SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pasukan khas siasat kes samun Wan Zaleha Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pasukan khas siasat kes samun Wan Zaleha Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Pasukan khas siasat kes samun Wan Zaleha

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12173
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Pasukan khas siasat kes samun Wan Zaleha Empty
PostSubject: Pasukan khas siasat kes samun Wan Zaleha   Pasukan khas siasat kes samun Wan Zaleha Icon_minitime8/1/2008, 4:33 pm




Oleh Nahar Tajri
[url=mailto://][/url]





KUALA LUMPUR: Satu pasukan khas diketuai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields ditubuhkan bagi menyiasat kes culik dan samun bekas personaliti TV3 Wan Zaleha Radzi di Pusat Bandar Damansara, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Ku Chin Wah, berkata pasukan khas diketuai sendiri Ketua Siasatan Jenayah Brickfields, Deputi Superintendan Jude Pereira bermula semalam.

“Berdasarkan siasatan awal kumpulan penjenayah itu mungkin masih baru dan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan lain yang melakukan kegiatan sama.

“Kita berharap akan dapat menyelesaikan kes ini secepat mungkin. Buat masa ini belum ada sebarang tangkapan dan polis sedang mengesan penjenayah terbabit,” katanya dihubungi di sini, semalam.

Semalam akhbar kumpulan NSTP melaporkan, personaliti itu atau nama sebenarnya, Wan Nor Zaleha Ahmad Radzi diculik sekumpulan tiga lelaki ketika sedang berjalan menghala ke keretanya.

Tiga lelaki itu pada mulanya menahan beliau dan berpura-pura meminta menunjukkan kad pengenalan sebelum menolaknya ke dalam sebuah kereta dan diculik kira-kira tiga jam sebelum ditinggalkan di depan Masjid Puchong Perdana kira-kira jam 12 malam.

Mangsa yang pada mulanya menyangka lelaki itu polis, tidak melawan lalu ditolak ke dalam kereta dan dipaksa menyerahkan kunci kereta dan dompet serta mengugutnya supaya tidak membuat bising.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields dilaporkan berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Puchong Perdana.

“Suspek berusia antara 20-an dan 30-an dan polis sedang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan,” katanya.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

Pasukan khas siasat kes samun Wan Zaleha

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: