SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 salaHkah waniTa tak Tahu memasaK

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
venusz
MODERATOR
venusz

Female
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : SanDaKaN--keninGau..Ten0m--
Tag ID: : SFC 03921
Points : 12330
Reputation : 6
Number of posts : 1886

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime13/8/2009, 8:01 pm

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/venusz13
swordfishxox
WEBMASTER
swordfishxox

Male
Countries/State : Perak
Age : 43
location : Putrajaya, Perak
Tag ID: : SFC 04219
Points : 16211
Reputation : 35
Number of posts : 4825

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime13/8/2009, 8:05 pm

xsalah...
nape lak nk salah...
zaman dh berubah...
org laki pun pandai masak...
Back to top Go down
venusz
MODERATOR
venusz

Female
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : SanDaKaN--keninGau..Ten0m--
Tag ID: : SFC 03921
Points : 12330
Reputation : 6
Number of posts : 1886

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime13/8/2009, 8:25 pm

ye la......tgok jak chef d malaysia ja..ramai lelaki kan..hehehe...uik..ko pa pandai masak? goreng telur ja ka? hehe
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/venusz13
razali_pb59047
SUPERIOR
SUPERIOR
razali_pb59047

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : sabah
Tag ID: : SFC 06878
Points : 13010
Reputation : 10
Number of posts : 2090

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime13/8/2009, 8:46 pm

hehe..pompuan tangan dia lembut,lelaki tangan dia kasar so tu la mungkin perbezaan dia kenapa chef d malaysia ni kebanyakan lelaki..rasa masakan kalau tangan lelaki ni kali ada beza kali..hehe..mengarang ja ni..hhe
Back to top Go down
http://www.ceramic2u.com/razali_pb59047
venusz
MODERATOR
venusz

Female
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : SanDaKaN--keninGau..Ten0m--
Tag ID: : SFC 03921
Points : 12330
Reputation : 6
Number of posts : 1886

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime13/8/2009, 9:06 pm

uik...ya ka? macam ada btulnya juga tu kan...hehe...kan pmpuan mo masak untuk laki dia g klu uda kwin...hahahha
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/venusz13
razali_pb59047
SUPERIOR
SUPERIOR
razali_pb59047

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : sabah
Tag ID: : SFC 06878
Points : 13010
Reputation : 10
Number of posts : 2090

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime13/8/2009, 9:18 pm

kalau masak tuk laki ok la tu...laki memng akn cakap masakan isteri paling sedap ddunia,tapi kalau hari2 laki bw p makan d luar tu paham2 tu nda sedap la masakan bini sendiri tu..hehe...
Back to top Go down
http://www.ceramic2u.com/razali_pb59047
napster
MODERATOR
napster

Male
Countries/State : Selangor
Age : 40
location : KLIA (hometown papar)
Tag ID: : SFC 03920
Points : 17222
Reputation : 116
Number of posts : 6364

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime13/8/2009, 9:54 pm

hehehe... salahkah p'puan xtau memasak?
sedangkan lelaki pun blh jd chef terkenal?

tak salah klu p'puan xtau memasak...
sebab lelaki masak pun xpe...

masak & imam sebenarnya tak blh dipersamakan
bukankah syarat imam mestilah lelaki?
dlm hal memasak pula tiada syarat lelaki atau p'puan

boleh ka kita buat statement...
salahkah lelaki memasak?
salahkah p'puan jd imam?

"takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna...?"

memang betul... aku sendiri pun dengar memang ada Imam yg salah bacaannya...
aku bukan la sorg yg warak... tp zaman sekolah dulu aku prnh ikut "tablik"....
masa tu la baru aku tau cara bacaan Al-Fatihah yg sempurna...

kesimpulannya...
tak salah perempuan tak tau memasak sebab org lelaki pun boleh masak...
aku blh jd Imam walaupun setakat surah pendek...
aku blh memasak walaupun tak seterer mak aku masak...
Back to top Go down
darede4n
FRESHIE
FRESHIE
darede4n

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : Sandakan-->Tawau-->Penang
Points : 10846
Reputation : 1
Number of posts : 19

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime14/8/2009, 11:15 am

salah tu mmg x salah kalau dia mmg sibuk belajar agama, kerjaya... tp klu sibuk pada benda lain macam mana?

kemudian nabi pernah pesan... selain kamu menjaga kebajikan suami, jangan lupa jaga perutnya... mmg tidak wajib bg pompuan x tahu masak... tp... timbang2kan sekiranya berumahtangga kelak... sbb sesungguhnya, suami akan berasa sangat bertuah jika isterinya pandai masak...
Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 13767
Reputation : 6
Number of posts : 2276

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime14/8/2009, 11:35 am

tak salah pompuan ak pandai masan..tapi salah kalau dah kahwin..layan suami..hukum tak wajib..tapi dekat kepada kewajiban..hehe..nti suami p luar,makan..kalau makan nasik takpa,kalau makan lain??cari bini pandai masak??benda kcik leh jadik besar..
pasal bab imam tu..hal hukum agama..hukum samawi yang termaktub dalam kitab suci kita dan perlakuan,perckapan dan takrir Nabi SAW dalam hadith2 sahih nya..tidak apa kalau tak pandai masak jika anda sokong suami anda p perang (zaman nabi)sekarang apa alasan anda??adakah bz kejar Master atau PHD?hehe..

hakikatnya..tidak salah kalau tidak pandai masak..jika salah pun, bukanlah satu dosa yang besar..akan tetapi sebaik2 nya..pandai2kanlah diri tu memasak..agar dapat menjamin keluarga bahagia yang lebih mantap..
terima kasih kepada kaum Hawa yang menjaga kebajikan dan urusan suaminya dengan baik..semoga anda menjadi isteri solehah dan dijamin kesejahteraan berkat doa suami tercinta..hehe..waslam
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 13767
Reputation : 6
Number of posts : 2276

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime14/8/2009, 11:37 am










Seikhlas bicaraku buatmu pada hari ini..moga bermanfaat..



Bidadari Dunia adalah bakal bidadari di Syurga nanti..ada juga yang mengatakan mereka akan menjadi ketua bagi bidadari-bidadari di Syurga..Subhanallah..Maha Suci Engkau ya Allah menjadikan bidadari itu seindah rupa..penyejuk mata, penenang di hati..Itulah yang sinonim untukmu, duhai isteri-isteri solehah …dikaulah bidadari duniawi..





Sudah menjadi fitrah seorang wanita solehah untuk menjadi isteri solehah satu hari nanti. Begitu juga ia adalah fitrah seorang lelaki soleh untuk mempunyai isteri solehah sebagai pelengkap tulang rusuk kirinya agar menjadi ampuh supaya terbuka segala mahmudah dan tertutup segala mazmumah.. Subhanallah..



“Isteri bukan hak milik..isteri adalah anugerah,”begitulah ungkapan yang sering kita dengar.



Impianmu adalah impianku…



Menjadi seorang wanita solehah adalah impianku sepanjang hidupku. Tentu sekali sejajar dengan impian itu, aku juga ingin menjadi seorang anak yang solehah, pelajar yang solehah, adik yang solehah, kakak yang solehah, sahabat yang solehah, isteri yang solehah dan ibu yang solehah dan paling utama sekali hamba yang solehah kepada Pencipta diriku, iaitu Tuhanku ALLAH yang Maha Esa.



Sebagai seorang yang ingin menjadi segala-galanya ‘solehah’, sudah tentu bukanlah dengan cara menjadikan rancangan TV kegemaran ramai iaitu drama ‘Soleha’ sebagai rutin. Bahkan aku sendiri hanya memandang peti buruk (televisyen) itu dengan sebelah mata. Setiap kali melintasinya, pasti hati ini bosan dengan skrip yang hampir sama dan jalan cerita yang lebih kurang dalam drama Melayu. Aku bersyukur kepada Allah kerana sekian lama aku mendapat hidayah bahawa televisyen itu alat penyebaran dakyah Kufar namun baru awal tahun ini aku mendapat taufik untuk meninggalkannya terus. Mungkin kerana selama tiga tahun setengah di kolej, tiada televisyen di hostel dan rumah sewa. Mungkin juga kerana tiada televisyen sepanjang hampir setahun aku di Mesir. Itu adalah antara hikmah keberadaan aku di sana. Maha suci-Mu ya Allah, segala yang pahit dilalui, pasti ada hikmah tersembunyi dan kebaikan yang menanti.



Sahabatku pernah mengingatkan, setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya, carilah dan fikirlah serta bersangka baiklah dengan Allah tidak kiralah dengan apa cara sekalipun. Jangan putus asa. Pasti ada hikmahnya. Buatlah alasan apa pun sebab pada sesuatu, sangka baik dengan Allah itu besar ganjarannya di akhirat. Itu jugalah yang selalu aku ingatkan pada sahabatku, Na dalam pada memotivasikannya untuk melawan penguasaan jin itu ke atas dirinya.



Di sini, aku ingin membawa sahabat-sahabat semua melayari samudera kehidupan rumah tangga seorang isteri solehah. Isteri yang solehah adalah wanita solehah yang berjaya mengharungi hidupnya dengan tabah tanpa mudah terpaut pada fananya dunia. Bukanlah dia isteri yang sering menggusar suaminya dengan barang kemas, rumah yang mewah, kedudukan yang tinggi, kecurangan, dan sikap tidak acuhnya pada suaminya dan agamanya. Tetapi, dia adalah isteri yang sentiasa memancing redha dan kegembiraan suaminya demi Allah s.w.t.



Seorang wanita muslimah yang baik akalnya, jiwanya, sosialnya, dan kecantikannya merupakan isteri solehah yang mithali( menjadi tauladan), bahkan dia menjadi wanita yang paling sukses, paling berkat dan merupakan kebaikan bagi suaminya.



Sifat yang sedemikian itu adalah lahir dari kesedaran dan petunjuk agamanya yang telah dilentur sedari zaman remajanya, bahkan mungkin sejak zaman kanak-kanak lagi. Selama dia melaksanakan kewajipan terhadap suaminya, maka dia menjadi perhiasan yang paling baik dalam kehidupan dunia. Dialah nikmat yang paling besar yang diberikan Allah azza wa jalla kepada seorang suami. Dialah perhiasan yang tiada bandingnya di dunia. Benarlah apa yang pernah kita dengar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:



“ Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.”



(H.R. Muslim)



salaHkah waniTa tak Tahu memasaK 1_868339365l









Jika si suami pulang dari tugasnya sehari-hari dan kembali ke rumahnya, seorang isteri solehah akan menyambut suaminya di pintu dengan wajah seriang awan. Bahkan, seulas senyuman menghiasi bibir diiringi dengan kata-kata yang baik, ungkapan yang lemah lembut, daya tarik yang mempesona, paras yang cantik dan menawan serta penampilan yang memikat dan perhiasan yang anggun, rumah yang bersih dan tersusun rapi, bicara yang menyenangkan, hidangan yang tersedia di meja makan, sehingga terciptalah kebahagiaan dan kedamaian bagi suaminya.



Wanita muslimah sentiasa taat pada perintah suaminya, berbakti kepadanya dengan penuh kasih, mencari redha suaminya, tidak menceritakan aib suaminya, dan tidak merosak masa depannya. Sentiasa mendampinginya di waktu susah, menyumbangkan pemikiran yang tepat, memberikan nasihat dengan tulus, dan setia dalam suka dan duka. Dia selalu bersama suaminya memenuhi kehendaknya asal sahaja tidak melanggar perintah Allah s.w.t, hingga kehidupan suaminya menjadi seindah pelangi yang penuh kebahagiaan dan kedamaian.



Isteri solehah juga selalu mendukung suaminya dalam ketaatan dengan pelbagai keadaannya, ikut serta dalam kebaikannya, berbakti kepada mertua, menghormati keluarga dan kerabat suaminya dan sentiasa menyuntik obor perjuangan kepada suaminya. Dia juga sentiasa memalingkan pandangannya dari lelaki lain dan menjauhi kata-kata yang saya-sia dan tidak bermanfaat. Dia sentiasa berusaha untuk selalu menghadirkan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman bagi suami dan anak-anaknya.



Dia merupakan wanita yang memiliki keperibadian yang kuat, tetapi tidak kasar dan keras perangainya. Perasaannya yang pengasih dan peribadi yang lemah-lembut bukanlah lemah tindakan dan lembik gerakannya, malah sentiasa penuh toleransi dan pemaaf, melupakan keburukan orang lain serta membuang jauh-jauh sifat dengki.



Begitulah keperibadian wanita solehah yang telah diasuh dan dididik dengan acuan al-Qur’an. Moga-moga sentiasa menjadi penyeri rumah tangga dan memiliki status sebagai bidadari di Syurga.



Duhai sahabat, sibukkan dirimu dengan amal dan ketaatan kepada Allah. Penuhkan rutin hidupmu dengan zikrullah dan ibadah. Manfaatkan masamu untuk mempersiapkan dirimu dengan kemahiran dan kelengkapan untuk menyempurnakan rumah tangga suamimu.



Usahlah meragui dan merisaukan jodohmu. Biarkan ia diatur Allah sebaiknya. Andainya dikau wanita solehah, pastilah lelaki yang soleh tertulis untukmu. Namun, andai yang tidak soleh adalah jodohmu, maka itu bererti ujian dari Allah untukmu. Sabarlah dan tetaplah dalam ketaatan padanya selagi mana ia tidak menyuruhmu dalam kemungkaran. Moga-moga mengalirnya berkat dalam hidupmu dan tertulislah namamu sebagai ahli Syurga yang sentiasa diredhai Allah kerna beroleh keredhaan suami dan ibu bapa dalam hidupmu.



Setelah dirimu selesai diakad dan diikat dengan ikatan pernikahan dengan suamimu, maka Syurga bukan lagi di bawah tapak kaki ibumu, bahkan beralih ke bawah tapak kaki suamimu. Taatlah dia dalam susah dan senang kehidupan bersamanya. Menangislah dan merintihlah bila dikau bersendirian dengan Allah, maka luahkanlah segala kesedihanmu. Namun, di hadapan suamimu, berilah senyumanmu mengiringi kebahagiaannya, dan pujuklah dengan bicara yang baik di tika kegelisahan hatinya. Usahlah dikau membiarkan suamimu mencium bau yang tidak enak dari dirimu dan usahlah ia mendengar ungkapan yang berbisa dari bibirmu. Jagailah akhlakmu sebagaimana dulunya kau menjaga akhlakmu di hadapan ibu bapa tercinta. Allah adalah Tuhan kita. Kepadanya kita berserah segalanya.



Sebagai sahabat biarlah kita saling mengingatkan antara sahabat agar sentiasa bersabar dalam mengharungi rumah tangga dan jangan sesekali membuka aib suami dan keluarga kita biarpun kepada sahabat akrab melainkan ada yang dapat dibantunya. Itupun, ceritakanlah sekadarnya sahaja agar memudahkan ia membantumu. Usah mengkhianati suami yang telah menerima dirimu seadanya dan sanggup memilih dirimu menjadi pelengkap hidupnya.



Wallahua’lam
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
venusz
MODERATOR
venusz

Female
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : SanDaKaN--keninGau..Ten0m--
Tag ID: : SFC 03921
Points : 12330
Reputation : 6
Number of posts : 1886

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime14/8/2009, 11:02 pm

na..tu dia kata2 yang penuh berharga n di jadikan ped0man untuk setiap kita ni..wa...

terharu aku baca tau..insaf pun ada....huhu...mendalam tu kata2 tau
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/venusz13
baby_puteranaga2
MODERATOR
baby_puteranaga2

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 33
location : W.P Labuan
Tag ID: : SFC 05324
Points : 17604
Reputation : 16
Number of posts : 6512

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime15/8/2009, 10:59 am

x salah pun pmpuan x tau masak..
and x salah juga klu lelaki tau masak..
is nothing diffrent la..
tp tau lah kan skg ni pmpuan ka llaki ka sama jak..
dunia kita skg mkin advance kan...
so no wonder lah klu llki skg lebih advance masak berbanding pmpuan... Smile
Back to top Go down
EzanDinda
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
EzanDinda

Female
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Keningau-TamBunan-B`fort
Tag ID: : SFC 07877
Points : 11957
Reputation : 16
Number of posts : 1151

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime15/8/2009, 11:27 am

x salah kalau org ppuan x pandai masak..
zaman skarang org ppuan kbnyakannya sibuk cari rezeki unt tampung hidup sama2..coz kadang2 org laki ni bknya bleh diharapkan sgt pun..dunia skarang ni di banjiri oleh golongan wanita tau.. cheers. so...org laki pun kena la belajar masak sama dgn org ppuan..nti kalau bini sakit siapa yg mau jaga makan n minum bini kan..hehe...
Back to top Go down
otai_queen
MODERATOR
otai_queen

Female
Countries/State : Terengganu
Age : 40
location : Kudat
Tag ID: : SFC 03014
Points : 14812
Reputation : 25
Number of posts : 6310

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime15/8/2009, 3:44 pm

Jangan khuatir tentang masak-memasak ni. Bagi saya, sebenarnya kerja memasak adalah tanggungjawab lelaki. Kisah Adam dan Hawa, ilmu memasak diturunkan kepada lelaki (Adam) kemudian diajar kepada Hawa untuk membantu. Sebab itulah chef-chef terhebat di Malaysia dan dunia dikuasai oleh kaum lelaki. Manakala perempuan pula kaum yang teliti, maka perempuan diperlukan untuk menyedapkan makanan itu supaya lebih mudah dihadam.

Tetapi masyarakat kita terbalik tentang hal ini. Kadang-kadang hal ini pun boleh menjadi kriteria dalam pemilihan jodoh, malahan lebih kritikal, isu ini punca perceraian. Maka fahami falsafah 'masak-memasak' ini untuk membentuk keluarga harmoni. Lebih-lebih yang sedang mencari jodoh. salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Happy2

Ilmu itu proses sepanjang hidup, antara mahu dengan tidak saja. Kalau rajin semua boleh...Tapi kalau perempuan itu tak pandai masak, susah juga. Nanti suami lari cari isteri lain...huhu...Suami dan Anak2 mesti nak rasa air tangan isteri dan ibu mereka sendiri. Di situlah mengalirnya kasih sayang seorang wanita.

Jadi. bagi yang tak tahu masak jom2 belajar masak sekarang!'

Better late than never =)
Back to top Go down
r3dskai
MODERATOR
r3dskai

Male
Countries/State : Sabah
Age : 31
location : kk
Points : 13014
Reputation : 15
Number of posts : 1836

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime3/9/2009, 9:46 am

asal pandai masak megi kari sampul tulul kira pass lah bah tu..hehe Very Happy
Back to top Go down
m_hafiz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
m_hafiz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Borneo Paradise,)mcm d kK,)
Tag ID: : SFC 05031
Points : 12162
Reputation : 7
Number of posts : 1146

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime29/9/2009, 5:00 pm

itu pas lr bah baru dpt lessen L...MSK MGI JAKN salaHkah waniTa tak Tahu memasaK 3236 salaHkah waniTa tak Tahu memasaK 980600
Back to top Go down
lily luv
SUPERIOR
SUPERIOR
lily luv

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 37
location : serian - kuching - kajang
Tag ID: : SFC 04056
Points : 13151
Reputation : 15
Number of posts : 1981

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime29/9/2009, 5:03 pm

d mana ada kemahuan, di situ ada jalan..
kalau ada niat, laksanakan...
Back to top Go down
beck.outlawz
ELITE
ELITE
beck.outlawz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : sandakan to petaling
Tag ID: : SFC 08936
Points : 14508
Reputation : 25
Number of posts : 3717

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime29/9/2009, 5:13 pm

ada kdai apa ssh2?lau c suami pokai sndri mo ingtla salaHkah waniTa tak Tahu memasaK 634923 siapa soh nda pndai masak salaHkah waniTa tak Tahu memasaK 634923 c suami lau uda cinta ma bininya..pndai masak ka tdak nda jd psoalan 2 salaHkah waniTa tak Tahu memasaK 152865 tp c bini harus fhmla salaHkah waniTa tak Tahu memasaK 980600 pa pn nda slh 2 lau kaum hawa nda pndai masak bg aku salaHkah waniTa tak Tahu memasaK 152865 nnti mama ksygnku ajar masak 2 salaHkah waniTa tak Tahu memasaK 634923 wakakakakaka
Back to top Go down
the BLitz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
the BLitz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : kota belud
Tag ID: : SFC 04544
Points : 12714
Reputation : 11
Number of posts : 1700

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime29/9/2009, 6:07 pm

haha.. geek
apa salah wanita klU x pndi memasak ar Suspect
aku rasa x salah...
coz x smestinya perempuan x mahu blajar utk memasak geek
apa susah ada restoran bah geek
beli jak makanan di kedai..
tpi selalu nya perempuan pasti akan pndi memasak bah geek
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/user.php?src=login
m_hafiz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
m_hafiz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Borneo Paradise,)mcm d kK,)
Tag ID: : SFC 05031
Points : 12162
Reputation : 7
Number of posts : 1146

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime2/10/2009, 9:16 pm

tidak salah kalu tidak pandai masak pun,...apa guna kedai makan berlambak kat luar ...)...mkn kat luar ja lr hari2...kan huhuhuh
Back to top Go down
BaByBlaCk
SUPERIOR
SUPERIOR
BaByBlaCk

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : BeAuForT>CpTuNk>LD
Tag ID: : SFC 05018
Points : 13437
Reputation : 9
Number of posts : 2298

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime2/10/2009, 9:36 pm

x pa juga ba tu law x pandai masak...tp law pndai msk lagi best...boleh juga jimat...x paya la masak yg tlampau spesel...besa2 ja ba..blajar la masak utk diri sndr..bkn utk org lain.. salaHkah waniTa tak Tahu memasaK 980600 puas ati ba law mkn masakan sndr..kebersihan lebih terjamin law masak sndr...

p/s: jd kesimpulannya...teda salah juga tu law xpndai msk.. salaHkah waniTa tak Tahu memasaK 691770 sndr maw igt ja..
Back to top Go down
m_hafiz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
m_hafiz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Borneo Paradise,)mcm d kK,)
Tag ID: : SFC 05031
Points : 12162
Reputation : 7
Number of posts : 1146

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime7/10/2009, 3:17 pm

eya tapi pewot suami kne ksih knyg dulu,bru ada power salaHkah waniTa tak Tahu memasaK 799281 ...seelok2nya pndai lr maskkn,)bukan sbb malas.... salaHkah waniTa tak Tahu memasaK 378468
Back to top Go down
KaRaBaU GiLA
JUNIOR
JUNIOR
KaRaBaU GiLA

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : 10 om
Points : 10791
Reputation : 1
Number of posts : 112

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime7/10/2009, 3:25 pm

Susah 2 wanita x tau masak.. kurang harga berian worrr.. 50% discount... tp klu bekerja x apa la... tp klu ada budak mc kecil lg.. saya keja, bini keja dua2 x pandai masak kesian jg budak.. banyak duit pun x kan suru budak pg kfc sendiri..
Back to top Go down
venusz
MODERATOR
venusz

Female
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : SanDaKaN--keninGau..Ten0m--
Tag ID: : SFC 03921
Points : 12330
Reputation : 6
Number of posts : 1886

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime7/10/2009, 9:53 pm

na..budak p kfc sendiri...? ari2 makan ayam..gumuk la tu...adei..sekurang2 nya klu tak pandai masak pun, beli makanan ja d luar...tp...risiko keracunan makanan tinggi tu..hehe..hmm...aku terer masak ...terutama maggie...hehe
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/venusz13
williamsimon
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : serdang
Points : 8490
Reputation : 1
Number of posts : 6

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime14/8/2013, 12:07 pm

betul tu..x salah xtau masak..kakak ku xtau masak sbb suami dia suka masak.hehehe
gentleman kan suami dia..aku mau macam tu jugak nnt..treat ur woman like a queen.
Back to top Go down
Sponsored content




salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Empty
PostSubject: Re: salaHkah waniTa tak Tahu memasaK   salaHkah waniTa tak Tahu memasaK Icon_minitime

Back to top Go down
 

salaHkah waniTa tak Tahu memasaK

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: PEREMPUAN DOT NET :: Interaksi-
Jump to: