SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Warga asing sembelih ayam? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Warga asing sembelih ayam? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Warga asing sembelih ayam?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15073
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Warga asing sembelih ayam? Empty
PostSubject: Warga asing sembelih ayam?   Warga asing sembelih ayam? Icon_minitime13/7/2013, 12:56 am

Warga asing sembelih ayam? Image

TRIANG, PAHANG - Penyalahgunaan ‘lesen’ penyembelihan oleh pemborong ayam sekitar Bandar Triang didakwa berjaya mengaburi pengguna Muslim semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Presiden Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM), Abdul Aziz Ismail berkata, pemborong terbabit menggunakan nama seorang pekerja Muslim yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang penyembelihan untuk meyakinkan pengguna beragama Islam.

Menurutnya, sepanjang tinjauan di pasar borong dan pasar basah sekitar Triang, tiada seorang pun dalam kalangan tukang penyembelihan memiliki Kad Tauliah Sembelihan.

“Hanya ada seorang tukang sembelih Muslim yang hanya memiliki Sijil Penyertaan Kursus Penyembelihan yang diperoleh pada 2008, manakala yang lain adalah pekerja warga asing.

“Mungkin kita tidak akan meragui sekiranya tugas penyembelihan dilakukan individu tersebut, tetapi yang menjadi persoalan siapa yang akan melakukan tugas penyembelihan sekiranya individu itu bercuti atau berehat?” katanya selepas melakukan tinjauan di sekitar Triang bersama kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) dan Jabatan Imigresen Temerloh.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi, Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Pahang, Ghazali Khatib Pendek.

Abdul Aziz berkata, Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) diharap dapat membantu menyebarkan perkara ini dari semasa ke semasa supaya bukan sahaja pengusaha pasar borong perlu menghantar pekerjanya mengikuti kursus dan ujian tertentu, bahkan pekerja juga wajar mengetahui keperluan perkara ini.

"Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, masalah penghasilan produk halal dapat diatasi dengan baik, malah pengguna Muslim dapat menikmati kehidupan yang lebih berkat," katanya.

Perlu pantau lebih kerap

Dalam pada itu, Ghazali berkata, bukan sahaja pengusaha mengupah warga asing untuk tugas penyembelihan tetapi turut mempamerkan sijil penyertaan kursus penyembelihan yang pernah dihadiri bekas pekerjanya sekitar 2008.

“Apabila pengguna tengok ada sijil itu, mereka akan beranggapan ayam itu disembelih mengikut syarak. Tetapi pada hakikatnya, sijil itu tidak boleh digunakan untuk meyakinkan pengguna.

“Kalau mereka ada kad tauliah, itu baru betul-betul kita boleh yakin dengan mereka,” katanya.

Menurutnya, pihak Paid, Pejabat Veterinar dan Majlis Daerah Bera (MDB) diharap dapat bekerjasama mengatasi masalah ini.

"Pihak berkenaan perlu melaksanakan pemantauan lebih kerap terutamanya bagi memastikan pengguna Muslim dapat menikmati bahan makanan yang halal," katanya.

Tidak tahu perlu kad tauliah

Sementara itu, seorang pekerja, Ramli Rahmat, 61 yang berpengalaman lebih 10 tahun bekerja di pasar borong ini mengakui tugas penyembelihan dilakukan sepenuhnya sewaktu dia bekerja.

Katanya, sekiranya dia bercuti, berehat atau solat, tugas itu diambil alih oleh orang lain tetapi tidak pasti siapa yang bertanggungjawab.

“Saya hanya memiliki sijil penyertaan kursus sahaja. Tidak tahu pula kena ada kad tauliah jika nak buat kerja penyembelihan.

“Lagipun, tiada siapa yang memaklumkan perkara ini kepada saya. Bagi saya, ini adalah rezeki yang saya peroleh untuk keluarga.

“Tetapi saya yakin dengan apa yang saya buat adalah mengikut syarat ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja warga asing yang ditemui berkata, dia baru sahaja bekerja di pasar borong sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, sebagai seorang Muslim, pengusaha memintanya melakukan kerja itu walaupun tidak memiliki kad tauliah.

“Saya memang tahu syarat penyembelihan, tetapi saya tidak tahu pula bila bekerja di sini memerlukan kad yang diiktiraf,” katanya.


sumber;http://www.sinarharian.com.my/warga-asing-sembelih-ayam-1.181624
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Warga asing sembelih ayam?

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: