SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15051
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Empty
PostSubject: Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup   Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Icon_minitime23/3/2011, 9:36 am

Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Pixmiddlef

TINGGAL KENANGAN...barang hantaran yang dihantar lelaki terbabit.


KUALA LUMPUR: “Dia ajak saya bercuti ke luar negara sebagai hadiah pertunangan, tapi saya tak mahu. Sebagai pengganti dia menempah sebuah kereta Ferrari untuk saya dengan menggunakan nama saya.

“Sudahnya, dia ghaib entah ke mana dan saya pula diburu penjual kereta yang meminta bayaran pendahuluan,” kata seorang wanita yang bukan saja terpaksa menanggung malu apabila majlis pertunangannya Sabtu lalu dibatalkan kerana bakal tunangnya menghilangkan diri, tapi turut kerugian RM50,000 selepas ditipu lelaki terbabit.


Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fauzana, 30-an, berkata lelaki terbabit berusia 40-an dikenalinya setahun lalu melalui laman web sosial, facebook sebelum mengadakan pertemuan buat pertama kali di Bukit Bintang, di sini, awal bulan ini.

Menurutnya, lelaki itu yang mendakwa dia kerabat diraja dan berpangkat Datuk kerap ‘menjual’ nama seorang ‘Tengku Mahkota’ serta seorang ‘Yang Dipertua Negeri’ dengan berkata seorang daripada mereka bakal menjadi ketua rombongan peminangannya.


“Bukan itu saja, dia juga menggunakan nama saya bagi menempah pelbagai barang kemas bernilai ratusan ribu sebelum menghantar gambar barang kemas dan kenderaan mewah itu melalui telefon bimbit kepada bapa saya.


“Dia turut menghantar pelbagai peralatan hantaran untuk majlis pertunangan kami ke rumah keluarga saya di Kota Bharu bagi meyakinkan pertunangan itu bakal menjadi realiti,” katanya.

Menurut Fauzana, lelaki terbabit juga mendakwa pertaliannya dengan keluarga diraja membolehkan dia menggunakan pesawat peribadi kerabat diraja itu bagi tujuan majlis pertunangan mereka.


Berikutan itu, bapa Fauzana berusia 60-an yang terpedaya status elit bakal menantunya mengadakan persediaan bagi majlis pertunangan Sabtu lalu, tetapi kecewa bakal menantunya itu menghilangkan diri serta gagal dihubunginya.


Berasakan dianiaya dan ditipu kekasihnya itu, Fauzana membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, keesokannya.


Menceritakan lebih lanjut mengenai hubungannya dengan kekasihnya, Fauzana berkata biarpun pertama kali berjumpa pada 10 Mac lalu, dia percaya lelaki itu kerabat diraja dan berpangkat Datuk. “Malah, dia juga berjanji akan memasukkan wang lebih RM15 juta ke dalam akaun saya sebelum memberi alasan gagal berbuat demikian kerana ada masalah dengan Bank Negara,” katanya.


Fauzana berkata, walaupun wujud perasaan curiga terhadap lelaki itu, dia seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa, sebaliknya akur semua arahan selepas diberi alasan apa yang dilakukan semata-mata bagi memastikan majlis pertunangan berjalan lancar.


“Ketika itu dia meminta saya menyerahkan kad kredit, barang kemas, wang tunai dan semuanya mencecah RM50,000 dan mendakwa akan membayarkan semula,” katanya.


Fauzana mendakwa selama beberapa hari bersama lelaki itu di Kuala Lumpur, dia seolah-olah berada di alam lain dan tidak menyedari apa yang dilakukan selain patuh arahannya.


“Malah, pada 13 Mac lalu, dia membawa saya ke sebuah kedai barang kemas bagi menempah cincin pertunangan bernilai lebih RM400,000. Dia meyakinkan saya biarpun barangan kemas ditempah itu menggunakan nama saya, pembayaran akan dibuat keluarganya.


“Saya langsung tak sangka tindakannya membawa saya menempah sebuah kereta Ferrari hanya lakonan dan helahnya untuk menipu saya. Mujur juga saya tidak mengikutnya ke luar negara, jika tidak mungkin saya dijualnya di sana,” katanya.


Sebelum lelaki itu gagal dikesan pada hari pertunangan Sabtu lalu, penipuan terakhir dilakukannya ialah pada 17 Mac lalu dengan janji untuk membawa Fauzana bersama ahli keluarga di Kuala Lumpur pulang ke kampung dengan menaiki pesawat peribadi keluarga diraja.


“Namun, beberapa jam sebelum waktu berlepas, dia memberitahu penerbangan itu terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran untuk mendarat. Sudahnya, saya terpaksa pulang ke kampung dengan penerbangan biasa.


“Bagi meyakinkan saya, dia menyerahkan kad ATM (mesin juruwang automatik) miliknya yang kononnya mempunyai baki RM6 juta, namun sebaik tiba di kampung kad itu tidak boleh digunakan dan dia pula gagal dihubunginya sehingga kini,” katanya.


Fauzana berkata, dia membuat laporan polis atas penipuan dilakukan lelaki itu bagi memastikan tiada wanita lain menerima nasib sama.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18493
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Empty
PostSubject: Re: Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup   Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Icon_minitime23/3/2011, 11:51 am

adede....kasian wanita tu...ini la bai ni lelaki skrg ni..ssh mau prcya btul.... Talk to the hand
Back to top Go down
beck.outlawz
ELITE
ELITE
beck.outlawz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : sandakan to petaling
Tag ID: : SFC 08936
Points : 14508
Reputation : 25
Number of posts : 3717

Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Empty
PostSubject: Re: Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup   Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Icon_minitime23/3/2011, 1:33 pm

alalaaahh...sabar jaklah..
Back to top Go down
Arzie
JUNIOR
JUNIOR
Arzie

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : Sri Tanjung, Tawau
Tag ID: : SFC 12727
Points : 10377
Reputation : 2
Number of posts : 82

Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Empty
PostSubject: Re: Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup   Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Icon_minitime23/3/2011, 3:02 pm

adedei... boleh nya....... bit
Back to top Go down
Shinigami_TWU
SUPERIOR
SUPERIOR
Shinigami_TWU

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : TAWAU
Website : facebook.com/Shinigami.sfc12348.
Tag ID: : SFC 12348
Points : 12523
Reputation : 27
Number of posts : 2135

Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Empty
PostSubject: Re: Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup   Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Icon_minitime23/3/2011, 3:58 pm

xpasal2 pempuan ne jd bnyk utang... adoi...dunia...dunia... Head bang
Back to top Go down
nyamuk
WEBMASTER
nyamuk

Male
Countries/State : Oregon
Age : 34
location : sarang nyamuk
Tag ID: : SFC 08429
Points : 13930
Reputation : 18
Number of posts : 3034

Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Empty
PostSubject: Re: Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup   Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Icon_minitime23/3/2011, 9:56 pm

kesian......... Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup 39588
Back to top Go down
finalazy84
MODERATOR
finalazy84

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Keningau - KK
Tag ID: : SFC 04901
Points : 15016
Reputation : 41
Number of posts : 3863

Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Empty
PostSubject: Re: Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup   Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Icon_minitime23/3/2011, 11:14 pm

lucu crita ni...org tamak selalu rugi...klau wanita tu tdk termakan "kerabat diraja" dan "datuk" dngn ATM yg ada 6juta, confirm tdk jadi ni...hehe
Back to top Go down
https://www.facebook.com/alfian.karim
ING
SUPERIOR
SUPERIOR
ING

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 39
location : HomE
Website : https://www.facebook.com/ingsayanghizan
Tag ID: : SFC 08081
Points : 12889
Reputation : 5
Number of posts : 2112

Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Empty
PostSubject: Re: Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup   Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Icon_minitime24/3/2011, 1:27 am

finalazy84 wrote:
lucu crita ni...org tamak selalu rugi...klau wanita tu tdk termakan "kerabat diraja" dan "datuk" dngn ATM yg ada 6juta, confirm tdk jadi ni...hehe
stuju!..kalau mencari pasangan tu biar la yg berpadan2..jgn cepat termakan dgn pujuk rayu dan harta benda..selidik dulu latar belakang pasangan..menyesal dahulu pendapatan..menyesal kemudian tidak beguna..
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16584
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Empty
PostSubject: Re: Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup   Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Icon_minitime24/3/2011, 2:36 pm

nikmat dunia ni memang menyeronokkan, siapa yang tidak mau kalau hantaran macam tu, tapi nikmat jugak kalau kena tipu...nikmat di syurga lagi kekal abadi...
Back to top Go down
FAREL
SENIOR
SENIOR
FAREL

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : kundasang,Ranau
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC13231
Points : 11114
Reputation : -7
Number of posts : 818

Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Empty
PostSubject: Re: Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup   Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Icon_minitime26/3/2011, 6:55 am

ADA-ADA JA TAW MACAM2 LA..
Back to top Go down
Masterdy
FRESHIE
FRESHIE
Masterdy

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Ranau-KK-Bintulu
Tag ID: : SFC 12469
Points : 10380
Reputation : 1
Number of posts : 54

Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Empty
PostSubject: Re: Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup   Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Icon_minitime26/3/2011, 9:17 am

andu ba...
Back to top Go down
https://www.facebook.com/enddeyj
Sponsored content




Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Empty
PostSubject: Re: Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup   Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup Icon_minitime

Back to top Go down
 

Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: