SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Siapa Cinta Marsha?.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Siapa Cinta Marsha?.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Siapa Cinta Marsha?..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12173
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Siapa Cinta Marsha?.. Empty
PostSubject: Siapa Cinta Marsha?..   Siapa Cinta Marsha?.. Icon_minitime3/12/2007, 12:25 am

Rizal AF5 cinta baru Marsha

Bersama Raja Mawar

SUKAR meneka hati Marsha. Sekejap khabarnya dengan Mawi, sekejap pula intim dengan Fahrin Ahmad, Hans Isaac dan Keifli AF. Tup tup sekarang, khabarnya Duta Nivea itu kini dikatakan semakin rapat pula dengan jejaka kacak, Rizal AF5.

Sejauh manakah kebenarannya, hanya empunya badan yang mengetahui. Raja tak berapa kenal Marsha, hanya sekali dua bertentang mata ketika rakan Bintang Popular menemubualnya dulu. Raja cuba juga selidik sejauh manakah kebenaran khabar angin itu, namun sudah namanya khabar angin, belum tentu betul.

Kita ketahui gosip Marsha bersama Keifli nampaknya lebih menjadi bualan berbanding pencapaiannya dalam bidang nyanyian. Marsha pula sedaya upaya menyembunyikan kesahihan cerita sedangkan banyak mata memandang dan telinga mendengar. Biasalah kalau sudah jadi insan seni, inilah harga yang perlu dibayar Marsha. Terutamanya membabitkan soal peribadi, tentulah dikorek orang.
Khabarnya juga Marsha masih dengan jejaka comel, Keifli tapi mereka tak mahu hubungan cinta diketahui umum. Maklumlah banyak hati yang kena jaga, apatah lagi mereka juga berbeza agama. Bagi Raja, apalah yang nak disorok-sorokkan, lambat laun akan diketahui ramai.
Mengenai hubungan baik dengan Rizal AF5, Raja diberitahu sekadar gosip biasa yang mahu menutup hubungan intim Marsha dengan Keifli. Hai, ada ke macam tu? Tapi Raja percaya sikap Marsha yang manja dan ramah membuatkannya mudah didekati orang.

Tapi, kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. Khabarnya ada peminat yang terserempak dengan Marsha dan Rizal AF5 di sebuah pusat beli-belah. Tak tahulah barangkali Marsha sudah beralih hati pada jejaka tinggi lampai dan kacak itu. Apapun Raja tak kisah, sebab Rizal bukanlah tunangan atau suami orang.

Marsha berhak membuat pilihan hidupnya. Dengan siapa nak berkawan, dia berhak menentukannya. Kalau dengan Rizal, Raja rasa sama cantik, sama padan.

RAJA: Berkawan biar seribu, berkasih hanya satu.


Last edited by on 10/12/2007, 9:15 am; edited 2 times in total
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12173
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Siapa Cinta Marsha?.. Empty
PostSubject: Re: Siapa Cinta Marsha?..   Siapa Cinta Marsha?.. Icon_minitime3/12/2007, 12:26 am

Keifli AF akui intim dengan Marsha
Oleh Zubir Mohd Yunus
zubirintip@bharian.com.my

SEDIKIT masa lalu, dalam ruangan ini, ada menulis mengenai gosip cinta membabitkan dua bintang kelahiran Akademi Fantasia 3 (AF3) - Keifli dan Marsha Milan Londoh. Dari cerita itu, mereka berdua dilihat intim dan berpegangan tangan apabila keluar dari sebuah restoran makanan segera. Tapi, belum ada sebarang pengakuan daripada Keifli mahupun Marsha berhubung gosip berkenaan.

Hujung minggu lalu ketika Zubir menghadiri majlis Aidilfitri anjuran Azwan Ali di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya, Zubir bertemu Keifli dan kesempatan itu tidak dilepaskan begitu saja apabila Zubir terus membawa Keifli ke suatu sudut dan bertanyakan kepadanya mengenai kesahihan gosip cinta dirinya dan Marsha.

“Baiklah, daripada perkara ini terus disensasikan dan menjadi buah mulut orang, biarlah saya berterus-terang. Memang, antara saya dan Marsha, kami berkawan rapat. Itu saya tak dapat nafikan. Tapi, dakwaan mengatakan kami bercinta, itu tidak benar kerana kami tidak pernah berbicara mengenai cinta.
“Saya dan Marsha lebih selesa berkawan baik dari membabitkan sebarang perasaan cinta. Apabila berkawan baik, perhubungan itu lebih bertahan lama, orang kata tak ada masa nak cemburu. Lagipun karier seni saya dan Marsha baru saja nak berkembang. Kami tidak mahu cita-cita kami berkubur begitu saja gara-gara cinta.
“Kami percaya kepada jodoh. Andai kata jodoh kami kuat, tak ke mana perginya. Abang Zubir percayalah, buat masa ini hubungan saya dan Marsha telus sebagai kawan, cinta-cinta ni belum masanya lagi. Perjalanan kami dalam dunia seni ni masih jauh. Saya harap orang di luar saja tolonglah faham dan tidak mensensasikan perhubungan kami,” kata Keifli berterus-terang.

Komen Zubir mudah saja, kalau dah berkawan, dah kenal hati budi masing-masing, apabila tiba masa jangan tunggu lama-lama, buatlah sesuatu yang dituntut agama. Insya-Allah, niat yang baik akan dirahmati.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12173
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Siapa Cinta Marsha?.. Empty
PostSubject: Re: Siapa Cinta Marsha?..   Siapa Cinta Marsha?.. Icon_minitime3/12/2007, 7:33 pm

pandai2 lah dorg kasi adjust tu..
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12173
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Siapa Cinta Marsha?.. Empty
PostSubject: Re: Siapa Cinta Marsha?..   Siapa Cinta Marsha?.. Icon_minitime10/12/2007, 9:24 am

Marsha, Keifli memang intim

zubirintip@bharian.com.my



Dua artis realiti TV nafi hubungan cinta, akui 'teman tapi mesra'

Kunjungan daripada pasangan bintang AF3 yang sedang hangat dengan gosip cinta mereka, Marsha dan Keifli. Ini baru gentleman, Keifli tidak menyembunyikan hubungan intimnya dengan Marsha. Kini, sudah sah, mereka berdua memang bercinta, oops!
“Abang Zubir ni sakit-sakit pun nak bergosip. Tapi, apalah salahnya saya datang dengan Marsha, dia kawan baik saya. Janganlah kata kami bercinta, tak best, lah bang! Teman rapat, yes! Macam yang pernah saya katakan sebelum ini, kalau berkawan baik ini, lebih lasting, boleh kekal lama persahabatan itu, berbeza dengan bercinta, banyak dugaan dan cabarannya.

“Alhamdulillah, bagi saya dan Marsha, kami lebih selesa berkawan baik seperti hari ini,” kata Keifli berterus-terang.

Selepas mendengar penjelasan daripada Keifli, Zubir terus bertanya pada Marsha, bagaimana pula gosip cintanya dengan Rizal AF5 yang dikatakan sudah mula berputik? Mereka juga dikatakan pernah dilihat berdua-duaan di sebuah pusat beli-belah, baru-baru ini.

“”Itu yang saya hairan, macam mana tiba-tiba saja nama Rizal boleh muncul. Padahal, saya tak pernah keluar dengannya. Saya juga sudah menghubungi Rizal, bertanya kepadanya, bagaimana gosip seumpama ini boleh timbul. Dia (Rizal) pun pelik. Macam inilah Abang Zubir, terus-terang saya katakan, saya tak ada apa-apa hubungan istimewa dengan Rizal, dengan Keifli pula, memang kami berkawan rapat,” kata Marsha pula.

Zubir pula tidak melepaskan peluang bertanyakan perihal Marsha dan Keifli yang dikatakan berpegangan tangan selepas keluar dari restoran makanan segera, baru-baru ini.

“Bila dan restoran mana tu saya tak berapa ingat bang, tapi saya akui, ketika kami berjalan keluar, kami melintas jalan. Saya pimpin tangan Marsha, itu saja. Cukuplah Abang Zubir, janganlah gosip lagi, rehatlah,” kata Keifli sambil Marsha duduk mesra di sisinya.
Zubir hormati penjelasan Keifli dan Marsha yang menafikan mereka tidak bercinta, sebaliknya berkawan rapat. Tak mengapalah, mungkin di mulut saja kata berkawan rapat, tapi dalam hati, mereka berdua saja yang tahu. Sepanjang Marsha dan Keifli berada di sisi Zubir, ‘eye and body contact’ mereka memang macam tengah hangat bercinta, mesra tu! Zubir doakan mereka bahagia.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12173
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Siapa Cinta Marsha?.. Empty
PostSubject: Re: Siapa Cinta Marsha?..   Siapa Cinta Marsha?.. Icon_minitime10/12/2007, 9:42 am

Siapa Cinta Marsha?.. 114
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
Sponsored content




Siapa Cinta Marsha?.. Empty
PostSubject: Re: Siapa Cinta Marsha?..   Siapa Cinta Marsha?.. Icon_minitime

Back to top Go down
 

Siapa Cinta Marsha?..

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: