SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Rosma & Khai Sah Menjadi Suami Isteri Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Rosma & Khai Sah Menjadi Suami Isteri Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Rosma & Khai Sah Menjadi Suami Isteri

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12155
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Rosma & Khai Sah Menjadi Suami Isteri Empty
PostSubject: Rosma & Khai Sah Menjadi Suami Isteri   Rosma & Khai Sah Menjadi Suami Isteri Icon_minitime26/4/2008, 9:24 pm

Rosma & Khai Sah Menjadi Suami Isteri Murai
Teks & Foto: Razif Rosdi


PUTRAJAYA, 26 APRIL 2008: Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi lagu Dambaan Pilu, Mohd Khairul Nizam Mohammad Wahi, 29, atau Khai dan pasangannya, Rosmayati Sidik, 23, (Rosma) kini sah menjadi suami isteri.


Rombongan lelaki datang bersama 9 dulang hantaran manakala pihak perempuan pula dengan 11 dulang. Khai memilih rona biru dan Rosma pula dalam sentuhan krim. Kesemua hiasan hantaran ini adalah hasil kreatif sentuhan ibu pengurus mereka, Fizi.


Paling menarik, Rosma yang manis bertudung mengenakan busana dari butik D'Risik menerima wang hantaran berjumlah RM 16,161.61 dan mas kahwin RM100.


Sebelum majlis akad nikah berlangsung di Masjid Besar, Putrajaya, upacara pertunangan diadakan terlebih dahulu iaitu bermula tepat jam 10 pagi di lokasi yang sama. Upacara ini dilaksanakan ibu Khai sendiri iaitu Sharifah Alwiyah Syed Abdul Kadir dengan menyarungkan cincin ke jari manis Rosma.

"Kami terlalu sibuk dan tiada pilihan untuk memilih tarikh bertunang. Jadi, kami sepakat untuk memilih hari yang sama untuk bertunang. Sebenarnya, kami rancang berkahwin pada tahun lepas tetapi disebabkan komitmen terhadap kerjaya kami terpaksa tangguhkan seketika.

"Lagi pun, keluarga kami sudah memberitahu, jika betul-betul sudah bersedia barulah beritahu mereka. Apa yang jelas, kami sudah 5 tahun bercinta dan takkanlah kami mahu tangguh 5 tahun lagi. Sepatutnya, kami mahu bernikah beberapa hari selepas hari lahir saya iaitu 16 April lalu tapi tarikh itu tak sesuai.


"Kami memilih tempat ini disebabkan keluarga kami ada yang tidak pernah datang ke Putrajaya. Jadi inilah masanya kami membawa mereka ke sini. Tak sangka pula hampir 100 sanak-saudara hadir. Semuanya datang dari Johor Bahru, Terengganu dan Pahang," jelas Rosma.


Majlis pertunangan berakhir dengan akad nikah pada jam 11.57 pagi yang disempurnakan juru nikah Putrajaya iaitu Haji Abdul Manaf Mat yang sebelum ini pernah menikahkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Aura Seri Taja Bulan Madu


Selepas majlis nikah, Khai sempat memberitahu murai.com.my mengenai perancangan untuk berbulan madu. Bagaimanapun, Khai dan Rosma masih belum memikir lokasi sesuai bulan madu memandangkan mereka sibuk dengan promosi album. Lagi pun, selepas ini Khai akan fokus pada Ikon Malaysia manakala Rosma pula terlibat dengan program Gempak Desa dan Fulus Mania.


"Sebenarnya, percutian bulan madu kami akan ditaja oleh Aura Seri. Pun begitu, kami masih belum terfikir tentang bila dan di mana akan kami pergi. Tapi Khai pernah terfikir mahu pergi tempat-tempat bersejarah seperti Mesir. Namun, bila Khai fikir semula, macam tak sesuai pula.


Rancangan untuk timang cahaya mata?


"Insya-Allah, jika ada rezeki, kami rancang mahu 4 orang anak. Kalau boleh 2 lelaki dan 2 perempuan," ujar Khai yang sudah bersedia bergelar suami dan bapa.


Sementara itu, selain sanak-saudara dan pihak media, ada juga beberapa artis yang hadir memeriahkan majlis seperti Adi Fashla, Nurul dan Sahri. Apa yang pasti, majlis persandingan pasangan ini akan diadakan esok bersamaan 27 April 2008 di Dewan Persidangan Putrajaya berkonsepkan moden kontemporari.


Majlis berkenaan akan menyaksikan Rosma mengenakan kebaya moden rekaan D’Risik. Manakala upacara memotong kek, Rosma bakal melaram dengan dress rekaan Calvin Thoo. Istimewanya, sebarang info mengenai majlis perkahwinan mereka boleh didengar melalui radio rasmi perkahwinan mereka iaitu Xfresh FM.


Tahniah dan Selamat Pengantin Baru!




Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 41
location : KK/KL
Points : 11912
Reputation : 0
Number of posts : 478

Rosma & Khai Sah Menjadi Suami Isteri Empty
PostSubject: Re: Rosma & Khai Sah Menjadi Suami Isteri   Rosma & Khai Sah Menjadi Suami Isteri Icon_minitime26/4/2008, 10:48 pm

Akhirnya kini pasti....

Lamanya bercinta 5thn ye. Klu sda jodoh kwin gak kan..

Tahniah!!! Sempat Bersanding kat Konsert AF6 lg td..
Back to top Go down
Yakuza
MODERATOR
Yakuza

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : penampang,beringgis,papar
Points : 12246
Reputation : 3
Number of posts : 1457

Rosma & Khai Sah Menjadi Suami Isteri Empty
PostSubject: Re: Rosma & Khai Sah Menjadi Suami Isteri   Rosma & Khai Sah Menjadi Suami Isteri Icon_minitime28/4/2008, 11:42 am

tahniah............semoga berbahgia selalu
Back to top Go down
Sponsored content




Rosma & Khai Sah Menjadi Suami Isteri Empty
PostSubject: Re: Rosma & Khai Sah Menjadi Suami Isteri   Rosma & Khai Sah Menjadi Suami Isteri Icon_minitime

Back to top Go down
 

Rosma & Khai Sah Menjadi Suami Isteri

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: