SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Proton perlukan teknologi terkini Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Proton perlukan teknologi terkini Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Proton perlukan teknologi terkini

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12143
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Proton perlukan teknologi terkini Empty
PostSubject: Proton perlukan teknologi terkini   Proton perlukan teknologi terkini Icon_minitime27/12/2007, 10:22 am




Oleh Abdul Halim Yusoff
[url=mailto://][/url]



Kereta nasional wajar buktikan iltizam jitu, bukan jual model murah

KOMITMEN Proton baru-baru ini menerusi jaminan untuk menyerahkan kereta popular, Persona yang ditempah dalam tempoh tidak lebih satu setengah bulan mulai tahun depan adalah perkembangan sangat positif.

Ketika minat pengguna tempatan sudah kembali kepada kereta nasional, peluang itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan memuaskan hati mereka menerusi penghantaran kereta yang berkualiti dalam tempoh yang cepat.

Sesudah tidak jadi bergabung dengan Volkswagen (VW), pertaruhan Proton sekarang adalah pada model baru dan segar seperti Persona dan beberapa model lagi yang akan diperkenalkan termasuk model gantian Saga awal tahun depan dan model MPV yang kini menjadi kegilaan rakyat, menjelang 2009.

Keupayaan pengeluar kereta nasional terus tampil dengan produk segar dan berkualiti menjadi pertaruhan utama ikhtiar hidup Proton mendepani cabaran globalisasi dan pasaran yang sangat kompetitif.

Sementara ramai yang berasakan langkah pembatalan Proton-Volkswagen sebagai terbaik demi memastikan syarikat kereta nasional kekal milik syarikat tempatan, sebahagian besar lagi berasa sedih kerana berpendapat peluang Proton memasuki pasaran global dengan lebih pantas kini terbantut.

Mereka juga bimbang, kegagalan penggabungan, iaitu trend semasa industri bermakna rakyat tempatan akan terus disogokkan dengan kereta 'entry level' separa kualiti, rekaan lama dan isu rendah kualiti binaan seperti tidak pernah kunjung padam.

Mereka yakin jika penggabungan itu dilaksanakan, rakyat akan mendapat kereta berkualiti binaan VW yang diletak lambang Proton pada harga lebih rendah.

Bagi mereka yang menyokong pembatalan cadangan penggabungan itu, perkiraan mereka adalah lebih baik Proton kekal sendiri daripada terbabit dalam 'perkahwinan' yang tidak bahagia. Meskipun tahap ukuran bahagia, sentiasa boleh diperdebatkan, ramai berpendapat maruah lebih penting daripada material.

Tetapi, ramai juga yang menyatakan maruah tidak boleh membawa ke mana tanpa disandarkan dengan kekuatan material dan ilmu (teknologi).

Alasan utama rancangan itu dibatalkan ialah permintaan yang dikatakan tidak munasabah dan melampau VW untuk merealisasikan penggabungan itu. Sumber yang rapat dengan janji niaga itu menjelaskan antara permintaan VW ialah:
  • Menguasai 23 peratus kepentingan Proton Holdings Bhd berserta dengan kawalan pengurusan;

  • Diberikan opsyen beli bagi kepentingan tambahan dalam syarikat jika ada penjualan lagi pada masa depan;

  • Hak memilih dan membangunkan kumpulan vendor/pembekalnya sendiri;

  • Subsidi kerajaan dalam program pembangunan vendornya, dan

  • Jaminan keuntungan Proton daripada Khazanah selepas penjualan saham

    Ketika kerajaan mengumumkan pembatalan rancangan penggabungan itu bulan lalu, banyak pihak terkejut dan pelabur memberi reaksi negatif yang diterjemahkan dengan penurunan harga saham Proton.

    Pengumuman itu umpama antiklimaks kerana penggabungan kelihatan sudah terlalu hampir menjadi realiti. Sumber memberitahu, pengurusan Proton berjaya meyakinkan kerajaan pada saat akhir bahawa penggabungan itu tidak memenuhi aspirasi negara kerana ia tidak sepatutnya menguntungkan sebelah pihak manakala pihak satu lagi diperlekehkan dan perlu ditelanjangi seperti 'pelacur'.

    Justeru, dalam pengumuman pembatalan rancangan penggabungan, Khazanah Nasional Bhd yang menguasai 43 peratus kepentingan menjelaskan penggabungan tidak lagi perlu kerana keadaan di Proton bertambah baik dan pihak pengurusan perlu dibenar meneruskan rancangan pemulihan.

    Sejajar dengan peningkatan jualan yang ditunjukkan Proton, (terutama model Persona yang mencatat tempahan hampir 24,000 unit hingga kini selepas dilancarkan pada pertengahan Ogos), kerajaan berpendapat tiada keperluan lagi untuk mencari rakan kongsi bagi memperteguhkan syarikat pengeluar kereta nasional pertama itu.

    Bagaimanapun, bagi pemerhati dan peserta industri keputusan sebegitu tidak berapa baik dalam jangka panjang. Seorang penganalisis permotoran di firma pembrokeran asing yang enggan dikenali kerana sensitiviti perniagaan apabila memberi pandangan ikhlas, berkata kedudukan Proton sekarang tidak memungkinkannya meminta lebih daripada syarikat gergasi seperti VW yang boleh menawarkan teknologi, platform model kenderaan dan akses pasaran.

    "Teknologi dan evolusi industri automotif terlalu pantas bergerak, berintensif modal dan perlukan pasaran besar. Justeru, jika kita sedar kita masih lemah, kita perlu rakan yang berkeupayaan," katanya.

    Bagaimanapun, pandangan beliau disanggah Presiden Persatuan Vendor Proton (PVA), Dr Wan Mohamed Wan Embong yang yakin Proton mempunyai segala resipi yang diperlukan untuk berjaya. Antara sandaran utama ialah penembusan ke pelbagai pasaran eksport baru yang penting seperti China, Iran, Indonesia dan terbaru Thailand.

    Janji niaga dengan China umpamanya adalah paling manis, apabila Proton akan mengeksport 30,000 unit GEN.2 yang dijual dengan jenama pengeluar China serta rancangan keseluruhan memasang 80,000 model itu di negara terbabit menjelang 2012 dalam urus niaga bernilai RM4 bilion.

    "Proton juga mempunyai peluang sangat baik di Thailand. Pengguna di sana sudah beralih daripada trak pikap kepada kereta penumpang sejajar perubahan taraf hidup.

    "Satria Neo akan menjadi pilihan golongan muda yang semakin sofistikated, yang lebih mementingkan produk gaya hidup dan prestasi," katanya sambil menambah penekanan kepada pasaran baru muncul sebagai destinasi eksport akan memacu Proton ke kemuncak kejayaan baru berbanding tumpuan eksport ke pasaran matang seperti sebelum ini.

    Wan Mohamed berkata, falsafah operasi Proton dan VW yang berbeza adalah punca kepada kegagalan rundingan penggabungan. Selain itu, tiada sebab kenapa Proton terlalu perlukan VW. Rakyat Malaysia perlu menyelami kembali tujuan Proton diwujudkan.



    Kini pengurusan Proton sudah membentangkan kepada kerajaan rancangannya kembali bertapak kukuh dan mereka diberi masa untuk memenuhi pelan rancangan itu. Jika Proton berjaya, semua rakyat akan tumpang bangga, tetapi jika gagal 'drama' rundingan penggabungan seperti ini akan berulang lagi.

    Ini adalah kali ketiga pemegang saham utama memberi peluang kepada pengurusan Proton untuk membaiki keadaan dan rancangan penggabungan ditamatkan, selepas tawaran daripada Ford enam tahun lalu dan VW pada 2004 turut ditamatkan.

    Rakyat Malaysia patut memberikan peluang kepada pengurusan Proton, memandangkan kita dapat lihat iltizam jitu untuk bertambah baik dan hasilnya sudah kelihatan pada peningkatan jualan terutama dijana model Persona.

    Proton tidak boleh membiarkan usahanya itu digagalkan oleh pembekal komponen tidak bermutu. Justeru, langkah tegas mesti diambil bagi mendisiplinkan mereka. Proton juga tidak boleh lagi bersaing dengan menjual kereta termurah di pasaran, tetapi kereta Proton hendaklah dilengkapkan teknologi terkini seperti yang dibuat pengeluar lain di seluruh dunia.

    Sekarang, keputusan sudah dibuat dan mereka yang sebelum ini berharapkan memandu Proton-Passat (gantian Perdana) atau Proton-Golf (gantian Waja) pada harga patut perlu melupakan dulu harapan itu.

    Sebaliknya, kita perlu mengharapkan Proton tampil segera dengan model baru yang lebih canggih dan dilengkapkan enjin Campro VVT (timing injap berjujukan) yang lebih berkuasa dan menjimatkan minyak.
  • Back to top Go down
    http://tagged.com/yakuza_yakuza
    Satria Neo84
    SENIOR
    SENIOR
    Satria Neo84

    Age : 39
    location : Labuan
    Points : 12256
    Reputation : 0
    Number of posts : 834

    Proton perlukan teknologi terkini Empty
    PostSubject: Re: Proton perlukan teknologi terkini   Proton perlukan teknologi terkini Icon_minitime27/12/2007, 7:25 pm

    harap2 keta jenama malaysia menjadi pilihan utama kita.....
    bgus jg ada keta setanding ngan luar negara....
    x payah nk inport keta luar.....
    Back to top Go down
    napster
    MODERATOR
    napster

    Male
    Countries/State : Selangor
    Age : 39
    location : KLIA (hometown papar)
    Tag ID: : SFC 03920
    Points : 17208
    Reputation : 116
    Number of posts : 6364

    Proton perlukan teknologi terkini Empty
    PostSubject: Re: Proton perlukan teknologi terkini   Proton perlukan teknologi terkini Icon_minitime13/2/2009, 10:20 pm

    aku pakai proton sebab senang dpt part, bodykit pun bnyk.. Suspect
    Back to top Go down
    Mr.AZRIE
    JUNIOR
    JUNIOR


    Male
    Age : 36
    location : SANDAKAN, K.K
    Points : 11306
    Reputation : 0
    Number of posts : 112

    Proton perlukan teknologi terkini Empty
    PostSubject: Re: Proton perlukan teknologi terkini   Proton perlukan teknologi terkini Icon_minitime17/2/2009, 12:03 pm

    Very Happy keta malaysia pilihan rakyat malaysia..
    Back to top Go down
    bod_supersperm
    SUPERIOR
    SUPERIOR
    bod_supersperm

    Male
    Countries/State : Sabah
    Age : 42
    location : kota kinabalu sabah
    Tag ID: : SFC 03551
    Points : 13753
    Reputation : 6
    Number of posts : 2276

    Proton perlukan teknologi terkini Empty
    PostSubject: Re: Proton perlukan teknologi terkini   Proton perlukan teknologi terkini Icon_minitime28/5/2009, 9:58 pm

    keta Malaysia=keta luar yang diklon, dan di pasang di Malaysia..
    semua pun engine Magma, Campro,Daihatsu dll.......bila lagi ni mau buat engine sendiri...Malaysia ku makmur bahagia Very Happy
    Back to top Go down
    http://www.redsunmotorclub.com
    Sponsored content




    Proton perlukan teknologi terkini Empty
    PostSubject: Re: Proton perlukan teknologi terkini   Proton perlukan teknologi terkini Icon_minitime

    Back to top Go down
     

    Proton perlukan teknologi terkini

    View previous topic View next topic Back to top 

     Similar topics

    +
    Page 1 of 1

    Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
    SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: SIOLOON AUTO CHIT CHAT-
    Jump to: