SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cerpen: Pangkor jangan tersungkur Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cerpen: Pangkor jangan tersungkur Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Cerpen: Pangkor jangan tersungkur

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 38
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12269
Reputation : -1
Number of posts : 2048

Cerpen: Pangkor jangan tersungkur Empty
PostSubject: Cerpen: Pangkor jangan tersungkur   Cerpen: Pangkor jangan tersungkur Icon_minitime19/8/2007, 10:32 pm

Cerpen: Pangkor jangan tersungkur

Oleh Addeen Bandarsepi





“Tuan … ada penceroboh!”

Semua lensa
tumpah, meleret pada aku. Satu, dua, ramai. Ada yang Melayu. Ada yang
berbangsa kulit putih – penjarah. Aku mengaduh, menyapu perut punggung
yang terlantun kasar atas papan jalur kapal besar itu.

Lelaki dengan pakaian laskar Eropah itu memandang aku. Tunak dan jijik.
Ya, itulah Sir Andrew Clarke, Gabenor Negeri-negeri Selat. Aku tunduk
ke lantai, berserah nasib – harap-harap biarlah tenggelam sabut, biar
terapung, doa aku di lubuk hati.

“Lepaskan dia! Dia salah
seorang penasihat beta …” Aku mendongak kepala perlahan-lahan, seorang
lelaki berbadan gempal lengkap dengan pakaian kebesaran istana. Ah, itu
tentu sahaja Raja Abdullah anakandanya Sultan Jaafar.

Lelaki-lelaki Melayu yang lain; Bendahara, Temenggung, Orang Kaya
Menteri, Syahbandar, Raja Mahkota dan Laksamana kelihatan kurang
berpuas hati dengan frasa ‘penasihat’ yang terlantun daripada jawapan
Raja Abdullah itu. Cuma Datuk Sagor yang duduk terkanan dari Raja Muda
Abdullah yang tersingkir itu kelihatan tersenyum. Aku yakin – perkataan
‘penasihat’ yang terbit daripada bicara spontan Raja Muda Perak itu
tentu sahaja menerbitkan rasa cemburu dan dengki di kalangan
pembesar-pembesar yang bertujuh itu. Ah! Memang bangsaku dari dulu-dulu
lagi sudah lulus PhD rupanya; perasaan hasad dengki!

Sir Andrew
Clarke mendengus, tidak puas hati. Pun begitu, daripada pandangan
matanya dia mengarahkan supaya dibukakan ikatan tangan aku.

“Penasihat?
Budak mentah sepertinya yang Tuanku angkat sebagai orang penting …” Sir
Andrew Clarke itu kemudiannya bersuara mengejek. Bibirnya terjuih
menghina. Kemudian lensanya singgah ke tengah laut. Malam itu laut
Pangkor tenang. Bintang bertabur di dada langit. Rembulan terhias pada
malam lima belas. Malam cerlang.

“Kebijaksanaan bukan terletak
atas usia mahupun otot berurat, tetapi … nih, seketul geliga dalam
kepala yang berfikir jernih!” tingkah daripada Raja Abdullah memanaskan
malam yang berangin. Merona merah tampang lelaki Inggeris itu menahan
malu.

Kemudian jeda memanggung kami di tengah-tengah kapal HMS
Pluto di pesisir laut Pangkor. Masing-masing seperti terganggu dengan
kedatangan aku yang tiba-tiba, tak diduga.

“Ya, Tuanku Raja
Abdullah … silalah bercap mohor pada Perjanjian Pangkor ini,” pelawa
Sir Andrew Clarke dengan senyuman bermakna.

“Tuanku Raja …
inikah Perjanjian Pangkor 1874?” Tanya aku separuh berbisik kepada Raja
Abdullah yang sudah siap siaga dengan mohor di-raja. Tercegil mata
Mamak Bendahara seperti tidak merestui pertanyaan aku yang sebegitu.
Pembesar-pembesar lain mengeluh kasar.

“Tuanku, betulkah ini
perjanjiannya? Kalau betul, jangan Tuanku, jangan bersetuju dengannya!”
arah aku. Air wajahku bertarian dengan keresahan – ini maruah bangsa!

“Hei
anak muda, bolehkah kau berdiam diri!” sergah Datuk Temenggung yang
duduk berselang seorang daripada Raja Abdullah yang di tengah.
Kesabarannya terpancung sudah.

Raja Abdullah tidak jadi
menurunkan persetujuannya, menarik balik cop mohor di-rajanya, dan
kelihatan berfikir-fikir, “biarkan anak muda itu bersuara, kan dia
penasihat beta ….”

Aku tersenyum. Sir Andrew Clarke dan
orang-orang British yang duduk di sebelah sana kelihatan masam mencuka
dengan tindakan Raja Abdullah yang melengah-lengahkan saat menurunkan
persetujuan pada Perjanjian Pangkor.

“Izinkan beta berehat …
fikiran beta terganggu,” Raja Abdullah tiba-tiba bersuara. Aku
tersenyum sebagai seorang pemenang. Selebihnya terdengar ngomel-ngomel
dan bisik-bisik kemarahan; di sebelah orang-orang Inggeris yang
menjajah dan barisan pembesar Melayu yang berfikiran cangkat.

II

“Nama
kamu?” Lensa kami bertembung. Angin tengah malam dari laut Pangkor itu
singgah ke tulang hitam. Aku menarik akrab jaket nipis yang membalut
tubuh.

“Emm … Tun, Tun Mutahir …” Entah bagaimana nama itu yang terkeluar.

Ketika
itu hanya kami berdua; aku dan Raja Abdullah, anakanda Raja Jaafar yang
sepatutnya menaiki takhta negeri Perak. Malangnya apabila Raja Ali,
raja yang terdahulu mangkat, Raja Abdullah yang ketika itu memegang
jawatan Raja Muda tidak dipilih menjadi Sultan, sebaliknya Raja
Bendahara, Raja Ismail yang terpilih menggantikan Raja Ali yang mangkat.

“Tuanku
… dengarlah nasihat patik, pacal yang hina ini …” aku kembali bersuara.
Merayu Raja Abdullah – kita mesti mengubah sejarah!

“Tuanku,
demi kemakmuran negeri dan kebaikan rakyat … persetankan Perjanjian
Pangkor yang ditawarkan oleh British!” Aku memujuk. Sungguh-sungguh.
Tuanku raja kelihatan mendengar dengan sungguh-sungguh, jelas-jelas.
Bola matanya jauh sekali, mindanya menerewang rata-rata.

“Tetapi
… begitulah. Kongsi-kongsi gelap Ghee Hin dan kumpulan Hai San yang
dikepalai Chung Keng Quee sedang bertarung merebut lombong di Larut.
Sudah lama, sudah banyak nyawa terkorban. Pening beta memikirkannya …”
Raja Abdullah, pewaris kesultanan Perak ke-26 itu bersuara.
Perlahan-lahan. Wajahnya kelihatan sugul.

“Atau Tuanku berasa
kecewa disingkirkan oleh baginda Sultan Ismail?” aku menyuarakan rasa
hati. Kalau benarlah tujuan Raja Abdullah menjemput Inggeris ke Perak
hanya semata-mata mahukan jawatan Sultan Perak yang sepatutnya menjadi
milik baginda, ah ia sesuatu yang kepalang malang!

Di Kedah pada
1771 misalnya, tindakan Sultan Muhammad Jiwa yang melantik Tunku
Abdullah sebagai penggantinya mendapat tentangan kerabat di-raja.
Akhirnya, Sultan Muhammad Jiwa memilih jalan yang salah, memanggil
penjarah Inggeris sebagai pembantu. Dijemputnya Syarikat Hindia Timur
Inggeris dan Syarikat Jourdan, Sullivan dan de Souza membantunya.
Kesudahannya, Pulau Pinang tergadai. Malang.

Di Johor pun sama,
kemangkatan Sultan Mahmud Syah III meninggalkan dua orang puteranya,
Tengku Hussain dan Tengku Abdul Rahman yang bertelagah demi merebut
kerusi Sultan. Sudahnya, Inggeris melalui Stamford Raffles mengambil
kesempatan dan berjaya menduduki Singapura.

Raja Abdullah masih terdiam. Matanya terkebil-kebil. Seperti orang bodoh dungu pun ada lagaknya.

“Tuanku
… atas apa alasannya, jangan sekali mengundang petaka – jangan jemputi
Inggeris itu ke tanah kita!” Aku bersuara mengapi. Nada aku sedikit
terlantun. Ada gegar.

“Perjanjian Pangkor 14 perkara ini nanti
… hanya membonekakan peranan Sultan. Kalau Sultan sudah tertarik
hidungnya bagai sang lembu bodoh, rakyat sudah tak punya dahan
bergantungan …” aku terus-terus mencucuk Raja Abdullah yang kelihatan
terdesak. Baginda tersimpang.

“Mahukah Tuanku … kelak-kelak
sejarah membilang Tuanku sebagai pengkhianat? Kelak-kelak rakyat
berkencing di pusara Tuanku, berdendam lama-lama dengan Tuanku …
petualang yang menjemput penjarah yang mengkedarah hasil masyghul
negeri ….”

Kali ini Raja Abdullah berpaling pantas. Baginda seperti terpukul dengan kata-kata aku yang tajam menikam.

“Betulkah
begitu anak muda?” Belas aku melihatkan Raja Abdullah yang kelihatan
tak bermaya langsung. Aku faham – permasalahan menjadikan fikirnya
kusut, bagai benang yang tersimpul mati.

“Mengapa tiada di
kalangan penyokong-penyokong beta yang berfikir sebagaimana kamu?” Raja
Abdullah berwajah kesal. Baginda mengeluh. Kecewa.

“Anak muda
… dari tadi beta berfikir-fikir, kamu kelihatan cukup aneh, buah fikir
kamu bunyinya berlawanan sekali dengan apa yang beta dan orang-orang
beta fikirkan. Boleh beta tahu, siapa gerangan kamu? Dari mana asal
usulmu?” Raja Abdullah merenung aku – atas, bawah, atas dan bawah
semula.

“Errrr … saya datang dari masa depan, Tuanku.” Dalam gugup-gugup aku bicarakan kebenarannya. “Datang dari tahun 2007.”

“2007?!” Raja Abdullah seperti tidak percaya.

“Tetapi, bagaimana kamu tahu tentang Pangkor yang 14 perkara tu?”

“Saya
membaca Tuanku! Pembacaan adalah satu kembara, sebetulnya. Melewati
sempadan waktu dan susur galur perdaerahan. Membaca dan kita bisa
sampai, mahupun singgah di mana-mana.”

“Tuanku …” sekilas Raja Abdullah mengelih wajah aku yang bergelut dengan gelisah.

“Pada
zaman kami … sekira-kira lapan tahun lalu, ya sekitar 1998, dunia
dilanda kemeruduman ekonomi yang teruk amat. Lalu, ada di kalangan
pemikir-pemikir zaman kami berfikir untuk meminjam sahaja daripada IMF
untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara ….”

“IMF? Apa gerangannya itu?” tukas Raja Abdullah.

“Oh
… itu tabung kewangan dunia. Tetapi, sebetulnya itu hanya tidak lebih
sebuah agenda penjajahan juga, untuk membonekakan kuasa pemerintahan
anak watan. Ya, sama seperti yang dilakukan oleh penjarah-penjarah
Inggeris itu sekarang nih ….”

“Lalu?” potong Raja Abdullah, ghairah.

“Mujur
pemerintah ketika itu berfikiran waras. Kata mereka, biar kita berputih
tulang, berendam peluh dengan keringat pribumi, tetapi untuk memohon
bantuan penjajah, jangan sekali!” jawab aku dengan yakin yang penuh.

Kemudian
kami mati akal. Terdiam. Memerhatikan laut Pangkor yang berkucah
putih-putih, berbusa-busa. Raja Abdullah hanya memintal-mintal misai
lentiknya yang hitam, kelihatan berfikir-fikir, dalam-dalam,

“Tetapi … beta mahukan kerusi Sultan. Itu hak beta!”

Cis!
Hampir-hampir sahaja aku meludah ke lantai. Awal-awal tadi aku sudah
menduga, pada hati raja tak jadi itu ada seketul hati yang hitam, kalbu
kesumat, dendam dan sentiasa serakah menginginkan kuasa. Tunak aku
merenung dirinya, seperti mahu membahamnya sahaja, tetapi aku bersabar
cukup-cukup.

“Tuanku, bukannya Tuanku tidak tahu … Perjanjian
Pangkor itu akan mewujudkan jawatan Residen di negeri Perak. Dengan
adanya Residen itu kelak, kuasa sultan hanya tertakluk pada urusan
agama semata-mata. Apa kejadahnya sang sultan kalau begitu sudahnya?”
soal aku sedikit tercalar.

“Tetapi takhta itu sepatutnya milik
beta. Yang beta tuntut adalah keadilan ditegakkan ….” Raja Abdullah
cuba bertahan. Mata kami bertembung, aura bertebaran. Laut Pangkor jadi
panas dan merewak. Ombak sedikit berkucah. Kapal HMS Pluto sedikit
terolak-olek digegah laut yang bergelora.

“Begini Tuanku …” kali
ini nada aku merudum. Tiada guna amarah disergah dengan terjah. Api
lawannya dengan air, lambat-lambat padamlah baranya. Air wajah Raja
Abdullah masih membara dengan merah bara.

“Apakah Perjanjian
Pangkor itu satu-satunya sahaja jalan keluar?” soal aku. Raja Abdullah
terdiam, sekira-kira berfikir. Kemudian dia menggeleng, lambat-lambat.

“Tuanku
… apa sahaja masalahnya, tentu punya jalan selesai. Tiada masalah yang
tak berjawab, kecuali kematian,” aku tersenyum tiba-tiba. Raja Abdullah
hampir-hampir tergelak pada bicara kematian yang muncul secara spontan
itu. Sungguh, bara amarah Raja Abdullah yang setinggi julang ke tujuh
tadi sudah tertimbus pada bumi liang ke tujuh. Senyuman kami kembali
bertaut.

“Tuanku … pepatah orang tua kita katanya, bulat air
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Musyawarahlah akan
tuanku dengan orang-orang tuanku dan kemudian dengan orang-orang Raja
Ismail. Carikan kata sepakat, buangkan segala keruhan dan ambilkan
semua yang jernih-jernih sahaja,” cadang aku kepada Raja Abdullah yang
kelihatan terangguk-angguk.

“Cukup bijaksana akal fikir kamu, anak muda …” Raja Abdullah menepuk-nepuk bahu aku. Mesra.

“Terima kasih, Tuanku. Sejengkal pun tanah pusaka ini jangan diserah mudah ke tangan penjarah,” sahut aku ikhlas.

Laut Pangkor kembali damai. Kucah-kucah sudah mati lama. Fajar sidik kelihatan cerlang menyingsing dari bilik peraduannya.

III

“Saudara … perpustakaan kita mahu ditutup ….”

Aku mengenyeh-ngenyeh bola mata. Terkulat-kulat,

“Kita
mesti mengubah sejarah. Pangkor jangan mudah-mudah terbiar sungkur.”
Aku bersuara memandang gadis manis yang terpinga-pinga, tak mengerti.

“Saudara,
mungkin saudara bermimpi, agaknya …” gadis pustakawan itu tersenyum
tersipu-sipu. Sekilas aku mengelih jam bermuka besar pada dinding batu,
hampir sepuluh malam.

“Maafkan saya …” Aku menutup buku Sejarah
Melayu karangan Tun Seri Lanang. Pun, kepala masih bermain-main dengan
Raja Abdullah dan peristiwa Pangkor yang bersejarah...
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
DARKNESS88
OBSERVER
OBSERVER
DARKNESS88

Male
Countries/State : Singapore
location : WOODLAND
Points : 12345
Reputation : 0
Number of posts : 1220

Cerpen: Pangkor jangan tersungkur Empty
PostSubject: Re: Cerpen: Pangkor jangan tersungkur   Cerpen: Pangkor jangan tersungkur Icon_minitime19/8/2007, 10:37 pm

fuyoh maut punya citer bebuih mulut bace citer ko
Back to top Go down
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14738
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Cerpen: Pangkor jangan tersungkur Empty
PostSubject: Re: Cerpen: Pangkor jangan tersungkur   Cerpen: Pangkor jangan tersungkur Icon_minitime19/8/2007, 11:13 pm

huhuhu... aku tak larat nak baca.. aku yg tersungkur plak...
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 38
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12269
Reputation : -1
Number of posts : 2048

Cerpen: Pangkor jangan tersungkur Empty
PostSubject: Re: Cerpen: Pangkor jangan tersungkur   Cerpen: Pangkor jangan tersungkur Icon_minitime22/8/2007, 12:02 pm

haha.,.sj jek nak serapkan skit smgt patriotik kat sini...da nak dkt 50thn merdeka neh...hehe:lol!: :afro:
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
Sponsored content




Cerpen: Pangkor jangan tersungkur Empty
PostSubject: Re: Cerpen: Pangkor jangan tersungkur   Cerpen: Pangkor jangan tersungkur Icon_minitime

Back to top Go down
 

Cerpen: Pangkor jangan tersungkur

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: KECOH KECOH SITU SANA SINI :: Story-
Jump to: