SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Presiden FAM kurnia ganjaran RM900,000 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Presiden FAM kurnia ganjaran RM900,000 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Presiden FAM kurnia ganjaran RM900,000

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15047
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Presiden FAM kurnia ganjaran RM900,000 Empty
PostSubject: Presiden FAM kurnia ganjaran RM900,000   Presiden FAM kurnia ganjaran RM900,000 Icon_minitime23/11/2011, 3:15 pm

Presiden FAM kurnia ganjaran RM900,000 Frontpage

KEJAYAAN mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan Sea di Indonesia malam kelmarin membolehkan skuad bawah 23 tahun negara kendalian Ong Kim Swee dikurniakan RM900,000.

Ganjaran hampir mencecah satu juta ringgit itu adalah kurniaan peribadi Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang jelas gembira dengan kejayaan barisan pemain negara menewaskan Indonesia dalam aksi final sekali gus mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2009.


“Setiap pemain (20 orang) dan pegawai pasukan (10 orang) menerima RM30,000 menerusi sumbangan peribadi Tuanku Presiden yang turut bertemu pemain semalam (malam kelmarin),” kata pengurus skuad Sukan Sea negara, Datuk Hamidin Mohd Amin, petang semalam.

Walaupun terpaksa menggunakan kereta perisai ‘barracuda’, barisan pemain negara dilapor mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Sultan Ahmad Shah di hotel penginapan Presiden FAM itu di Jakarta selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti dengan kedudukan terikat 1-1 tamat masa tambahan.


Ganjaran awal terbabit dilihat sebagai pembakar semangat bagi pemain muda negara bertemu Syria dalam perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012 bertemu Syria malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil diikuti Bahrain pada Ahad.


Malah ganjaran lain turut menanti mereka dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan badan induk bola sepak negara itu masih mengkaji habuan buat skuad kendalian Kim Swee yang tidak tewas sepanjang saingan temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

Selain itu, skuad Olimpik negara juga dijadual menjalani latihan di Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan bulan depan dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang kelab elit negara itu.

sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PresidenFAMkurniaganjaranRM900_000/Article/index_html
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Presiden FAM kurnia ganjaran RM900,000

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: