SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pelajar hafaz 30 juzuk perlu diberi biasiswa Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pelajar hafaz 30 juzuk perlu diberi biasiswa Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Pelajar hafaz 30 juzuk perlu diberi biasiswa

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15089
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Pelajar hafaz 30 juzuk perlu diberi biasiswa Empty
PostSubject: Pelajar hafaz 30 juzuk perlu diberi biasiswa   Pelajar hafaz 30 juzuk perlu diberi biasiswa Icon_minitime13/1/2013, 10:05 pm

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri disaran memberikan peruntukan biasiswa kepada pelajar lepasan Sekolah Menengah Imtiaz yang berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran sebagai galakan dan penghargaan kepada mereka untuk menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh berkata, langkah itu bagi memastikan pelajar yang berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran ini tidak terikat dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Sebagaimana yang kita tahu, Sekolah Menengah Imtiaz adalah produk Kerajaan Negeri Terengganu yang kita perlu pelihara. Jadi, Kerajaan Negeri perlu memainkan peranan terhadap pelajar ini.

“Sebab itulah kita cadangkan supaya lepasan Imtiaz yang berjaya hafaz 30 juzuk al-Quran menyambung pelajaran di bawah sokongan biasiswa Kerajaan Negeri," katanya.

Menurutnya, selain menerima insentif yang diberikan kepada pelajar tahfiz, pelajar lepasan Imtiaz juga disarankan diberi elaun sebanyak RM200 setiap bulan sebagai sagu hati dan penghargaan kepada mereka.

Muhammad Ramli turut mencadangkan supaya sebuah jawatankuasa atau persatuan lepasan Imtiaz ditubuhkan bagi mengumpul kesemua pelajar lepasan Imtiaz bagi menjaga kebajikan mereka.

Menurutnya, sehingga kini, terdapat empat buah Sekolah Menegah Imtiaz di negeri ini iaitu di daerah Kuala Terengganu, Dungun, Besut, Kuala Berang sementara Sekolah Menengah Imtiaz di Kemaman masih dalam proses pembinaan.

“Sekarang, lepasan Imtiaz berada di mana-mana, ada yang sambung pengajian ke peringkat tinggi sama ada di dalam mahupun luar negara. Cuma, timbul persoalan, adakah kita mahu biarkan mereka bertebaran di merata tempat begini?

“Jadi, kita bangkitkan isu ini supaya perlu ada satu usaha bagi memastikan mereka yang hafal 30 juzuk al-Quran ini diletakkan dibawah satu pertubuhan atau alumni yang dapat menjaga kebajikan termasuklah persatuan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Ramli turut menyarankan supaya kerajaan negeri memberi keutamaan kepada mereka yang berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran untuk diambil sebagai Pegawai Tadbir Negeri (TCS).

“Seharusnya, kita mengutamakan mereka untuk menjadi pegawai tadbir kerana di samping menjadi pegawai tadbir, dalam masa yang sama mereka turut kuasai serta menghafaz 30 juzuk al-Quran,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/pelajar-hafaz-30-juzuk-perlu-diberi-biasiswa-1.120660
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Pelajar hafaz 30 juzuk perlu diberi biasiswa

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: