SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Panggilan santau karut - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Panggilan santau karut - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Panggilan santau karut

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12531
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime16/5/2008, 10:17 am

First topic message reminder :

Panggilan santau karut

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Amir Abdul Hamid, Salman Hamat, Norfaisal Jahuri dan Sulaiman Salleh
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu.

Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.

Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu.

Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari.

Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa.

Bagaimanapun, dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak ke Malaysia, dipercayai dibawa rakyat negara berkenaan.

Siasatan dilakukan pihak berkuasa Indonesia mendapati nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau, Indonesia.

Susulan maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis Indonesia di Riau.

Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.

Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian prabayar.

Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan apabila laman web berita Kompas.Com semalam melaporkan, seorang pegawai bank ABN di Jalan Petamburan, Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari.

Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit.

Mesej sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati terkena sihir.

Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam.

Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit.

“Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini.

Di SEREMBAN, seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali Sufiah berkata, dia mengetahui mengenai penyebaran SMS itu daripada beberapa rakan sekerjanya sejak beberapa hari lalu.

Katanya, dia menerima SMS itu petang semalam yang mengingatkannya supaya mengambil langkah pencegahan awal apabila menerima panggilan daripada kumpulan yang dikatakan sedang menguji ilmu hitam.

“Kami mengharapkan pihak yang berkenaan menyiasat penyebaran SMS terbabit kerana boleh menjejaskan akidah kalau ada orang yang percaya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Dia juga berharap supaya mereka yang menerima SMS itu tidak menghantarnya kepada orang lain kerana sukar diterima akal.

“Bagaimana orang yang menulis SMS itu boleh mengetahui berapa ramai yang sudah meninggal dunia sedangkan kes seperti itu tidak pernah dilaporkan media, malah ajal manusia ditentukan Tuhan bukan kerana menjawab panggilan telefon,” katanya. dont
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/

AuthorMessage
Yakuza
MODERATOR
Yakuza

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : penampang,beringgis,papar
Points : 12622
Reputation : 3
Number of posts : 1457

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime16/5/2008, 4:07 pm

aku ada juga dpt sms tu....tapi aku jenis yg tdk peduli...
bikin sayang kridit hp aku ja mahu sebar
Back to top Go down
fizul03
REGULAR
REGULAR
fizul03

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : ~Sandakan~KK~UMS
Points : 12093
Reputation : 0
Number of posts : 320

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime16/5/2008, 7:28 pm

Iya bah bikin takut saja...kecoh di kadai kaling ini cerita...aku dapat cerita kunun d kk ada 2 sudah meninggal , d sandakan satu laa.. d kl byk suda laa...takut ada lucu pun ada....tapi bagi aku lah...tidak paya percaya laa benda2 ni...kali itu celcom,digi atau maxis sengaja reka2 itu sms supaya dorang dapat untung kalau kita forward2 itu mesej kan!!
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/fizul03
ProjectD
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching
Tag ID: : SFC02081
Points : 14368
Reputation : 10
Number of posts : 6723

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime17/5/2008, 4:14 am

" semua hp mlm ni hrus di matikan .menurut metro TV pd jam 11 mlm
ni akn ada gelombang radiasi yang besar dn sngat berbahaya kpd manusia
yg akan tertangkap oleh smua HP dan pemancar...."

Kita neh kan,ada skolah bah...aku rasa HP neh tidak dpt membunuh jua bah,ianya di cipta supaya kt dpt berhubung dgn org yg tersayang,rakan2, dan lain2......relaks kamurang,sepa2 yg pecaya tu kasi la HP kamurang sama aku...biar aku try guna...
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
TRU247
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
TRU247

Female
Age : 37
location : Penampang
Points : 12116
Reputation : 0
Number of posts : 1000

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime17/5/2008, 9:32 am

baru last week sa tau nie barang..
byk versi jgk ni. hot ni budak2 skul ceta.
xtertidur sa semalam. mimpi buruk lagi. sot!
hp pun baru jak on ni pagi. takut geng.
psycho dia kuat!! help
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12531
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime17/5/2008, 9:36 am

itulah....adikku aku nasihatkan jangan foward sms tu...tapi dia bagitau betul2 kunun ni cerita....kawan dia punya anak saudara baru saja masuk hospital berbuih mulut......pasal sambut panggilan dari telefon rumah..........aduiii......bingung aku kalau telefon rumah mana kita tau panggilan tu dari mana......kalau telefon rumah berbunyi mau nadakmmau aku menyambut.......anak2 pun tidak ku suruh sambut.Gilak betul khabar angin ni...........menggangu ketenteraman hidup kita.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12380
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime17/5/2008, 10:02 pm

khabar angin saja bah nie..

klu apa2pun yg terjadi itu suma dari TUHAN..ingat lah my pren yg MANTAP!!?!! Very Happy
Back to top Go down
lentugi
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
lentugi

Male
Age : 37
location : RuNNow ~ Penampang Sabah
Points : 12427
Reputation : 0
Number of posts : 1755

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime17/5/2008, 10:04 pm

Trauma bha tu kak sampai terikut-ikut...kali la siapa tau dont know
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
lentugi
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
lentugi

Male
Age : 37
location : RuNNow ~ Penampang Sabah
Points : 12427
Reputation : 0
Number of posts : 1755

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime17/5/2008, 10:06 pm

OOoo ya....news khabar ari ni ada Kluar kestau tu Dialy express punya...so siapa-sepa yg ada baca news khabar tau la Very Happy
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12380
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime17/5/2008, 10:11 pm

apa kunun dlm khabar news tue bro?? MANTAP!!?!! Very Happy
Back to top Go down
ProjectD
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching
Tag ID: : SFC02081
Points : 14368
Reputation : 10
Number of posts : 6723

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime18/5/2008, 2:27 am

dr kmu foward tu sms,bgus kamu buang tu kredit sms sumandak kmurang hahaha....
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
4x4Drifter
SUPERIOR
SUPERIOR
4x4Drifter

Male
Age : 35
location : Menggatal Kg Paling A
Points : 12435
Reputation : 0
Number of posts : 2547

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime18/5/2008, 10:48 pm

erm sya dpt dua2 sms tuu .. satu yg suh kaci mati HP sblum jam 11 mlm and 1 lagi jng angkat tepon klu lebih 16 angka .........x lah sya forwardkan coS dlm hidup nih x kira apa agama/bangsa/budaya sekalipun x leh percaya pada yg karut ......kita hanya percaya pada yg satu ya itu TUHAN......Belive in GOD and u will live PeaceFullY....ini smua mainan Psyco jak nih ....harap2 smua nih berakhir ngan cpT
Ishyaalah
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/tulangblakangz
anthonyL500
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
anthonyL500

Male
Countries/State : Brunei
Age : 40
location : Brunei Darussalam
Points : 12697
Reputation : 3
Number of posts : 1356

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime19/5/2008, 11:04 am

Apa macam ne kes sudah?ada dengar2 cerita terbaru lagi ka?aku d berunai ne nda pun dangar apa2 direct dari orang sini.cuma dengar kawan2 dari limbang beritahu pasal barang ne.diaurang cakap jangan nda pecaya.tapi sudah ada bukti ka?disini ada masuk dalam suratkhabar bilang jangan percaya pasal benda karut tu,dan siapa d dapati mengforward atau sms kan kepada orang ramai buleh d tangkap dan kenakan undang2.
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 12373
Reputation : 0
Number of posts : 2041

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime20/5/2008, 12:35 pm

aku dengar pasal cerita kat semenanjung dah ada org kena tangkap sebar maklumat ini..
Back to top Go down
sakura
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sakura

Female
Age : 46
location : JB
Points : 12504
Reputation : 0
Number of posts : 1109

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime20/5/2008, 6:33 pm

shalina7981 wrote:
aku dengar pasal cerita kat semenanjung dah ada org kena tangkap sebar maklumat ini..

iyeke..hemm.. dont know
benda ni kalau ikut kan mmg tak boleh percaya tapi bila tiba2 tak pernah2 tel pkl 12 mlm berbunyi...jadi takut pulak nak jwp.. pale
Back to top Go down
darrengt
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
darrengt

Male
Countries/State : Brunei
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 12223
Reputation : 0
Number of posts : 1246

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime21/5/2008, 10:41 am

ini mcm kes THE RING saja mungkin si street lebih arif dlm hal gitu
Very Happy
Back to top Go down
bumbek
MODERATOR
bumbek

Male
Countries/State : Sabah
Age : 48
location : Tawau/Kudat/ Tuaran
Tag ID: : SFC 02666
Points : 14037
Reputation : 10
Number of posts : 2993

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime21/5/2008, 11:12 am

macam-macam orang nak untung zaman ni. ada juga dengar ibu mentua ckp di tuaran n inanam dah ada orang mati dpt panggilan ni. dia forward orang rumah aku, tapi aku ckp abaikan jak...
Back to top Go down
napster
MODERATOR
napster

Male
Countries/State : Selangor
Age : 40
location : KLIA (hometown papar)
Tag ID: : SFC 03920
Points : 17616
Reputation : 116
Number of posts : 6364

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime25/4/2009, 1:38 pm

apa barang ooo main santau2....

org sekarang pakai pistol... rambo bang..!! bang..!! gun
Back to top Go down
Tayarbas
SENIOR
SENIOR
Tayarbas

Male
Age : 44
location : beluran,sandakan
Tag ID: : SFC 04564
Points : 11910
Reputation : 10
Number of posts : 855

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime25/4/2009, 1:50 pm

mmg tdk leh percaya benda2 gini....lgpun teda bukti...stakat sebar sms ja...tepaksa sms member2 beli kedit tapi yang untung??????
Back to top Go down
napster
MODERATOR
napster

Male
Countries/State : Selangor
Age : 40
location : KLIA (hometown papar)
Tag ID: : SFC 03920
Points : 17616
Reputation : 116
Number of posts : 6364

Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime25/4/2009, 1:58 pm

yg nmpk sanggat menipu "kalau keluar no. dengan color merah" nmpk sngt menipu... kalau tepon tiga tiga sekupang (nokia 3310) mcmn? teda color tu tepon... Suspect adeh...
Back to top Go down
Sponsored content




Panggilan santau karut - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Panggilan santau karut   Panggilan santau karut - Page 2 Icon_minitime

Back to top Go down
 

Panggilan santau karut

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 2 of 2Go to page : Previous  1, 2

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: