SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tudung bawal, sifon digemari Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tudung bawal, sifon digemari Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Tudung bawal, sifon digemari

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12115
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Tudung bawal, sifon digemari Empty
PostSubject: Tudung bawal, sifon digemari   Tudung bawal, sifon digemari Icon_minitime9/3/2008, 10:06 am

Tudung bawal, sifon digemari


Oleh Rohaniza Idris
roha@nstp.com.my



Tudung bawal, sifon digemari Mainpix1
AZYAN menunjukkan selendang panjang dengan labuci di kaki tudung.

Selendang panjang ada hiasan seperti labuci lebih ekslusif, sesuai ke majlis rasmi

ADA pelbagai jenis tudung di pasaran berikutan permintaan yang tinggi daripada wanita selain aliran pemakaiannya yang semakin mendapat tempat di kalangan wanita Islam.

Corak, warna dan bentuk tudung juga kini pelbagai dan tidak terhad kepada yang siap dipakai atau tudung berbentuk empat segi saja.

Mengikut Pengurus Dir’s Gallery Sdn Bhd, Semua House Jalan Masjid India, Azyan Jaidir mengikut trend terkini ramai yang sudah beralih kepada tudung siap namun masih ramai wanita yang lebih selesa memakai tudung bawal dan kain sifon Itali.

Ini kerana, katanya pemakaian tudung jenis bawal dan Itali lebih mudah untuk digayakan dan dipakai menggunakan pin tudung, kerongsang dan klip tudung yang banyak dijual di pasaran.

“Lagi pun, tudung bawal dan Itali harganya lebih murah serta mempunyai sulam atau corak yang pelbagai,” katanya ditemui di kedainya di sini, baru-baru ini.

Azyan berkata, tudung bawal dan Itali juga mudah untuk digayakan sama ada cara konservatif iaitu dilipat tiga segi dan disematkan dengan pin di bawah dahu, atau diikat dan dililit di atas kepala.

Katanya, di Dir’s Gallery, hanya tudung bawal diimport dari Jepun dijual dan sulaman pada tudung dibuat di Indonesia.

“Kami ada beberapa jenis sulaman yang disukai pelanggan, antaranya sulam goyang dari Bukit Tinggi Indonesia yang mana harga tudung ini boleh mencecah RM160 sehelai. Batu pada tudung yang kita gunakan bukannya batu biasa tetapi kristal Swarovski yang tidak mudah tertanggal dan jatuh,” katanya.

Selain itu, terkini mereka yang memakai tudung suka mengenakan selendang panjang untuk tampil berbeza daripada biasa.
“Ikatan tudung selendang panjang biasanya membabitkan lilitan di kepala dan leher yang boleh didapati dalam pelbagai corak dan warna.

“Biasanya, selendang panjang digemari mereka yang mahu nampak eksklusif . Mereka yang ingin pergi majlis makan malam atau majlis keraian lebih suka memilih selendang yang ada hiasan, labuci, batu-batuan dan manik.

“Terkini, ada selendang panjang dua lapis dari kain sifon yang ditampilkan dalam dua warna berbeza berserta corak seperti rama-rama dan bunga

“Selain selendang bercorak, kita juga menjual corak tanpa corak tetapi dihiasi labuci di kaki tudung. Warna yang biasa dipilih adalah yang lembut. Bagi yang suka penampilan menyerlah, mereka lebih suka memilih warna terang atau tudung Itali atau jenis Mortada bercorak bunga besar atau abstrak,” katanya

Terkini, tudung siap dipakai menampilkan renda dan ropol dengan warna terang seperti jingga, hijau pucuk pisang dan merah jambu.

Di Dir’s Gallery kita ada memperkenalkan anak tudung daripada kain kapas berbeza daripada yang biasa ada di pasaran diperbuat daripada kain satin.

INFO: Panduan menjaga tudung bawal

  • Tudung bawal sensitif, fabriknya agak nipis. Bagi mengekalkan batu permata dan keadaan kain, basuh ia menggunakan tangan dan elakkan memberus atau menggunakan mesin basuh.

  • Cuci menggunakan air yang dicampur sedikit serbuk pencuci. Rendam seketika, bilas dan sidai. Elakkan merendam dalam rendaman pelembut fabrik kerana ia boleh menyebabkan tudung bawal menjadi lembik dan sukar dibentuk.

  • Sidai di tempat yang teduh supaya fabrik tahan lama dan tidak pudar warnanya.

  • Jika tudung bawal mempunyai taburan batu permata, lapik kain lain di atas tudung atau terbalikkan ia ketika menggosok. Pastikan suhu seterika sederhana panas.

    Guna kerongsang yang mempunyai pin tajam kerana pin yang tumpul boleh menyebabkan tudung bawal anda berlubang dan rosak.
  • Back to top Go down
    http://sandakan-dcl.all-up.com/
    mimie1010
    REGULAR
    REGULAR
    mimie1010

    Female
    Age : 41
    location : KK/KL
    Points : 11872
    Reputation : 0
    Number of posts : 478

    Tudung bawal, sifon digemari Empty
    PostSubject: Re: Tudung bawal, sifon digemari   Tudung bawal, sifon digemari Icon_minitime11/3/2008, 4:49 pm

    Bah apa lg kak ryn.... Wink
    Back to top Go down
    sakura
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    sakura

    Female
    Age : 46
    location : JB
    Points : 12088
    Reputation : 0
    Number of posts : 1109

    Tudung bawal, sifon digemari Empty
    PostSubject: Re: Tudung bawal, sifon digemari   Tudung bawal, sifon digemari Icon_minitime11/3/2008, 5:48 pm

    kak..skrg nie mmg mcm2 jenis sy tgk tudung..naik silau2 mata dibuatnya..sy x minat tudung yg kelam kelip tu..nmpk sarat n serabut..koleksi tudung yg sy ada pun x byk..sumer pattern lama je..
    bukan nak sombong kak..sy pakai cuma masa kenduri dn majlis2 tertentu je..hubby ada syorkan srh pakai tudung..tapi bila nak terbuka taulah.. malu
    Back to top Go down
    rynjeff
    MODERATOR
    rynjeff

    Female
    Age : 50
    location : Sandakan
    Points : 12115
    Reputation : 3
    Number of posts : 2079

    Tudung bawal, sifon digemari Empty
    PostSubject: Re: Tudung bawal, sifon digemari   Tudung bawal, sifon digemari Icon_minitime12/3/2008, 9:52 pm

    memang banyak jenis tudung sekarang ni pilihan pun banyak ...dengar2 skrg

    ni ada lagi tudung dubai jenis baru....harga pun ikut gred tudung....tahun

    lalu kakak ada pengalaman menjual tudung secara kecil-kecilan kakak order

    dari kelantan 3 dozen jak..... yang kakak heran tudung yang paling mahal RM

    100 lebih lebih cepat laku dari tudung2 gred lain dont know tapi boleh tahan

    jugak untungnya Very Happy . Tahun ni insyallah kakak nak jual lagi dekat2 raya ni.
    Back to top Go down
    http://sandakan-dcl.all-up.com/
    mimie1010
    REGULAR
    REGULAR
    mimie1010

    Female
    Age : 41
    location : KK/KL
    Points : 11872
    Reputation : 0
    Number of posts : 478

    Tudung bawal, sifon digemari Empty
    PostSubject: Re: Tudung bawal, sifon digemari   Tudung bawal, sifon digemari Icon_minitime13/3/2008, 1:42 pm

    Kak ryn,

    ada mimie nmpak famos skang tudung yg ada bunga melekat dbelakang tu bah. apa suda gia nama tudung gtu tu. D KL ramai org pakai da. d kk pun kunun... tudung tu ikat d belakang...tudung fesyen bah tu kan...

    nanti mimie try design labuci or sulaman utk tudung...kak ryn leh jd model nya What a Face .
    mimie hantar p sdk,ada gak alasan p sna slalu.kwang..kwang..kwang..
    skang ni utk labuci manik sulaman utk baju kurung n kebaya mimie ada byk design da..dkt2 hari raya,mimie la pening coz family suma minta design. imgine la kakak mimie ada 5org ooo...blum lg kira ibu yg tercinta. Wink
    Back to top Go down
    sakura
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    sakura

    Female
    Age : 46
    location : JB
    Points : 12088
    Reputation : 0
    Number of posts : 1109

    Tudung bawal, sifon digemari Empty
    PostSubject: Re: Tudung bawal, sifon digemari   Tudung bawal, sifon digemari Icon_minitime13/3/2008, 1:49 pm

    mimie..i pun x nak lepas peluang!!! What a Face
    Back to top Go down
    rynjeff
    MODERATOR
    rynjeff

    Female
    Age : 50
    location : Sandakan
    Points : 12115
    Reputation : 3
    Number of posts : 2079

    Tudung bawal, sifon digemari Empty
    PostSubject: Re: Tudung bawal, sifon digemari   Tudung bawal, sifon digemari Icon_minitime13/3/2008, 3:11 pm

    mimie1010 wrote:
    Kak ryn,

    ada mimie nmpak famos skang tudung yg ada bunga melekat dbelakang tu bah. apa suda gia nama tudung gtu tu. D KL ramai org pakai da. d kk pun kunun... tudung tu ikat d belakang...tudung fesyen bah tu kan...

    nanti mimie try design labuci or sulaman utk tudung...kak ryn leh jd model nya What a Face .
    mimie hantar p sdk,ada gak alasan p sna slalu.kwang..kwang..kwang..
    skang ni utk labuci manik sulaman utk baju kurung n kebaya mimie ada byk design da..dkt2 hari raya,mimie la pening coz family suma minta design. imgine la kakak mimie ada 5org ooo...blum lg kira ibu yg tercinta. Wink

    ndak pasti pulak kakak tudung apa tu ya.......ikat di belakang Suspect nantilah kakak tengok2 kalau ada orang pakai.....sebab kakak ni jarang jalan2....kakak cuba2 cari di internet manatau jumpa What a Face

    mimie yg sulam ka? best ni Very Happy hehehe......pasal model tu mimie pun boleh ba...tiada salahnya kan....tapi kalau mau pigi sandakan ok ba tu bagitau jak bila2 mimie mau ke sandakan okey dance
    Back to top Go down
    http://sandakan-dcl.all-up.com/
    mimie1010
    REGULAR
    REGULAR
    mimie1010

    Female
    Age : 41
    location : KK/KL
    Points : 11872
    Reputation : 0
    Number of posts : 478

    Tudung bawal, sifon digemari Empty
    PostSubject: Re: Tudung bawal, sifon digemari   Tudung bawal, sifon digemari Icon_minitime13/3/2008, 3:45 pm

    Alah kak..tudung tu mmg mcm serkup kepala...pakai terus ikat d belakangnya..so tali dia terjuntai..d tali tu la ada bunga besar. mula2 ingatkan org pakai tu letak bunga..rupanya mmg ada siap bunga. Hari tu ingat nama..skang da lupa le.. maklum la byk d pikirin ni What a Face .

    Sandakan?. Bleh bah lama nda p sna,last visit pun bln nov last yr..hehehe..bkn teda sudara gak sna kan Wink
    Back to top Go down
    Dvivie99
    REGULAR
    REGULAR
    Dvivie99

    Female
    Age : 46
    location : KL & KK
    Points : 11814
    Reputation : 0
    Number of posts : 411

    Tudung bawal, sifon digemari Empty
    PostSubject: Re: Tudung bawal, sifon digemari   Tudung bawal, sifon digemari Icon_minitime15/3/2008, 3:27 am

    Amboi b..Sepa sudara kita d sdk tu ah Suspect .

    Oic...ada pulak..ada...Syhhhhh

    Bah d atur... dance


    Yuppss, kalu bab fashion2 ni tanya jak la mimie nie.

    Dia PAKAR!! respek ..ambik course fashion bah ni.
    Mendesign jak kerja dia nie...
    Back to top Go down
    rynjeff
    MODERATOR
    rynjeff

    Female
    Age : 50
    location : Sandakan
    Points : 12115
    Reputation : 3
    Number of posts : 2079

    Tudung bawal, sifon digemari Empty
    PostSubject: Re: Tudung bawal, sifon digemari   Tudung bawal, sifon digemari Icon_minitime16/3/2008, 2:15 pm

    Saudara baru kali vivie pale .OIC mimie ni pakar design ka? bagus ni nanti kakak mintak tolong design2 baju ........boleh kan mimie ...... What a Face .
    Back to top Go down
    http://sandakan-dcl.all-up.com/
    zainahr
    FRESHIE
    FRESHIE


    Female
    Age : 42
    location : SABAH
    Points : 11198
    Reputation : 0
    Number of posts : 1

    Tudung bawal, sifon digemari Empty
    PostSubject: Re: Tudung bawal, sifon digemari   Tudung bawal, sifon digemari Icon_minitime29/12/2008, 9:08 pm

    salam
    mana aku bleh tgok sampel tudung?
    Back to top Go down
    sasukey
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    sasukey

    Female
    Countries/State : Sarawak
    Age : 74
    location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
    Tag ID: : SFC ziro
    Points : 12099
    Reputation : -6
    Number of posts : 1063

    Tudung bawal, sifon digemari Empty
    PostSubject: Re: Tudung bawal, sifon digemari   Tudung bawal, sifon digemari Icon_minitime13/7/2009, 10:09 am

    blue hypo YA BA AKU PUN MAU JUA MELIAT blue hypo
    Back to top Go down
    Sponsored content




    Tudung bawal, sifon digemari Empty
    PostSubject: Re: Tudung bawal, sifon digemari   Tudung bawal, sifon digemari Icon_minitime

    Back to top Go down
     

    Tudung bawal, sifon digemari

    View previous topic View next topic Back to top 

     Similar topics

    +
    Page 1 of 1

    Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
    SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: PEREMPUAN DOT NET :: Shopping & Kecantikan-
    Jump to: