SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Adam berang didakwa gay Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Adam berang didakwa gay Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Adam berang didakwa gay

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12153
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Adam berang didakwa gay Empty
PostSubject: Adam berang didakwa gay   Adam berang didakwa gay Icon_minitime15/1/2008, 9:40 am

Adam berang didakwa gay


Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
[url=mailto://][/url]



EPISOD kontroversi yang menimpanya berturut-turut tahun lalu membuatkan penyanyi muda yang bakatnya dicungkil daripada program realiti Akademi Fantasia Musim Kedua (AF2) ini lebih berhati-hati merentasi ranjau dunia seni.

Jika dia hanyalah Mohd Aizam Mat Saman, 25, mungkin tiada orang akan mempedulikan apa saja perkara dilakukannya. Tetapi apabila Mohd Aizam atau mahu dikenali sebagai Adam memilih untuk menjadi anak seni, dia terpaksa akur apabila hak peribadi dicerobohi.

Tambah merimaskan kisah peribadinya turut menjadi mainan media dan seterusnya mencetuskan kontroversi. Silap langkah, kerjayanya yang mekar dibina selama lebih dua tahun boleh terjejas.

“Kalau boleh saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan kontroversi pada 2008. Dalam perjalanan seni, kita memang tidak dapat mengelakkan kontroversi. Pada mulanya agak tertekan juga, tetapi bila memikirkan kembali bukannya rezeki makin tertutup sebaliknya lebih murah walaupun banyak dugaan menimpa, memberikan sedikit kekuatan kepada saya,” katanya.

Kontroversi membabitkan penyanyi yang popular dengan lagu Joget Lambak itu tercetus apabila keluarga angkatnya membuat aduan di akhbar mengenai kehilangannya. Disusuli dengan masalah disiplin dan kisahnya tidak hadir ke majlis yang diundang sehingga mengakibatkan KRU membatalkan kontraknya.

Jelas Adam, memang ketika itu dia belum menandatangani sebarang kontrak dengan KRU. Selepas kontroversi melanda, terus saja kontrak bersama KRU ditandatangani. Jadi katanya tidak benarlah jika ada yang berkata hubungannya dengan KRU bergolak.
“Alhamdulillah semua masalah yang melanda saya sudah berjaya ditangani. Saya tidak menghadapi masalah disiplin, sebenarnya masalah itu tercetus kerana percanggahan jadual antara saya dan KRU. Sekarang kami akan pastikan untuk merancang bersama jadual saya sebulan lebih awal,” katanya.

Paling menyakitkan hati, apabila ada yang menuduh dirinya gay. Malah, sehingga ke hari ini masih ada lagi yang menuduh Adam meminati golongan sejenis. Jika benar tuduhan itu, pinta anak muda ini agar ditunjukkan bukti yang dapat mengukuhkan tohmahan yang dilemparkan padanya.

“Jika benar saya gay, tentu saat ini saya malu untuk tampil menonjolkan muka di khalayak ramai. Memang susah nak menepis tuduhan orang, malah sehingga ke hari ini masih ada lagi orang yang menuduh saya gay.

“Apa pun saya sematkan dalam diri satu prinsip. Berani kerana benar, takut kerana salah. Hanya yang dapat saya lakukan adalah bertenang menghadapi semua ini,” katanya yang akan kembali bersama Esdco.
Esdco dianggotai Aico, Byco dan Zeco yang bernaung di bawah syarikat Adam. Kumpulan yang ditubuhkan sejak lapan tahun lalu berhasrat untuk menerbitkan album berentak dance agresif.

Menurut Adam, irama itu diketengahkan kerana melihatkan genre sedemikian semakin lenyap selepas KRU, Nico dan 4U2C yang tidak lagi aktif.

Pernah memenangi anugerah Vokal Duo Terbaik pada Anugerah Era 2004 dan Pelakon Lelaki Pilihan SMS Popular di Festival Filem Malaysia ke 19, pada 2006. Nama Adam tahun ini sekali lagi tidak ketinggalan tercalon di dalam senarai pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2007).

Dia tercalon bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular, bersaing dengan nama besar seperti Mawi, Hattan, Zahid, Nassier Wahab serta ramai lagi. Bagaimanapun, langsung tidak pernah terlintas di fikirannya mengungguli carta itu.

“Tercalon sebagai Top 5 pun memadai. Ini adalah sebuah pertandingan, menang atau kalah adalah adat. Saya menganggap penganjuran sesebuah anugerah sebagai sebuah aktiviti sihat. Hanya satu saja harapan saya di dalam bidang yang diceburi untuk menyajikan buah tangan menghiburkan buat peminat,” ujarnya.

Nama: Mohd Aizam Bin Mat Saman

Nama komersial: Adam

Asal: Kota Kinabalu, Sabah

Tarikh lahir: 19 September 1983.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12173
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Adam berang didakwa gay Empty
PostSubject: Re: Adam berang didakwa gay   Adam berang didakwa gay Icon_minitime15/1/2008, 8:37 pm

muka memang ada ciri2 kaum gay ni lah..
tapi tidak tahu lah betul ka tidak dia ni gay.. Suspect
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14734
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Adam berang didakwa gay Empty
PostSubject: Re: Adam berang didakwa gay   Adam berang didakwa gay Icon_minitime17/1/2008, 6:42 pm

rasanya gay tu tidaklah nampak sangat... tapi cuma nampak dia ni pemalu macam perempuan... hahahha
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12153
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Adam berang didakwa gay Empty
PostSubject: Re: Adam berang didakwa gay   Adam berang didakwa gay Icon_minitime17/1/2008, 10:20 pm

Ni gossip jak , tak tau lagi kesahihannya dont

jom minum RGC :star:
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12053
Reputation : 0
Number of posts : 737

Adam berang didakwa gay Empty
PostSubject: Re: Adam berang didakwa gay   Adam berang didakwa gay Icon_minitime17/1/2008, 11:02 pm

macam ciri2nya tu ada juga la...tapi sa rasa indak juga mangkali ba.. What a Face
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
arep
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
arep

Male
Age : 38
location : Malaysia
Points : 12275
Reputation : 0
Number of posts : 1160

Adam berang didakwa gay Empty
PostSubject: Re: Adam berang didakwa gay   Adam berang didakwa gay Icon_minitime17/1/2008, 11:20 pm

kalo btol cam mane lak tue........ Suspect
Back to top Go down
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12173
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Adam berang didakwa gay Empty
PostSubject: Re: Adam berang didakwa gay   Adam berang didakwa gay Icon_minitime18/1/2008, 3:57 pm

tidak tau lah pulak.. dulu ceritanya dia ada sugar mummy lagi..
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 46
location : SU, SA, SB
Points : 12002
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Adam berang didakwa gay Empty
PostSubject: Re: Adam berang didakwa gay   Adam berang didakwa gay Icon_minitime19/1/2008, 3:32 am

Playboy I.B.U bah nie c ADAM..hahaha..klu gay nie nda pasti pula lah..tapi masa dia belum jadi artis..lurus jak dia nie..nda tau lah pula klu sudah tukar selera pabila sudah jadi artis..

apa2pun ADAM memang MANTAP kerana antara artis dari sabah yg berjaya..MANTAP!!?!! respek

Malaysia Boleh..SABAH TATAP!!?!!


Last edited by on 19/1/2008, 7:01 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
heytang
JUNIOR
JUNIOR
heytang

Male
Age : 41
location : kota kinabalu
Points : 12045
Reputation : 0
Number of posts : 171

Adam berang didakwa gay Empty
PostSubject: Re: Adam berang didakwa gay   Adam berang didakwa gay Icon_minitime19/1/2008, 4:27 am

aku pernah terjumpa adam ni di taj curry house dekat foh sang, okay juga la org ni steady jak naik kancil standard warna putih dia drive ngan cousin dia sama geng2 dia naik kereta kelisa modified baru balik clubbing kira2 pukul 12.30 malam, yg lawak dia kawan sebelah aku terkantoi, dia cakap " aik, ni urang macam muka adam, eh memang adam pula ahahaha" punya kuat suara member aku, malu gila wooo
Back to top Go down
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14734
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Adam berang didakwa gay Empty
PostSubject: Re: Adam berang didakwa gay   Adam berang didakwa gay Icon_minitime19/1/2008, 10:52 am

heytang wrote:
aku pernah terjumpa adam ni di taj curry house dekat foh sang, okay juga la org ni steady jak naik kancil standard warna putih dia drive ngan cousin dia sama geng2 dia naik kereta kelisa modified baru balik clubbing kira2 pukul 12.30 malam, yg lawak dia kawan sebelah aku terkantoi, dia cakap " aik, ni urang macam muka adam, eh memang adam pula ahahaha" punya kuat suara member aku, malu gila wooo

adoooi.. kembang bulu telinga aku kalau terkantoi macam ni... hahahahaha tapi setahu aku dari member , dia ni ok bah.. tahulah bila jadi artis ni. macam² hal org cakap.. A-Z org akan cari kesilapan..
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Sponsored content




Adam berang didakwa gay Empty
PostSubject: Re: Adam berang didakwa gay   Adam berang didakwa gay Icon_minitime

Back to top Go down
 

Adam berang didakwa gay

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: