SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
benboy
JUNIOR
JUNIOR


Male
Countries/State : N. Sembilan
Age : 44
location : Kuala Lumpur,
Website : http://hebatpower.com/
Points : 10276
Reputation : 1
Number of posts : 166

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime30/12/2010, 3:15 pm

Kesan pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi yang menyebabkan kereta anda kotor dan tidak berseri.

Tetapi, bagi mereka yang mengambil berat terhadap kereta dan rajin membasuh sendiri, warna kereta anda akan sentiasa menawan, walaupun sudah berusia lima hingga 10 tahun. Malah, usaha anda pasti tidak saya-saya kerana kereta yang sentiasa bersih dan berkilat mempunyai nilai pasaran tinggi apabila dijual semula.

Sesetengah pemilik kereta memang malas atau tidak ada masa untuk membasuh kereta. Mereka sanggup mengeluarkan wang RM5 hingga RM10 sebagai upah mencuci keretanya. Bagaimanapun, jika basuh sendiri, selain berpuas hati, kerja itu adalah satu senaman.

Sebenarnya, tiada rahsia atau alat tertentu yang boleh menghindari cat kereta daripada cepat pudar dan luntur. Ia berkaitan dengan kepekaan anda, sama seperti anda menjaga kesihatan tubuh badan. Yang penting ialah mencuci kereta dengan kerap kerana ia boleh menghindarkan kesan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan kereta daripada terlekat habuk, terutama yang boleh menyebabkan karat.

Pada dasarnya, kereta hendaklah dicuci sekali dalam masa dua atau tiga minggu. Apabila mencuci kereta, bahan cucian yang digunakan juga perlu dipilih dengan berhati-hati.

Pemilihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat kepada kereta.
Anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali menggunakan sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk mencuci kereta kerana bahan pencuci itu mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat. Untuk memudahkan cucian, gunakanlah kain lembut atau span. Anda perlu menyiram kenderaan dengan air yang banyak bagi menghilangkan buih sebelum dikeringkan dengan kain bersih.

Selain menggunakan sabun, ada pemilik kereta yang menggunakan bahan pengilat selepas mencuci untuk menjadikan cat kereta lebih berkilat. Bahan pengilat mampu menghapuskan kekotoran yang melekat pada badan kereta. Bagaimana pun, anda perlu memilih bahan pengilat yang sesuai dengan kereta anda, sama ada menggunakan cat biasa atau metalik. Teknik mengilat kereta juga harus dipelajari bagi memastikan penggunaan bahan itu selaras dengan harganya. Pastikan bahan pengilat diletakkan pada kain bersih. Selepas itu gosokkan secara sama rata pada permukaan kereta. Sebaik-baiknya anda melakukan gosokan dengan gerakan bulatan. Anda perlu menunggu beberapa minit sehingga bahan pengilat yang melekat pada bahagian yang disapukan itu bertukar warna keputihan sebelum ia digosok untuk kali kedua.

Panduan paling penting ialah jangan sekali-kali menggunakan bahan pengilat di bawah pancaran matahari terik kerana ia menimbulkan hasil yang kurang memuaskan. Tidak dapat dinafikan ramai pengguna tertipu membeli bahan pengilat dan syampu pencuci yang berkualiti rendah. Bahan yang bermutu rendah mempunyai kesan sampingan seperti merosakkan warna serta menyebabkan permukaan bercalar.

Selalunya, pemilik kereta hanya menumpukan perhatian terhadap penjagaan bahagian luaran kereta. Mereka sering kali meninggalkan bahagian dalam kereta yang turut mencerminkan kebersihan sesebuah kereta.

Beberapa bahagian dalam terutama besi atau bingkai tingkap, tepi lantai dan rangka pintu, turut mempunyai bahagian yang bercat. Bahagian ini juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkat dan tepi pintu selalunya menjadi perangkap air dan habuk. Jika anda membiarkannya, lama kelamaan ia boleh meninggalkan kesan karat yang teruk. Pembersihan optimum pastinya merangkumi seluruh komponen dalaman dan luaran kereta, termasuk enjin. Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati jika mahu membersihkan bahagian enjin kerana cukup sensitif dengan air terutama akibat pancutan air yang kuat.

DAPATKAN INFO2 SETERUSNYA DI SINI
http://suarakayangan.blogspot.com/2010/10/cara-mengekalkan-kilauan-kereta-anda.html
Back to top Go down
http://hebatpower.com/
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16588
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime31/12/2010, 11:06 am

thanx 4 da info...klu tiap2 hari cuci dan kasi bersih kereta pun akan menimbulkan kepuasan hati...heheh...
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18497
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime31/12/2010, 11:40 am

yaa,,btul tu bro..klu tiap2 hr kasi polish/wax kreta boleh ka bro??x da effect sma cat kreta ka??
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16588
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime31/12/2010, 10:35 pm

klu dlm jangka masa pendek, mmg xnmpk la dgn jelas, tp kesan utk j/masa pjg, mmg ada kesan...cat semakin pudar...
Back to top Go down
powerrud
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
powerrud

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Tawau-kk-papar
Tag ID: : SFC 11816
Points : 12070
Reputation : 4
Number of posts : 1654

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime31/12/2010, 10:51 pm

jangan pakai produk yg murah n bukan dari jenama yg terkenal..sabun kreta rm18 tu ok la tu
Back to top Go down
sidi@hacker
REGULAR
REGULAR
sidi@hacker

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : LAHAD DATU SABAH
Tag ID: : SFC 14607
Points : 10579
Reputation : 5
Number of posts : 450

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime1/1/2011, 2:28 am

kasi wax la 1 mingu 1 kali hehehehhhe
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16588
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime1/1/2011, 7:11 am

salah satu cara jgk yg bole digunakan ialah mengelakkan kereta berjemur dan terkena embun...disamping mengelakkan kereta drpd gangguan lain..
Back to top Go down
CryZee
SENIOR
SENIOR
CryZee

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : Kota Belud
Points : 11492
Reputation : 2
Number of posts : 836

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime6/1/2011, 11:52 am

paling ngam bt la garaj spya trjaga juga skit..
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16588
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime7/1/2011, 6:59 pm

klu letak dlm garaj mmg bagus tu bro tp nanti tdk nampak kilauannya bah, mau kasi bersinar2 sikit kena cahaya tu... Very Happy
Back to top Go down
keba
ELITE
ELITE
keba

Male
Countries/State : Kelantan
Age : 34
location : Kemaman - Kota Bharu
Website : contact 01119778382
Tag ID: : SFC08063
Points : 14909
Reputation : 69
Number of posts : 3981

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime7/1/2011, 7:26 pm

ad org ckp basuh kreta pkai sunlight..
ad jgk yg campur ngan mnyak petrol..
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16588
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime7/1/2011, 7:35 pm

campur dgn minyak petrol??? x ada efek ka? minyak tu x menghakis cat ka??? Shocked
Back to top Go down
keba
ELITE
ELITE
keba

Male
Countries/State : Kelantan
Age : 34
location : Kemaman - Kota Bharu
Website : contact 01119778382
Tag ID: : SFC08063
Points : 14909
Reputation : 69
Number of posts : 3981

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime7/1/2011, 8:27 pm

mnyak tu mhakis jgk..
kalau lama2 basuh ngan sabun+petrol,
bleh luntur wrna..tp bkilat la pas basuh..huhu
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16588
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime9/1/2011, 5:46 pm

satu cara lagi, sentiasa memastikan kereta bebas drpd sebarang embun...
Back to top Go down
Arzie
JUNIOR
JUNIOR
Arzie

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : Sri Tanjung, Tawau
Tag ID: : SFC 12727
Points : 10381
Reputation : 2
Number of posts : 82

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime14/1/2011, 3:08 pm

kalau kereta tu masih cat yg asal, mmg tahan warna nya dalam 5 - 7 tahun...
tp kalau cat dr wokshop, tahan dalam 3 tahun jak....
itu pun kalau d jaga ngan baik, rajin d polish (2 bulan sekali)....
Back to top Go down
wanB1
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
wanB1

Male
Age : 42
location : kota kinabalu,papar,bongawan
Points : 11943
Reputation : 0
Number of posts : 1652

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime6/3/2011, 1:30 pm

saya mmg suka ini topik..klu saya..mmg saya jarang hntar p carwash sbb hmpir 80% cuciannya xmemuaskan hati...lg best cuci sendiri...skrng saya menggunakan produk penjagaan kereta dr meguiars..meguiars ultimate car wash n wax utk cucian,meguiars clay kit,ultimate compound utk polishing n meguiars NXT tech wax 2.0 utk protection..n maintaining i guna meguiars ultimate quick wax n ultimate quick detailer...hasilnya cat kereta saya dh dekat 5 tahun tp masih nmpak macam bru d cat Very Happy
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16588
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime6/3/2011, 3:25 pm

wanB1 wrote:
saya mmg suka ini topik..klu saya..mmg saya jarang hntar p carwash sbb hmpir 80% cuciannya xmemuaskan hati...lg best cuci sendiri...skrng saya menggunakan produk penjagaan kereta dr meguiars..meguiars ultimate car wash n wax utk cucian,meguiars clay kit,ultimate compound utk polishing n meguiars NXT tech wax 2.0 utk protection..n maintaining i guna meguiars ultimate quick wax n ultimate quick detailer...hasilnya cat kereta saya dh dekat 5 tahun tp masih nmpak macam bru d cat Very Happy

tengok dalam web meguiars tu macam best saja produk diorang tu kan?
Back to top Go down
wanB1
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
wanB1

Male
Age : 42
location : kota kinabalu,papar,bongawan
Points : 11943
Reputation : 0
Number of posts : 1652

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime9/3/2011, 5:49 pm

im wrote:
wanB1 wrote:
saya mmg suka ini topik..klu saya..mmg saya jarang hntar p carwash sbb hmpir 80% cuciannya xmemuaskan hati...lg best cuci sendiri...skrng saya menggunakan produk penjagaan kereta dr meguiars..meguiars ultimate car wash n wax utk cucian,meguiars clay kit,ultimate compound utk polishing n meguiars NXT tech wax 2.0 utk protection..n maintaining i guna meguiars ultimate quick wax n ultimate quick detailer...hasilnya cat kereta saya dh dekat 5 tahun tp masih nmpak macam bru d cat Very Happy

tengok dalam web meguiars tu macam best saja produk diorang tu kan?
yup..mmg the best..aku mmg pkai ni produk,dr sabun,clay kit,polish,wax n detailer semua saya ada..mmg mahal sket..tp puas hati..lasting dr brand murah2..xcaya try la bro..itu brg skrng ada d parkson 1borneo n parkson wawasan plaza..i rekemen u pki swirl x utk ksi hlang calar n NXT 2.0 tech wax utk maximum protection n perfect show car shining...konfom puas hati bro..mau belajar lgi lnjut tgk jak dlm website dia
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16588
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime13/3/2011, 1:50 pm

bro, mau tanya ni...kalau kereta yang tidak berkilat sudah pakai produk yang ko cadangkan ni, ada kilatnya ka jugak kalau pakai??? Suspect
Back to top Go down
benboy
JUNIOR
JUNIOR


Male
Countries/State : N. Sembilan
Age : 44
location : Kuala Lumpur,
Website : http://hebatpower.com/
Points : 10276
Reputation : 1
Number of posts : 166

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime3/5/2011, 1:54 pm

SY JARANG BASUH KETER..HEHEHE
Back to top Go down
http://hebatpower.com/
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 10725
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime27/7/2011, 8:21 am

wanB1 wrote:
saya mmg suka ini topik..klu saya..mmg saya jarang hntar p carwash sbb hmpir 80% cuciannya xmemuaskan hati...lg best cuci sendiri...skrng saya menggunakan produk penjagaan kereta dr meguiars..meguiars ultimate car wash n wax utk cucian,meguiars clay kit,ultimate compound utk polishing n meguiars NXT tech wax 2.0 utk protection..n maintaining i guna meguiars ultimate quick wax n ultimate quick detailer...hasilnya cat kereta saya dh dekat 5 tahun tp masih nmpak macam bru d cat Very Happy

just nk kongsi pengalaman la, utk tindakan berjaga-jaga sebelum terkena: bagi pengguna kenderaan yg mempunyai intercooler especially 4wheel drive, berhati2 bila hantar kereta anda di kedai cuci yg menggunakan high pressure water jet. warning awal2 pekerja tu supaya x pancit kt intercooler dgn tekanan air yg kuat.
aku sudah kena dengan kereta family Ford Ranger turbo intercooler, intercooler punya sirip habis tumbang dan rosak seterusnya menyumbat lubang2 angin yg sepatutnya melalui sirip2 intercooler tersebut.. mahal brg tu, ku minta claim dia cuma dpt byar separuh harga je.. Iklampes..
Back to top Go down
Sponsored content




Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Empty
PostSubject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda   Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda Icon_minitime

Back to top Go down
 

Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: