SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Tidur boleh, seks jangan!

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12153
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Empty
PostSubject: Tidur boleh, seks jangan!   Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Icon_minitime21/11/2007, 4:16 pm

First topic message reminder :

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Lagak seperti perempuan jalang, namun mereka digelar ‘Minah ringan-ringan’ kerana hanya menawarkan perkhidmatan seperti menemani pelanggan bersuka ria dan menonton wayang.

Mereka juga boleh diajak tidur di hotel tapi dilarang melakukan hubungan seks.

Hubungan mesra bersyarat itu dikesan dilakukan segelintir pelajar kolej yang bersedia menjadi teman sosial kepada lelaki baru dikenali sama ada melalui rakan atau laman sembang.

Bagaimanapun, lelaki yang mahu melanggani mereka hanya dibenarkan melakukan tiga perkara iaitu memegang tangan, memeluk atau melakukan ciuman ringan tanpa membabitkan hubungan ranjang, termasuk seks oral.




Wartawan Harian Metro yang berjaya menjejaki seorang gadis terbabit, Fara, 22, mendakwa mula aktif sebagai teman sosial selepas secara tidak sengaja menemankan seorang rakan yang menceburi bidang itu sejak beberapa bulan lalu.




Usaha mendekati Fara mulanya menghadapi kesukaran berikutan dia curiga bagaimana penulis memperoleh nombor telefon bimbitnya dan banyak bertanya berkaitan latar belakangnya.

Dia yang dipujuk berulang kali akhirnya bersetuju dibawa keluar dengan menetapkan beberapa syarat, antaranya hanya boleh membawanya keluar antara jam 8 malam hingga 8 pagi esoknya.

Selain itu, penulis perlu memastikan hotel yang diduduki selamat dan bukan hotel murahan atau rumah tumpangan kerana bimbang dicekup pihak berkuasa.

Fara menetapkan perkhidmatannya RM100 selain memberi amaran jangan cuba-cuba melakukan hubungan seks kecuali adegan ringan-ringan.

Ditanya kenapa dia sanggup keluar atau tidur dengan lelaki tetapi tidak membenarkan hubungan seks, Fara sekadar memberi jawapan dia belum bersedia untuk ‘itu’ dan hanya mahu menjadi teman berbual kepada lelaki yang kesunyian.

Fara bersetuju berjumpa di sebuah lobi hotel di Jalan Sultan Ismail sebelum diajak menjamu selera sebelum dibawa masuk ke bilik hotel.

Dia yang berseluar jeans dan kemeja-T dengan potongan badan menarik mudah diajak berbual tanpa rasa kekok walaupun kali pertama berjumpa.

“Saya bukan bohsia atau pelacur! Saya cuma tawarkan khidmat menemankan lelaki kebosanan dan inginkan rakan berbual,” katanya sambil menyedut rokok.

Menurutnya, dia boleh berlagak seperti kekasih, malah ada antara pelanggan hanya menggunakan khidmatnya untuk ‘menunjuk-nunjuk’ di hadapan rakan sekerja kononnya mereka mempunyai teman wanita cantik.

“Ada yang kata saya sama seperti perempuan pengiring tapi saya bukan pelacur. Biasanya pelanggan cuma mahukan teman berbual kerana kesunyian.

“Duit yang mereka beri jarang dianggap macam duit perkhidmatan, sebaliknya lebih kepada duit makan atau tambang teksi pulang saja,” katanya sambil membancuh kopi yang disediakan di bilik hotel.

Penulis seterusnya bertanya sama ada dia pernah melakukan hubungan seks dengan pelanggan di hotel, namun Fara segera menepis andaian itu.

“Saya masih suci. Setakat kiss (cium) biasa atau peluk saya tak kisah...tapi tak boleh buat ‘love bite’ (gigitan cinta)...takut nanti family (keluarga) tahu...nahas!”

Disoal sama ada dia bimbang jika ada lelaki yang ditemani tidur bertindak ganas atau cuba memperkosanya, Fara memberitahu, dia tidak teragak-agak melawan atau menjerit.

“Pernah satu ketika saya menendang seorang lelaki yang mahu membuka zip jeans saya sebelum saya terus berlari keluar dari bilik hotel. Saya sudah biasa dengan pujuk rayu lelaki dan ‘kebal’ dengan godaan.

“Malah, kebanyakan lelaki akan berhenti selepas saya mengugut untuk membuat laporan polis dirogol jika ada yang mahu meneruskan niat terbabit,” katanya sambil tidak henti-henti menghisap rokok.

Dia turut menolak jika diminta membuat onani atau seks oral walaupun ditawarkan bayaran lumayan.

“Saya tak mahu jadi perempuan simpanan...cukup keluar suka-suka. No commitment! Saya sudah ada pelanggan tetap yang boleh dipercayai,” katanya yang menganggap lelaki sekarang mempunyai banyak pilihan dan cita rasa.

Dakwanya, pelanggannya bukan mengejar seks tetapi cuma mahu teman wanita berbual dan keluar bersantai.

Lebih menarik sepanjang perbualan itu, Fara nampak jauh lebih matang berbanding usianya dan mampu memberi pendapat bernas dalam pelbagai isu sama ada membabitkan dunia hiburan, kerjaya, sukan hingga kepada model kereta terkini di pasaran.

Ini terbukti apabila dia mendakwa amat meminati lakonan Jessica Biel dalam filem I Now Pronounce You Chuck and Larry yang dianggapnya mempunyai daya tarikan seksual kepada lelaki selain Simon Cowell juri American Idol’s.

Dia tidak kekok bercakap mengenai kereta kegemarannya seperti Honda Civic Hybrid yang boleh menggunakan petrol atau bekalan elektrik selain bercerita mengenai kereta mewah model Audi Q7 atau BMW X5 yang berharga lebih setengah juta ringgit.

Selepas berbual lebih dua jam, penulis yakin kepetahan serta pengetahuan dimiliki gadis seperti Fara menjadi kelebihan serta daya tarikan utama kepada lelaki untuk mendampingi mereka.

Seorang lagi rakan Fara dikenali sebagai Sofea, 20-an yang dihubungi mengaku ada antara lelaki dikenali lebih gemar mengisi masa lapang atau berbual di bilik hotel sambil menonton televisyen.

Menurutnya, lelaki seperti itu hanya mahukan pelukan manja sepanjang malam selain mencurahkan isi hati serta masalah dihadapi.

“Untuk itu, kami tidak hanya perlu mempunyai penampilan menarik, malah bijak membelai jiwa lelaki seperti memicit bahu atau kepala mereka untuk ketenangan,” katanya.

Untuk kelihatan menarik, dia mengutamakan penampilan diri dengan memilih kosmetik berjenama seperti Clinique atau Lancome selain wangian Christian Dior.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza

AuthorMessage
General PG
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
General PG

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Cowboi Town mariiiii...
Tag ID: : SFC 05958
Points : 12031
Reputation : 6
Number of posts : 1024

Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Tidur boleh, seks jangan!   Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Icon_minitime25/5/2009, 4:42 pm

otai_queen wrote:
under18crew wrote:
otai_queen wrote:
under18crew wrote:
buli thn nie ppuan..bkn pelacur nie..tebal imannya tau.

tu pun masih dikira ada iman ke? pale

iya lh..dia x jga c biar dri dia d perkosa..hihi.

ooo.... mcm tu ke? hehehe....

Gadis tu pandai kaci jatuh maruah sendirila... saham turun oooo... Mcm mana la perasan bakal suami dia..??? scratch ada ka lelaki mau jadikan perempuan mcm ne sebagai isteri..?? Suspect TEPUK DADA TANYA IMAN.. JANGAN TANYA HATI, HATI PANDAI SALAH PILIH.. dont
Back to top Go down
Liah
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Liah

Female
Age : 46
location : kota kinabalu
Tag ID: : SFC 04179
Points : 12498
Reputation : 15
Number of posts : 1258

Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Tidur boleh, seks jangan!   Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Icon_minitime28/5/2009, 11:06 am

siotto wrote:
Girl wrote:
iyala...harap2 lpas nie semua kaum wanita jgn berfikiran singkat lagi...fikir cara yg trbaik seperti di mana ada jalan di situ ada kemahuan...tp jgn jln yg salah sudah la..

betul...dimana ada kemahuan..disitu ada jalan...makanya...jgn berfikiran singkat..teliti dan perhalusi setiap pkra yg berlaku...

btl 2 bro siotto. kan samalah juga namanya ppuan??????.maruah juga 2.jgn bertindak terburu2.cri rezeki dgn cara yg baik
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18489
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Tidur boleh, seks jangan!   Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Icon_minitime28/6/2011, 10:57 pm

pelik jg ada macam ni arr....hmmm..... Suspect
Back to top Go down
FAREL
SENIOR
SENIOR
FAREL

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : kundasang,Ranau
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC13231
Points : 11110
Reputation : -7
Number of posts : 818

Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Tidur boleh, seks jangan!   Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Icon_minitime15/7/2011, 11:00 pm

huhuhuhuhu....sypn maw juga no hp dya ni huahua..
Back to top Go down
NoornoeY
FRESHIE
FRESHIE
NoornoeY

Female
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : kinabalu.
Tag ID: : SFC 10380
Points : 10571
Reputation : 1
Number of posts : 7

Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Tidur boleh, seks jangan!   Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Icon_minitime24/8/2011, 3:21 pm

apa yg mereka lakukan hanya Dia yang Maha megetahui...apa - apapun berdua2 di tmpt itu buli jua mendatangkan dosa.....entahlaaa...... dont
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18489
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Tidur boleh, seks jangan!   Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Icon_minitime24/8/2011, 7:42 pm

NoornoeY wrote:
apa yg mereka lakukan hanya Dia yang Maha megetahui...apa - apapun berdua2 di tmpt itu buli jua mendatangkan dosa.....entahlaaa...... dont


btul tu sis....mmg dosa la tu sbb wlupun no seks,tp berdua2an,berpegang2,n "lain2' lg yg ringan2 sja kunu...aisehhh...sbb dia blg cuma no seks..cuma yg ringan2 ja...
Back to top Go down
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 10717
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Tidur boleh, seks jangan!   Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Icon_minitime25/8/2011, 12:13 pm

bule tak ko terangkan secara teperinci ttg statement "lain2" dan "yg ringan2 saja" tu bro Kornurts.. aku x paham la.
opps
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18489
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Tidur boleh, seks jangan!   Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Icon_minitime25/8/2011, 6:42 pm

kent1189 wrote:
bule tak ko terangkan secara teperinci ttg statement "lain2" dan "yg ringan2 saja" tu bro Kornurts.. aku x paham la.
opps

aduii...ko ni bro..alahai..mau jg aku trangkan cuma.........huhuhu..nti kna saman pula olh moderator..hahaha...

bgni la..yg lain2' tu mksudnya yg melibatkan oral la..huhuhu

yg ringan2 pula, sy mksudkan perbuatan lain slain mlakukan seks la tp boleh merangsang kpd perlakuan itu..huhuhu...

mau contoh???hahaha..x pyah la bro..ttp ko pham jg ba tu..huhuhu..
Back to top Go down
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 10717
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Tidur boleh, seks jangan!   Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Icon_minitime26/8/2011, 6:29 am

tak paya la kaw xplen lgi bro Kornuts.. hehe. Sngaja ba maw kacau kaw.. hehe peace
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18489
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Tidur boleh, seks jangan!   Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Icon_minitime26/8/2011, 7:33 am

kent1189 wrote:
tak paya la kaw xplen lgi bro Kornuts.. hehe. Sngaja ba maw kacau kaw.. hehe peace

hehehe...sy pn taw jg mmg ko taw jg tu bro..hahahah...smua llaki pn tau mah ada ini macam..hahahaha... opps
Back to top Go down
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 10717
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Tidur boleh, seks jangan!   Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Icon_minitime26/8/2011, 8:47 pm

hihihikk.. Nakal.
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16580
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Tidur boleh, seks jangan!   Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Icon_minitime27/8/2011, 6:11 am

ada2 saja cara kan, mgkn tdesak maw pakai duit, smpi sanggup jual maruah...
Back to top Go down
Sponsored content




Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Empty
PostSubject: Re: Tidur boleh, seks jangan!   Tidur boleh, seks jangan! - Page 3 Icon_minitime

Back to top Go down
 

Tidur boleh, seks jangan!

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 3 of 3Go to page : Previous  1, 2, 3

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: KECOH KECOH SITU SANA SINI :: Story-
Jump to: