SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
pembakaran petrol & udara tak sempurna Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
pembakaran petrol & udara tak sempurna Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 pembakaran petrol & udara tak sempurna

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14704
Reputation : 101
Number of posts : 7895

pembakaran petrol & udara tak sempurna Empty
PostSubject: pembakaran petrol & udara tak sempurna   pembakaran petrol & udara tak sempurna Icon_minitime9/5/2007, 7:13 pm

KENAPA boleh berlaku letupan di dalam ekzos? Keadaan ini amat membimbangkan, lebih-lebih lagi ketika kita sedang memandu laju di lebuh raya.


Sebenarnya masalah ini berlaku kerana pembakaran yang berlaku di luar enjin apabila campuran petrol-udara tidak terbakar dengan sempurna, maka beberapa bahagian petrol itu akan keluar dari silinder bersama asap ekzos sebelum ia sempat terbakar.

Disebabkan suhu sangat tinggi, apabila ia bertemu dengan udara di dalam ekzos, besar kemungkinan akan terjadi pembakaran dan letu-pan.

Punca berlaku sedemikian biasa-nya disebabkan campuran petrol dan udara yang terlalu banyak serta kegagalan penyalaan yang baik.

Apabila palam pencucuh tidak berfungsi dengan baik, petrol yang tidak terbakar akan keluar bersama lebihan gas apabila ada injap pembuangan yang tidak tertutup dengan sempurna sehingga ada petrol yang keluar sebelum sempat terbakar.

Injap tidak akan tertutup apabila rosak atau celah laluan injapnya tidak tepat. Bawa kenderaan ke bengkel untuk menyelaraskan semula celah injap itu.

Selain pembakaran di luar, bunyi enjin yang pelik juga membimbangkan apatah lagi jika tidak diketahui penyebabnya.

Bagaimana kita hendak membezakannya dan adakah bunyi itu boleh dibiarkan saja demikian atau perlukan pembaikan segera?

Biasanya bunyi pelik enjin boleh terjadi disebabkan tali kipas rosak, kebocoran arus elektrik pada kabel rentangan tinggi, berus suis pada generator rosak, kekurangan pelincir pada sesondol pengagih, gear atau tali penggerak gandar sesondol rosak, kekurangan pelincir pada alas pam, ketukan pembakaran dan enjin rosak.

Secara asasnya boleh dikatakan bahawa enjin akan mengeluarkan bunyi halus apabila semua bahagiannya berada dalam keada-an baik.

Tidak semua bunyi yang kedengaran menunjukkan tanda kerosakan enjin yang cukup berat, tetapi ada kalanya tanda itu menunjukkan kerosakan yang jika tidak diatasi segera akan membawa padah yang lebih teruk.

Oleh itu, sebaiknya periksalah kende-raan anda di bengkel apabila mendapati adanya kelainan bunyi daripada biasa.

Biasanya apabila enjin mengeluarkan bunyi pelik, ia adalah tanda awal terjadinya kerosakan. Apabila bunyi enjin begitu mengerikan segera mati-kan enjin dan tarik ke bengkel.

Untuk mencari bunyi kerosakan berkenaan, bagi mekanik profesional mereka menggunakan stetoskop dan bunyi pelik berkenaan dapat dicari dan dibezakan dengan mudah.

Akan tetapi bagi pengguna biasa macam kita yang tidak ada stetoskop, sebaliknya gunalah tongkat kayu dan letaklah hujungnya pada bahagian enjin yang dijangka mengeluarkan bunyi pelik itu. Sementara pangkalnya diletakkan di telinga anda.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
mancoman
FRESHIE
FRESHIE


Male
Age : 53
location : border of perak,kedah and thailand
Points : 12498
Reputation : 0
Number of posts : 16

pembakaran petrol & udara tak sempurna Empty
PostSubject: Re: pembakaran petrol & udara tak sempurna   pembakaran petrol & udara tak sempurna Icon_minitime15/5/2007, 12:39 am

selalunya letupan berlaku dalam exzos ialah apabila menjelang hari raya atau raya cina... heheh jgn marah
ok
salah satu dari agent yg memberikan punca api kepada enjin ialah penggagih elektronic atau manual. simple bahasa pomen ialah distrubutor la, ok dalam tu mesti ada gavenur bahasa kampung la iaitu satu komponen mekanikal yang mempercepatkan pemberian api kepada plug, kalo mekanikal ini tidak berfungsi sepenuhnya samada spring rosak atau jem tu yg dok melotup kot exzos tu.. menda ni suma kena servis atau tukau baru... lepas tu buat tuning lain baru kreta anda ok balik....
Back to top Go down
madperak
OBSERVER
OBSERVER
madperak

Male
Countries/State : Johor
location : penang 'n' perak
Points : 12467
Reputation : 2
Number of posts : 351

pembakaran petrol & udara tak sempurna Empty
PostSubject: Re: pembakaran petrol & udara tak sempurna   pembakaran petrol & udara tak sempurna Icon_minitime15/5/2007, 5:46 pm

Yg korang citer nie utk injin CAb jer kut, He he he klau yg turbo, we call it TURBO LAG. Mengkalau turbo, sbb lagi bnyk. Aku xpandai nak citer wakakaka....
Back to top Go down
Sponsored content




pembakaran petrol & udara tak sempurna Empty
PostSubject: Re: pembakaran petrol & udara tak sempurna   pembakaran petrol & udara tak sempurna Icon_minitime

Back to top Go down
 

pembakaran petrol & udara tak sempurna

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: ENGINE & PERFORMANCE-
Jump to: