SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
(Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
(Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik?

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2
AuthorMessage
fendy_yung23
REGULAR
REGULAR
fendy_yung23

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : LaHaRd Da2
Website : http://www.dccon9.ning.com
Tag ID: : SFC 07757
Points : 11261
Reputation : 6
Number of posts : 431

(Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Empty
PostSubject: (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik?   (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Icon_minitime25/1/2010, 10:45 pm

First topic message reminder :

(Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Rokok_10

(Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Rokokm10

Ini merupakan satu berita baik kepada perokok pasif dan berita buruk bagi perokok tegar. Tetapi sejauh manakah keberkesanan jika ia benar-benar menjadi realiti dengan melaksanakan kenaikan harga rokok sekitar RM50 sekotak? Ini kerana kerajaan melihat hanya cara ini sahaja yang dapat membanteras budaya merokok dikalangan rakyat Malaysia.

Kementerian Kesihatan sedia mengkaji cadangan untuk menetapkan harga rokok pada kadar yang lebih tinggi sehingga RM50 bagi pek 20 batang rokok. Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pada prinsipnya, harga yang mahal memang diharapkan dapat mengurangkan keupayaan orang ramai untuk membeli dan seterusnya merokok.

”Sebelum ini Kementerian Kesihatan telah berusaha melakukan pelbagai cara supaya perokok tegar dapat meninggalkan tabiat buruk itu selain mengajak kanak-kanak dan remaja supaya benci kepada tabiat itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan orang ramai supaya sekotak rokok yang mengandungi 20 batang dijual pada harga RM30 hingga RM50 supaya tidak mampu dibeli terutama golongan remaja. Rosnah berkata, pihaknya juga bersedia mengkaji cadangan supaya kotak rokok dilitupi sepenuhnya dengan paparan amaran kesihatan manakala jenama rokok hanya dicetak pada saiz yang kecil pada sisi kotak.

Bagaimanapun, jelas Rosnah, sebelum itu kementerian terlebih dahulu terpaksa mengambil kira peraturan yang ditetapkan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Beliau berkata, sebab itu apa yang lebih penting ialah penyertaan masyarakat dalam usaha mengurangkan tabiat merokok kerana penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup untuk atasi tabiat ini.

Selepas membaca cadangan untuk menetapkan harga terbaru rokok pada kadar yang sangat tinggi membuatkan saya terfikir, adakah cadangan ini ingin mengharapkan agar statistik bilangan perokok akan menurun? Atau……….kerajaan nak cari duit lebih sebenar-benarnya. Kerajaan pada masa sekarang berjaya mengaut pendapatan yang berlipat kali ganda hasil cukai yang dikenakan ke atas rokok, kemudiannya kerajaan membuang “kembali” duit tersebut untuk membuang kempen TAK NAK MEROKOK dan juga perbelanjaan perubatan bagi perokok-perokok yang menghadapi penyakit kronik. Pelik bukan?

Menaikkan harga bukanlah jawapan dan jalan penyelesaian yang terbaik. Kenapa tak berani nak haram terus? Kerajaan takut hilang tax ker? Apabila harga rokok naik sehingga RM50 sekalipun, orang kaya tidak terkesan pun sebenarnya dan mereka tiada masalah soal duit. Yang pentingnya KEPUASAN MEROKOK. Ini yang unik sifat bagi seorang perokok.

Ada beberapa kesan seterusnya yang terlihat dengan pelaksanaan kenaikan harga rokok ini, tidak kira samada baik mahupun buruk

* Boleh juga tingkatkan industri kampung… industri buat rokok daun.
* Tukang seludup mungkin akan buat parti, kerana jika benar cadangan ini ingin diteruskan mungkin harga rokok seludup pun akan naik apabila permintaan mula meningkat
* Pembuat rokok di Indonesia boleh mula tersenyum meleret.
* Sebilangan pegawai inforcement yang kaki rasuah pun sudah mula berkira-kira… masyukkk
* Jangan terkejut jika akan terdengar kes anak bunuh ibu disebabkan si ibu tiada duit nak beli rokok untuk anaknya (Minta maaf ye dan jangan salah faham, saya sama sekali tidak berniat dan tidak mahu melihat kejadian ini berlaku tetapi kemungkinan tetap ada).
* Satu hari nanti pasti, rokok susah nak dapat. Kalau beli pun di pasaran gelap (tidak mustahil cara jual rokok sama dengan jual dadah). Harga rokok RM50 pun nanti sudah hampir sama dengan satu peket kecil ice (syabu). Renung-renungkanlah……
* Apabila harga pun sikit lebih kurang dengan harga ganja dan dadah, tidak mustahil rokok akan menjadi sasaran pencuri. Permintaan tinggi dan harga dijual pun meningkat. Bersedialah….Mereka curi 200 kotak, jual sekotak dalam RM20 di black market. Ada terfikirkah kerajaan?

Sepatutnya apabila harga rokok naik, harga arak juga patut dinaikkan. Adakah arak tidak mendatang kesan buruk kepada masyarakat? Sedangkan remaja bawah umur masih lagi tersenyum lebar dan begitu mudah membelinya kerana harga sesetengah arak masih lagi kadar yang lebih murah.

Bagaimana pula dengan 5 tahun fokus untuk kempen TAK NAK MEROKOK sebelum ini? Hasilnya? Selepas habis berjuta-juta ringgit daripada segi iklannya, kempen berbentuk ceramah dan pameran.

Ya….ini baru diperingkat cadangan dan diharap kerajaan perlu memilih mekanisme yang terbaik bagi membendung gejala merokok dikalangan orang Malaysia. Itu sebabnya diharap sangat kerajaan memperhalusi semula cadangan seperti ini. Supaya tidak buat kerja dua kali dalam membanteras budaya merokok dikalangan rakyat Malaysia, tetapi matlamat masih tidak tercapai.

P/S : Cadangan ingin menaikkan harga rokok RM50 sekotak atau RM100 sekalipun, mesti pastikan yang kerajaan sudah cukup man power untuk menghalang kegiatan penyeludupan. Apa guna jual rokok RM50 sekotak tetapi rokok seludup masih lagi dibiarkan berleluasa di pasaran.

PP/S : Sekarang pun dah ada bungkusan gula-gula rokok. Bungkusan gula-gula rokok itu didapati hampir sama dengan jenama rokok sebenar di pasaran dan dijual pada harga 40 sen dengan pelbagai perisa.







Back to top Go down
http://www.tagged.com/fendy_yung23

AuthorMessage
akistanzar
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : Shah Alam
Points : 10983
Reputation : 1
Number of posts : 15

(Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik?   (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Icon_minitime21/4/2010, 3:47 pm

rokok pnya harga tiap2 tahun pn naik... tapi org yg merokok makin ramai.. ini macam, kempen kesedaran gov tu x berjaya laa... rokok ori mahal, org beli yg street pnya... sa pnya kwn2 yg perokok tegar tu, trpksa jg beli walau harga mahal. gov ni x kaji betul2 tindakan dorang. org miskin makin miskin.. sendri mau fikir laa...
Back to top Go down
swordfishxox
WEBMASTER
swordfishxox

Male
Countries/State : Perak
Age : 43
location : Putrajaya, Perak
Tag ID: : SFC 04219
Points : 16207
Reputation : 35
Number of posts : 4825

(Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik?   (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Icon_minitime21/4/2010, 3:49 pm

kalu naik 50 henget ok jgk tu...
bonus tiap2 tahun ada 2 bln bonus kot...
kekekeke
Back to top Go down
fendy_yung23
REGULAR
REGULAR
fendy_yung23

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : LaHaRd Da2
Website : http://www.dccon9.ning.com
Tag ID: : SFC 07757
Points : 11261
Reputation : 6
Number of posts : 431

(Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik?   (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Icon_minitime21/4/2010, 3:55 pm

akistanzar wrote:
rokok pnya harga tiap2 tahun pn naik... tapi org yg merokok makin ramai.. ini macam, kempen kesedaran gov tu x berjaya laa... rokok ori mahal, org beli yg street pnya... sa pnya kwn2 yg perokok tegar tu, trpksa jg beli walau harga mahal. gov ni x kaji betul2 tindakan dorang. org miskin makin miskin.. sendri mau fikir laa...


jgn salahkan gov...cuz..iniseatif uda di ambil myb kurang mberangsangkan kali...2 pasal tiada pubahan bil.perokok ni..still same bkn makin kurang tapi makin btambah hehhehe
Back to top Go down
http://www.tagged.com/fendy_yung23
swordfishxox
WEBMASTER
swordfishxox

Male
Countries/State : Perak
Age : 43
location : Putrajaya, Perak
Tag ID: : SFC 04219
Points : 16207
Reputation : 35
Number of posts : 4825

(Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik?   (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Icon_minitime21/4/2010, 4:11 pm

kalu btambah pun... bonus still ciput....
pelik ar... mana pegi duit2 tax tu ek
Back to top Go down
raylester
ELITE
ELITE
raylester

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : kuala penyu n kota kinabalu
Tag ID: : SFC 06744
Points : 14293
Reputation : 19
Number of posts : 3373

(Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik?   (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Icon_minitime21/4/2010, 6:19 pm

paling baik kerajaan kc keluar undang2 x payah jual rokok di malaysia...

p/s hospital mesra akan dipenuhi ngan org2 istimewa akibat x terhisap sigup...

byk peluang pekerjaan di hospital...hehe
Back to top Go down
akistanzar
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : Shah Alam
Points : 10983
Reputation : 1
Number of posts : 15

(Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik?   (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Icon_minitime22/4/2010, 8:08 am

kalau ban trus ni sigup di pasaran pn nda buli juga bos.. ramai yg mengamuk nnti hehee... pakcik tukang bersih d opis sa nda mau karja tu kalau teda rokok hehehe... gov spatutnya guna tu hasil cukai roko utk antar ni smua perokok tegar pergi sesi 'quit smoking'... start dengan kakitangan krajaan dlu la...
Back to top Go down
fendy_yung23
REGULAR
REGULAR
fendy_yung23

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : LaHaRd Da2
Website : http://www.dccon9.ning.com
Tag ID: : SFC 07757
Points : 11261
Reputation : 6
Number of posts : 431

(Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik?   (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Icon_minitime26/4/2010, 3:10 pm

ahahhaha sama juga bohongnya geng...ada juga rokok...guna duit cukai rokok utk kurangkan kadar perokok..hehehehe...na tk kan habis ku rasa jmlah perokok.... (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Lol (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Lol
Back to top Go down
http://www.tagged.com/fendy_yung23
Sponsored content




(Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik?   (Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik? - Page 2 Icon_minitime

Back to top Go down
 

(Cadangan) Rokok Naik Harga Lagi RM50 Sekotak. Berita Baik?

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 2 of 2Go to page : Previous  1, 2

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: