
JUNIOR
MysteriouS GurL

Female
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : BKI
Website : www.facebook.com/mesriey
Tag ID: : SFC 12109
Points : 10842
Reputation : 2
Number of posts : 85

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime7/5/2010, 5:14 pm

macam2 pendapat.. i was drove secara rasminya baru 2008. every time panas kan enjin, member kata kena tggu blue light cooler tu padam.. (i mean Viva).. kadang2 tggu kdg2 tak.. kalau dah rushing pagi2, tu jalan trus ja. hehe.. any effect ka?
Back to top Go down
DeathSouL
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Tawau
Points : 10518
Reputation : 1
Number of posts : 18

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime8/8/2010, 12:09 pm

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 570262 gang semua...aku rasa..cukuplah pemanasan dalam 30-60 saat...

jadi semua pergerakan sistem kereta lancar barulah sedia berjalan...

kalau terus jalan nt mati tekezzuutt...kalau tgu lama2 nt boleh mempercepatkn peroses penuaan "engine" kereta kita hehehe...

perumpamaan..xknlah time kita baru bangun terus g makan...mesti mau ada "pancingan" sikett ahaha..

macamtu juga "engine"..xkn baru hidup trus mau jalan...msti mau ada "pancingan siket jg gang...

>>kalau ada slh sowi gang sume.. Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 595712
Back to top Go down
muzz
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sarawak
Age : 44
location : kuching
Points : 10514
Reputation : 1
Number of posts : 14

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime9/8/2010, 1:22 am

better panas kn 1minit or brapa minit u org mau...
Back to top Go down
spetnaz
JUNIOR
JUNIOR
spetnaz

Tag ID: : BIASA!!!
Points : 11138
Reputation : 1
Number of posts : 105

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime24/9/2010, 1:11 am

Suspect
salam
baru jumpa topik nih....
thanks buat si im...
pening jugak nih!!!

so macam banyak yang suru kasi panas kereta la kan....
jadi tempoh yang sesuai?..... 10 minit? 5 minit atau 30?....
ngeh ngeh ngeh
Back to top Go down
panjangJB
FRESHIE
FRESHIE
panjangJB

Male
Countries/State : Johor
Age : 35
location : Johor Bahru/ Melaka
Points : 10432
Reputation : 1
Number of posts : 22

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime26/9/2010, 2:01 am

xkan smpai 30 minit bro...... affraid


aku rase logik laa takat panas seminit 2..
lame2 wat abis minyak jer.....
Back to top Go down
jackcaster
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 48
location : kuala penyu sabah
Tag ID: : hai kawan2...mari bersahabat..salam..
Points : 10348
Reputation : 1
Number of posts : 2

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime26/9/2010, 2:50 am

andira_suriena wrote:
e2laa pasaaalll............... dont know
...bayangkan anda sbgai seorang pemandu...terus ambil kinci kereta atau motor,anda hidupkan kenderaan anda dan terus masuk gear dan jalan...adakah kenderaan anda suda cukup bersedia untuk bergerak dengan baik??? adakah bila anda menggunakan kenderaan,kenderaan anda tidak mempunyai asap serta bunyi layaknya sebuah kenderaan yg berenjin?..atau hanya sebuah basikal tua?...haaaaa..bukan ingin menidakkan pendapat..tetapi setiap kejadian harus ada penyebab..sy bukan pakar enjin..tp untuk mendapatkan pergerakan enjin kenderaan anda dengan baik dan lancar,pemanasan enjin itu memang penting.. Smile
Back to top Go down
jackcaster
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 48
location : kuala penyu sabah
Tag ID: : hai kawan2...mari bersahabat..salam..
Points : 10348
Reputation : 1
Number of posts : 2

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime26/9/2010, 3:12 am

betul..yg penting mesti ada pancingan..hahahaha..takanlah terus bangun terus makan pula...5-10 minit suda cukup..mana2 kenderaan dalam masa itu suda bole panas enjin..
terimakasih semua... Smile
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18889
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime26/9/2010, 8:12 am

sokong...sokong...1st start kreta msti ksi pnas enjin dlu..tp jgn trlalu lma pla..nti kita sndri yg pnas myak cpt trun pla..hehehehe... cheers
Back to top Go down
Sponsored content




Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 3 Icon_minitime

Back to top Go down
 

Panaskan Enjin - Betol kerr???

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 3 of 5Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: ENGINE & PERFORMANCE-
Jump to: