SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
NAZA sutera Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
NAZA sutera Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 NAZA sutera

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Blanksforwhatever
JUNIOR
JUNIOR
Blanksforwhatever

location : malaysia
Points : 12430
Reputation : 0
Number of posts : 128

NAZA sutera Empty
PostSubject: NAZA sutera   NAZA sutera Icon_minitime20/6/2007, 5:34 pm

Image hosted by servimg.com


REKA bentuk yang sporty dengan kemasan di bahagian dalaman dan luar yang begitu eksklusif dan moden membuatkan model kereta baru keluaran Kumpulan Naza, Naza Sutera sebagai pilihan paling tepat buat golongan muda dan eksekutif.

Kereta bersaiz kompak dengan enjin berkuasa 1.1 liter DOHC 16 Valve buatan Jepun itu tentu menjadi bualan ramai ditambahkan lagi dengan harga kenderaan itu yang dilihat pemerhati kenderaan automatif sebagai sangat ekonomik.

Naza Sutera yang didatangkan dengan enam pilihan warna iaitu hitam marmar, kuning lemon, jingga bara, perak raksa, hijau pucuk pisang dan biru plastik menampilkan kira-kira 75 peratus komponen buatan tempatan dengan reka bentuk yang diinspirasikan dari reka bentuk kenderaan Itali.

Pengerusi Kumpulan dan Ketua Eksekutif Naza, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, ketika berucap pada satu majlis istimewa bersama media di Kuala Lumpur, berkata penghasilan kenderaan kompak itu turut menjalani beberapa proses ketat bagi memenuhi standard dan kehendak pasaran tempatan dan antarabangsa.

Beliau berkata, tinjauan pendapat umum turut dilakukan dengan mengambil kira maklumat serta kehendak pasaran yang sebenar untuk memiliki kenderaan pengguna yang benar-benar sesuai.

“Naza Sutera juga menjalani prosedur ketat dari segi ketahanan dan imbangan yang dilakukan di United Kingdom dan Malaysia bagi menguji keutuhan dan daya imbangan yang jitu kenderaan ini,” katanya sambil menjelaskan ujian itu dinamakan Belgian Road Test.

Kereta berkenaan yang akan dipasarkan dalam dan luar negara, terutama di Asia Tenggara dan Eropah disasarkan kepada remaja khususnya pelajar universiti dan eksekutif muda yang memang inginkan kenderaan penuh gaya dengan harga yang sangat praktikal.

Naza Sutera dilengkapi aksesori standard yang tidak dimiliki model kenderaan pada harga setanding dengannya seperti dua beg udara. Kereta ini juga menonjolkan rekaan futuristik pada kemasan kerusi dan stering, selain menjamin pemanduan berkuasa, lancar dan penjimatan bahan api.

Tunggu apa lagi, uji pandulah Naza Sutera hari ini yang ditawarkan pada harga RM35,900 seunit dan rasailah perbezaan ketara kenderaan kompak ini. Barulah bergaya!

Image hosted by servimg.com
Back to top Go down
 

NAZA sutera

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: SIOLOON AUTO CHIT CHAT-
Jump to: