Bisa RonaldoCRISTIANO RONALDO meraikan kemenangan 3-1 Manchester United ke atas Tottenham Hotspur pada perlawanan pusingan keempat Piala FA semalam.
LONDON – Sentuhan Cristiano Ronaldo benar-benar berbisa.
Semalam, dia sekali lagi mencuri tumpuan apabila membantu Manchester United mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Tottenham Hotspur pada perlawanan pusingan keempat Piala FA.
Spurs yang sebelum ini berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Liga terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Robbie Keane pada minit ke-24.
Tersentak dengan jaringan itu, United terus menggandakan asakan dan hasilnya, penyerang antarabangsa Argentina, Carlos Tevez menyamakan kedudukan pada minit ke-38.
Spurs terpaksa beraksi dengan
10 pemain apabila Michael Dawson dilayangkan kad merah kerana menahan bola dengan tangan di kawasan penalti pada minit ke-69.
Ronaldo mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut sebelum bintang Portugal itu menjaringkan gol ke-25 peribadinya musim ini dua minit sebelum perlawanan berakhir.
“Ronaldo sekali lagi membuktikan kehebatannya. Dia berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dengan baik sekali dan jaringan keduanya cukup mengagumkan,” kata pengurus United, Alex Ferguson.
United akan menyertai juara bertahan, Chelsea, Arsenal dan Liverpool yang telah mengesahkan slot pusingan kelima lebih awal.