SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Panaskan Enjin - Betol kerr???

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5  Next
AuthorMessage
andira_suriena
REGULAR
REGULAR
andira_suriena

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : Sipitang-KK-Miri
Tag ID: : SFC 04979
Points : 11947
Reputation : 0
Number of posts : 436

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime2/9/2009, 12:00 pm

First topic message reminder :

Mintak pndapat korank, Suspect

Upacara mmanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pmandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya trmasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi.

Ada yang mmanaskan enjin selama 1 minit. Ada yang mmanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh2 masuk kereta untuk memulakan perjalanan.Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk mmastikan jangka hayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang mmanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap Patik, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu2 yang pandai2 ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda2 macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah2 agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pmbelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian Patik dengan sedikit kajian, upacara pmanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula2 mungkin datuk Patik start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa Patik pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk Patik masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa Patik pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya.. Kemudian bila Patik dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, Patik pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya Patik tak buat. Sebab Patik ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya Patik bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pmanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula2 panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pmanasan enjin adalah tidak digalakkan dan ssetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pmanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang2 bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk mmanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Patik rasa mmg dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk mm naskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.

Tabiat mmanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun Patik tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah penc ema ran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mcemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap
suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Smasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercema dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi mmastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah mmandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Smakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka smakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Skg kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada 3 kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mncemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan mmanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan mmanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah smasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk m ema naskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin.

Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk mmastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat mmanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat2. Jangan tunggu2. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang2 dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pncemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan m matikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pncemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.



Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia??
Save The Planet.
Back to top Go down

AuthorMessage
satria5943
REGULAR
REGULAR
satria5943

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : keningau
Tag ID: : SFC 08183
Points : 11568
Reputation : 1
Number of posts : 422

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime3/9/2009, 9:20 pm

Wangan wrote:
pendapat saya kena panaskan sikit dulu baru move.. terutama pada waktu pagi. boleh juga terus jln tp tak boleh tekan throtle kuat2.. kena control tu rpm sama macam masa kereta parking. terutama enjin carb pagi kalau tak panaskan bergegar. kenapa kapal terbang, bas, keretapi dan kapal laut biar enjin hidup dulu dan tidak terus jalan? artikel tersebut dibuat utk penjagaan alam. mengurangkan karbon dioksida di ruang atmosfera bumi.. dari segi itu mmg baik. klu enjin angkang boleh tukar, overhaul, convert pi turbo.. klu alam tercemar? susah mau repair kan..


kalau untuk menjaga bumi la kan.....

kalau mau jaga kereta kesayangan kn panaskan la dulukan.....hehee
Back to top Go down
Nieto
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
Nieto

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 01287
Points : 13987
Reputation : 34
Number of posts : 5595

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime4/9/2009, 1:19 am

nak jaga bumi = jaga kereta

kereta tak jaga = mencemarkan udara

kesimpulanannya, jaga kereta dulu. itu cara jaga bumi.
Back to top Go down
andira_suriena
REGULAR
REGULAR
andira_suriena

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : Sipitang-KK-Miri
Tag ID: : SFC 04979
Points : 11947
Reputation : 0
Number of posts : 436

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime4/9/2009, 10:19 am

Nieto wrote:
nak jaga bumi = jaga kereta

kereta tak jaga = mencemarkan udara

kesimpulanannya, jaga kereta dulu. itu cara jaga bumi.

waaahh..hebat2 smua berbahas.baahh..biarlaa bah dia tu setat enjin trus jln..bapak dia dah ajar gtu..cemana jgk kan. jumping

- Save Our Planet, Save Our Petrol -
Back to top Go down
volcomers
FRESHIE
FRESHIE
volcomers

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 35
location : ocean where seahorse live....
Points : 11162
Reputation : 1
Number of posts : 26

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime5/9/2009, 9:38 am

slalu aku biar kereta warm up dlm 5 minit...p start kereta, pstu, buat roti kahwin....kereta biar running....tp, bena jugak la....buang minyak jer...pstu, pncemaran...mjlh KERETA isu 115 aku ada, aku bc dr buku ni......cek2, dlm sioloon pun ada...hehe!!sbijik lagi tu...hehehe!!!
Back to top Go down
Wangan
JUNIOR
JUNIOR
Wangan

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Tenom - Bfort - Miri city
Tag ID: : SFC 07194
Points : 11374
Reputation : 1
Number of posts : 118

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime8/9/2009, 10:04 pm

sendiri pun boleh rasa bah tu klu start enjin terus jalan terasa kereta berat dan low pik up.. terutama macam saya yg tinggal di pedalaman, jalanraya bukan rata, bukit bukau.. kena panjat bukit.. jadi enjin mesti cukup panas utk bekerja keras tembak bukit (istilah org di pedalaman)..
Back to top Go down
mr.md
SUPERIOR
SUPERIOR
mr.md

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : anyway
Tag ID: : SFC 03898
Points : 13063
Reputation : 9
Number of posts : 2289

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime9/9/2009, 5:18 am

huhu...boleh jgk bah tu start terus jln..tp jgn la smpai over rev/hi rev...kompom bocor head gasket tembus air klu over rev...aku suda kena...haha....itu thermostart blm buka luas2 lg cmana air dlm injin mo kluar p tangki balik?...sdngkan waterpump high pressure klu hi rev...lain la klu injin yg sudah buang thermostart...belasah ja.... Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 980600
Back to top Go down
andira_suriena
REGULAR
REGULAR
andira_suriena

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : Sipitang-KK-Miri
Tag ID: : SFC 04979
Points : 11947
Reputation : 0
Number of posts : 436

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime17/9/2009, 4:11 pm

Wangan wrote:
sendiri pun boleh rasa bah tu klu start enjin terus jalan terasa kereta berat dan low pik up.. terutama macam saya yg tinggal di pedalaman, jalanraya bukan rata, bukit bukau.. kena panjat bukit.. jadi enjin mesti cukup panas utk bekerja keras tembak bukit (istilah org di pedalaman)..

oohh..wangan d tenom kah?jalan dsana tu lg bukit saja.tp baru2 ni p tenom,,sengsara jua naik bukit dengar bunyi enjin vigo ku mderum.auto lg. Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 416551 macam kesian aku dgr.hahahahaa! apa2pun sayangilah kereta & enjin kereta anda.
- SELAMAT HARI RAYA -
Back to top Go down
SlaveOptics
FRESHIE
FRESHIE
SlaveOptics

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : KK-TBN-KGU
Points : 11123
Reputation : 1
Number of posts : 31

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime18/9/2009, 3:20 pm

Wah... ini lah article paling pelik sa pernah baca.... awal pagi, start kreta trus jalan pun buli rasa bah ke'ayam'man tu engine. Unless itu driver mmg inda tau apa² lah pasal system or bole cakap, drive ja pandai... incomplete burn and heat for loosen... Mau main bola pun kena warming up... Y? loosen those part yang move... let ur heart beat to the action rate baru bole lari laju....
Back to top Go down
napster
MODERATOR
napster

Male
Countries/State : Selangor
Age : 40
location : KLIA (hometown papar)
Tag ID: : SFC 03920
Points : 17618
Reputation : 116
Number of posts : 6364

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime18/9/2009, 8:04 pm

pioneer_syntium wrote:
sa pernah kena kes macam ni, start enjin terus blast boost 1.4 bar terus berbunyi conrod bearing itu baru kluar dr bengkel tu sdh buat semua, last2 x berani lagila terus jlnni, kena panas kan enjin dalam 2 minit baru jalan.

bahayanya tu bro... kasi cepat hangkang engine tu start engine terus memblast... begitu la honda jiran aku, pagi2 start engine terus high-rev... nda smpi setahun hangkang sdh....
Back to top Go down
Wangan
JUNIOR
JUNIOR
Wangan

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Tenom - Bfort - Miri city
Tag ID: : SFC 07194
Points : 11374
Reputation : 1
Number of posts : 118

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime26/9/2009, 10:43 pm

andira_suriena wrote:
Wangan wrote:
sendiri pun boleh rasa bah tu klu start enjin terus jalan terasa kereta berat dan low pik up.. terutama macam saya yg tinggal di pedalaman, jalanraya bukan rata, bukit bukau.. kena panjat bukit.. jadi enjin mesti cukup panas utk bekerja keras tembak bukit (istilah org di pedalaman)..

oohh..wangan d tenom kah?jalan dsana tu lg bukit saja.tp baru2 ni p tenom,,sengsara jua naik bukit dengar bunyi enjin vigo ku mderum.auto lg. Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 416551 macam kesian aku dgr.hahahahaa! apa2pun sayangilah kereta & enjin kereta anda.
- SELAMAT HARI RAYA -

Ya aku d tenom la ni... biasa la tu klu naik bukit.. belum lagi ko naik jln kimanis (kimanis-keningau)... di sana paling extreme la altitud nya antara jln2 di sabah ni.. silap haribulan boleh berasap enjin commonrail ko tu.. bila lagi dtg tenom? aku tunggu ko sini (bukit layang2).. belanja ko minum kopi tenom..

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR BATIN...
Back to top Go down
m_hafiz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
m_hafiz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Borneo Paradise,)mcm d kK,)
Tag ID: : SFC 05031
Points : 12558
Reputation : 7
Number of posts : 1146

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime27/9/2009, 5:30 pm

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 23998 Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 980600 macam juga bila nk bersukan,mhu kasi pans2 dulu Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 23998 baru lr leh beraksi...
Back to top Go down
nienaziey
FRESHIE
FRESHIE


Female
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : kota kinabalu
Points : 11123
Reputation : 1
Number of posts : 41

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime27/9/2009, 5:55 pm

jga alam skitar ni nda jgk ssh mna, yg pntg kereta duluan d jga. srvs ikt time, asap htam o puth pstikan tada keluar. scra nda lgsg alam skitar tjaga kn.

jgn lupa bgi yg tukar mnyak hitam sndri tu.. buang mnyak lma jgn kat sungai. sma ja crita dia tu. Very Happy
Back to top Go down
bigcatclaw
REGULAR
REGULAR
bigcatclaw

Male
Age : 48
location : Tenom
Tag ID: : SFC 02834
Points : 12260
Reputation : 3
Number of posts : 399

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime27/9/2009, 6:41 pm

Sya pla, kasi panas injin waktu pagi mmg suda jd tebiat tu. Bukan stkt kasi panas, buka hud lagi, mo check kalu2 ada binatang tidur di ruang injin tu! Kucing ka, ular ka.. Takt pla jd macam gambar bawah ni Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 511441 Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 511441
Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Snakeineng
Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Snakeineng
Kasi panas tu dlm 1-2 minit jalah. Kasi biar idle ja. Pstu baru jalan. macam otai lain ckp tujnnya ialah supaya minyak dpt disebar ke sluruh bahagian injin.
Kalau start ja terus jalan pstu hantam pula rpm tinggi mimg bikin rosak injin tu terutamanya bhgn piston ring.

Psl mnjga alam sekitar tu memang kita kena jg memainkan peranan sbg unit individu. Mulakan dgn mjga kereta sndiri dlu. Servis ikut jadual. Pstu baru ke peringkat strusnya. Cthnya kalau nmpk kereta org yang ekzoz keluar asap hitam, bulilah tegur dan bagi nasihat ttg pncmaran alam ni Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 19574 Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 19574 ...

Amcm kgkwn? Buli buat ka? Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 980600
Back to top Go down
nienaziey
FRESHIE
FRESHIE


Female
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : kota kinabalu
Points : 11123
Reputation : 1
Number of posts : 41

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime27/9/2009, 9:23 pm

uih.. marabahaya jga kereta ko ni. ulal sawa tdo kat enjin ba.
Back to top Go down
blugu
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
blugu

Male
Countries/State : Sabah
Age : 46
location : Kota Kinabalu-Putatan
Tag ID: : SFC02202
Points : 12597
Reputation : 10
Number of posts : 2945

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime28/9/2009, 3:38 pm

Panaskan 1 minit pun cukup suda utk awal pagi, melainkan kalau malam2 tu mau berlumba haram, perlu maintainkan kepanasan enjin tuh, angin yg masuk intake saja perlu sejuk, hehehe
Back to top Go down
black_v
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
black_v

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 49
location : B4u-Kuch1ng-P4p4r-K4y K4y
Tag ID: : SFC 07973
Points : 13029
Reputation : 6
Number of posts : 1723

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime14/11/2009, 9:21 pm

Hmm..bagus juga ko punya info ni bro.Selama ni mana ku tau benda2 gni ni huhu..Pagi2/sblm jalan ke mana2 paling kurang pun dlm 10-15 min aku 'running' enjin.Biras aku lg lama 30min-sejam kalau pg2 sblm pi kerja haha..
Thanxz 4 da info bro..
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Ah Leap
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Ah Leap

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Kudat - Beaufort
Tag ID: : SFC 03982
Points : 12333
Reputation : 3
Number of posts : 1291

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime15/11/2009, 12:46 pm

Betul tu bro..aku pun lepas dari baca artikel ni..trus rasa mcam lain jak..eheheh..dah lebih 10tahun aku bwa kreta dgan memanskan enjin..uhuhuh..Tu yg nak kongsi sni ni..eheheh
Back to top Go down
mat lakus
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 45
location : Papar, Sabah
Points : 10977
Reputation : 1
Number of posts : 3

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime15/11/2009, 1:02 pm

me tya penah panaskan enjin.plg2 2 menit, henjut lalu...
Back to top Go down
Ah Leap
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Ah Leap

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Kudat - Beaufort
Tag ID: : SFC 03982
Points : 12333
Reputation : 3
Number of posts : 1291

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime15/11/2009, 9:36 pm

mat lakus wrote:
me tya penah panaskan enjin.plg2 2 menit, henjut lalu...

Wah bahay jgak tu geng kalau trus press laju..btw dah ice breaking ka bro??ehhehe
Back to top Go down
black_v
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
black_v

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 49
location : B4u-Kuch1ng-P4p4r-K4y K4y
Tag ID: : SFC 07973
Points : 13029
Reputation : 6
Number of posts : 1723

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime20/11/2009, 10:52 pm

mat lakus wrote:
me tya penah panaskan enjin.plg2 2 menit, henjut lalu...

Hmm..macam ku kenal jak org ni tau..
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
the BLitz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
the BLitz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : kota belud
Tag ID: : SFC 04544
Points : 13110
Reputation : 11
Number of posts : 1700

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime20/11/2009, 11:52 pm

owh btul kah info ni Suspect
memanaskan enjin waktu pagi rupanya tidak bagus pula tU Smile
jdi klu jalan terus camana pula Smile
minyak enjin blum laie kasi licin2 tu block sdh jalan macam ketat lah nanti block tu geek
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/user.php?src=login
Ah Leap
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Ah Leap

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Kudat - Beaufort
Tag ID: : SFC 03982
Points : 12333
Reputation : 3
Number of posts : 1291

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime24/11/2009, 1:38 pm

the BLitz wrote:
owh btul kah info ni Suspect
memanaskan enjin waktu pagi rupanya tidak bagus pula tU Smile
jdi klu jalan terus camana pula Smile
minyak enjin blum laie kasi licin2 tu block sdh jalan macam ketat lah nanti block tu geek

Sila baca sampai abis bro..ada tu dia trangkan persoalan bro ni...ehehhe
Back to top Go down
the BLitz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
the BLitz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : kota belud
Tag ID: : SFC 04544
Points : 13110
Reputation : 11
Number of posts : 1700

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime25/11/2009, 9:29 pm

Ah Leap wrote:
the BLitz wrote:
owh btul kah info ni Suspect
memanaskan enjin waktu pagi rupanya tidak bagus pula tU Smile
jdi klu jalan terus camana pula Smile
minyak enjin blum laie kasi licin2 tu block sdh jalan macam ketat lah nanti block tu geek

Sila baca sampai abis bro..ada tu dia trangkan persoalan bro ni...ehehhe
o0o0 k brO faham sdh aku Very Happy
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/user.php?src=login
Ah Leap
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Ah Leap

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Kudat - Beaufort
Tag ID: : SFC 03982
Points : 12333
Reputation : 3
Number of posts : 1291

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime27/11/2009, 11:42 pm

eheheh..mmg kalau tgok bgini panjang..mula2 aku pun tension mo baca..tp ada baiknya jgak..
Back to top Go down
joyce
JUNIOR
JUNIOR


Female
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : kota kinabalu
Tag ID: : SFC tag i
Points : 11153
Reputation : 1
Number of posts : 108

Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime30/11/2009, 12:27 am

mmg p0erlu tue panaskan engin..macam badan juga...kalau baru bgn trs berlari mcmna lha??agak2lha juga macam na tue...hahahahah
Back to top Go down
Sponsored content




Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panaskan Enjin - Betol kerr???   Panaskan Enjin - Betol kerr??? - Page 2 Icon_minitime

Back to top Go down
 

Panaskan Enjin - Betol kerr???

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 2 of 5Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: ENGINE & PERFORMANCE-
Jump to: