SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
carta gosip 2007 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
carta gosip 2007 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 carta gosip 2007

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12173
Reputation : 1
Number of posts : 4411

carta gosip 2007 Empty
PostSubject: carta gosip 2007   carta gosip 2007 Icon_minitime2/1/2008, 3:57 pm

[url=mailto://][/url]

Pelbagai kisah sensasi dan kontroversi membabitkan artis popular dan penggiat seni menghiasi kemeriahan industri hiburan tanah air sepanjang tahun

HANYA sehari saja lagi 2007 bakal melabuhkan tirainya. Pelbagai kisah sensasi dan kontroversi menyelubungi industri hiburan sepanjang tahun ini. Zubir sempat menyorot beberapa kisah panas dunia artis yang pernah dipaparkan menerusi ruangan ini untuk dijadikan tatapan dan renungan bersama agar insiden berkenaan tidak berulang lagi pada kalendar 2008.

juara

ZUBIR yakin kebanyakan media cetak dan elektronik yang memaparkan carta sensasi dan kontroversi artis sepanjang 2007, kisah cinta tiga segi antara Hans Isaac, Erra Fazira dan Engku Emran layak menduduki tangga teratas kategori kontroversi paling hangat dan popular tahun ini. Namun, Erra akhirnya memilih Emran sebagai teman hidupnya apabila mereka bernikah pada 25 Oktober lalu. Hans pula cuba mencari cinta barunya bersama Fasha Sandha, namun niatnya tidak kesampaian apabila mereka kini sekadar teman artis saja.



naib juara

Gambar aksi cium mulut membabitkan pasangan kekasih Ashraf Sinclair dan aktres Indonesia, Bunga Citra Lestari yang berjaya dirakamkan jurugambar paparazzi di Pantai Dreamland, Bali ketika pasangan berkenaan bercuti, tersebar meluas di Internet. Gara-gara insiden itu, Ashraf dikecam hebat sehingga memaksa dia meminta maaf secara terbuka pada satu sidang media khas. Namun, Ashraf mengaku kepada Zubir, perbuatan (cium mulut) itu bukan dilakukan mereka secara suka-suka, sebaliknya dengan penuh perasan cinta, kasih dan sayang!





ketiga

Pengacara, pelakon dan penyampai popular radio Era FM, Linda Onn menggegarkan industri hiburan tempatan apabila dia mengambil keputusan untuk tidak muncul sebagai pengacara bersama ketika sesi ‘Live from the Red Carpet’ pada Anugerah Akademi ke-79 di Kodak Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, 26 Februari lalu. Linda membuat keputusan itu selepas mendapat arahan daripada pihak atasan yang tidak membenarkannya mengenakan pakaian rekaan Jovian Mandagie pada majlis berprestij itu.

keempat

Bekas bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Wan Nurul Zhana Wan Mohd, 23, atau Zhana mencetuskan kontroversi awal pada konsert pertama program realiti berkenaan apabila dia mengambil keputusan menarik diri dari AF5. Difahamkan Zhana berbuat begitu selepas tertekan apabila isu penyebaran gambar aksi panasnya tersebar menerusi Internet dipercayai dihasilkan menerusi teknik pertindihan imej oleh pihak tidak bertanggung jawab. Mulai 1 Jun lalu, Zhana bertugas sebagai penyampai radio di Suria FM.

kelima

Keberanian Aktres Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19), Sharifah Amani yang membotakkan kepala ketika menjayakan wataknya menerusi filem terbaru arahan Yasmin Ahmad, Muallaf menerima padah apabila dia dikritik hebat oleh pakar agama, masyarakat dan pemerhati dunia hiburan. Pun begitu, Amani mengambil keputusan berdiam diri dengan tidak memberikan sebarang komen mengenai kontroversi itu. Zubir sendiri mempunyai pengalaman berdepan dengan Amani ketika isu itu sedang hangat diperkatakan apabila dia enggan memberi komen.

keenam

Ratu rock Malaysia, Ella bersama kakaknya, Jojie akhirnya membuat laporan polis apabila diri mereka dikaitkan dengan penyebaran klip video lucah secara meluas di Internet. Zubir difahamkan, aksi tidak senonoh itu dilakukan dalam sebuah kapal pelayaran mewah. Ella dan Jojie bimbing fitnah itu akan berlarutan sehingga mengganggu reputasi mereka tanpa pemantauan pihak berkuasa.

ketujuh

Pengacara mulut laser, Azwan Ali ‘mengamuk’ dalam rancangan Melodi TV3 gara-gara tulisan segelintir wartawan hiburan (bukan kumpulan NSTP) yang mengecam hebat dirinya selepas berlaku perselisihan faham dengan kawan baiknya sendiri, Sheila Rusly. Justeru, Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) mengeluarkan kenyataan rasmi dan meminta media massa mengambil tindakan terhadap Azwan termasuk supaya Azwan digam. Apapun, hubungan Zubir dengan Azwan tetap baik.

kelapan

Dua sahabat baik yang boleh dianggap seperti adik beradik - Ezlynn dan Siti Sarah kini bersikap dingin apabila Ezlynn mendakwa Sarah tidak muncul dalam satu persembahan yang diuruskan oleh Ezlynn Entertainment, sedikit masa lalu. Disebabkan kecewa dengan kenyataan media Sarah yang dianggap tidak bercakap benar, Ezlynn mengambil keputusan untuk mengheret Sarah ke mahkamah. Zubir harap isu ini dapat diselesaikan dengan segera demi kebaikan bersama.



kesembilan

Penyanyi, pengacara dan pelakon yang berasal dari Singapura, Roslan Shah mendakwa dirinya difitnah selepas tersiarnya artikel ‘Pengacara, penyanyi buat projek dalam tandas’. Roslan akhirnya tampil membuat penjelasan bahawa pengacara dan penyanyi yang dimaksudkan itu bukan dirinya, sekali gus mendakwa ada artis realiti yang menabur fitnah ke atas dirinya.

kesepuluh

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Itulah yang berlaku ke atas pelakon terkenal, Rosnah Mat Aris yang digam selama setahun oleh RTM selepas keterlanjuran kata-katanya menerusi rancangan Sensasi TV3, tidak lama dulu. Kenyataan Rosnah yang disiarkan secara langsung oleh program hiburan itu ternyata mengguris hati banyak pihak apabila ia membabitkan isu berkaitan agama.
kesebelas

Model jelita, Natasha Hudson yang dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) menerusi filem Chermin menerima ‘hukuman’ daripada pihak media apabila dia diboikot sekumpulan wartawan hiburan dalam satu majlis memperagakan barangan kemas selepas dia tidak membenarkan wartawan membuat liputan pada majlis perkahwinannya sedikit masa lalu. Malah, kawan Zubir yang hendak buat liputan majlis itu juga tidak dibenarkan melihat majlis itu.


keduabelas

Pasangan bercinta, Intan Ladyana dan Kevin Zahri kesal selepas gambar mereka dimanipulasi pihak tidak bertanggung jawab apabila mengaitkannya dengan adegan rancang. Intan yang kini menempa nama menerusi drama Jelatang, mengaku kepada Zubir menerusi ruangan Jom Semuka, bahawa ada beberapa keping gambar dia dan Zahri dimuatkan dalam laman ‘frenster’, namun salah satunya diselitkan gambar orang lain yang mirip wajahnya.

ketigabelas

Selepas menduduki kerusi pengacara Akademi Fantasia dari musim pertama hingga kelima, akhirnya pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi membuat keputusan melepaskan jawatan berkenaan. Ini bermakna, pada musim keenam nanti, ada muka baru yang akan tampil menggantikan tempat Aznil. Zubir dengar cerita, nama Fauziah Datuk Ahmad Daud, AC Mizal dan Zainal Alam Kadir disebut-sebut menjawat posisi itu.


keempatbelas

Misha Omar dan Norman KRU pernah bersikap dingin apabila Misha dikatakan gagal menghadirkan diri dalam satu pertunjukan korporat yang diaturkan oleh KRU Berhad. Isu berkenaan bertambah panas apabila masing-masing dengan pendirian membuat kenyataan menerusi Melodi TV3. Pun begitu, Misha dan Norman sudah pun berdamai apabila bertemu dalam majlis ulang tahun ke-50 Berita Harian, baru-baru ini.

kelimabelas

Gambar mesra pelakon jelita, Rita Rudaini dengan kekasihnya, bintang bola sepak remaja, Aidil Zafuan Abdul Razak di Genting Highlands yang tersebar menerusi Internet, sekali gus menjawab kisah cinta mereka apabila belum ada sebarang pengesahan daripada mereka berdua selama ini. Pun begitu, sehingga saat ini Rita masih membuat pengakuan kepada Zubir bahawa mereka sekadar teman tapi mesra.

keenambelas

Selepas lebih lapan tahun bersama Skop Productions, Abby Abadi baru-baru ini mengumumkan pengundurannya dari siri kepolisan popular, Gerak Khas dengan watak sebagai Inspektor Aleeza. Datuk Yusof Haslam dalam kenyataannya ketika ditemubual Zubir menerima keputusan Abby dengan hati terbuka. Namun, Zubir dengar cerita, pelakon yang popular dengan drama Susuk, Dynas disebut-sebut menggantikan tempat Abby.

ketujuhbelas

Hero Anak Halal, Farid Kamil mengumumkan kepada media, dia sudah pun putus cinta dengan Irma Hasmie selepas sekian lama menyemai kasih. Sebelum ini teropong Zubir memberitahu, hubungan Farid dan Irma sudah lama bergolak, namun semakin memuncak apabila Irma mendapat tahu Farid keluar menonton wayang dengan gadis lain tidak berapa lama dulu.

kelapanbelas

Selepas tiga tahun bercinta, Pierre Andre dan pasangannya, Norliana Samsudin atau Yana akhirnya berpisah selepas Yana mendapat tahu Pierre sudah ada cinta baru. Pun begitu, mereka kini kembali berkarya dalam satu bumbung apabila Yana diangkat sebagai pengarah wanita termuda memberi sentuhan pertamanya menerusi filem Selamat Pagi Cinta!, manakala Piere bertindak sebagai penulis skrip dan pelakon.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

carta gosip 2007

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: