SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cuti 5 tahun jaga anak dapat kenaikan gaji Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cuti 5 tahun jaga anak dapat kenaikan gaji Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Cuti 5 tahun jaga anak dapat kenaikan gaji

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14704
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Cuti 5 tahun jaga anak dapat kenaikan gaji Empty
PostSubject: Cuti 5 tahun jaga anak dapat kenaikan gaji   Cuti 5 tahun jaga anak dapat kenaikan gaji Icon_minitime4/9/2007, 8:27 pm

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melanjutkan cuti menjaga anak tanpa gaji untuk kakitangan wanita sektor awam daripada 90 hari sekarang kepada had maksimum lima tahun, berkuat kuasa serta-merta.

Persetujuan itu dicapai pada mesyuarat Kabinet Rabu lalu, bertujuan memberi peluang dan masa lebih kepada kakitangan wanita untuk menjaga serta mendidik anak mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata cuti panjang itu boleh diambil beberapa kali tetapi tidak melebihi lima tahun dan kakitangan berkenaan layak menerima kenaikan gaji secara bersyarat selepas kembali bekerja.

“Maknanya mereka boleh ambil lima tahun, setelah mereka mengambil keputusan balik semula bekerja, mereka akan menerima kenaikan bersyarat tiga kali.

“Katakanlah, tiap-tiap tahun dia dapat RM50 kenaikan setahun, jadi dia akan dapat tiga kenaikan berisyarat apabila balik bekerja, iaitu RM150 tambahan kepada gaji asal sebelum mengambil cuti panjang,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Perkhidmatan Awam Ke-12 di sini, semalam.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam serta Presiden Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, Tan Sri Aseh Che Mat.
Najib menjelaskan, had lima tahun ditetapkan kerana selepas tempoh itu kecekapan kakitangan mungkin terjejas, selain mengganggu operasi dan perancangan tenaga kerja jabatan masing-masing. Kelonggaran itu hanya membabitkan cuti tanpa gaji bagi menjaga anak, manakala cuti bersalin dengan gaji penuh masih kekal 60 hari.

Ketika ini, kakitangan wanita sektor awam diberi cuti bersalin bergaji penuh selama 60 hari yang boleh diambil maksimum lima kali sepanjang tempoh perkhidmatan, manakala cuti menjaga anak tanpa gaji pula sehingga 90 hari dan hanya boleh diambil mulai hari ke-61 daripada tarikh bersalin, juga maksimum lima kali sepanjang tempoh perkhidmatan.

Cuti itu tidak boleh diluluskan jika diambil mulai hari ke-62 dari tarikh bersalin, dan jika sebahagian daripada 90 hari cuti itu tidak digunakan, baki cuti yang tidak digunakan itu luput secara automatik.

Najib berkata, keputusan terbaru itu membolehkan kakitangan wanita memberi tumpuan menjaga anak-anak selaras hasrat kerajaan untuk meningkatkan perhatian terhadap pendidikan awal kanak-kanak.

“Kanak-kanak yang memperoleh didikan, kawalan, tunjuk ajar dan kasih sayang yang lebih baik serta sempurna akan menjadi manusia yang lebih berguna kepada negara pada masa depan,” katanya.

Pada 2 Ogos lalu, Najib mengesyorkan JPA mengkaji kemungkinan mewujudkan kelonggaran kepada wanita dalam sektor awam bagi membolehkan mereka memberi tumpuan kepada keluarga.

Beliau berkata, peluang itu memberi pilihan kepada wanita yang baru melahirkan anak untuk menjaga anak dan apabila kanak-kanak itu sudah besar, mereka boleh menyertai semula perkhidmatan untuk meneruskan kerjaya.

Timbalan Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada JPA kerana menyediakan kertas Kabinet dalam masa yang begitu singkat dan dapat dilaksanakan dengan kadar segera.

Mengenai keputusan JPA menolak cadangan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) bagi melepaskan pekerja bermasalah, Najib berkata kaedah alternatif sedang dikaji.

“Perkhidmatan awam sedang mengkaji kaedah yang sesuai. Tidak seperti yang diamal sektor swasta, perkhidmatan awam akan ada kaedah tersendiri. Biarlah perkara ini dikaji dulu dan dihalusi. Ketetapan akan dibuat selepas itu,” katanya.

Sementara itu, Ismail yang ditemui pada majlis sama menjelaskan, cuti menjaga anak tanpa gaji hanya boleh diambil selepas bersalin dan terhad kepada anak yang lahir selepas pekeliling berkaitan ditandatangani.

“Maknanya, mereka boleh memohon sejurus selepas cuti bersalin 60 hari tamat dan tempoh lima tahun itu boleh dipecah-pecahkan, yakni mungkin ambil dua tahun bagi anak pertama, dua tahun bagi anak kedua dan setahun apabila melahirkan anak ketiga.

“Mereka layak menerima kenaikan gaji secara berisyarat maksimum tiga kali dalam lima tahun. Apabila mereka kembali bekerja, kenaikan akan disertakan bersama gaji seterusnya tetapi kita tidak akan bayar tunggakan,” katanya.



source:www.bharian.com
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
wiramaroon
REGULAR
REGULAR
wiramaroon

Male
Countries/State : Selangor
Age : 38
location : Selangor
Tag ID: : SFC00231
Points : 12431
Reputation : 0
Number of posts : 411

Cuti 5 tahun jaga anak dapat kenaikan gaji Empty
PostSubject: Re: Cuti 5 tahun jaga anak dapat kenaikan gaji   Cuti 5 tahun jaga anak dapat kenaikan gaji Icon_minitime4/9/2007, 8:51 pm

bestnyerr keje gomen ekk.. goyang kaki pon dapat naek gajii.. jeles sungguh aku ini..
Back to top Go down
>Butterfly<
SENIOR
SENIOR
>Butterfly<

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 39
location : Selangor
Tag ID: : SFC 05070
Points : 11548
Reputation : 12
Number of posts : 610

Cuti 5 tahun jaga anak dapat kenaikan gaji Empty
PostSubject: Re: Cuti 5 tahun jaga anak dapat kenaikan gaji   Cuti 5 tahun jaga anak dapat kenaikan gaji Icon_minitime22/4/2009, 5:01 pm

tak payah kerje pun dpt duit...

ader juga yg jd pemalas ni karang... What a Face
Back to top Go down
Sponsored content




Cuti 5 tahun jaga anak dapat kenaikan gaji Empty
PostSubject: Re: Cuti 5 tahun jaga anak dapat kenaikan gaji   Cuti 5 tahun jaga anak dapat kenaikan gaji Icon_minitime

Back to top Go down
 

Cuti 5 tahun jaga anak dapat kenaikan gaji

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: