SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Selepas Kat, kini Ejad Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Selepas Kat, kini Ejad Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Selepas Kat, kini Ejad

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12165
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Selepas Kat, kini Ejad Empty
PostSubject: Selepas Kat, kini Ejad   Selepas Kat, kini Ejad Icon_minitime4/12/2007, 4:05 pm



Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

SEBAGAI artis senior dalam industri hiburan tanah air, nama penyanyi otai, Hattan sudah pasti tidak terlepas daripada cerita perkembangan seni mahupun gosip.






Penyanyi kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang popular dengan lagu Rendang Tak Berbuah, Biso Bonar dan Memburu Rindu itu turut menjadi bualan pemerhati dan peminat industri hiburan tanah air apabila kerap berdampingan dengan artis muda.

Segalanya bermula dengan perhubungan intim dengan penyanyi Faradhiya diikuti kemesraannya dengan bintang realiti, Siti Khadijah Hassan atau Kat (Mentor) dan terbaru bersama pelakon muda yang semakin menyinar, Siti Elizad Mohd Sharifudin atau lebih mesra disapa Ejad.

Menguatkan hujah itu apabila Ejad sendiri tampil membuat kenyataan di akhbar, malah tanpa berselindung mengakui 'berkawan' dengan Hattan.

Mengulas perkara itu, Hattan yang mengenali Ejad beberapa tahun lalu mengakui kerap meluangkan masa bersama pelakon itu ditemani anaknya, Adam.

"Setiap kali keluar dengannya, Adam pasti ada sama. Adam memanggilnya Auntie Ejad. Dia memang rapat dan sangat mesra dengan Adam.

"Saya pula suka dengan sikap rendah diri, pemalu dan lucu yang dimilikinya. Paling saya minat mengenainya ialah apabila melihat dia mengenakan kasut jenama Converse.

"Perkenalan kami bermula ketika sama-sama membintangi filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang dua tahun lalu. Sejak dari situ, hubungan kami mula rapat.

"Buat masa ini, memang kami berkawan. Dia pula sentiasa meminta nasihat daripada saya mengenai lakonan atau penampilan di layar seni," katanya.

Mengenai perjalanan seninya, Hattan berkata beberapa proses merakamkan album terbaru giat dijalankan dengan kerjasama Joe Wings, biarpun tidak mensasar tahap pencapaian dalam penjualan album.


Sebaliknya, album yang lebih terarah kepada genre blues itu dibuat atas kehendak nalurinya yang cuba mencari kepuasan diri dalam berkarya.


Begitupun, dia turut meluahkan kekecewaan terhadap perkembangan industri hiburan tanah air yang bersikap 'menganak tiri' artis tempatan.

Malah sikap diskriminasi terhadap artis tempatan dapat dilihat sendiri apabila artis yang mahu menjayakan konsert sukar mendapat tajaan daripada syarikat besar. Sebaliknya peluang itu banyak diberikan kepada artis luar walaupun artis berkenaan tidak mempunyai nama.

"Bilangan artis luar yang masuk ke negara sudah begitu ramai, membayangkan Malaysia kekurangan produk sendiri. Jika keadaan ini berterusan ia akan membunuh industri kerana pastinya label rakaman takut untuk menghasilkan produk baru," katanya.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

Selepas Kat, kini Ejad

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: