SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BERITA HARI INI - Page 6 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BERITA HARI INI - Page 6 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 BERITA HARI INI

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 5, 6, 7 ... 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime7/6/2008, 4:24 am

First topic message reminder :

Kebajikan rakyat dijaga dalam penstrukturan semula harga bahan api: Shahrir



SHAH ALAM: Penstrukturan semula harga bahan api semalam hanya bagi mengurangkan beban tanggungan subsidi kerajaan dalam mengatasi lonjakan harga minyak dunia, namun kebajikan rakyat berpendapatan rendah tidak diabaikan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Beliau berkata beberapa demonstrasi yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak itu dibuat kerana ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan di atas keputusan kerajaan itu.

"Soal berdepan dengan kemarahan orang, saya tak dapat apa-apa faedah dan kerajaan tak ada untung pun bila tarik subsidi.



"Kita tarik balik subsidi bukan naikkan harga minyak tetapi kita hanya kurangkan perbelanjaan tanggungan kerajaan terhadap subsidi," katanya kepada pemberita selepas program Pemukiman Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat.

Beliau berkata kerajaan membayar balik sebahagian daripada subsidi yang ditarik balik itu menerusi wang tunai sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2,000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal persendirian di bawah 250cc.

"Pokoknya sekarang ialah macam mana kita nak bayar wang ini dengan lebih segera. Rakyat patut fikir ini (bayaran cepat)...yang buat demonstrasi ni tak nak terima ke RM625 ni" katanya.

Kerajaan mengumumkan akan membayar rebat yang akan diberi dalam bentuk kiriman wang itu menerusi pejabat pos seluruh negara mulai 1 Julai.

Shahrir berkata kiraan purata yang dibuat ialah wang rebat tunai yang akan diberikan itu ialah bersamaan 66 liter minyak untuk sebulan.

"Jadi kalau anggaran 66 liter penggunaan sebulan bagi kereta ekonomikal dengan perjalanan tak jauh, pastilah perbelanjaannya akan sama sebelum kenaikan ini," katanya.

Berkuatkuasa tengah malam Rabu lepas, harga petrol dan diesel dinaikkan, masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula subsidi bahan api itu, menjadikan harga petrol di pam ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Ketika ditanya rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tinggi sebayak 78 sen dalam masa yang singkat, beliau berkata ini merupakan kali pertama kerajaan membuat satu sistem terurus di mana subsidi diberi terus kepada rakyat.

"Buat pertama kali ada satu sistem terurus di mana subsidi dipulang balik kepada rakyat. Dulu bila kerajaan tarik subsidi (rakyat) tak dapat apa-apa. Kalau tarik sikit-sikit rakyat tak dapat apa-apa," katanya.

Shahrir berkata sebelum ini kerajaan membayar kepada pemilik syarikat minyak harga subsidi yang ditetapkan dan subsidi itu hanya dinikmati oleh pengguna semasa membeli minyak di stesen minyak.

"Pada masa itu orang kaya yang membeli banyak minyak dan pemilik kenderaan luar negara turut merasai subsidi yang diberikan kerajaan tetapi kini rakyat negara akan mendapat terus rebat tunai daripada kerajaan," katanya.

Beliau berkata cukai jalan pemilik kenderaan juga akan dikurangkan dan purata kenaikan sebuah kenderaan adalah lebih kurang 45 sen sahaja.

Katanya kerajaan kini masih memberikan komitmen subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter yang dibeli pengguna.

Mengenai syarikat pengangkutan yang dijangka akan mengalami kesan yang teruk akibat kenaikan harga diesel, Shahrir menjelaskan kementerian itu bersedia berjumpa dengan syarikat pengangkutan yang mahukan penambahan kuota subsidi diesel.

Katanya kenaikan diesel tidak sepatutnya mengakibatkan kesan yang teruk kepada syarikat pengangkutan dan kementerian akan memastikan masalah itu tidak berlaku.

"Kalau ada syarikat kata tak cukup kuota, saya akan tentukan mereka dapat sepenuhnya. Ada yang cakap kuota hanya cukup 3 minggu sahaja, kita akan selesaikan masalah itu. Pokoknya kalau semua syarikat pengangkutan tak ada masalah kenaikan diesel, jadi, apa pun tambahan caj yang diminta tidak berkaitan dengan kenaikan harga bahan api," katanya.

Beliau berkata perkhidmatan feri di Pulau Langkawi mengadu tentang perlunya untuk menambah kuota subsidi dan kerajaan akan bantu mereka.

Negara mempunyai jumlah diesel yang mencukupi dan kementerian akan memastikan syarikat pengangkutan ini mendapat kuota subsidi diesel yang sepatutnya, katanya. - Bernama

Back to top Go down
http://www.abctours.com.my

AuthorMessage
Altec90
SUPERIOR
SUPERIOR
Altec90

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : Sabah, KK, Penampang
Tag ID: : SFC 02424
Points : 12706
Reputation : 3
Number of posts : 1890

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime3/7/2008, 11:42 am

darrengt wrote:
ingat jadi lah gaji 2 kali sebulan cehhhhh.....

tengok berita, memang menjadu menjadi sudah sekarang.. adui.. aku pun pening sudah ini macam..
Back to top Go down
http://www.friendster.com/alteckevin
darrengt
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
darrengt

Male
Countries/State : Brunei
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 12209
Reputation : 0
Number of posts : 1246

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime4/7/2008, 8:08 am

YA LAH ALTEC SAYA PUN PENING NI MCM HAHAHHA........
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 12113
Reputation : 0
Number of posts : 2142

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime4/7/2008, 8:15 am

anip wrote:
kucar kacir ba kepimpinan paklah nie geram sa....dia ingaat mau kumpul hartanya saja ka dgn menantunya tu...................huh manusia apa la dia tu.........minta2 tuhan bagi balasan yg setimpal utk nya........buat rakyat sakit.....dan tersiksa...........

apa boleh buat..jangan sangka air tenang tiada buaya geng.....aman kena chom chom..hahaha Laughing
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Adegan seks Felda Jelai berlaku lagi   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime5/7/2008, 11:43 am

TAMPIN: Selepas tiga individu, termasuk peneroka berusia 52 tahun dari gugusan Felda Jelai, dekat sini ditahan polis kerana terbabit dengan rakaman adegan seks menggunakan telefon bimbit bertajuk 'Budak Jolai', Mei lalu, tanah rancangan itu tercemar lagi apabila seorang remaja lelaki dan pasangannya yang baru berusia 14 tahun ditahan kerana aktiviti sama.

Remaja berusia 18 tahun dari Felda Jelai Empat itu dipercayai merakam sendiri adegan seksnya bersama gadis dari Felda Jelai Tiga, tetapi rakaman terbabit tidak sempat disebarkan seperti yang berlaku pada adegan 'Budak Jolai' kerana perbuatan mereka dapat dihidu penduduk kampung.

Menurut sumber, sebaik menyedari kejadian itu, penduduk kampung meminta bantuan polis yang kemudiannya menyerbu sebuah rumah di Felda Jelai Empat, kelmarin sebelum menahan remaja berkenaan yang mengaku melakukan hubungan seks dengan gadis terbabit dan merakamkannya dalam telefon bimbit miliknya.


Polis kemudian ke rumah gadis berkenaan dan turut merujuk kes pasangan terbabit ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) untuk siasatan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana melakukan persetubuhan haram.

Berikutan kejadian itu, kakak kepada gadis berkenaan membuat laporan di Balai Polis Gemas, kira-kira jam 3.30 pagi semalam mendakwa adik perempuannya dirogol remaja berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang, ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan itu dan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Katanya, remaja itu kini ditahan di Balai Polis Tampin untuk siasatan lanjut, manakala gadis terbabit dihantar ke Hospital Tampin untuk pemeriksaan.

Gugusan tanah rancangan itu sebelum ini gempar apabila seorang peneroka dari Felda Jelai Tiga serta pasangannya berusia 21 tahun dari Felda Jelai Empat ditahan polis hujung Mei lalu kerana terbabit rakaman adegan seks menggunakan telefon bimbit bertajuk 'Budak Jolai'.

Turut ditahan, seorang pemuda berusia 21 tahun berasal dari Felda Jelai Tiga yang bertindak selaku jurukamera rakaman adegan di sebuah pondok dalam kawasan kebun getah itu, tetapi mereka dibebaskan dengan jaminan polis yang masih menyiasat kes berkenaan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Bahan api daripada kelapa sawit   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime5/7/2008, 11:45 am

Teknologi dibangun dengan kerjasama syarikat bioteknologi tempatan, antarabangsa

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka mengeluarkan bahan api daripada kelapa sawit menerusi teknologi yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat bioteknologi tempatan dan antarabangsa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili, berkata projek yang dikenali sebagai Platinum Project peringkat kementerian itu mendapati pokok, dahan dan daun kelapa sawit boleh dijadikan alternatif bahan bakar.


Beliau berkata penghasilan bahan bakar alternatif itu berlaku melalui proses penggunaan enzim untuk dijadikan bahan 'fuel' melalui proses 'extraclization' atau dihasilkan untuk penggunaan 'ethanol'.

"Ini peringkat awal, tetapi jangkaan itu bakal terjadi," katanya menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian).

Salahuddin ingin mendapat penjelasan mengenai kekurangan bahan api fosil sehingga mendorong dunia mencari alternatif lain termasuk kacang soya dan minyak sawit sebagai bahan api gantian.

Mengulas lanjut, Dr Maximus yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata sebagai negara pengeluar kelapa sawit utama dunia, kerajaan sentiasa membuat persediaan bagi memastikan negara tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan minyak sawit selain meningkatkan teknologi pengeluaran.

Untuk itu, katanya, pelbagai usaha dilakukan termasuk mengadakan penyelidikan dan tinjuan termasuk di dalam dan luar negara.

"Baru-baru ini, saya mengetuai delegasi ke konvensyen biotek terbesar dunia di Santiago, Amerika Syarikat dan menyaksikan perbincangan dan perjanjian persefahaman antara syarikat biotek Corp-Corp dengan syarikat biotek terbesar Amerika Syarikat.

"Kami mendapati kelapa sawit berpotensi untuk menghasilkan bahan bakar melalui proses berkenaan," katanya.

Selain itu, kementeriannya dengan kerjasama Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sedang melaksana program yang diterajui Asiatic Corporation bagi melakukan teknologi 'genomic mapping' terhadap pokok kelapa sawit

"Program diketuai saintis terkenal, Grey Vinter sedang melaksana kajian ini dan ini membuka peluang untuk meningkatkan lagi hasil dan produktiviti kelapa sawit negara," katanya.

Menjawab soalan tambahan Hamim Samuri (BN-Ledang) mengenai usaha kementerian mengurangkan penggunaan baja kimia bagi memastikan pengeluaran produk negara berdaya saing di peringkat global, Dr Maximus berkata usaha ke arah itu memang sentiasa dilaksanakan menerusi kerjasama penyelidik kerajaan dan swasta.

Beliau berkata kementerian membiayai projek penyelidikan baja yang mesra alam seperti baja organik dan pada masa sama syarikat swasta juga mengeluarkan produk berkenaan di pasaran.

"Masalah yang dihadapi kementerian dan kementerian lain adalah untuk meneliti adakah baja yang disebut organik itu berkualiti tinggi dan berkesan sebelum dipasarkan secara menyeluruh," katanya.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Bala tarik balik akuan   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime5/7/2008, 1:25 pm

BERITA HARI INI - Page 6 Mainpi20

TUKAR FIKIRAN: P Balasubramaniam keluar dari lobi hotel di ibu negara, semalam selepas membuat dan mengedar satu lagi akuan bersumpah yang menafikan segala tuduhannya terhadap Timbalan Perdana Menteri yang dibuatnya, kelmarin.


Buat kenyataan bersumpah baru nafi kaitan Najib dengan model Mongolia

KUALA LUMPUR: Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, semalam menarik balik akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sehubungan itu, beliau membuat satu lagi akuan bersumpah yang menafikan segala tuduhannya terhadap Timbalan Perdana Menteri.


Dalam akuan bersumpah yang baru itu, Balasubramaniam mengakui akuan bersumpahnya sebelum ini tidak tepat serta tidak benar.

Pada sidang akhbar di lobi sebuah hotel di sini, peguamnya, M Arulampalam, menjelaskan anak guamnya membuat akuan bersumpah pertama pada 1 Julai lalu dalam keadaan tertekan dan kecewa dengan kerajaan.

“Anak guam saya sudah menyedari kesilapan yang dilakukan dan mahu menarik balik akuan bersumpahnya. Itu saja yang kami ingin beritahu,” katanya sebelum mengedarkan salinan akuan bersumpah baru Balasubramaniam.

Penyiasat persendirian itu pula hanya berdiam diri sepanjang sidang akhbar yang berlangsung selama kira-kira 10 minit itu.

Kelmarin, Balasubramaniam mengadakan sidang media bersama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengedarkan salinan akuan bersumpahnya yang mengandungi pelbagai tuduhan berkaitan hubungan awal antara Altantuya dan Najib.

Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun menyifatkan dakwaan itu sebagai pembohongan yang amat dahsyat, berniat jahat dan berunsur fitnah serta rekaan semata-mata untuk mencemarkan imejnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis tetap akan menyiasat akuan bersumpah pertama dan terbaru Balasubramaniam untuk mengetahui motifnya.

“Kita akan siasat kedua-dua akuan bersumpah itu kerana mungkin mempunyai niat tertentu untuk mengaburi orang ramai,” katanya ketika dihubungi semalam.

Naib Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan pula berkata Balasubramaniam boleh didakwa atas tuduhan membuat kenyataan palsu mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda.

“Balasubramaniam mengikrarkan dua akuan bersumpah yang bercanggah dalam masa 24 jam... ini adalah sesuatu yang serius,” katanya.

Beliau berkata, akuan bersumpah bukan sesuatu yang boleh dipermain-mainkan dan pihak yang membuat akuan itu perlu sedar mengenai risiko yang akan ditanggungnya.

“Persoalan sekarang, akuan bersumpah manakah yang benar? Jadi polis perlu menyiasat kedua-dua akuan bersumpah itu bagi mengetahui kebenarannya,” katanya.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Ismail, berkata tindakan Balasubramaniam membuat akuan bersumpah yang tidak benar sebelum ini, cukup memalukan kerana ia pertama kali berlaku di negara ini.

“Akuan bersumpah itu tidak lagi boleh diguna pakai kerana beliau sudah mengaku akuan itu tidak benar,” katanya.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
jaguar
SUPERIOR
SUPERIOR
jaguar

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : kk,Run-Now,Brunai
Points : 12193
Reputation : 0
Number of posts : 2129

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime5/7/2008, 1:40 pm

adedeh buat rakaman sendiri lagi tu...ada2 saja budak remaja sekarang ni
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Ahli Parlimen Tawau yang cetus kontroversi hadir di Dewan Ra   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime8/7/2008, 12:38 am

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui, hari ini menghadiri sidang Dewan Rakyat selepas beberapa minggu dikaitkan dengan kontroversi menyokong usul tidak percaya kepada kepemimpinan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen mewakili Parti Maju Sabah (SAPP) itu juga mengadakan pertemuan dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pada 20 Jun lalu, Majlis Tertinggi SAPP memutuskan untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi BN, dikemukakan di Dewan Rakyat.


Dua hari sebelum itu, Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan parti itu hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun serta Chua akan menyokong usul itu pada sidang Dewan Rakyat yang bermula 23 Jun lalu tetapi belum menjadi kenyataan setakat ini.

Chua ketika ditemui berkata, beliau tiada hasrat 'melompat' parti dan masih menjadi Ahli Parlimen BN.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Bakal pengantin ditemui lemas di Sungai Kuantan   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime8/7/2008, 12:42 am

KUANTAN: Seorang buruh kimpalan yang akan melangsungkan perkahwinannya minggu depan ditemui mati lemas di Sungai Kuantan, dekat Jambatan Tanjung Lumpur di sini, hari ini.

Mayat Ahmad Amra, 29, dari Peramu, Kuantan ditemui di tepi sungai itu oleh pasukan mencari dan menyelamat pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Kamaruddin Kutik, berkata Ahmad dilapor hilang, dipercayai lemas selepas dikatakan terjun ke sungai itu bersama seorang rakannya pada kira-kira jam 4 pagi semalam.

Beliau berkata rakan mangsa yang dikatakan turut terjun bersama mangsa, mendakwa mereka mengambil tindakan itu untuk melarikan diri selepas ditahan anggota polis berpakaian preman.

“Mangsa dan rakannya yang menaiki sebuah motosikal meninggalkan motosikal itu di bawah jambatan sebelum terjun ke dalam sungai tetapi rakannya itu berjaya berenang dan menyelamatkan diri ke tebing sungai manakala mangsa hilang sejurus kemudian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kamaruddin bagaimanapun menolak dakwaan penunggang motosikal terbabit yang mendakwa ditahan polis untuk pemeriksaan kerana hasil semakan tiada rekod menunjukkan pihaknya membuat pemeriksaan pada waktu dan di lokasi terbabit.

Beliau berkata polis kini menyiasat punca mangsa terjun ke dalam sungai itu dan membawa motosikal berkenaan ke balai polis bagi membantu siasatan termasuk memastikan sama ada ia motosikal curi atau sebaliknya.

Mayat Ahmad dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, di sini, untuk bedah siasat.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat gagal: Najib   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime8/7/2008, 12:46 am

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini menyifatkan Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat anjuran pakatan pembangkang semalam sebagai gagal kerana tidak ramai rakyat yang menyertainya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perhimpunan itu gagal mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu sejuta rakyat.


“Rakyat tidak hadir pada bilangan yang diandaikan. Yang hadir hanya penyokong tegar dia sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Peneroka 2008 di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya, di sini.

Beliau diminta mengulas perhimpunan memprotes kenaikan harga minyak itu yang diadakan di Stadium Kelana Jaya, semalam.

Najib berkata demonstrasi bukan cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana demonstrasi hanya meluahkan perasaan sahaja dan bukannya mencari penyelesaian yang realistik dan mampu dilaksanakan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
kuai
MODERATOR
kuai

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : kota kinabalu
Tag ID: : SFC 03039
Points : 12000
Reputation : 0
Number of posts : 1258

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime8/7/2008, 1:35 pm

alalala...mcm2 gelagat dorg tau...pintar ka pitur dorg ni pun ntah la...jan kasi susa rakyat sdh la..
Back to top Go down
veratista
OBSERVER
OBSERVER
veratista

Female
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : PENAMPANG
Points : 12097
Reputation : 0
Number of posts : 312

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime12/7/2008, 8:11 pm

diharap jangan compare harga minyak dari filipina,singapura.mereka pengguna dan pembeli minyak.negara kita penegeluar minyak macam brunei.di brunei isi BD10 dapat belasan liter.kita punya RM10 dapat kurang dari 5 liter.kita punya minyak lagi murah dari mereka.tetapi cuba lihat rangka gaji Singapura.gaji mereka 5 kali ganda gaji kita.

apa2 pun kerajaan akan baiki hidup rakyatnya cuma skarang perlu banyak bersabar.
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Jawi siasat kes liwat Anwar jika siasatan buktikan ada kes   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime14/7/2008, 12:51 am

KOTA KINABALU: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hanya akan menjalankan siasatan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut peruntukan qazaf sekiranya siasatan polis dan laporan Jabatan Kimia membuktikan ada kes, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Ibrahim Lembut dan Penasihat Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mengenai hukum dan peruntukan qazaf dalam enakmen undang-undang syariah.

Beliau berkata dalam kes yang mungkin tidak mempunyai saksi, beliau diberitahu bermubahalah atau pengakuan bersumpah adalah langkah terbaik bagi membuktikan pihak yang benar atau salah.


"Siapa yang menuduh dan juga yang dituduh hendaklah bersumpah jika tidak ada empat orang saksi, kedua-dua pihak perlu bersumpah laknat bagi membuktikan siapa benar atau salah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana dan Pengurusan Islam Kepada Pemimpin Wanita di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang dibuat Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Jawi pada 9 Julai lalu yang menuntut supaya tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa Anwar meliwatnya.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Anwar sahkan polis akan ambil keterangannya   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime14/7/2008, 12:53 am

ALOR STAR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan polis sudah menghubunginya untuk diambil keterangan berhubung tuduhan kes liwat terhadapnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan memberi keterangan kepada pihak polis esok, menyerahkan kepada peguamnya untuk mengaturkan pertemuan dengan polis.

"Ya, polis sudah memaklumkan akan mengambil keterangan saya dan peguam sedang berunding untuk masa yang sesuai," katanya kepada peberita pada sidang media selepas menyampaikan ceramah Sempena 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat Kedah di Markas Pas Negeri di Kota Sarang Semua, dekat sini, malam semalam.


Polis akan memanggil Anwar untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes dakwaan liwat yang dibuat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, pada 28 Jun lalu.

Akhbar semalam melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin berkata, Anwar menyatakan persetujuan hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, jam 2 petang esok.

Mohd Bakri dilaporkan berkata, polis memanggil Anwar untuk merakam keterangannya berhubung laporan liwat terhadapnya dan bukan untuk menahan pemimpin PKR itu.

Anwar bagaimanapun berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan ditahan polis ketika memberi keterangan nanti.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: PM umum langkah baru kurang beban rakyat   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime14/7/2008, 12:56 am

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan akan mengumumkan Jumaat ini satu lagi langkah untuk mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan harga minyak.

“Jumaat ini, kita akan lancarkan sesuatu untuk membantu meringankan penggunaan petrol dan membantu mengurangkan kos, bebanan dan perbelanjaan...pemandu teksi,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan memberikan butiran lanjut kerana ianya akan diumumkan pada Jumaat ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah terbaru kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga minyak dan bahan makanan dalam temuramah khas dengan Bernama dan Radio RTM di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, di sini, semalam.

Abdullah berkata tumpuan kerajaan ialah kepada tindakan ke arah mengurangkan bebanan perbelanjaan rakyat termasuk berjimat-cermat.

Mengenai harapan rakyat supaya menteri dan Perdana Menteri turun padang melihat masalah kenaikan harga barang, Abdullah berkata:

“Saya (akan) jumpa rakyat dan jelaskan kepada mereka, jika tidak nanti pembangkang yang akan jelaskan.”

Abdullah berkata pihak pembangkang tidak membuat apa-apa untuk mengurangkan beban rakyat.

“Depa (mereka) cakap saja. Cakap lebih daripada janji,” katanya yang jelas merujuk kepada janji Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya pembangkang akan menurunkan harga minyak esok jika memerintah hari ini.

Mengulas mengenai rancangan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk berdebat dengan Anwar yang dijadualkan Selasa ini termasuk mengenai isu kenaikan harga minyak, Abdullah berkata:

“Saya kira Ahmad Shabery bertekad untuk melakukannya. Beliau betul-betul tekad yang beliau dapat melakukannya dan beliau seorang pemidato yang bagus.

“Jika beliau gagal, dia kata dia akan jumpa Pak Lah, sila ambil orang lain untuk jaga Angkasapuri. Tetapi beliau seorang yang bagus, boleh dikatakan tiap minggu program kementerian beliau hadir,” katanya.

Mengenai perkembangan semasa terdapat pemimpin parti politik yang cenderung untuk memperluaskan isu perkauman, Abdullah berkata jangan.

“Ini tidak baik, perlu ada batasnya. Jangan. Ini seperti bermain dengan api. Jangan bermain dengan api dalam isu yang sensitif,” katanya.

Perdana Menteri menyifatkannya sebagai politik jalan singkat untuk menjadi popular dan mendapat undi serta menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab.

Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mahukan BN sentiasa kuat sepanjang masa.

“Saya tahu keputusan pilihan raya (umum lepas) itu teruk. Tetapi rakyat masih beri kita amanah untuk memimpin (negara). Kami perlu lakukan lebih banyak lagi, kami perlu bekerja keras. Kami tiada pilihan lain,” katanya.

Beliau mahu parti komponen BN memberikan tumpuan tenaga dan fokus mereka kepada rakyat tanpa ada gangguan lain.

“Dengar (keperluan) rakyat. Insya-Alah kita akan o.k. Bukan depa (mereka) benci sangat dengan kita,” katanya.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Ekonomi Malaysia stabil: PM   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime14/7/2008, 12:57 am

PUTRAJAYA: Ekonomi negara pada keseluruhannya stabil walaupun negara berdepan dengan krisis dunia seperti kenaikan harga minyak dan makanan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Keseluruhannya stabil. Kita punya sektor perdagangan, tiada apa yang cemas. Kita masih berjaya menarik pelaburan asing. Kita masih jadi destinasi pilihan pelaburan.

"Ekonomi Malaysia menerima pandangan yang positif dari negara lain dan yang terbaru semasa Persidangan Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) di ibu negara minggu lalu," katanya kepada Bernama dan Radio RTM dalam temuramah khas di kediaman rasminya di Seri Perdana, semalam.


"Angka ekonomi kita adalah positif. Mereka tahu," katanya.

D-8 dianggotai Indonesia, Pakistan, Iran, Bangladesh, Mesir, Nigeria, Turki dan Malaysia.

Abdullah berkata imej negara masih baik ketika ini dengan berkata: "Pada orang yang objektif dan tiada apa-apa, ia masih baik. Bagi orang yang ada apa-apa dengan (penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), dia punya pandangan lain pulak."

Menyentuh mengenai antara perkara utama yang akan diberi penekanan oleh beliau dari sekarang sehingga tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak pada Jun 2010, Abdullah mahukan pelaksanaan pembangunan lima koridor ekonomi dipercepatkan.

Lima koridor itu ialah Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Koridor Ekonomi Pantai Timur, Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak dan Koridor Pembangunan Sabah, kesemua dengan nilai pelaburan berjumlah hampir RM840 bilion.

Menjelaskan idea disebalik pembangunan koridor berkenaan, Abdullah berkata, ia bagi pengagihan yang adil terhadap peluang berkualiti dalam menangani ketidakseimbangan pembangunan antara sektor bandar/sektor perindustrian bandar dan kawasan separa bandar.

Beliau berkata pendekatan baru itu berbeza dengan prinsip Dasar Ekonomi Baru yang menumpukan kepada pengagihan pendapatan yang adil.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
csilusz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 41
location : Tambunan-lahad datu
Tag ID: : SFC 03201
Points : 12000
Reputation : 0
Number of posts : 1494

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime21/7/2008, 8:10 pm

minyak sawit suma p mane?
Back to top Go down
jas
SENIOR
SENIOR
jas

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : kota belud ke inanam
Points : 11901
Reputation : 0
Number of posts : 697

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime15/8/2008, 10:02 pm

blugu wrote:
Berminat dgn latest news mengenai harga minyak terkini... matila kalau naik pergi harga RM3.15 seliter...

mau turun bah.. bkn mau naik... tgk la nanti.. RM2.56/liter
Back to top Go down
Huntez
MODERATOR
Huntez

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : KK @ Kota Keramat
Tag ID: : SFC 03599
Points : 11983
Reputation : 3
Number of posts : 1554

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime5/10/2008, 11:04 pm

Very Happy bgus la klu turun,dpt aku pi travel jauh2..
Back to top Go down
http://www.huntez.blogspot.com
khairulanuar85
REGULAR
REGULAR
khairulanuar85

Male
Age : 39
location : kota kinabalu, papar
Tag ID: : SFC 03544
Points : 11852
Reputation : 0
Number of posts : 252

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime10/10/2008, 6:30 pm

lecturer malaysian eco sy ckp economy kita skg makin mnurun bukan menaik... apa yg tu menteri2 cakap tu semua cuma bahasa politik ja tu dia bilang. tu koridor pembangunan sabah tu masa dkat2 pilihan raya tu awal2 dia cakap mau kasi peluang pekerjaan yang banyak tapi lepas election ari tu mana suda kata2 manis semua tu? dorang cakap banyak graduan kita mnganggur sebab keputusan dorang tidak memuaskan, klu da camtu knapa dorang tawarkan kita masuk IPT and knapa mereka yang dapat keputusan sampai 4.00 pointer pun tetap kerja jadi driver ja. sepatut nya apabila 10, 000 orang di tawarkan masuk ke IPT maka 10, 000 orang tu juga tetap akan ada kerja untuk mereka. IPT tu sebagai latihan bagi kita untuk masuk dalam bidang pekerjaan.bukan skadar untuk menimba ilmu.....skang kerajaan menggalakkan kita untuk aktif dalam bidang pertanian..maka ramai la anak muda di negara kita yang akan menanam anggur beramai2...hehe renung2 kan... Suspect
Back to top Go down
Huntez
MODERATOR
Huntez

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : KK @ Kota Keramat
Tag ID: : SFC 03599
Points : 11983
Reputation : 3
Number of posts : 1554

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime11/10/2008, 4:41 pm

8) isu ni sudah tertepek di muka aku sendiri yang sedang bercucuk tanam menanam anggur udah lebih setahun..
Back to top Go down
http://www.huntez.blogspot.com
LoLLiPoP
SENIOR
SENIOR


Male
Age : 45
location : kk-kb-kl-putatan
Points : 12267
Reputation : 0
Number of posts : 656

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime12/10/2008, 2:20 am

syukur pak lah dah nak step down dgn kroni2 dia.... Yahoo
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime13/10/2008, 12:40 am

'Saya tak menyesal'

Pak Lah selesa dengan keputusan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak menyesal dengan keputusannya melaksanakan pelan peralihan lebih awal dengan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, Datuk Seri Najib Razak.

"Keputusan itu tidak mengganggu saya. Satu keputusan sudah dilakukan dan saya menimbangkannya dengan amat teliti. Saya berasa selesa mengenainya dan itulah sebabnya saya ceria," katanya dalam wawancara dengan Bernama.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas bagaimana beliau boleh berasa ceria ketika membuat pengumuman Rabu lalu sedangkan keputusan itu bermakna beliau hilang pegangan kuasa penting.

"Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memudahkan saya membuat keputusan. Saya rasa apa saya lakukan adalah demi kepentingan negara dan parti," katanya yang memakai baju Melayu coklat dan kelihatan tenang di kediaman rasminya di Seri Perdana.

Selepas membuat keputusan itu, katanya: "akan membolehkan kita memberi tumpuan kepada tugas yang ada" merujuk kepada politik berlebih-lebihan yang berlaku sejak Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu dan keperluan menumpukan perhatian bagi memenuhi kehendak aspirasi rakyat.

"Saya mahu menggunakan sepenuhnya bulan-bulan terakhir untuk melaksanakan agenda saya. Menyerahkan kuasa penting, bukan keutamaan saya."

Ditanya apakah yang difikirkannya sebelum membuat keputusan, beliau menjawab: "Saya perlu menyatakan ini. Selepas pilihan raya, terdapat orang yang menyatakan saya mesti mengundurkan diri. Beberapa orang menyatakan saya bertanggungjawab terhadap keputusan yang tidak seorang pun (dalam Barisan Nasional) suka, yang mengejutkan anggota parti, terutama Umno.

"Namun ada juga orang lain yang bersungguh-sungguh menyokong dan mahu saya kekal untuk meneruskan tugas. Apabila mereka datang ke rumah saya dalam satu kumpulan yang besar, menyatakan "Datuk Seri tidak boleh mengundurkan diri, Datuk Seri mempunyai misi, Datuk Seri perlu menyelesaikan misi itu".

"Saya mendengar setiap pihak dan pada masa sama melihat hakikat sebenar, memikirkan masa hadapan dan akhirnya saya membuat keputusan muktamad bahawa inilah masanya yang sesuai untuk menyerahkan tanggungjawab saya," katanya.

Ditanya sama ada beliau memaklumkan Yang di-Pertuan Agong mengenai keputusannya tidak mempertahan jawatan Presiden Umno, Perdana Menteri berkata, beliau tidak memaklumkannya kerana ia adalah soal parti.

"Saya masih Perdana Menteri. Apabila tiba masanya untuk menyerahkan atau melantik pengganti kepada Perdana Menteri, hanya ketika itu adalah penting untuk memaklumkan kepada Seri Paduka Baginda," katanya.

Abdullah berkata, kerajaan sudah meletakkan asas yang baik dan berpegang kepada Misi Nasional sebagai panduan negara ini mencapai matlamat Wawasan 2020.

"Saya yakin pengganti saya akan menyambung kerja saya dan melakukan apa yang perlu untuk membawa kita mencapai matlamat itu," katanya.

Beliau percaya walaupun bukan lagi Perdana Menteri, satu asas yang baik sudah diletakkan untuk pemimpin lain.

"Ya, saya percaya masanya sudah tiba untuk pemimpin generasi baru mengambil alih. Apa yang penting adalah Umno dan BN mestilah bersatu dalam menangani segala cabaran yang dihadapi.

"Saya percaya sikap dan tindak-tanduk anggota parti akan menentukan masa depan parti. Itu paling utama. Jika mereka meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan diri sendiri, Umno akan selamat," katanya.

Ditanya mengenai desakan pihak tertentu supaya beliau mengundurkan diri sekarang dan bukannya pada Mac atau beliau seharusnya diam mulai sekarang hingga waktu beliau menyerahkan kuasa, Abdullah berkata, beliau amat menyedari apa yang mahu dilakukannya.

"Saya sudah merancang persaraan saya, saya sudah merancang terlebih dulu bila saya perlu menyerahkan kuasa dan apa yang perlu dilakukan. Saya terus kekal bukan untuk mendapat nama sebagai Perdana Menteri.

"Saya memutuskan untuk kekal kerana saya mempunyai misi. Saya mesti menunaikan janji saya dengan baik terutama untuk melakukan pembaharuan. Ingat, saya dikritik kerana membuat janji yang disukai dan disambut baik oleh rakyat dan mereka kemudiannya menyatakan saya tidak mengotakan janji.

"Tetapi saya tidak dapat menunaikan semuanya dalam tempoh empat tahun pertama kerana saya menumpukan kepada perkara lain. Tetapi ada satu perkara yang perlu saya nyatakan di sini bahawa Manifesto Pilihan Raya 2004 bukanlah hanya untuk empat tahun (yang berakhir hingga 2008) iaitu tempoh semasa saya memegang tampuk pemerintahan dan kemudian saya akan membuat manifesto lain," katanya.

Abdullah berkata, beliau hanya menerajui tampuk pemerintahan selepas tempoh masa pertama pelaksanaan Wawasan 2020 dan beliau masih mempunyai tempoh tiga hingga lima tahun untuk melaksanakan beberapa program.

"Saya memikirkan dalam tempoh masa kedua di mana saya fikir boleh memilih untuk melaksanakan apa yang saya mahukan dan pada peringkat mana. Tetapi wujud satu perasaan kecewa mengenai apa yang diharapkan rakyat terhadap apa yang perlu dilakukan dan tidak saya lakukan.

"Maka, apabila saya mengumumkan akan mengadakan pembaharuan dalam kehakiman dan Badan Pencegah Rasuah, terdapat satu sokongan amat kuat. Ada orang yang kini mempersoalkan mengapa saya tidak mengumumkan pembaharuan ini sebelum pilihan raya lepas dan mereka pasti akan menyokong tindakan berkenaan.

"Apapun, kini tidak penting lagi kerana apa yang berlaku sudah berlaku. Saya akan memastikan akan melakukan beberapa pembaharuan dan program ekonomi," katanya.

Abdullah berkata, memandangkan beliau masih Perdana Menteri, beliau tidak nampak kenapa beliau perlu diam.

"Mungkin mereka yang meminta supaya saya diam mahu memonopoli tumpuan itu untuk diri sendiri," katanya.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime13/10/2008, 12:42 am

31 negeri Amerika tenat

Alami defisit RM170.8b, tak mampu bayar gaji pekerja awam

WASHINGTON: Krisis kewangan Amerika Syarikat kian meruncing apabila sekurang-kurangnya 31 negeri termasuk yang bergelar 'lubuk emas' seperti California, New York dan Florida sudah tidak lagi mampu mampu membayar gaji pekerja awam dan terpaksa mendapatkan bantuan Persekutuan.

Malah, kos keseluruhan masalah ekonomi yang dihadapi negeri itu berkemungkinan mencecah kira-kira AS$53.4 bilion (RM170.8 bilion).

Business Week memetik data Pusat Keutamaan Dasar dan Belanjawan setakat akhir bulan lalu melaporkan semalam, California atau nama jolokannya 'Golden State' berdepan defisit atau pengurangan belanjawannya sejumlah AS$15 bilion (RM48 bilion), terpaksa bergantung kepada bantuan kerajaan Persekutuan untuk mengatasi kemelut itu.

Berikutan itu, California terpaksa meminta bantuan baru AS$7 bilion (RM22.4 bilion) bagi mengatasi masalah kekurangan bajetnya itu.

Jika tidak, ia tidak mungkin dapat membayar gaji pekerja penting seperti guru, polis, anggota bomba dan penyelamat serta perkhidmatan penting lain.

Sementara itu, kumpulan negara kaya dunia yang mengadakan pertemuan di ibu negara Amerika Syarikat semalam ketika dunia berdepan krisis kewangan, sekadar berikrar melaksanakan semua langkah wajar bagi menggerakkan semula pasaran kredit selain memastikan institusi kewangan dapat meningkatkan semula kewangan mereka.

Bagaimanapun, kenyataan barisan Menteri Kewangan Negara Kumpulan Tujuh (G7) termasuk Amerika, Kanada, Britain, Perancis, Itali, Jerman dan Jepun yang bermesyuarat lebih tiga jam lamanya itu.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime13/10/2008, 12:44 am

'Peristeri 86 wanita bukan poligami'

NIGER: Sebuah mahkamah Syariah Nigeria menggugurkan tuduhan terhadap seorang lelaki 84 tahun yang ditahan kerana mempunyai 86 isteri dan melanggar peraturan poligami yang menetapkan cuma empat isteri kepada lelaki Muslim.

Bagaimanapun, laporan media tempatan dan antarabangsa termasuk New Zealand Herald kelmarin, Mohammed Bello Masabu yang mengakui dirinya ulama, belum terlepas kerana kesnya kini dipindahkan ke mahkamah jenayah.

Apa yang aneh, Mahkamah Syariah Niger memutuskan tindakan Bello berkahwin lebih 80 isteri bukan satu poligami. Sebelum ini, Bello berjanji untuk menceraikan 82 isterinya itu tetapi masih belum mengotakan janjinya hingga ke hari ini.

Sementara itu, satu laporan lain pula menyatakan, Bello yang mempunyai 170 anak, bakal diwakili 86 peguam iaitu seorang peguam bagi setiap isterinya.

Ini berikutan tindakan sekumpulan badan hak asasi manusia di Nigeria yang sanggup melantik peguam bagi membela semua isteri Bello.

"Pakatan 27 badan bukan kerajaan itu turut melantik peguam bagi membela Bello terhadap semua tuduhan termasuk menganiayai isterinya," kata aktivis hak asasi manusia Nigeria, Shehu Sani kepada agensi berita Agence France-Presse (AFP).

"Ia sememangnya satu tanggungjawab kami untuk melindungi hak asasi Bello seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Nigeria dan undang-undang antarabangsa."
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
Sponsored content




BERITA HARI INI - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 6 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA HARI INI

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 6 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 5, 6, 7 ... 9, 10, 11  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: