SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Enggan jual wang kertas RM1 unik walau ditawar RM600 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Enggan jual wang kertas RM1 unik walau ditawar RM600 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Enggan jual wang kertas RM1 unik walau ditawar RM600

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Enggan jual wang kertas RM1 unik walau ditawar RM600 Empty
PostSubject: Enggan jual wang kertas RM1 unik walau ditawar RM600   Enggan jual wang kertas RM1 unik walau ditawar RM600 Icon_minitime14/12/2012, 5:39 pm

Enggan jual wang kertas RM1 unik walau ditawar RM600 Image
Cetakan BNM 1 timbul pada wang kertas RM1 (kanan

Enggan jual wang kertas RM1 unik walau ditawar RM600 Image
Mohd Amir menunjukkan keunikan RM1 yang cetakan BNM 1 timbul berbanding wang kertas yang sama nilainya ketika ditemui di Taman Rekreasi Tampin, kelmarin.

TAMPIN – Seorang pekerja Majlis Daerah Tampin (MDT) tidak menyangka duit RM1 yang diperolehnya hasil jual beli sebelum ini mempunyai keunikannya yang tersendiri apabila cetakan BNM 1 timbul di bahagian tengah gambar Yang Dipertuan Agong.

Pekerja berkenaan, Mohd Amir Sheir Zuman, 25, berkata, keunikan wang itu hanya disedarinya apabiladia ingin membuat bayaran ketika membeli nasi lemak tiga minggu lalu dan dia terus menyimpan kembali wang berkenaan.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kerja, dia membelek kembali wang berkenaan dan menunjukkan kepada rakannya yang lain bagi membolehkan mereka mengesan keunikan duit berkenaan.

“Selain cetakan BNM 1 yang timbul, wang kertas ini juga lebih kecil saiznya berbanding wang RM1 biasa.

“Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan kemungkinan duit ini merupakan cetakan pertama RM1 lama ataupun cetakan terakhir sehingga menyebabkan BNM 1 berkenaan timbul berbanding duit kertas lain,” katanya ketika ditemui di Taman Rekreasi Tampin, dekat sini, kelmarin.

Sementara itu, Mohd Amir berkata, walaupun hanya RM1, ada seorang lelaki pernah menyatakan hasrat mahu membeli wang kertas itu dengan harga RM600 kerana ingin menggunakan duit berkenaan bagi tujuan perubatan.

Menurutnya, buat masa ini dia tidak membuat sebarang keputusan untuk menjual wang kertas berkenaan, bagaimanapun, dia tidak menolak sekiranya ada individu yang dapat menjelaskan sebab keunikan duit berkenaan dan menawarkan harga yang munasabah kepadanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/enggan-jual-wang-kertas-rm1-unik-walau-ditawar-rm600-1.112514
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Enggan jual wang kertas RM1 unik walau ditawar RM600

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: