18th November, 2008
KOTA KINABALU:
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah
Azizah Mohd Dun berkata harga be-berapa barangan makanan dan gunaan di
ne-geri ini, didapati meningkat sebanyak 11 hingga 35 peratus selepas
krisis kenaikan harga minyak.
Beliau berkata, ia adalah berdasarkan analisis harga yang dijalankan terhadap
tujuh kategori barangan penting sebelum kenaikan harga min-yak (setakat 3 Jun
2008, harga diesel RM1.58 seliter) dan harga minyak (setakat 30 Oktober 2008,
harga Diesel RM2.05 seliter).
Katanya, bagi barangan basah seperti ayam bersih super, dada ayam dan daging
kerbau im-port, harganya meningkat antara 12.5 hingga 20 peratus.
“Manakala purata kenaikan harga bagi enam jenis buah-buahan tempatan dan
buah-buahan import pula ialah 35 peratus, harga makanan laut meningkat
sebanyak 13 peratus dan harga bagi 20 jenis sayuran juga meningkat
sebanyak 11 peratus.
“Bagi 16 jenis barang-barang kering termasuk bawang, cili kering dan ikan bilis,
ia meningkat sebanyak 27 peratus,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Likas Datuk Liew Teck Chan, dalam sesi soal jawab pada
persidangan dewan undangan negeri, di Dewan Undangan Negeri, di sini,
kelmarin.
Azizah berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) tidak mempunyai kuasa sepenuhnya bagi memastikan harga
barang-barang, tetapi mempunyai peranan untuk memastikan hak-hak
pengguna dapat
dilindungi melalui penguatkua-saan dan pendidikan.
“Antara langkah-langkah yang kementerian ambil ialah, mempergiatkan
pemeriksaan ke premis-premis perniagaan bagi memastikan alat timbang sukat
yang digunakan mematuhi peraturan yang ditetapkan dan memastikan
pengguna-an tanda harga bagi membantu pengguna membuat pilihan,” katanya.
Katanya lagi, bagi menangani kenaikan harga barang yang disebabkan
kenaikan kos pengangkutan, kerajaan telah memperkenalkan Sistem Kawalan
Diesel Bersubsidi (SKDS).
“Di bawah sistem ini sebanyak 20 kenderaan layak mendapat subsidi diesel
dengan harga RM1.43 sen. Di negeri ini, permohonan untuk mendapat Fleet Card
oleh pengusaha 20 jenis kenderaan hanya mendapat sambutan menggalakkan
apabila kerajaan menaikkan harga diesel dari RM1.58 sen kepada RM2.58 sen
pada 4 Jun lalu.
“Bagi permohonan yang diluluskan, mereka layak mendapat diesel pada
harga RM1.43 sen dengan jumlah kuota yang telah ditetapkan.
“Dijangka impak kepada SKDS dapat dirasai apabila semua kenderaan yang
layak mendapat subsidi menggunakan Fleet Card untuk membeli diesel,” katanya.
Berkenaan dengan kenaikan harga barang di Sabah, Azizah berkata ia bukan
disebabkan oleh kenaikan harga minyak semata-mata tetapi turut
dipengaruhi oleh faktor lain.
“Antaranya kenaikan kos pengeluaran seperti input pengeluaran, buruh dan
bekalan di pasaran yang terganggu akibat perubahan cuaca. Misalnya, bawang
merah kecil (India- ros), harga pernah meningkat sehingga RM10 sekilogram,
disebabkan bekalan yang kurang dari India ,” katanya.
New Sabah Times