SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3  Next
AuthorMessage
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:27 am

First topic message reminder :

Very Happy Akuminat cerita pendek tapi lawak... sambil minum2 red guara.. aku curahkan sikit.. lawak jenaka yang aku dapat dari website lain.... enjoy urself... wazzaaaaa....
Back to top Go down

AuthorMessage
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:48 am

Belajar 2x lebih cepat


Meng
Keong baru tiba dari Selatan China. Dia bercadang untuk belajar bahasa
tempatan dengan segera supaya mudah baginya untuk berkomunikasi dengan
rakyat tempatan.

Dia ke sebuah kedai buku dan menemui sebuah
buku bertajuk "Belajar Bahasa Melayu dalam masa sebulan sahaja". Dia
lantas mengambil dua buah buku itu. Taukeh kedai itu bertanya kepadanya
"Kenapa ambil dua buku yang sama? Satu lagi buku ini, untuk kawan
awakkah?"

"Ohh tidak, Saya cuma mahu mempelajarinya dalam masa dua minggu sahaja".
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:49 am

Kisah seram di KLCC


Kisah
benar ini berlaku di Menara KLCC yang menjadi kemegahan kini. Pernah
terjadi pada satu hari, waktu tu KLCC baru saja dibuka untuk kegunaan
ramai. Seorang pegawai yang bertugas lebih masa terpaksa tinggal di
pejabat keseorangan. Toleh kanan dah tak ada orang, toleh kiri pun dah
tak ada orang lagi, tengok jam di tangan dah pukul tiga lebih. Maka
lelaki ni pun bergegaslah untuk turun ke bawah. Kebetulan pula
pejabatnya di tingkat 40, kalau nak diikutkan time ni dah tak patut ada
orang lagi dah. Lelaki ni pun melangkah masuk ke lif. Tekan butang G,
tetiba saja lif bergerak laju naik ke atas. Lelaki ni mula tak sedap
hati. Sampai di tingkat 56, lif tiba-tiba berhenti. Berdegup kencang
jantung lelaki itu. Masuk sorang perempuan cantik, memang tak pernah
pun dilihat sebelum ni. Melangkah masuk saja diiringi dengan bau harum
semerbak. Dalam hati lelaki ni memang dah tak tenteram. Bau wangi ni
pun dah buat dia berfikir panjang. Lif turun semula menuju ke tingkat
bawah. Sampai saja ke tingkat 18 tetiba saja lif berhenti. Tetiba juga
lampu lif terpadam. lelaki ni mula panik. serentak itu juga ada bau
yang amat meloyakan tekak menusuk hidungnya. Tentu dapat di baca apa
yang terlintas di fikirannya. Beberapa saat kemudian lampu bernyala
semula. Dalam ketakutan, lelaki ini memberanikan diri menoleh ke
belakang ...............................

Dengan muka kemerahan, perempuan itu berkata "he...he....he..... maafkan saya. Tadi saya terkentut"
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:49 am

Terlupa makan ubat....?


Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat
Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...
Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun..kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.
Udin: Ubat apa ?
Isteri: Ubat tidur.
Udin: @#%^#^????
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:50 am

Masalah pendengaran


Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey,
cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan
sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat
sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak
juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya
akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin
pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari
jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada
jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter
dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga
pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:51 am

Lari Daripada Hospital


Seorang
pesakit melarikan diri dari bilik pembedahan sesaat sebelum ia
menjalani pembedahan. "Ada apa Pak Cik?," tanya pengawal hospital.

Lelaki
itu menjelaskan, "Saya baru mendengar jururawat kata 'bertenang, ini
pembedahan yang mudah, semuanya akan selesai dengan baik'."

"Dia cuma mahu menenangkan Pak Cik, bertenang sahaja, jangan takut ....," kata si pengawal.

"Dia tidak berkata pada saya, dia berkata kepada doktornya!"
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:51 am

Cita-cita bila besar nanti...


Seorang
guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada
pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk
memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu
berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya
ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah,
Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang
pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya
Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga
dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman
berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya
bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:51 am

Bayaran untuk peguam


Peguam:
"Baiklah, awak inginkan perkhidmatan saya. Tapi adakan awak mempunyai
wang yang mencukupi untuk membayar perkhidmatan saya?"

Pelanggan: "Tidak, saya tidak mempunyai wang sedikit pun. Saya sangat miskin, tapi saya mempunyai sebuah kereta BMW!"

Peguam: "Baiklah, awak boleh membayar saya dengan kereta awak. Sekarang, katakan apa tuduhan yang dikenakan terhadap awak?"

Pelanggan: "Mencuri BMW!"
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:52 am

Beruk Menyanyi


Di dalam satu persembahan sarkas, seekor beruk sedang menyanyi lagu Gadis Melayu.

Selepas habis lagu tu, semua penonton pun tepuk la tangan masing2 teruja dengan persembahan si beruk tu

Lepas
tu beruk tu pun dengan berasa bangga terus menyanyi sebuah lagu lagi.
Tapi kali ni takde sorg pun yang tepuk tangan. Semua orang balik kasut
kat beruk tu.

Nak tau kenapa penonton semua baling kasut kat dia?


Sebab beruk tu nyanyi lagu Kita Serupa ...
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:52 am

Pelatih baru yang kerek


Rosman
Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas
Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus
Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus...!" Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:53 am

Tiga Sahabat


Ada
3 org sahabat....nama mereka, Bermasalah,Sopan santun dan gila... Jadi
satu hari, Si Bermasalah ni ilang..jadi, Si Gila dan Sopan Santun pergi
wat polis report.. sesampainy mereka kat balai polis........Si Sopan
Santun berdiri kat luar balai.jadi Si Gila masuk berjumpe ngan
polis.....:

Polis: Ape yg boleh saya tolong?

Gila: Kawan saya ilang....

Polis: Boleh saya tahu nama anda?

Gila: Gila...

Polis: (bengang)HAH?

Gila: iyee Gilaaa...

Polis: Tak bersopan sanun betollah...

Gila: Sopan santun ade kat luar tuh...

Polis: (naik bengang) Haduiiii..bermasalah tol budak nih....

Gila: Camne awak tahu???
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:53 am

Anak yang baik


Dua
orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah
pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya....

Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna"

Wanita 2: "Apakah dia merokok?"

Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!"

Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?"

Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik"

Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?"

Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga"

Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?"

Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:54 am

Tidak akan dihukum


Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.
Guru : @#@#
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:54 am

Ada Apa Encik


Seorang
penjual roti di langgar sebuah bas.Akibatnya,dia tercampak dari motor
rotinya dan masuk ke dalam longkang... Sementara itu rotinya bertaburan
di atas jalan... Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya...
dia terus merintih kesakitan. Tak lama kemudian datanglah pihak polis
menghampirinya dan bertanya... "Ada apa encik...? Ada apa?"

Dengan
suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan... penjual roti itu
berkata,"Adaaaaaaa rotii kejuuuuuu. Adaaaa rotii coklaaaaaaat..."
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:55 am

Kisah Kasih Suami Pada Isteri


Pak
Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada
pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah
meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang
berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya
agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak
tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang
untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata,
"Awak
ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian,
yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat
menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang
terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun
tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

"Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:55 am

Cik Tina


Pada
suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan
menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik
Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:56 am

Abang Aku Selalu Buat di Traffic Light


Pada
suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu
dgn lajunya... setibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic
light berwarna Merah. Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut
tanpa menghiraukan lampu merah tadi. Kawan kat sebelah dia cemas gila
lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu Merah tadi?!!"
Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat".

Selang
beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu
traffic light itu Merah. Tanpa segan silu mamat memecut laju. Kali nie
member Mamat tadi lagi bertambah cemas gila-gila-gila b*b* lalu
memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu aku nak turun
tak kira!!!!" mamat dgn selambanya menjawab "Jgn. takut abang aku
selalu buat"
selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba
di satu traffic light. Secara mengejut mamat memberhentikan ketanya dgn
diikuti kokokkan tayar "SKREET......".

Member mamat nie terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu Hijau"

Nak tau apa yang si mamat nie jawab............ "aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi..."
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:57 am

Sakit Jiwa Kira Dirinya Jagung


Seorang
lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut
dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang
kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan
ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian
ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun
tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : ??$$??
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:57 am

Dapur Paling Bersih di Bandar


Sepasang
suami istri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di
sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut,
mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"

Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan... Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini."

Pemilik
: "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur.
Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"

Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:59 am

Nenek dan Coklat Kacang Hazelnut


Abu
(nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin
nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam
kepada neneknya. Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut
sampai abis semangkuk. Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan
santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya
makan tadi."

Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata,

"Takpe,
Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi
nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek
tinggalkan kat mangkuk tu."
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 5:59 am

Kanggaru di Zoo Melaka


Seekor
kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya.
Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya
membina pagar yang lebih tinggi. Menyedari bahawa kanggaru itu tidak
dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian
lima kaki.

Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru
itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan
pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang
berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka
keluar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah
30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.

Esoknya kanggaru itu
terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan
kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun
bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak kau sehingga berapa tinggi
mereka akan memasang pagar ini?".

Kanggaru itu menjawab,
"Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar
pada malam ini dan malam-malam seterusnya".
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 6:00 am

Melawati Kawasan Perkuburan
Ali
dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka
terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati
mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam
sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan
perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat
dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri
kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan
menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap
itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??"

Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"






Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 6:00 am

Mary Sue di Hotel Mewah


Mary
Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di
sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke
bilik yang Mary Sue akan menginap.

Mary Sue mengikuti
langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu,
Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.

"Anak
muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini
bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini
bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil,
tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun
tidak ada!"

"Nyonya, ini adalah lif" jawab pelayan tu selamber.
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 6:00 am

MINAM


Ali
tinggal di sebuah kampung di pendalaman Negeri Sembilan. Suatu hari Ali
telah ke Bandar Seremban untuk membeli barang keperluan perkahwinannya.

Setelah
puas membeli belah Ali pun mencari warong atau kedai makan untuk dia
menghilangkan dahaga. Puas mencari akhirnya jumpalah sebuah warong
mamak.Semasa itu terdapat beberapa orang pelanggan sedang makan.

Mamak..Selamat petang encik...mau makan apa?

Ali.........Tak polah. Ese tak nak makan...ese nak minam milo beng.

Mamak...Wokeh siap...

Sambil menunggu minumannya sampai...Ali membaca akhbar...tidak beberapa lama kemudian minuman yang diodernya sampai....

Mamak..Wokeh encik...jumput makan..

Ali........Laaa apo lak banyak na ni???? ese mintak milo beng aja..

Mamak..Tadii encik kan mintak mee enam dan milo beng...

Ali.......Mano lak..ese cakap tak nak makan...nak minam aja...

Mamak..??????...(bengang)

(minam adalah bahasa Negeri Sembilan maksudnya MINUM)
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14777
Reputation : 9
Number of posts : 5398

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 6:02 am

Kembar Tiga


Pada
suatu malam, seorang isteri mengadu sakit perut kepada suaminya. Dia
risau akan kandungannya yang menginjak usia. Doktor mengesahakan bahawa
beliau akan melahirkan bayi kembar tiga.Sambil mengusap usap perutnya
yang terasa tendangan tendangan dari bayi bayi dalam kandungannya itu
sambil tersenyum kepada suaminya....

Bayi dalam kandungan.....

Tiga bayi kembar dalam perut ibu ini bertanya cita-cita masing-masing...

"Abang Sulung cakap" : Abang nanti nak jadi pegawai TNB sebab dalam perut ibu gelap.

"Adik kedua cakap" : Angah nak jadi pegawai JBA sebab dalam perut ibu banyak air....

"Adik
Bongsu pulak cakap'' : Adik nak jadi POLIS BRANCH sebab nak siasat
siapa budak kepala botak yang asik keluar masuk kat dalam perut ibu
pastupancut air kat kiter bertiga.Hampeh betul budak botak tuh.....
Back to top Go down
eleanor
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : sabah
Points : 11929
Reputation : 0
Number of posts : 2620

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime16/1/2008, 7:25 am

Laughing
Back to top Go down
Sponsored content




Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....   Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... - Page 2 Icon_minitime

Back to top Go down
 

Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula....

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 2 of 3Go to page : Previous  1, 2, 3  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: KECOH KECOH SITU SANA SINI :: Story-
Jump to: