SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Sars9961
REGULAR
REGULAR
Sars9961

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 18390
Points : 9953
Reputation : 7
Number of posts : 423

Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr Empty
PostSubject: Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr   Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr Icon_minitime23/8/2011, 5:59 pm

Saya pernah memiliki sebuah Proton Saga Magma tahun 1988 sekitar lapan tahun yang lepas. Pengalaman memiliki kereta keluaran Proton itu telah meninggalkan nostalgia yang bukan sedikit. Namun disebabkan keadaan kereta tersebut yang semakin uzur dan kos penyelenggaran yang tinggi, di samping peningkatan kos petrol yang tidak lagi tertanggung, Saga 1988 itu terpaksa saya ‘lepaskan’.

Tetapi jika saya masih memiliki kereta itu hari ini dan ianya bakal dimodifikasi dan di ‘makeover’ semula oleh divisyen permotoran Proton R3, pastinya itu merupakan sesuatu yang sangat hebat. Sayangnya saya tidak berpeluang menyertai program “My PROTON Makeover” yang sedang rancak diadakan ketika ini.

Proton hari ini mengumumkan mereka telah pun mempunyai peserta pertama untuk program tersebut, iaitu saudara Fadly Hisham Roplay, 33 tahun, yang memiliki model Saga tahun 1992. Kereta tersebut akan dilakukan kerja naik taraf dan modifikasi semula sepenuhnya oleh R3, Divisyen Permotoran Proton yang terkenal itu. Jika anda belum tahu, program “My PROTON Makeover” merupakan program penghargaan dan pemberian ganjaran kepada pemilik kereta Proton yang setia dan menyokong jenama itu sejak bertahun-tahun lamanya.

Program tersebut dilancarkan pada Julai 2011 yang lalu, memerlukan setiap peserta menghantar cerita melibatkan diri sendiri dan kenderaan Proton milik mereka, dan Proton akan memilih cerita terbaik yang mempunyai nilai sentuhan tersendiri dan menawarkan lima tempat untuk pemenang dengan hadiahnya ialah kerja naik taraf sepenuhnya untuk kereta masing-masing. Tarikh tamat penyertaan pertandingan tersebut ialah pada 28 Disember 2011.

2 Projek My PROTON Makeover bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Proton R3

Menurut Pengarah Urusan Proton, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, cerita yang dihantar oleh Fadly Hisham Roplay memberikan inspirasi kepada mereka semua. Cerita kesetiaan Fadly dan pengalaman manisnya bersama Proton Saga miliknya yang dibeli pada tahun 1999 itu, yang dikemudiannya dikongsi bersama-sama keluarganya sangat mencuit hati dan memberikan inspirasi, membolehkannya menerima ganjaran dan ucapan terima kasih terbesar, ujar Dato’ Sri Haji Syed Zainal.

Kereta Proton Saga milik Fadly yang berusia 19 tahun itu akan berada di bengkel R3 untuk tempoh empat minggu, untuk kerja semula sepenuhnya, di segenap bahagian luar dan dalam. Bercakap bagi pihak divisyen R3, Ketua Jurutera, Tengku Djan Ley bin Tengku Mahaleel berkata, mereka semua sangat teruja untuk terlibat dalam projek tersebut, dan akan memberikan hasil yang terbaik dan luar biasa sebagai hadiah kepada Fadly. Proton Saga yang menerima ubahsuai sepenuhnya itu akan diperkenalkan kepada umum pada September depan.

Bagi saya Fadly memang bertuah, bayangkan sebuah Proton Saga keluaran tahun 1992 dimodifikasi semula oleh R3, bagaimana hasil yang akan ditunjukkan nanti agaknya? Mungkin tidak sehebat sentuhan Chip Foose, namun Proton R3 telah membuktikan sebelum ini bahawa mereka juga setaraf dengan ‘tuner’ terkenal lain.

sumber: artikel daripada Evo, Arena Kereta
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16562
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr Empty
PostSubject: Re: Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr   Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr Icon_minitime23/8/2011, 8:48 pm

bertuahnya pemilik kereta tu ya...kereta lama diprojek oleh geng R3...mantap....
Back to top Go down
Sars9961
REGULAR
REGULAR
Sars9961

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 18390
Points : 9953
Reputation : 7
Number of posts : 423

Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr Empty
PostSubject: Re: Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr   Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr Icon_minitime23/8/2011, 9:52 pm

itu la tu.. confirm kena buat abis tu.. drpd enjin ke bodykit ke suspension semua.. yg pnting, FOC, free of charge.. haha
Back to top Go down
ravekeeper3
JUNIOR
JUNIOR
ravekeeper3

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : request?
Points : 10271
Reputation : 1
Number of posts : 200

Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr Empty
PostSubject: Re: Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr   Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr Icon_minitime30/8/2011, 1:28 pm

adui...klu mo tunggu ni pluang..hmm susa la...bgus buat makeover sendiri...lagi nampak hasil dn taw pa yng dibikin...tp..........$$ mesti ada laaa..;p ehehehe
Back to top Go down
Sponsored content




Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr Empty
PostSubject: Re: Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr   Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr Icon_minitime

Back to top Go down
 

Projek “My PROTON Makeover” bermula, Proton Saga 1992 bakal dimodifikasi oleh Divisyen Permotoran Pr

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: SIOLOON AUTO CHIT CHAT-
Jump to: