SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Arab Saudi bina pusat pemulihan mewah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Arab Saudi bina pusat pemulihan mewah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Arab Saudi bina pusat pemulihan mewah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15053
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Arab Saudi bina pusat pemulihan mewah Empty
PostSubject: Arab Saudi bina pusat pemulihan mewah   Arab Saudi bina pusat pemulihan mewah Icon_minitime22/4/2013, 11:53 pm

Arab Saudi bina pusat pemulihan mewah Du_01.1

BEBERAPA wartawan dibawa memasuki tempat makan banduan militan Al-Qaeda di sebuah pusat pemulihan mewah di Riyadh pada 9 April lalu.

RIYADH - Pihak berkuasa Arab Saudi merancang melenyapkan fahaman ekstrem dalam kalangan banduan militan Al-Qaeda melalui kaedah kaunseling, rawatan siapa dan senaman di sebuah pusat pemulihan mewah di sini.

Banduan-banduan itu boleh menggunakan fasiliti pusat pemulihan berkenaan termasuk kolam renang saiz Olimpik, sauna, gimnasium dan dewan televisyen semasa mereka menghadiri sesi kaunseling dan ceramah agama.

Pusat pemulihan mewah baharu itu dibina oleh Pusat Kaunseling dan Penjagaan Putera Mohammed Bin Nayef.

Badan itu yang ditubuhkan tujuh tahun lalu bertujuan untuk memulihkan ekstremis-ekstremis Islam yang ditahan semasa operasi membanteras Al-Qaeda di Arab Saudi antara 2003 hingga 2006.

"Kurang 3,000 orang banduan Islam akan menjalani sesi pemulihan di pusat-pusat itu sebelum mereka dibebaskan," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Mansur Al-Turki.

Sebuah pusat pemulihan tersebut telah dibuka di bandar raya Jeddah manakala tiga lagi akan dibina di utara, timur dan selatan negara ini.

Namun, hanya pusat pemulihan di sini yang memiliki kelengkapan serba mewah sebagai insentif untuk banduan-banduan tersebut yang melupakan fahaman ekstremis Al-Qaeda.

Fasiliti pemulihan di sini mempunyai keluasan bersamaan 10 padang bola sepak dan dibina untuk menempatkan seramai 228 banduan Al-Qaeda.

Setiap daripada 12 bangunan di pusat pemulihan itu akan menempatkan 19 banduan.

Setiap banduan berkenaan diberikan suite mewah bagi membolehkan mereka meluangkan masa bersama keluarga masing-masing pada waktu melawat.

Banduan yang berkelakuan baik boleh meluangkan masa dua hari bersama isteri mereka di suite tersebut.

Pada waktu siang, para banduan itu akan menghadiri seminar agama bertujuan untuk melenyapkan fahaman jihad dalam diri mereka.

"Dalam usaha memerangi pengganas, kita perlu memberi keseimbangan dalam aspek intelektual dan psikologi kepada mereka menerusi dialog dan pujukan," kata pengarah pusat pemulihan tersebut, Said Al-Bishi. - AFP


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Arab Saudi bina pusat pemulihan mewah

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: