SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14749
Reputation : 9
Number of posts : 5398

MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ   MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Icon_minitime7/2/2008, 5:05 am

Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, berpusat di Stadium Old Trafford di Trafford, Greater Manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia .[1] Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris/Divisyen Pertama Liga Bolasepak Inggeris sebanyak 15 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga dua kali, Piala Eropah dua kali, Piala Pemenang Piala UEFA sekali, Piala Antara Benua (Intercontinental Cup) sekali, dan Piala Super Eropah (European Super Cup)
sekali. Kelab ini juga memegang purata tertinggi kedatangan didalam
sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian
pada tahun 1987-89 semasa pembangunan semula Old Trafford.[2] Kelab ini juga mendapat tempat kedua dalam undian "Kelab FIFA Abad ke-20", di belakang Real Madrid (berasaskan undian pembaca dwi-bulanan Majalah FIFA pada Disember 2000).
Semenjak tahun 1991, kelab ini telah beroperasi sebagai syarikat awam-berhad, dengan percubaan mengambil alih oleh Rupert Murdoch pada tahun 1998 di sekat oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, pada Mei 2005 Malcolm Glazer berjaya menyempurnakan pengambil alihan kelab dan mengeluarkan dari senarai bursa saham.
Kapten bagi Manchester United masa kini ialah Gary Neville, mengambil alih dari Roy Keane pada 16 November 2005
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14749
Reputation : 9
Number of posts : 5398

MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ   MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Icon_minitime7/2/2008, 5:06 am

Sejarah



[sunting] Tahun-tahun awalan (1878-1945)


MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ 25px-Nuvola_apps_kghostview Rencana utama: Manchester United pre-1945

Kelab ini telah ditubuhkan sebagai Newton Heath F.C. pada 1878 sebagai pasukan pekerja dari stesen Keretapi Lancashire dan Yorkshire di Newton Heath. Selepas hampir muflis pada tahun 1902, kelab ini telah diambil alih oleh J H Davies dan ditukar nama kepada Manchester United. Padang Old Trafford telah di bom pada Perang Dunia Kedua, menyebabkan kelab ini meminta ikhsan dari jiran terdekat mereka Manchester City, yang mana membenarkan mereka untuk menggunakan padang di Maine Road untuk seketika.

[sunting] Tahun-tahun Busby (1945-1969)


MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ 25px-Nuvola_apps_kghostview Rencana utama: Manchester United 1945-1969MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ 300px-Munich_memorial_plaqueMANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Magnify-clip

Plak di Old Trafford sempena memperingati mereka-mereka yang terkorban di dalam tragedi Munich Air.




MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ 300px-Sirmatt01MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Magnify-clip

Penanda jalan Sir Matt Busby Way yang terkenal.







Matt Busby
telah dilantik menjadi pengurus pada tahun 1942 dan telah mengambil
langkah yang yang tidak pernah didengar ketika itu, dengan menyertai
pemain ketika latihan serta melakukan kerja-kerja pentadbiran. Beliau
dengan segera mencapai kejayaan, apabila kelab ini berjaya menghabiskan
liga ditempat kedua pada tahun 1947 dan memenangi Piala FA pada tahun 1948.
Beliau juga telah membawa polisi mengambil pemain dari pasukan belia
bilamana sesuai, dan telah memenangi liga pada 1956 dengan purata umur
pemain hanya pada 22 tahun. Polisi belia ini telah memainkan peranan
yang penting kepada kejayaan kelab ini. Pada musim berikutnya, mereka
sekali lagi memenangi liga dan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala
FA, kalah kepada Aston Villa. Mereka juga merupakan pasukan Inggeris pertama yang bertanding didalam Piala Eropah, dan berjaya sampai ke separuh akhir.
Tragedi telah menimpa pada musim berikutnya, apabila pesawat yang
membawa pulang pasukan dari perlawanan Piala Eropah terhempas ketika
berlepas dihentian mengisi minyak di Munich. Tragedi Munich Air pada 6 Februari 1958
telah mengorbankan lapan pemain dan lima belas penumpang lainnya.
Terdapat andaian bahawa kelab ini akan gulung tikar, tetapi, dengan Jimmy Murphy mengambil alih sebagai pengurus ketika Matt Busby
beransur pulih dari kecederaan, kelab ini terus bermain dengan bahagian
simpanan. Walaupun begitu, mereka berjaya mencapai perlawanan akhir
Piala FA sekali lagi, dimana mereka kalah kepada Bolton Wanderers.
Busby membina kembali pasukan pada awalan 1960-an, dengan mengikat pemain seperti Denis Law dan Pat Crerand.
Pasukan ini telah memenangi Piala FA pada tahun 1963, dan selepas itu
memenangi liga pada tahun 1965 dan 1967 dan Piala Eropah pada tahun
1968, kelab pertama Inggeris yang berjaya melakukannya. Kelab ini juga
terkenal kerana mempunyai tiga pemenang Pemain Bola Sepak Eropah Tahunan: Bobby Charlton, Denis Law dan George Best.
Busby bersara daripada menjadi pengurus pada tahun 1969 dan telah
digantikan oleh jurulatih pasukan simpanan dan juga merupakan bekas
pemain United, Wilf McGuinness.
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14749
Reputation : 9
Number of posts : 5398

MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ   MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Icon_minitime7/2/2008, 5:08 am

1969-1986


MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ 25px-Nuvola_apps_kghostview Rencana utama: Manchester United 1969-1986MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ ManutdMANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Magnify-clip

Manchester United FC badge in the 1970s





United berusaha untuk mengantikan Busby, dan pasukan ini juga berusaha dibawah kendalian Wilf McGuinness dan Frank O'Farrell sebelum Tommy Docherty menjadi pengurus pasukan di akhir tahun 1972.
Docherty, atau di kenali juga sebagai 'the Doc', telah menyelamatkan
United dari turun dari divisyen pada musim itu tetapi United turun pada
tahun 1974. Pasukan ini telah layak untuk naik kembali pada percubaan pertama dan berjaya mencapai perlawanan akhir Piala FA pada tahun 1976, tetapi telah dikalahkan oleh Southampton. Mereka berjaya ke perlawanan akhir sekali lagi pada tahun 1977, mengalahkan Liverpool.
Walaupun dengan kejayaan ini, dan dengan populariti beliau keatas
peyokong, Docherty telah di buang selepas perlawanan akhir selepas
beilau diketahui telah mejalinkan hubungan dengan isteri kepada ahli
fisioterapi.
Dave Sexton telah mengantikan Docherty sebagai penguru pada musim panas tahun 1977,
dan membuat pertukaran formasi yang lebih bercorak pertahanan kepada
pasukan. Corak ini tidak begitu popular kepada penyokong, yang mana
telah biasa dengan corak serangan yang biasa digunakan oleh Docherty
dan Busby, dan selepas gagal untuk memenangi tropi Sexton, beilau telah
di buang pada tahun 1981, walaupun telah memenangi tujuh perlawanan terakhir semasa beliau bertugas.
Beilau telah di gantikan dengan seorang yang ranggi bernama Ron Atkinson yang mana telah memecahkan rekod perpindahan British untuk mengikat Bryan Robson dari West Brom. Pasukan Atkinson telah menonjolkan beberapa pemain-pemain baru seperti Jesper Olsen dan Gordon Strachan yang bermain bersama-sama bekas pemain pasukan belia, Norman Whiteside dan Mark Hughes. United telah memenangi Piala FA pada tahun 1983 dan 1985
dan telah menjadi pilihan untuk memenangi liga pada musim 1985-86
selepas memenangi sepuluh perlawanan pertama liga mereka, membuka
sepuluh mata perbezaan kepada pasukan lawan seawal Oktober. Prestasi
pasukan telah jatuh, walau bagaimanapun, United hanya dan telah berjaya
menghabiskan musim di tempat keempat. Prestasi yang buruk telah
mengikut untuk musim berikutnya, dan dengan United yang hampir di akhir
zon penurunan Divisyen Pertama, Atkinson telah di buang.
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14749
Reputation : 9
Number of posts : 5398

MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ   MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Icon_minitime7/2/2008, 5:08 am

Era Alex Ferguson , pre-treble (1986-1998)


MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ 25px-Nuvola_apps_kghostview Rencana utama: Manchester United 1986-1998
Alex Ferguson tiba dari Aberdeen untuk menggantikan tempat Atkinson dan memimpin kelab untuk menghabiskan liga di tempat ke-11. Pada musim berikutnya (1987-88), United menghabiskan liga di tempat ke dua, dengan Brian McClair menjadi pemain United pertama selepas George Best untuk menjaringkan dua puluh gol dari pada liga dalam satu musim.
Walau bagaimanapun, United terpaksa berhempas pulas sepanjang dua
musim berikutnya, dengan kebanyakkan kontrak baru Ferguson tidak
mencapai jangkaan peminat. Alex Ferguson telah banyak kali dilaporkan
hampir dibuang ketika awal tahun 1990 tetapi gol Mark Robins memberikan kemenangan tipis kepada United pada pusingan ketiga Piala FA mengatasi Nottingham Forest berjaya meneruskan musim dan pasukan ini telah mara untuk memenangi pertandingan tersebut, mengalahkan Crystal Palace pada final ulangan.
United memenangi Piala Juara-Juara Eropah pada 1990-91, mengalahkan juara Sepanyol tahun tersebut, Barcelona di final pertandingan, tetapi mengecewakan buat United pada musim berikutnya United selepas dikeluarkan oleh Leeds United akibat kemerosotan. Pada masa yang sama, dalam tahun 1991, nilai kelab telah meningkat di Bursa Saham London dengan nilai sebanyak £47 juta[3], memperlihatkan kewangannya ke pada umum.
Ketibaan Éric Cantona pada November 1992 telah memberikan sinar penting kepada United, dan diadun bersama dengan kebolehan terbaik yang dipercayai pada Gary Pallister, Denis Irwin dan Paul Ince, bersama-sama bintang yang meningkat naik seperti Ryan Giggs, mereka menghabiskan musim 1992-93 sebagai juara buat kali pertama semenjak 1967. Mereka memenangi "dua kejuaraan" (liga Inggeris dan Piala FA) untuk kali pertama pada musim berikutnya, dibantu dengan penangkapan Roy Keane, pemain tengah yang gigih dari Nottingham Forest,
yang mana akan menjadi kapten kelab. Walau bagaimanapun pada tahun yang
sama, kelab ini telah berdukacita berikutan dengan kematian pengurus
lagenda dan presiden kelab Matt Busby, yang telah kembali pada 20 Januari 1994.
Pada musim 1994-95,
Cantona telah menerima pengantungan selama lapan bulan kerana telah
melompat ketempat orang ramai dan menyerang Matthew Simmons, seorang
penyokong Crystal Palace, dalam perlawanan United di Selhurst Park. Seri pada perlawanan terakhir liga dan kalah kepada Everton didalam perlawanan akhir Piala FA menjadikan United sebagai naib juara di kedua-dua, liga dan Piala FA.
Ferguson selepas itu telah membuat perubahan yang memeranjatkan
penyokong kelab dengan menjual pemain utama dan menggantikan mereka
dengan pemain dari pasukan belia, termasuk David Beckham, Gary Neville, Phil Neville dan Paul Scholes. Pemain-pemain baru ini, sebahagiannya terus menjadi pemain pasukan negara England, melakukannya dengan baik dan membolehkan United memenangi dua kejuaraan sekali lagi pada musim 1995-96. Ini merupakan kali pertama sebuah kelab Inggeris memenangi dua kejuaraan sebanyak dua kali. [4]
Rekod tanpa kalah Eropah United telah dipecahkan oleh Fenerbahçe, yang memenangi 1-0 di Old Trafford pada 30 Oktober 1996 dengan gol Elvir Bolić yang terpesong.
Mereka memenangi liga pada tahun 1997, dan Éric Cantona telah
mengumumkan persaraan beliau dari bola sepak pada umur 30. Mereka telah
memulakan musim (1997-98)
dengan baik, tetapi mereka hanya berjaya menghabiskan liga di tempat
kedua pada musim tersebut, dibelakang pemenang dwi-kejuaraan Arsenal.
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14749
Reputation : 9
Number of posts : 5398

MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ   MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Icon_minitime7/2/2008, 5:09 am

Kejuaraan treble (1998-99)


MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ 25px-Nuvola_apps_kghostview Rencana utama: Manchester United 1998-1999
1998-99 merupakan musim dimana Manchester United telah mencapai
kejayaan didalam sejarah kelab bola sepak Inggeris selepas mereka
berjaya menjadi pasukan Inggeris yang pertama dan satu-satunya untuk
memenangi "Treble" - memenangi Premiership, Piala FA dan Liga Juara UEFA
pada musim yang sama. Selepas menghadapi musim Liga Perdana yang
tegang, Manchester United berjaya memenangi kejuaraan pada hari
terakhir dengan mengalahkan Tottenham Hotspur 2-1, sementara Arsenal menang 1-0 kepada Aston Villa. Memenangi Premiership merukanan bahagian pertama untuk mendapatkan Treble, bahagian yang di gambarkan Alex Ferguson sebagai yang tersusah. Di dalam perlawanan akhir Piala FA, United bertemu Newcastle United dan menang 2-0 dengan jaringan dari Teddy Sheringham dan Paul Scholes. Pada perlawanan terakhir untuk musim tersebut, Perlawanan Akhir Liga Juara UEFA 1999 mereka mengalahkan Bayern Munich
yang mana dianggap sebagai pemusing perlawanan terhebat pernah
disaksikan. Selepas ketinggalan dengan gol awal jaringan sepakan
percuma Mario Basler,
United mengejar perlawanan selama 85 minutes. Selepas hampir 90 minit
mereka mendapatkan sepakan sudut yang mana telah dilaksanakan dengan
baik oleh pertukaran lewat Teddy Sheringham. Dengan tidak berputus asa, Man Utd mendapatkan lagi gol kedua hasil sepakan sudut, oleh Ole Gunnar Solskjaer,
seorang lagi pertukaran lewat, memasukan bola ke atas jaring. Ferguson
kemudiannya dikurniakan darjah kerana khidmatnya kepada bola sepak.

[sunting] Selepas treble (1999-kini)


MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ 25px-Nuvola_apps_kghostview Rencana utama: Manchester United 1999-present
United memenangi liga pada tahun 2000 dan 2001 tetapi pihak akhbar
melihat musim tersebut sebagai kegagalan kerana mereka tidak berjaya
mendapatkan Piala Eropah. Sir Alex telah mengambil taktik bertahan
untuk membuatkan United susah untuk dikalahkan di Eropah tetapi ia
tidak berjaya dan United menghabiskan musim di tempat ketiga pada musim
2002. Mereka telah mendapatkan kembali liga pada musim berikutnya (2002-03) dan memulakan musim berikutnya dengan baik, tetapi prestasi mereka telah jatuh secara dengan nyata apabila Rio Ferdinand menerima pengantungan kontroversi selama lapan bulan akibat gagal mengambil ujuan dadah. Walau bagaimanapun mereka memenangi Paial FA
2004, mengeluarkan Arsenal (akhirnya merupakan juara liga musim
tersebut) ketika didalam pendakian ke perlawanan akhir, yang mana
mereka telah mengalahkan Millwall.
Musim 2004-05 telah digambarkan sebagai kegagalan untuk menjaringkan gol, sebahagian besarnya disebabkan oleh kecederaan penyerang Ruud van Nistelrooy
dengan United telah menghabiskan musim tersebut tanpa piala dan di
tempat ketiga liga. Kali ini , dengan mereka juga tidak mendapat
"hadiah saguhati" piala FA selepas Arsenal mengalahkan United pada
sepakan panelti selepas seri tanpa jaringan selama 120 minit. Di luar
padang, cerita utama keluar yang menyatakan kemungkinan besar bahawa
kelab ini akan diambil alih pada penghujung musim, oleh ahli perniagaan
Tampa Malcolm Glazer, (juga merupakan pemilik pasukan Ragbi Amerika Tampa Bay Buccaneers), cuba mengambil alih kepentingan kelab. United telah memulakan musim 2005-06 dengan agak teruk, dengan pemergian pemain tengah Roy Keane ke Celtic
selepas secara umum membuat kritikan kepada beberapa ahli pasukannya,
dan kelab ini gagal untuk layak ke fasa kalah-mati Liga Juara UEFA
untuk kali pertama sepanjang sedekad selepas kalah kepada kelab Portugis SL Benfica. Pada musim ini juga mereka mendapat tamparan hebat dengan kecederaan kepada pemain utama seperti Gabriel Heinze, Alan Smith, Ryan Giggs dan Paul Scholes.
Walau bagaimanapun, mereka telah berjaya mengelakkan dari menghabiskan
musim dengan tangan kosong - satu kekecewaan yang tidak pernah dirasai
sepanjang 17 tahun - dengan memenangi Piala Liga dengan mengalahkan jiran yang baru mendapat kenaikan Wigan Athletic di perlawanan akhir 4-0. United juga telah memastikan mereka berahir di tempat kedua dan secara automatik layak ke Liga Juara pada hari terakhir musim dengan mengalahkan Charlton Athletic 4-0. Pada akhir musim 2005-2006, seorang penyerang utama United, Ruud van Nistelrooy, telah meninggalkan kelab untuk bersama-sama Real Madrid, kerana a berbalah dengan Alex Ferguson.[5]
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14749
Reputation : 9
Number of posts : 5398

MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ   MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Icon_minitime7/2/2008, 5:10 am

Pengambilalihan Malcolm Glazer


MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ 25px-Nuvola_apps_kghostview Rencana utama: Malcolm Glazer takeover of Manchester United
Pada 13 Mei 2005, ahli perniagaan Malcolm Glazer
telah mendapatkan semua kepentingan didalam kelab menerusi pelaburan
Red Football Ltd. dalam pengambilan nilai kelab yang berjumlah hampir £800 juta (lebih kurang $1.5 bilion atau RM5.5 bilion). Pada 16 Mei, beliau menambah saham kepada 75% untuk mengeluarkan kelab tersebut daripada Bursa Saham, menjadikannya milik persendirian sekali lagi, dan telah mengumumkan niat beliau dalam masa 20 hari. Pada 8 Jun beliau telah melantik anak-anak beliau menjadi lembaga pengarah kepada Manchester United sebagai pegawai bukan eksekutif.
Pada Julai 2006
kelab ini telah mengumumkan pakej pinjaman semula. Kerana sebelum ini
hutang yang diambil Glazers untuk pembelian kelab telah terbahagi
kepada kelab dan keluarga, tetapi kini ia akan hanya terdiri daripada
kelab. Dengan jumlahnya menjadi £660 juta, yang mana pembayaran
interest akan menjadi £62 juta setahun. Ia merupakan pengurangan
pembayaran interest sebanyak 30%.

[sunting] Lencana dan warna kelab


Semasa hari-hari Newton Heath, Pakaian tuan rumah kelab ini adalah
berwarna kuning dan hijau; corak tersebut telah dikembalikan sebagai
pakaian semasa keluar pada awal tahun 1990-an sempena memperingati
ulangtahun yang ke-100 kelab. Kelengkapan tuan rumah Manchester United
yang paling dikenali ialah jersi berwarna merah, seluar putih dan
stokin berwarna hitam. Kelengkapan semasa keluar pula kebiasaannya
ialah jersi berwarna putih dengan seluar hitam dan stokin berwarna
putih.
Kelengkapan ketiga kebiasaannya berwarna biru tetapi kelab ini juga
pernah menggunakan hitam keseluruhan dan pada satu ketika pada
pertengahan tahun 90-an mereka menggunakan kelabu keseluruhan. Jersi
mereka pada masa ini telah ditaja oleh penaja utama AIG.
Pada masa ini, jersi Manchester United adalah berwarna merah dengan
jalur emas dibahagian tepi. Bahagian lengan mempunyai warna putih
manakala simbol AIG dan Nike
juga berwarna putih. Sulaman perkataan MUFC dibawah jersi adalah
berwarna emas. Gencana kelab diletak diatas corak perisai putih. Jersi
semasa keluar pula berwarna putih dengan jalur hitam dibahagian tepi.
Bahagian lengan dan leher mempunyai warna emas manakala simbol AIG, Nike, dan MUFC berwarna hitam. Gencana terletak diatas corak perisai berwarna hitam.
Gencana Manchester United telah beberapa kali ditukar, tetapi
ciri-ciri utamanya masih lagi kekal. Lencana ini telah direka
berdasarkan gencana bandar Manchester.
Bentuk iblis pada gencana kelab adalah berasal dari gelaran kelab "The
Red Devils", yang telah dipakai pada awal tahun 60-an selepas Sir Matt Busby mendengarnya sebagai gelaran kepada pasukan liga ragbi Salford
yang menggunakan baju merah. Pada akhir tahun 1960-an, iblis tersebut
telah mula di masukkan ke dalam acara dan program kelab, sebelum ia
akhirnya dimasukkan kedalam gencana kelab pada tahun 1970, memegang
serampangnya yang jelas. Pada 1998, gencana tersebut telah sekali lagi
direka semula, kali ini dengan menghilangkan perkataan "Football Club".

[sunting] Penajaan


Pada 23 November 2005 Vodafone telah menamatkan kontrak tajaan baju empat tahun £36 juta dengan Manchester United. Pada 6 April 2006, ketua eksekutif David Gill mengumumkan AIG sebagai penaja baju baru [6]
Manchester United dengan rekod baru kontrak penajaan baju sebanyak
£56.5 juta untuk dibayar dalam tempoh empat tahun (£14.1 juta setahun).
Manchester United kini mempunyai penajaan kedua terbesar didalam dunia
selepas Juventus didalam liga Itali, yang mendapat kontrak dengan Tamoil dengan akses lebihan £15 juta setahun.[7] Perjanjian empat tahun ini telah diumumkan sebagai penajaan terbesar di dalam sejarah British, mengatasi perjanjian antara Chelsea dengan Samsung.

[sunting] Sokongan


Sebelum Perang Dunia II,
terdapat beberapa penyokong yang pergi ke permainan di tempat lawan
disebabkan masa dan wang. Manchester City dan Manchester United,
sebelum ini, bermain permainan di tempat sendiri pada hari Sabtu
berganti-ganti. Selepas perang, terdapat satu persaingan lebih kuat dan
ia menjadi lebih biasa bagi penyokong memilih satu pasukan untuk
disokong.
Bila United memenangi Liga dalam 1956, mereka menpunyai jumlah pukulan rata penghadir terbesar, rekod yang sebelum ini, dipegang oleh Newcastle. Selepas tragedi Munich Air,
lebih ramai orang mula menyokong kelab ini. Oleh itu, United masih
memegang rekod ini untuk hampir semua tahun selepas itu, walaupun
mereka pernah berada di Divisyen Kedua antara tahun-tahun 1974—1975.
Laporan 2002 Do You Come From Manchester? menunjukkan walaupun Manchester City
mempunyai lebih banyak perkadaran penyokong yang memegang tiket
bermusim dalam daerah Manchester, tetapi jumlah penyokong United lebih
besar.
Pada lewat 1990-an dan awal 2000,
isu kerisauan daripada ramai penyokong United ialah kemungkinan bahawa
pasukan itu akan dikuasai oleh orang lain. Kumpulan Penyokong IMUSA (Persatuan Penyokong Manchester United Bebas, atau Independent Manchester United Supporters' Association) sangat aktif menentang percubaan rampasan kuasa daripada Rupert Murdoch dalam 1999. Selain itu, kumpulan lain Shareholders United Against Murdoch, yang menjadi Manchester United Supporters' Trust
dilahir pada masa itu untuk menggalakkan penyokong membeli saham dalam
kelab, yang membolehkan penyokong-penyokong mengambil bahagian
perbincangan dalam kelab seperti harga tiket dan parti lain yang ingin
mengambil alih kelab. Tetapi, ini gagal menghalang Malcolm Glazer
dari mengambilalih kelab Manchester United. Akibatnya ramai penyokong
yang marah dengan peristiwa itu, dan mereka memulakan kelab baru iaitu F.C. United of Manchester.
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14749
Reputation : 9
Number of posts : 5398

MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ   MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Icon_minitime7/2/2008, 5:15 am

Pegawai-pegawai kelab rasmi


Lembaga Pengarah

  • Owner: Malcolm Glazer
  • Presiden Seumur Hidup: Martin Edwards
  • Ketua Eksekutif: David Gill
  • Pengarah Kewangan Kumpulan: Nick Humby
  • Pengarah Komersial Kumpulan: Andy Anson
  • Pengarah-Pengarah bukan Eksekutif: Joel Glazer, Bryan Glazer, Avram Glazer, Edward Glazer, Kevin Glazer, Darcie Glazer

Staff Kelab Senior

  • Kelab Setiausaha : Ken Merrett
  • Penolong Setiausaha Kelab: Ken Ramsden
  • Pengarah Komunikasi: Phil Townsend

Pengurusan

  • Pengurus: Alex Ferguson
  • Penolong Pengurus: Carlos Queiroz
  • Jurulatih Pasukan Utama: Mike Phelan
  • Jurulatih Penjaga Gol: Tony Coton
  • Jurulatih Fitness: Valter di Salvo
  • Penolong Jurulatih Fitness: Mick Clegg
  • Penjaga Jurulatih Pasukan Simpanan: Brian McClair
  • Chief Scout: Martin Ferguson

Academy Coaching Staff

  • Pengarah Akademi Remaja: Brian McClair
  • Pengarah Bola Sepak Remaja: Jimmy Ryan
  • Penolong Pengarah Bagi 17-21 Tahun: Paul McGuinness
  • Penolong Pengarah Bagi 9-16 Tahun: Tony Whelan
  • Jurulatih Bawah 18: Paul McGuinness
  • Jurulatih Bawah 13-16: Mark Dempsey
  • Jurulatih Bawah 11-12: Tony Whelan
  • Jurulatih Bawah 9-10: Eamon Mulvey
  • Jurulatih Pembangunan Skil: vacant
  • Pengarah Latihan Penjaga Gol: Richard Hartis
  • Jurulatih Remaja: Eddie Leach, Tommy Martin, Mike Glennie, Andy Welsh

Staf Perubatan

  • Doktor Kelab: Dr. Steve McNally
  • Penolong Doktor Kelab: Dr. Tony Gill
  • Fisio Pasukan Utama: Rob Swire
  • Fisio Pasukan Simpanan: Neil Hough
  • Fisio-fisio: John Davin, Mandy Johnson, Richard Merren
  • Tkang-tukang urut: Gary Armer, Rod Thornley


[sunting] Sejarah pengurusan




  • 1892 A.H. Albut
  • 1900 James West
  • 1903 J. Ernest Mangnall
  • 1912 John J Bentley
  • 1914 Jack Robson
  • 1921 John Chapman
  • 1926 Lal Hilditch
  • 1927 Herbert Bamlett
  • 1931 Walter Crickmer
  • 1932 Scott Duncan
  • 1938 Jimmy Porter



  • 1944 Walter Crickmer
  • 1945 Sir Matt Busby
  • 1958 Jimmy Murphy (Caretaker for Busby after Munich disaster)
  • 1959 Sir Matt Busby
  • 1969 Wilf McGuinness
  • 1970 Sir Matt Busby
  • 1971 Frank O'Farrell
  • 1972 Tommy Docherty
  • 1977 Dave Sexton
  • 1981 Ron Atkinson
  • 1986 Sir Alex Ferguson
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14749
Reputation : 9
Number of posts : 5398

MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ   MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Icon_minitime7/2/2008, 5:16 am

Penganugerahan



  • (Old) First Division/Premier League[9] titles: 15

    • 1908, 1911, 1952, 1956, 1957, 1965, 1967, 1993, 1994, 1996, 1997, 1999, 2000, 2001, 2003


  • (Old) Second Division[10] 2

    • 1936, 1975


  • Piala FA 11¹

    • 1909, 1948, 1963, 1977, 1983, 1985, 1990, 1994, 1996, 1999, 2004


  • Piala Liga 2

    • 1992, 2006


  • Piala Eropah / Liga Juara-Juara UEFA 2

    • 1967-68, 1998-99


  • Piala Pemenang-Pemenang Piala UEFA 1

    • 1991


  • Piala Antara Benua 1¹

    • 1999


  • Piala Super Eropah 1

    • 1991


  • FPiala Sumbangsih 15¹

    • 1908, 1911, 1952, 1956, 1957, 1965*, 1967*, 1977*, 1983, 1990*, 1993, 1994, 1996, 1997, 2003 (* penyandang bersama)


  • Anugerah Personaliti Sukan Tahunan BBC 2

    • 1968, 1999


  • Pertandingan Amsterdam 1¹

    • 2006




[sunting] Rekod-rekod



  • Rekod Kemenangan Liga : 10-1 v Wolves, Division 1, 15 October 1892
  • Rekod Kemenangan Perdana: 9-0 Ipswich Town 4 March 1995
  • Rekod Kemenangan Piala: 10-0 v Anderlecht, Champions Cup, Preliminary Round, 26 September 1956
  • Rekod Kemenangan Tuan Rumah 10-0 v Anderlecht 26 September 1956
  • Rekod Kemenangan Tempat Lawan: 8-1 v Nottingham Forest 6 February 1999
  • Rekod Kekalahan Liga: 0-7 v Blackburn Rovers, Division 1, 10 April 1926
  • Rekod Kekalahan Piala: 1-7 v Burnley, FA Cup, 1st Round, 13 February 1901
  • Rekod Kehadiran Liga: 73,006 v Charlton, Premiership, Old Trafford, 7 May 2006
  • Rekod Kehadiran Liga Tuan Rumah: 83,250 v Arsenal, Division 1, Maine Road, 7 January 1948
  • Tempoh Tidak Tewas Paling Lama : 45 (All competitions), Disember 24 1998 hingga Oktober 3 1999
  • Penampilan Terbanyak : 754 Bobby Charlton
  • Penampilan Terbanyak Liga: 606 Bobby Charlton
  • Penjaring Gol Terbanyak : 247 Bobby Charlton
  • Penjaring Gol Terbanyak Liga: 199 Bobby Charlton
  • Penjaring Gol Terbanyak Semusim: 32 Dennis Viollet, Division 1, 1959-60
  • Penjaring Gol Terbanyak Seperlawanan: 6 George Best v Northampton Town, 7 February 1970
  • Penjaring Gol Terbanyak di Eropah: 38 Ruud Van Nistelrooy
  • Gol Perlawanan Berturut-turut: 8 Consecutive Matches Ruud Van Nistelrooy
  • Penalti Berturut-turut: 12 Ruud Van Nistelrooy
  • Gol Terbanyak Semusim: 103 1956/57, 1958/59
  • Mata Terbanyak Semusim: 92 - 42 games 1993/94
  • Pemain Kaps Terbanyak: 129 Peter Schmeichel - Denmark
  • Gol Terpantas: 15 Seconds Ryan Giggs
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14749
Reputation : 9
Number of posts : 5398

MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ   MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Icon_minitime7/2/2008, 5:17 am

Prestasi semasa berada di division teratas


Manchester United adalah salah satu daripada kumpulan elit yang
terdiri daripada 7 kelab yang sudah bermain dalam setiap musim
bolasepak perdana. Pasukan lain adalah: Arsenal, Aston Villa, Chelsea, Everton, Liverpool dan Tottenham Hotspur. Dalam sepanjang masa, mereka masih belum lagi berada pada tangga lebih daripada ketiga.[petikan diperlukan] Manchester United telah menyudahkan 79 musim[petikan diperlukan]
dalam pertembungan teratas kebangsaan (hanya Everton, Aston Villa,
Liverpool, dan Arsenal mempunyai lebih banyak musim pada aras teratas),
tamat dalam kedudukan ini:
1st1512th2
2nd1413th4
3rd614th2
4th715th2
5th216th2
6th217th1
7th218th3
8th619th1
9th320th0
10th121st2
11th322nd2

[sunting] Maklumat stadium



  • Nama - Old Trafford
  • Borough - Trafford di Greater Manchester
  • Kapasiti - 76,000
  • Inauguration - 1910
  • Saiz Padang - 106 x 69.5 meter
Back to top Go down
Ben507
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Ben507

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : SANDAKAN,BUNDU TUHAN,PUTATAN
Tag ID: : SFC 2357
Points : 11918
Reputation : 0
Number of posts : 1557

MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ   MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Icon_minitime8/2/2008, 4:10 am

cayalah.....
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 46
location : SU, SA, SB
Points : 11962
Reputation : -1
Number of posts : 6286

MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ   MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Icon_minitime8/2/2008, 4:15 am

usaha yang MANTAP!!?!! dance respek dance
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14749
Reputation : 9
Number of posts : 5398

MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ   MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Icon_minitime8/2/2008, 4:57 am

padat... relax
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14749
Reputation : 9
Number of posts : 5398

MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ   MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Icon_minitime8/2/2008, 5:00 am

MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Moz-screenshot
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 46
location : SU, SA, SB
Points : 11962
Reputation : -1
Number of posts : 6286

MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ   MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Icon_minitime8/2/2008, 7:03 am

dan berisi.. dance
Back to top Go down
Sponsored content




MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Empty
PostSubject: Re: MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ   MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ Icon_minitime

Back to top Go down
 

MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN SUKAN-
Jump to: