SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Apabila cinta kian pudar Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Apabila cinta kian pudar Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Apabila cinta kian pudar

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12137
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Apabila cinta kian pudar Empty
PostSubject: Apabila cinta kian pudar   Apabila cinta kian pudar Icon_minitime16/5/2008, 9:52 am

Apabila cinta kian pudar

Apabila cinta kian pudar Logo-intim
HAMPIR semua orang pernah merasai penangan cinta. Kuasa cinta menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja. Berjumpa setiap hari, bercakap berjam-jam di telefon, jaga sehingga lewat malam, meminjamkan wang dan sebagainya.
Pendek kata sewaktu dilamun cinta, semuanya terlalu indah dan membahagiakan. Tetapi kenapa kenapa kehangatan cinta tidak kekal lama? Keterujaan cinta bagi sesetengah orang hanya berlangsung sementara. Ada yang mungkin mencecah setahun tetapi banyak yang tidak sampai angka 12 bulan pun.
Selepas itu, kehangatan dan keterujaan cinta semakin pudar. Jika cinta masih kekal pun, ia tidak sehangat dulu. Tetapi lebih menyedihkan lagi, ikatan cinta berakhir dengan perpisahan.
Selain tiada persefahaman, ramai juga yang menyatakan mereka mudah bosan selepas tempoh masa tertentu perhubungan.
Benarkan keghairahan hubungan cinta tidak dapat dikekalkan? Atau adakah sememangnya menjadi lumrah kehangatan cinta hanya berlangsung dalam tempoh tertentu?
Apatah lagi selepas menjengah ke alam rumah tangga, kehangatan cinta akan semakin pudar.
Hakikatnya, bagi kebanyakan pakar psikologi, keterujaan dan kehangatan hubungan percintaan bergantung kepada pasangan terbabit.
Keghairahan semasa menempuh alam percintaan terjadi kerana ketika itulah, masing-masing mengungkap kata cinta, merungkai isi hati masing-masing dan saling menghargai.
Bagaimanapun, apabila hubungan percintaan sudah diisytihar, ramai yang mengabaikan kata-kata cinta, apatah lagi mengambil tahu isi hati pasangan masing-masing.
Tatkala itu, kehambaran cinta akan menerpa dan banyak yang tidak dapat menyelamatkan hubungan itu.
Berikut adalah antara beberapa tip ringkas untuk mengekalkan kehangatan dan keterujaan hubungan percintaan.
Situasi spontan
Jangan sesekali merendah-rendahkan nilai spontan dalam sebuah perhubungan. Biasanya kebosanan timbul dalam sesuatu perhubungan kerana rutin harian yang dilakukan hampir sama dan sudah boleh dijangkakan.
Jangan takut untuk mencadangkan aktiviti-aktiviti baru yang boleh dilakukan bersama. Atau lakukan kejutan-kejutan tertentu seperti lelaki boleh cuba memasak satu resipi baru untuk makan malam. Elakkan terlalu merancang situasi spontan.
Teroka lokasi baru
Pernah anda makan malam di sebuah kedai yang hampir sama saban hari dengan kekasih anda? Ada pula yang hanya membeli-belah di pasar raya yang serupa. Tidak kurang pula asyik bercuti di tepi pantai.
Pelbagaikan dan terokailah lokasi baru bersama untuk menambahkan keterujaan dalam hubungan. Terdapat ribuan kedai makan, ratusan pusat beli-belah dan pelbagai destinasi percutian di dalam dan luar negara. Mengapa perlu begitu sterotaip?
Hadir kelas atau kursus bersama
Apa kata hadir satu-satu kelas baru secara bersama.
Jika selesa dengan kelas masakan anda boleh mencuba kelas itu. Atau jika tidak terdapat banyak kelas lain termasuklah tarian, gim, pilates, hasil seni dan banyak lagi.
Aktiviti baru yang dilakukan bersama menyebabkan anda mewujudkan satu hubungan saling bergantung dan interaksi yang lebih kerap.
Tidur di hotel atau resort
Atmosfera yang baru akan menambahkan lagi romantis dalam hubungan. Jangan terlalu terikat – suami isteri perlu tidur dalam bilik di rumah.
Sesekali cuba atmosfera di hotel, resort atau berkhemah di tepi pantai. Ia akan membuatkan anda tidak terlalu bosan.
Beri hadiah tanpa sebab
Ini adalah antara cara untuk mengembalikan hubungan kembali ke landasan yang betul. Pada awal hubungan anda kerap menghadiahkan si dia hadiah, tetapi selepas beberapa lama ia tidak lagi berlaku. Hadiah yang kecil sudah cukup kerana ia menjadi satu tanda atau isyarat si dia sentiasa bertakhta di hati anda. Tidak perlu menunggu hari jadi, hari kekasih atau hari ulang tahun untuk melakukan perkara itu. Bosan bukan?
Berpegang tangan
Ramai yang mengambil sikap sambil lewa pada pergerakan semudah berpegangan tangan. Ramai pasangan hanya berpegangan tangan semasa awal hangat bercinta sahaja tetapi tidak selepas itu. Kenapa begitu? Malu?
Kenapa perlu malu apatah lagi sekiranya hubungan anda itu sudah menginjak ke alam perkahwinan? Memegang tangan, mengusap jari-jemari dan mencium tangan pasangan anda walaupun nampak mudah, tetapi ia satu tindakan yang menyenangkan dan menunjukkan anda ikhlas berkongsi hidup dengannya.

Apabila cinta kian pudar RomanticCouple
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
sakura
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sakura

Female
Age : 46
location : JB
Points : 12110
Reputation : 0
Number of posts : 1109

Apabila cinta kian pudar Empty
PostSubject: Re: Apabila cinta kian pudar   Apabila cinta kian pudar Icon_minitime16/5/2008, 2:15 pm

berpegangan tangan......
ssh nak cakap lah sbb terpulang kat individu masing2...kalau masa bercinta..pendek kata tak mau lepas..skrg nie....hemmm!!!!!!!!
Back to top Go down
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 41
location : KK/KL
Points : 11894
Reputation : 0
Number of posts : 478

Apabila cinta kian pudar Empty
PostSubject: Re: Apabila cinta kian pudar   Apabila cinta kian pudar Icon_minitime18/5/2008, 7:31 pm

Kadang-kadang sifat si dia yg terlalu mengongkong & segala kata-katanya harus diikut saja pun bole membuatkan lama kelamaan cinta itu kian pudar secara perlahan-lahan....

Sifat sesetengah lelaki yg tdk dpt mengawal kemarahan mereka,bila marah pasti akan meninggikan suara & marah sepenuh hati..juga akan membuatkan pasangan anda akan merasakan dirinya adalah tempat utk melepas geram..lama kelamaan pasangan anda akan cuba menjauhkan diri secara perlahan-lahan...Dan akhirnya perasaan cinta akan pudar...

Sifat cemburu yg tdk dpt dikawal..juga akan menjadi penyebab akhirnya cinta akan menjadi pudar..

Tiada kepercayaan jgk di antara penyebab perhubungan akan menjadi pudar...pasangan anda terlalu berfikir yg bkn2,yg negetive saja..apa sja yg di buat pasti ada saja rasa tdk percaya... Lama kelamaan,perasaan bosan akan timbul kerana asyik bergaduh..jd pudar la cinta itu secara perlahan-lahan...

So sebelum terlewat,baiki mana-mana kesilapan yg ada..Ikuti la panduan2 di atas...
Semoga cinta yg kita semai tidak akan pudar..
What a Face
Back to top Go down
eleanor
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : sabah
Points : 11925
Reputation : 0
Number of posts : 2620

Apabila cinta kian pudar Empty
PostSubject: Re: Apabila cinta kian pudar   Apabila cinta kian pudar Icon_minitime18/5/2008, 7:43 pm

aduiii panjang nya.... susah mau baca..... tapi pandai2 la... hehehhe yang penting kete ku tetap setia sama sa.....
Back to top Go down
Dvivie99
REGULAR
REGULAR
Dvivie99

Female
Age : 46
location : KL & KK
Points : 11836
Reputation : 0
Number of posts : 411

Apabila cinta kian pudar Empty
PostSubject: Re: Apabila cinta kian pudar   Apabila cinta kian pudar Icon_minitime19/5/2008, 4:24 pm

Kepada couple2 yg ada problem dgn relation mereka...cepat2 la bertindak menyelesaikan prob kowang..jgn smpai membiarkan cinta kowang bertambah pudar..lama2..ending story tue...

jgn ego..sacrifice la sket..buat la mcm yg kakryn post di atas tue,kalu anda syg relation anda....

Back to top Go down
Sponsored content




Apabila cinta kian pudar Empty
PostSubject: Re: Apabila cinta kian pudar   Apabila cinta kian pudar Icon_minitime

Back to top Go down
 

Apabila cinta kian pudar

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: PEREMPUAN DOT NET :: Cinta-
Jump to: