SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Maafkan Cikgu Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Maafkan Cikgu Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Maafkan Cikgu

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
lynkin84
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
lynkin84

Female
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : kota kinabalu
Website : www.lynkin84.blogspot.com
Tag ID: : SFC 08958
Points : 12026
Reputation : 9
Number of posts : 1197

Maafkan Cikgu Empty
PostSubject: Maafkan Cikgu   Maafkan Cikgu Icon_minitime17/10/2009, 8:17 pm

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
beck.outlawz
ELITE
ELITE
beck.outlawz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : sandakan to petaling
Tag ID: : SFC 08936
Points : 14514
Reputation : 25
Number of posts : 3717

Maafkan Cikgu Empty
PostSubject: Re: Maafkan Cikgu   Maafkan Cikgu Icon_minitime17/10/2009, 8:34 pm

selidik dulu sebelum membuat keputusan..amat kasihan..
Back to top Go down
siotto
WEBMASTER
siotto

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Kudat - Lahad Datu
Tag ID: : SFC 02605
Points : 14835
Reputation : 7
Number of posts : 3274

Maafkan Cikgu Empty
PostSubject: Re: Maafkan Cikgu   Maafkan Cikgu Icon_minitime17/10/2009, 8:54 pm

sadisnya cerita mu ini...mengingatkan aku kembali kenangan zaman kecil ku...betapa bertuahnya kita idup di negara yang aman makmur ini...bayangkan keadaan saudara kita di palestin dan negara2 yang bergolak...tdk ka kita harus bersyukur kita berada di negara yang aman makmur?...
Back to top Go down
chio
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
chio

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 35
location : sandakan
Tag ID: : SFC 04982
Points : 12289
Reputation : 3
Number of posts : 1159

Maafkan Cikgu Empty
PostSubject: Re: Maafkan Cikgu   Maafkan Cikgu Icon_minitime17/10/2009, 9:01 pm

no komen...... hehehehe... susa jga mau wat keputusan berkenaan hidup orang...
Back to top Go down
nyamuk
WEBMASTER
nyamuk

Male
Countries/State : Oregon
Age : 34
location : sarang nyamuk
Tag ID: : SFC 08429
Points : 13936
Reputation : 18
Number of posts : 3034

Maafkan Cikgu Empty
PostSubject: Re: Maafkan Cikgu   Maafkan Cikgu Icon_minitime25/10/2009, 4:14 pm

alangkah bahagianya kalau semua cigu2 yg ada d negara kita ni macam seperti cigu diatas.....kompom naik pangkat,murah rezeki & besar pahalanya...
Back to top Go down
gurl_usman
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
gurl_usman

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : labuan
Tag ID: : Tag ID : SFC 08199

Points : 11972
Reputation : 1
Number of posts : 1202

Maafkan Cikgu Empty
PostSubject: Re: Maafkan Cikgu   Maafkan Cikgu Icon_minitime25/10/2009, 10:42 pm

ada kah situasi yg mcmtu skrg ni?
Back to top Go down
madee
MODERATOR
madee

Male
Countries/State : Indonesia
Age : 45
location : KB - Labuan - Tenom
Tag ID: : sFc 04528
Points : 19977
Reputation : 26
Number of posts : 8968

Maafkan Cikgu Empty
PostSubject: Re: Maafkan Cikgu   Maafkan Cikgu Icon_minitime27/10/2009, 1:15 pm

sedih juga ceta ne....x mustahil jika perkara ne msh berlaku lagi pd masa ne...
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 16031
Reputation : 19
Number of posts : 4935

Maafkan Cikgu Empty
PostSubject: Re: Maafkan Cikgu   Maafkan Cikgu Icon_minitime27/10/2009, 1:21 pm

ni crita cikgu mana ni??

tp, dalam dunia skrg ni, kita sbg guru yg bgaji ni, bila sdh tau keadaan budak macam tu, adalah satu amal kalau kita membantunya..
Back to top Go down
baby_puteranaga2
MODERATOR
baby_puteranaga2

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 33
location : W.P Labuan
Tag ID: : SFC 05324
Points : 17610
Reputation : 16
Number of posts : 6512

Maafkan Cikgu Empty
PostSubject: Re: Maafkan Cikgu   Maafkan Cikgu Icon_minitime27/10/2009, 1:25 pm

huhu pengajaran untuk semua insan yg bergelar guru..
hihiihh...
Back to top Go down
nissya
SENIOR
SENIOR
nissya

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : membakut-bfort-sipitang-sindumin
Tag ID: : SFC 04201
Points : 12015
Reputation : 3
Number of posts : 726

Maafkan Cikgu Empty
PostSubject: Re: Maafkan Cikgu   Maafkan Cikgu Icon_minitime27/10/2009, 1:41 pm

sedih wooo bca ceta ni....
Back to top Go down
achtung
FRESHIE
FRESHIE
achtung

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : bukit minyak gas - wongwo lo - manumbok - kota kinabalu
Points : 10691
Reputation : 1
Number of posts : 26

Maafkan Cikgu Empty
PostSubject: Re: Maafkan Cikgu   Maafkan Cikgu Icon_minitime27/10/2009, 1:51 pm

kbnykan cikgu skrg "lulu'guagua"
manakian murid2 skrg nyamseng..
Back to top Go down
Sponsored content




Maafkan Cikgu Empty
PostSubject: Re: Maafkan Cikgu   Maafkan Cikgu Icon_minitime

Back to top Go down
 

Maafkan Cikgu

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: KECOH KECOH SITU SANA SINI :: Story-
Jump to: