SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Presiden Iran Buat Israel Bengang Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Presiden Iran Buat Israel Bengang Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Presiden Iran Buat Israel Bengang

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15071
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Presiden Iran Buat Israel Bengang Empty
PostSubject: Presiden Iran Buat Israel Bengang   Presiden Iran Buat Israel Bengang Icon_minitime26/9/2012, 7:11 pm

Presiden Iran Buat Israel Bengang Iran-buat-Israel-bengang
Duta keluar dewan PBB selepas Tel Aviv digelar negara palsu

New York – Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menyifatkan Israel sebagai negara palsu yang dilindungi Amerika Syarikat menyebabkan duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) keluar dari dewan badan dunia itu kelmarin ketika ahlinya membincangkan tema kepatuhan kepada undang-undang.

Ahmadinejad juga menuduh Amerika Syarikat dan beberapa kerajaan lain menyalahguna kebebasan bersuara dan gagal mengecam fitnah terhadap kepercayaan orang lain dan nabi, merujuk kepada pengedaran video murahan dihasilkan di Amerika menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Mereka yang tidak mengendahkan ucapan penuh kebencian beliau hari ini perlu bertanggungjawab atas tindakannya esok” – Ron Prosor, Duta Israel

Delegasi Amerika tidak meninggalkan mesyuarat seperti yang dilakukan sebelum ini apabila Iran menyerang Israel secara langsung.

Kutuk pencerobohan

Pemimpin Iran itu yang mendesak kemusnahan Israel turut mengutuk pencerobohan rejim Zionis itu di wilayah Palestin dan penggunaan kuasa veto oleh Amerika dalam Majlis Keselamatan untuk menyokong sekutunya.

Beliau menggesa semua negara meletakkan tanggungjawab ke atas penceroboh dan menuntut wilayah yang diceroboh dipulangkan kepada pemilik yang sebenar.

Ahmadinejad menyalahkan kuasa veto Amerika, China, Russia, Britain dan Perancis atas kegagalan Majlis Keselamatan memastikan keamanan di dunia, dan menggesa perubahan dalam peraturan supaya memihak kepada negara yang mahukan keadilan.

Ketika Ahmadinejad memberi ucapan kepada pemimpin dan menteri lebih 100 negara, Duta Israel, Ron Prosor, keluar daripada dewan Perhimpunan Agung itu.

“Ahmadinejad menunjukkan sekali lagi beliau bukan saja mengancam masa depan penduduk Yahudi, beliau mahu memadamkan masa lalu kami. Tiga ribu tahun sejarah Yahudi menunjukkan dengan jelas bahaya membiarkan fanatik seperti Presiden Iran, terutama ketika beliau semakin hampir memiliki senjata nuklear.

“Mereka yang tidak mengendahkan ucapan penuh kebencian beliau hari ini perlu bertanggungjawab atas tindakannya esok,” kata Prosor dalam satu kenyataan.
Prosor menganggap membenarkan Ahmadinejad berucap umpama melantik ‘kaki bakar sebagai ketua bomba.’

Anggap Iran ancaman

Israel melihat Iran sebagai ancaman tetapi Tehran menegaskan program nuklearnya bertujuan untuk keamanan dan cuma untuk menghasilkan tenaga nuklear.

Namun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu percaya Tehran semakin dekat menghasilkan senjata nuklear dan mendesak Amerika menyatakan faktor membolehkan tindakan ketenteraan dilancarkan terhadap negara Teluk itu.

Bagaimanapun, Presiden Barack Obama enggan menetapkan sebarang garisan merah.

Ahmadinejad tidak menamakan Israel atau Amerika dalam ucapannya ketika berkata:

“Kita menyaksikan sebahagian anggota Majlis Keselamatan yang ada kuasa veto memilih untuk berdiam diri berhubung peledak nuklear rejim palsu tetapi pada masa sama menghalang kemajuan saintifik negara lain.” – AP


sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IranbuatIsraelbengang/Article/
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Presiden Iran Buat Israel Bengang

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: