|
|
Author | Message |
---|
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Panggilan santau karut 16/5/2008, 10:17 am | |
| Panggilan santau karutOleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Amir Abdul Hamid, Salman Hamat, Norfaisal Jahuri dan Sulaiman Salleh am@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu. Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru. Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu. Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari. Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa. Bagaimanapun, dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak ke Malaysia, dipercayai dibawa rakyat negara berkenaan. Siasatan dilakukan pihak berkuasa Indonesia mendapati nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau, Indonesia. Susulan maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis Indonesia di Riau. Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya. Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian prabayar. Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan apabila laman web berita Kompas.Com semalam melaporkan, seorang pegawai bank ABN di Jalan Petamburan, Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari. Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit. Mesej sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati terkena sihir. Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam. Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit. “Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini. Di SEREMBAN, seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali Sufiah berkata, dia mengetahui mengenai penyebaran SMS itu daripada beberapa rakan sekerjanya sejak beberapa hari lalu. Katanya, dia menerima SMS itu petang semalam yang mengingatkannya supaya mengambil langkah pencegahan awal apabila menerima panggilan daripada kumpulan yang dikatakan sedang menguji ilmu hitam. “Kami mengharapkan pihak yang berkenaan menyiasat penyebaran SMS terbabit kerana boleh menjejaskan akidah kalau ada orang yang percaya,” katanya kepada Harian Metro, semalam. Dia juga berharap supaya mereka yang menerima SMS itu tidak menghantarnya kepada orang lain kerana sukar diterima akal. “Bagaimana orang yang menulis SMS itu boleh mengetahui berapa ramai yang sudah meninggal dunia sedangkan kes seperti itu tidak pernah dilaporkan media, malah ajal manusia ditentukan Tuhan bukan kerana menjawab panggilan telefon,” katanya. |
|
| |
sdil_trdtoms CONTRIBUTOR
Age : 41 location : w.p labuan-kk-sdk Points : 12474 Reputation : 0 Number of posts : 1199
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 10:34 am | |
| tp smlm d beaufort ada org bebuih da mulutnya masuk hospital....aku pun terkezuuut....melayu lg tue....tp dia jwb tel rmh bkn hp.... |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 10:37 am | |
| kalau telefon rumah...mana kita tau pangilan tu dari mana.......adui.....mengasi takut ni...... |
|
| |
vip_user SUPERIOR
Age : 42 location : kota kinabalu Points : 12542 Reputation : 0 Number of posts : 2311
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 10:46 am | |
| baik banar ko sdill...
budak yang buat nie sms sudah tepengaruh dengan movie dari jepun tue..
setiap kali sambut call..mesti mati..
pasal yang di bopot tue..mungkin kebetulan sj bha..kena sawan b*b* kali tue..
mumy aku siap call lagi warning aku klu ada calling 16 angkat..pls jangan angkat..
nie mainan syco sj bha nie..jangan set dalam minda anda.. |
|
| |
anthonyL500 CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 40 location : Brunei Darussalam Points : 12695 Reputation : 3 Number of posts : 1356
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 10:48 am | |
| Di berunai pun gempar sudah ne,khabar2 ne.betul ke ne? |
|
| |
RBN76 SUPERIOR
Age : 46 location : ANYWHERE AND ANYTIME Points : 12125 Reputation : 0 Number of posts : 2142
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 10:48 am | |
| ada ada ja bah...siapa bah kasi sebar khabar angin ni |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 10:49 am | |
| Saya sudah dapat lebih 5 sms memberi amaran begini......mengasi takut ba......tapi saya tidak foward, dan nasihatkan kaum keluarga saya supaya jangan foward sms ni ,ini dia antara kandungan sms tu
\"BERITA GEMPAR !! JIKALAU ANDA MENDAPAT PANGGILAN TELEFON YANG BERNOMBOR PANJANG cth:+62852731520946 DAN NOMBOR ITU BERWARNA MERAH, DI HARAP2 SANGAT JANGAN DIANGKAT DAN DI JAWAB PANGGILAN ITU. INI KERANA DI INDONESIA SKRG, SEKUMPULANPENUNTUT ILMU HITAM SEDANG MENGUJI ILMU MEREKA MELALUI TELEFON. JIKA SESIAPA YG MENJAWAB PANGGILAN ITU MULUT AKAN BERBUIH DAN AKAN MATI SELEPAS ITU. DI INDONESIA SUDAH 9 ORANG MATI DAN MALAM TADI DIPUCHONG 2 ORANG MATI. INI BENAR2 TERJADI. TOLONG SEBARKAN SMS.\"
Usah percaya’
SEREMBAN: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menasihatkan masyarakat tidak mempercayai apa yang tercatat pada SMS amaran berhubung panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang tersebar luas di negara ini sekarang.
Beliau berkata, walaupun perbuatan sihir boleh dilakukan dengan pelbagai cara, panggilan maut seperti didakwa itu agak sukar diterima akal.
Katanya, kepercayaan yang terlalu mendalam terhadap sihir menyebabkan ada anggota masyarakat terutama beragama Islam berada dalam ketakutan kerana bimbang terkena ilmu hitam itu.
“Ketakutan itu menyebabkan berlakunya tokok tambah sehingga mengganggu emosi dan pekerjaan harian,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sehubungan itu, Dr Mohd Asri berkata, penyebaran SMS itu perlu dihentikan segera kerana ia dikhuatiri akan menjejaskan usaha umat Islam mencapai kemajuan setanding masyarakat dunia lain.
Beliau mengulas pengiriman SMS peringatan yang dikatakan disebarkan pihak tertentu untuk mengingatkan orang ramai mengenai deringan santau atau panggilan syaitan yang kononnya akan mencabut nyawa penerima panggilan berkenaan.
Selain di negeri ini, SMS berkenaan dikatakan sedang berlegar di seluruh negara, terutama di Kuala Lumpur dan Melaka sehingga menyebabkan orang ramai mula risau dan tertanya-tanya sama ada aktiviti santau menggunakan kaedah baru itu benar-benar wujud.
Menerusi SMS berantai itu, orang ramai diingatkan tidak mengangkat telefon jika dihubungi satu nombor pelik yang kononnya boleh meragut nyawa mereka yang menjawab panggilan itu.
SMS yang tersebar luas sejak seminggu lalu mendakwa panggilan misteri itu mengandungi unsur sihir yang dikatakan sedang diuji sekumpulan penuntut ilmu hitam di Indonesia.
Last edited by rynjeff on 16/5/2008, 10:59 am; edited 1 time in total |
|
| |
vip_user SUPERIOR
Age : 42 location : kota kinabalu Points : 12542 Reputation : 0 Number of posts : 2311
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 10:55 am | |
| klu dapat nie sms..pls lah jangan foward..nie akan mengeruhkan lagi keadaan..
kan nie adalah sms berantai..yang bole mengugat ketenteraman negara..
mungkin nanti sesiapa yang ada menyimpan sms nie boleh di tangkap oleh pihak berkuasa..
salah satu teknik pihak kerajaan utk menghapuskan sms berantai..
tak percaya..tunggu lah nanti... |
|
| |
President MonsterCrew SENIOR
Age : 40 location : KM, SABAH Points : 12215 Reputation : 0 Number of posts : 531
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 10:58 am | |
| aku pun klmarin dpt dua sms....antara sms yg aku dpt berbunyi :- " semua hp mlm ni hrus di matikan .menurut metro TV pd jam 11 mlm ni akn ada gelombang radiasi yang besar dn sngat berbahaya kpd manusia yg akan tertangkap oleh smua HP dan pemancar...." tu ja yg aku dpt...kamurang ada dpt jgk ker....? ini brg prcaya pun susah...x mau prcaya pun susah gak..... apa2 hal pun kita msti tau yg Allah itu lebih berkuasa..... kita berserah saja padaNYA..... hanya Allah sahaja dpt mengambil khidupan kita... bkn syaitan atau pun jin.... kalo kamurang ada dpt sms yg berbunyi lebih kurang dan menjurus ke arah sms santet trsebut....JANGAN SEBARKAN... kpd saper2 pun kerana ianya akan mndatangkn keresahan dan boleh membawa kepada kepercayaan syirik.... |
|
| |
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12592 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 10:58 am | |
| - sdil_trdtoms wrote:
- tp smlm d beaufort ada org bebuih da mulutnya masuk hospital....aku pun terkezuuut....melayu lg tue....tp dia jwb tel rmh bkn hp....
ya ka? tp aku di Beaufort ni nda pun dngr apa2 crita.. Betul ka? tp aku mmng ada dngr psl crita santau H/P ni tp nda tau pla ada kes brlaku di Beaufort.. |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 11:01 am | |
| - President MonsterCrew wrote:
- aku pun klmarin dpt dua sms....antara sms yg aku dpt berbunyi :-
" semua hp mlm ni hrus di matikan .menurut metro TV pd jam 11 mlm ni akn ada gelombang radiasi yang besar dn sngat berbahaya kpd manusia yg akan tertangkap oleh smua HP dan pemancar...."
tu ja yg aku dpt...kamurang ada dpt jgk ker....? ini brg prcaya pun susah...x mau prcaya pun susah gak..... apa2 hal pun kita msti tau yg Allah itu lebih berkuasa..... kita berserah saja padaNYA.....
hanya Allah sahaja dpt mengambil khidupan kita... bkn syaitan atau pun jin....
kalo kamurang ada dpt sms yg berbunyi lebih kurang dan menjurus ke arah sms santet trsebut....JANGAN SEBARKAN... kpd saper2 pun kerana ianya akan mndatangkn keresahan dan boleh membawa kepada kepercayaan syirik.... kakak pun dapat sms begitu miey.......sebelum jam 11 kakak sudah matikan hp...takut jugak, tapi laki kakak tidak percaya....dengar2 lagu lagi dia. |
|
| |
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12592 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 11:04 am | |
| - rynjeff wrote:
- President MonsterCrew wrote:
- aku pun klmarin dpt dua sms....antara sms yg aku dpt berbunyi :-
" semua hp mlm ni hrus di matikan .menurut metro TV pd jam 11 mlm ni akn ada gelombang radiasi yang besar dn sngat berbahaya kpd manusia yg akan tertangkap oleh smua HP dan pemancar...."
tu ja yg aku dpt...kamurang ada dpt jgk ker....? ini brg prcaya pun susah...x mau prcaya pun susah gak..... apa2 hal pun kita msti tau yg Allah itu lebih berkuasa..... kita berserah saja padaNYA.....
hanya Allah sahaja dpt mengambil khidupan kita... bkn syaitan atau pun jin....
kalo kamurang ada dpt sms yg berbunyi lebih kurang dan menjurus ke arah sms santet trsebut....JANGAN SEBARKAN... kpd saper2 pun kerana ianya akan mndatangkn keresahan dan boleh membawa kepada kepercayaan syirik....
kakak pun dapat sms begitu miey.......sebelum jam 11 kakak sudah matikan hp...takut jugak, tapi laki kakak tidak percaya....dengar2 lagu lagi dia. sy pun dpt kak.. tp ntah la. sy on jak hp 24 jam.. |
|
| |
President MonsterCrew SENIOR
Age : 40 location : KM, SABAH Points : 12215 Reputation : 0 Number of posts : 531
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 11:23 am | |
| - rynjeff wrote:
- President MonsterCrew wrote:
- aku pun klmarin dpt dua sms....antara sms yg aku dpt berbunyi :-
" semua hp mlm ni hrus di matikan .menurut metro TV pd jam 11 mlm ni akn ada gelombang radiasi yang besar dn sngat berbahaya kpd manusia yg akan tertangkap oleh smua HP dan pemancar...."
tu ja yg aku dpt...kamurang ada dpt jgk ker....? ini brg prcaya pun susah...x mau prcaya pun susah gak..... apa2 hal pun kita msti tau yg Allah itu lebih berkuasa..... kita berserah saja padaNYA.....
hanya Allah sahaja dpt mengambil khidupan kita... bkn syaitan atau pun jin....
kalo kamurang ada dpt sms yg berbunyi lebih kurang dan menjurus ke arah sms santet trsebut....JANGAN SEBARKAN... kpd saper2 pun kerana ianya akan mndatangkn keresahan dan boleh membawa kepada kepercayaan syirik....
kakak pun dapat sms begitu miey.......sebelum jam 11 kakak sudah matikan hp...takut jugak, tapi laki kakak tidak percaya....dengar2 lagu lagi dia. sya pun off hp jgk kak.....mcm fobia plak tau.... |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 11:27 am | |
| menakutkan jugak sms berantai sekarang......macam2 .......mau di percaya kah tidak ni |
|
| |
vip_user SUPERIOR
Age : 42 location : kota kinabalu Points : 12542 Reputation : 0 Number of posts : 2311
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 11:29 am | |
| kak tue terpulang kepada diri sendiri..mo percaya atau tidak
klu kita yakin dengan yang satu...
nescaya hidup kita akan diberkati....
tapi aku rasa lah kan dorang nie mempunyai motif yang tersendiri...
mempunyai tujuan yang lain...tai kita belum terfikir lagi |
|
| |
Dvivie99 REGULAR
Age : 47 location : KL & KK Points : 12228 Reputation : 0 Number of posts : 411
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 12:52 pm | |
| - sdil_trdtoms wrote:
- tp smlm d beaufort ada org bebuih da mulutnya masuk hospital....aku pun terkezuuut....melayu lg tue....tp dia jwb tel rmh bkn hp....
Ada plak yg ckp ada student sek agama toh puan hjh rahmah tu berbuih mulut pas dpt pggilan mcm tue.Tp kalu btul napa teda d newspaper,radio or berita. Ada2 saja bah ni...kan sda di beritau d harian metro..suma ni dari rmaja ppuan d riau,yg tlah pun ditangkap pak polisi riau..dia saja2 reka sms ni utk tujuan main2 kan member2 dia..
Vivie skang d KL..teda pun dgr urg d puchong tu mati pasal nie...sms ni je yg lebih2..
So stop la forward sms2 gini nie. Selain dari membuang kredit kita...menakutkan suma pihak je.Smpai bdk2 skola pun ni aje topik d skola dorg..apatah lg di ofis2.
Apa la mo jd dgn urg skang nie..mcm teda keja lak kan... |
|
| |
RBN76 SUPERIOR
Age : 46 location : ANYWHERE AND ANYTIME Points : 12125 Reputation : 0 Number of posts : 2142
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 12:56 pm | |
| publisiti murahan dikatakan.boring bah kalu inda ada cerita sensasi karut marut ni....mentang2 ada sms murah.pandai pandai buat cerita dongeng :gangster: :gangster: |
|
| |
Dvivie99 REGULAR
Age : 47 location : KL & KK Points : 12228 Reputation : 0 Number of posts : 411
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 1:03 pm | |
| - RBN76 wrote:
- publisiti murahan dikatakan.boring bah kalu inda ada cerita sensasi karut marut ni....mentang2 ada sms murah.pandai pandai buat cerita dongeng :gangster: :gangster:
Btul tu RBN76..publisiti murahan...tp ini melibatkan alat komunikasi seharian kita.bygkan la suma urg off hp pas jam 11mlm..klu la ada emergency..mcm ada yg sakit kuat ka,ada accident ka..susah mo d hubungi.lebih2 lg yg jauh dari family ni mcm vivie...
Kalu pun mo famous,cari la benda2 yg mendatangkan faedah bah kan. ini menakutkan suma urg saja.. adeh... |
|
| |
Luis Garcia SENIOR
Age : 38 location : labuan/sandakan Tag ID: : 128 Points : 12782 Reputation : 0 Number of posts : 536
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 1:45 pm | |
| pengaruh wayang ba 2..... mana betul semuanya 2... |
|
| |
shalina7981 SUPERIOR
Age : 45 location : papar-putatan-tg aru-asia city kk Points : 12371 Reputation : 0 Number of posts : 2041
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 2:15 pm | |
| dari mana cerita ni...siapa sebarkannya |
|
| |
sakura CONTRIBUTOR
Age : 46 location : JB Points : 12502 Reputation : 0 Number of posts : 1109
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 2:19 pm | |
| baru dgr citer nie..jiran kat rumah bagitau kawan dia punya makcik dh meninggal masa sambut panggilan tu...mulut dia berbuih2...dah le kat sini semua para2 ibu ketakutan... |
|
| |
shalina7981 SUPERIOR
Age : 45 location : papar-putatan-tg aru-asia city kk Points : 12371 Reputation : 0 Number of posts : 2041
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 2:22 pm | |
| bahaya jugak...pihk berkuasa tak ambil tindknkah ni... |
|
| |
President MonsterCrew SENIOR
Age : 40 location : KM, SABAH Points : 12215 Reputation : 0 Number of posts : 531
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 2:27 pm | |
| pihak brkuasa blum boleh amik tndakan coz blum ada laporan rasmi d buat oleh mana2 pihak kpd pihak brkuasa... kalo dh ada laporan rasmi...nah bru lah dorang akn siasat....
|
|
| |
sakura CONTRIBUTOR
Age : 46 location : JB Points : 12502 Reputation : 0 Number of posts : 1109
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 2:30 pm | |
| kalau kamurang ingat..masa 31 ogos tahun lepas..ada khabar angin yg mengatakan akan terjadi pergaduhan perkauman di johor baharu...dekat dgn rumah saya...sampai ada yang cerita ada anggota polis kene sembelih kat kuil..so masa mlm tu askar2 dok standby je kat sini...yg peliknya tempat yg akan dikatakan akan berlaku pergaduhan tu cool je....!!!!!! |
|
| |
sdil_trdtoms CONTRIBUTOR
Age : 41 location : w.p labuan-kk-sdk Points : 12474 Reputation : 0 Number of posts : 1199
| Subject: Re: Panggilan santau karut 16/5/2008, 2:57 pm | |
| - vip_user wrote:
- baik banar ko sdill...
budak yang buat nie sms sudah tepengaruh dengan movie dari jepun tue..
setiap kali sambut call..mesti mati..
pasal yang di bopot tue..mungkin kebetulan sj bha..kena sawan b*b* kali tue..
mumy aku siap call lagi warning aku klu ada calling 16 angkat..pls jangan angkat..
nie mainan syco sj bha nie..jangan set dalam minda anda.. tue la psl...kita pun jgn jg percaya 100% sbb mana tau kebetulan tp kwn liau ku pya abg bgtau mcm tue la....dr beaufort ada sdh msuk hospital...kira dia pya sodara ka apa....bebuih mulut lepas menjwb pglan dr tel rmh...ish² ada² shj ini brg.....aku pun terima sms jga kelmarin berhari....tp aku hrp² jgn la kita d bayangi dengan keadaan sedemikian....klu kita sentiasa berfikir psl tue...mmg tebw²....yg penting hati² jak lah....banyak kan berdoa kpd Allah S.W.T yg Maha Esa....oh ya aku lupa kelmarin ada keluar kat newspaper dah aku tidak igt nws apa? |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Panggilan santau karut | |
| |
|
| |
|