SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kapal solar Firaun ditemui Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kapal solar Firaun ditemui Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kapal solar Firaun ditemui

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15035
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Kapal solar Firaun ditemui Empty
PostSubject: Kapal solar Firaun ditemui   Kapal solar Firaun ditemui Icon_minitime3/7/2011, 10:51 am

Kapal solar Firaun ditemui Pix_gal0

Kapal solar Firaun ditemui King-khufu-ship-ap.jpg-543

Kapal solar Firaun ditemui Ancient_boat_egypt_R543

Kapal solar Firaun ditemui Khu01-Great-Pyramid-of-Khufu

Bawa Raja Khufu ke 'alam abadi'

KAHERAH: Satu pasukan ahli arkeologi Mesir dan Jepun menemui kapal solar Firaun Khufu baru-baru ini yang terletak berhampiran piramid agung Giza.
Projek pemuliharaan yang dilakukan ialah untuk mengangkat 41 blok batu dengan purata berat 16 tan setiap satu dan memindahkan kapal ditanam 4,500 tahun lalu di dalam lubang bawah tanah.
Projek itu menjadi tumpuan penyelidikan Kementerian Dalam Negeri Bagi Antikuiti, delegasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Institut Kapal Solar Jepun. Mereka sudah memulakan kerja kajian sejak 2007.

Menteri Negeri Bagi Antikuiti Mesir, Zahi Hawass hadir pada upacara pemindahan itu dan memberitahu wartawan, kerja pemuliharaan ‘kapal solar paling tua di dunia’ akan mengambil masa kira-kira empat tahun sebelum ia boleh dipamerkan kepada pelawat.

Raja Khufu antara Firaun terkenal dalam dinasti keempat dan pemerintah yang membina Piramid Khufu. Orang Mesir purba percaya kapal itu dibina untuk membawa beliau kepada kehidupan abadi.

Pemindahan blok batu yang membawa kepada penemuan kapal Firaun Khufu dibuat di dalam sebuah bangsal besar yang dibina untuk melindungi kapal itu. Blok batu pertama diangkat Rabu lalu sebagai ujian sebelum tempatnya digantikan dengan blok kayu.
Kapal solar kedua Firaun Khufu dikesan pada 1987 di dalam sebuah lubang besar, di sebelah barat kapal solar pertama. Kedua-dua kapal itu terletak di bahagian selatan Piramid Khufu di Giza.

Kapal solar pertama ditemui pada 1954 dan mula dipamerkan pada 1982, berhampiran piramid selepas kerja baik pulih yang mengambil masa 13 tahun.
Selepas kerja baik pulih selesai, kapal kedua akan ditempatkan berhampiran pagar piramid, manakala kapal pertama akan dipindahkan di Muzium Besar Mesir yang sedang dalam pembinaan.

Kedua-dua kapal dibuat daripada kayu cedar Lubnan dan kayu akasia Mesir.
Hawass berkata, keadaan kapal terbaru ini lebih baik daripada yang dijangka.

“Pada mulanya saya berasa bimbang melihat kayu kapal itu. Bagaimanapun, saya yakin kita dapat melihat sebuah lagi kapal Firaun dalam tempoh empat tahun, apabila ia dibaik pulih,” katanya. – Agensi
__________________
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18477
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Kapal solar Firaun ditemui Empty
PostSubject: Re: Kapal solar Firaun ditemui   Kapal solar Firaun ditemui Icon_minitime3/7/2011, 3:13 pm

alala....ada rupanya kapal solar c firaun ni ya...
Back to top Go down
mad
MODERATOR
mad

Male
Countries/State : Sabah
Age : 46
location : Sandakan,Tawau
Tag ID: : SFC 02182
Points : 12779
Reputation : 10
Number of posts : 2088

Kapal solar Firaun ditemui Empty
PostSubject: Re: Kapal solar Firaun ditemui   Kapal solar Firaun ditemui Icon_minitime5/7/2011, 11:00 pm

canggih jgk dorg ni dulu2,main solar2 lgi...hehe
Back to top Go down
Sponsored content




Kapal solar Firaun ditemui Empty
PostSubject: Re: Kapal solar Firaun ditemui   Kapal solar Firaun ditemui Icon_minitime

Back to top Go down
 

Kapal solar Firaun ditemui

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: PHOTO COLLECTION :: Others-
Jump to: