SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Apa perlu dibuat bila excident? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Apa perlu dibuat bila excident? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Apa perlu dibuat bila excident?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14756
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Apa perlu dibuat bila excident? Empty
PostSubject: Apa perlu dibuat bila excident?   Apa perlu dibuat bila excident? Icon_minitime23/10/2010, 4:00 pm

Apabila berlakunya kemalangan tentunya sesebuah kenderaaan itu akan mengalami kerosakan, ada sesetengah kenderaan yang perlu diperbaiki sedikit sahaja kerana hanya terdapat kesan – kesan kemek sahaja, Ada juga kenderaan yang perlu diperbaiki dengan menukar keseluruhan bahagian yang mengalami kerosakan ataupun remuk teruk dan terpaksa ditukarkan bahagian – bahagian atau komponen – komponen yang tertentu. Dan Akhir sekali terdapat kenderaan yang akan diluputkan kerana tidak boleh diperbaiki lagi, istilah yang sering kita dengar ialah total lost.

Apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan kemalangan dan mendapat liputan luas media, Kenderaan itu akan dihantar ke puspakom untuk diperiksa, kenderaan tersebut akan dihantar oleh Pegawai Penyiasat daripada Pihak PDRM ke Puspakom. Status kenderaan yang diperiksa ini akan ditentukan oleh Pemeriksa Kenderaan dari Puspakom yang menyatakan sama ada kenderaan yang terlibat dengan kemalangan tadi boleh digunakan atau pun mendapat status total lost itu tadi.

Jadi Sekiranya anda mengalami kemalangan Jalan Raya dan Kenderaan anda, biasanya untuk kereta, jika kerosakan yang dialami itu teruk tetapi masih lagi boleh diguna pakai. Semestinya anda ingin kenderaan anda diperbaiki.
Jika Kereta anda kemalangan dan anda perlu menukar komponen – komponen tersebut:-

Pembaikan pada bahagian ‘Wheel House ‘ depan dan belakang, dimana’ wheel house ‘ kiri dan kanan ditukar.

Pembaikan pada bahagian “cowl Panel’ biasanya yang terdapatnya no.casis pada cowl panel. (membuka cowl panel lebih daripada separuh)

Memotong dan menyambung semula Ke enam – enam pillar.

Terpaksa Menukar bumbung, disebabkan kenderaan terbalik.
Pembaikan pada Lantai.

Enjin Pecah dan terpaksa ditukar (kalau tukar kepada cc yang sama hanya perlu menjalani pemeriksaan tukar enjin sahaja)

Sewaktu proses pembaikan ini berlaku anda perlu mengambil gambar kenderaan anda. Gambar yang perlu di ambil ialah gambar sebelum diperbaiki, sedang diperbaiki dan selepas di perbaiki.

Kenapa anda perlu mengambil gambar?! Oh ianya sebagai simpanan dan kenangan untuk anda. Dan bukan sekadar itu sahaja, Setiap komponen yang diperbaiki tadi sebenarnya perlu meminta kebenaran Daripada pihak JPJ bahagian kejuruteraan Automotif terlebih dahulu. Dan kini untuk meminta kebenaran tadi tak perlu lagi ke putrajaya kerana setiap Negeri terdapat JPJ bahagian Kejuruteraanya sendiri.

Kadang – kadang kita menyerahkan sahaja pada pihak bengkel dan Insuran memperbaiki kenderaan tadi. Sepanjang penglaman saya ada juga sesetengah bengkel yang menyediakan perkhidmatan yang sempurna, dimana urusan pembaikan dan kebenaran daripada pihak JPJ bahagian Kejuruteraan Automotif diuruskan oleh mereka dengan sempurna. Sesetengah bengkel pula hanya mengaut keuntungan sahaja.

Sebenarnya tak ramai yang tau tentang perkara ini, dan ada juga pemilik kenderaan yang berfikir selepas kenderaan mereka siap diperbaiki maka segala urusan tadi telah habis dan dengan hati yang senang memandu kenderaan mereka di jalanraya.

Kereta saya sukahati sayalah, ye memang kereta anda sukahati anda, kalau anda tidak meminta surat kebenaran pun tiada siapa yang tahu. Itu pun betul. Kalau anda nak pakai kereta tersebut sampai akhir hayat anda. Tapi bayangkan anda mengalami kemalangan yang lebih teruk lagi.. sehingga melibatkan kematian dan kereta anda rupa – rupanya potong sana dan potong sini.. tapi tak dapat kebenaran.. bayangkan…..

Masalah lain juga akan anda alami sekiranya tidak meminta kebenaran, masalah ini menjelma apabila anda ingin menjual kereta anda. Apabila kereta anda menjalani pemeriksaan pembiayaan kewangan atau tukar hak milik semua komponen tadi akan dimasukan sebagai item yang gagal dan kenderaan anda akan mendapat keputusan lulus bersyarat atau gagal, maka segala urusan untuk menjual kenderaan anda akan terbantut.. bayangkan pula waktu itu anda amat memerlukan wang pula..

Jadi secara ringkasnya, selepas pembaikan kenderaan anda akibat kemalangan tadi, bawa kenderaan anda ke puspakom untuk menjalani pemeriksaan. Samaada kenderaan anda melakukan pembaikan minor ataupun major. Bila semuanya sudah mendapat kelulusan hati anda pun akan senang…

OH!! Jangan salah sangka.. Sekiranya kenderaan anda hanya mengalami kerosakan yang nampak macam teruk tapi tak perlu menukar komponen – komponen itu tadi dan juga kerosakan kecil anda tak perlu untuk meminta sebarang surat kebenaran.
Pandu berhati – hati di JalanRaya..
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Mazlan85
SUPERIOR
SUPERIOR
Mazlan85

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : Lahad Datu - Kota Belud
Website : http://www.sioloon.com
Tag ID: : SFC 13945
Points : 12189
Reputation : 10
Number of posts : 1893

Apa perlu dibuat bila excident? Empty
PostSubject: Re: Apa perlu dibuat bila excident?   Apa perlu dibuat bila excident? Icon_minitime23/10/2010, 5:15 pm

assalamualaikum Tuan,macammana pula kalau kita dianiaya dengan cara menyimbah cat dan asid ke atas kereta kita???adakah kita bleh membuat tuntutan insuran???maaf kalau keluar topik sikit ya.....
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14756
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Apa perlu dibuat bila excident? Empty
PostSubject: Re: Apa perlu dibuat bila excident?   Apa perlu dibuat bila excident? Icon_minitime24/10/2010, 12:04 am

Mazlan85 wrote:
assalamualaikum Tuan,macammana pula kalau kita dianiaya dengan cara menyimbah cat dan asid ke atas kereta kita???adakah kita bleh membuat tuntutan insuran???maaf kalau keluar topik sikit ya.....

insurans tidak tanggung benda tu bro sama juga kes kecurian.. insurans untuk kereta ni biasanya adalah untuk kemalangan. ... melainkan kita ada add atau extra insurans perlindungan lain..
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Sponsored content




Apa perlu dibuat bila excident? Empty
PostSubject: Re: Apa perlu dibuat bila excident?   Apa perlu dibuat bila excident? Icon_minitime

Back to top Go down
 

Apa perlu dibuat bila excident?

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: