SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pemasangan cermin gelap Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pemasangan cermin gelap Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Pemasangan cermin gelap

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18471
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Pemasangan cermin gelap Empty
PostSubject: Pemasangan cermin gelap   Pemasangan cermin gelap Icon_minitime31/7/2011, 11:36 am

Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.

Pengecualian khas pemasangan cermin gelap

Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap.

Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda :-

Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan
Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.
Cara-cara memohon

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang CG1 yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya. Semua permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk rekod-rekod Perubatan yang terkini.
Bagi permohonan untuk tujuan keselamatan,sertakan dokumen-dokumen sokongan.
Kelulusan

Semua permohonan akan dipertimbangkan dan akan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan untuk persetujuan. Selepas itu akan dibawa kepada Y.B. Menteri Pengangkutan untuk kelulusan.

Tempoh

Tempoh kelulusan penggunaan cermin gelap adalah satu tahun sahaja dan perlu diperbaharui.

Pembaharuan

Permohonan memperbaharui kelulusan cermin gelap hendaklah dibuat tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan dengan menyertakan dokumen berikut :

Borang CG1 yang telah diisi dengan lengkap.
Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan seta rekod-rekod Perubatan yang terkini. Salinan Surat Kelulusan Y.B Menteri Pengangkutan.
Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan


Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 11 Mac 2010 15:20


Source-->> http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=42%3Apemasangan-cermin-gelap&catid=20%3Apenguatkuasaan&Itemid=45&lang=ms
Back to top Go down
 

Pemasangan cermin gelap

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: