SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ular gergasi baham 4 ayam Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ular gergasi baham 4 ayam Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Ular gergasi baham 4 ayam

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15319
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Ular gergasi baham 4 ayam Empty
PostSubject: Ular gergasi baham 4 ayam   Ular gergasi baham 4 ayam Icon_minitime22/1/2012, 1:32 pm

Ular gergasi baham 4 ayam Image

FELDA KERTEH 5 – Bunyi riuh kokokan ayam di belakang rumah seorang penduduk di Felda Kerteh 2 membongkar penemuan mengejutkan apabila seekor ular sawa batik gergasi sepanjang 6.2 meter dan seberat 75 kilogram ditemui dalam reban ayam, Selasa lalu.

Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Bandar Ketengah Jaya, Ramli Mat berkata, bertindak daripada laporan penduduk, beliau yang mengetuai pasukan bersama lima lagi anggota segera bergegas ke lokasi kejadian sebelum berjaya menangkap ular berkenaan sekali gus menjadi ular paling besar yang pernah ditangkap pasukannya setakat ini.

Menurutnya, keadaan reptilia itu yang sangat agresif pada awalnya menyukarkan pihaknya untuk menjerat ular sawa terbabit.

Bagaimanapun, selepas berhempas pulas dan menggunakan perangkap ular akhirnya ia tewas 10 minit kemudian.

“Kami menerima panggilan kira-kira jam 9.50 malam dan sampai di tempat kejadian 10 minit kemudian. Setelah reban diperiksa, kami lihat seekor ular sawa sedang melingkar. Turut ditemui dalam reban itu ialah empat ekor ayam yang telah mati.

“Ayam yang masih hidup sudah bertempiaran lari. Dengan keadaan fizikal ular sawa itu yang sangat besar, agak sulit untuk kami menangkapnya apatah lagi reptilia itu masih bertenaga dan agresif,” katanya kepada Sinar Harian.

Ramli berkata, dia dan lima lagi anggota mengerah tenaga dan menggunakan kemahiran yang ada untuk memerangkap ular tersebut dan usaha itu berhasil.

Pun begitu, sesudah berjaya ditangkap ular itu tidak dapat dimasukkan ke dalam guni kerana saiznya yang besar menyebabkan Pasukan Bomba Sukarela Bandar Ketengah Jaya terpaksa meletakkannya di tempat letak barang di belakang kenderaan mereka.

“Kemudian badan ular tersebut ditindih dengan hos pemadaman kebakaran dan hanya kepalanya sahaja tidak ditindih bagi mengelakkan ia bergerak dan lari,” katanya.

Ular berkenaan yang ukuran lilit badannya 0.6 meter dibawa ke markas operasi Pasukan Bomba Sukarela Bandar Ketengah Jaya di Felda Kerteh 5 sebelum diserahkan kepada pihak Mini Zoo Kemaman beberapa jam kemudian.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/ular-gergasi-baham-4-ayam-1.19506
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Ular gergasi baham 4 ayam

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: PHOTO COLLECTION :: Others-
Jump to: