SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12057
Reputation : 0
Number of posts : 737

Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal Empty
PostSubject: Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal   Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal Icon_minitime17/3/2008, 10:07 am

Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal



[url=mailto://][/url]



SUNDERLAND: Avram Grant melaungkan pujian buat pasukannya selepas mereka meraih kemenangan 1-0 hasil kerja keras di Sunderland sebagai bukti Chelsea berada pada keadaan terbaik dalam misi untuk memintas Arsenal dan Manchester United dalam perebutan Liga Perdana.

Tandukan awal John Terry membezakan kedua-dua pasukan dan Sunderland bernasib baik tidak meraih sekurang-kurangnya satu mata yang begitu penting dalam usaha mereka untuk menyelamatkan diri daripada zon penyingkiran.

Tetapi bagi Grant, yang menyaksikan pasukannya belum tewas dalam 12 perlawanan liga, terbit rasa puas hati terhadap rekod tidak bolos ke-17 Chelsea musim ini, menandakan pertahanan kental yang menyuntik kejayaan mereka.

Kini mereka bersedia berdepan Tottenham di White Hart Lane, Rabu ini sebelum melayan kunjungan Arsenal di Stamford Bridge, pada Ahad dan Grant menegaskan pasukannya akan memasuki perlawanan itu dengan keyakinan tinggi.

"Tottenham dan Asenal adalah perlawanan besar minggu ini, tetapi saya tidak menyaksikan mana-mana minggu yang tidak penting. Setiap perlawanan adalah penting dan apabila kami tiba pada akhir musim, ia lebih penting.

"Setiap perlawanan adalah sukar, itulah sebab mengapa kami perlu melakukan tugas kami menentang Sunderland dan saya cukup optimistik. Jika saya berada pada situasi yang saya tidak percaya, saya fikir saya akan mencari kerja baru.
"Jika terdapat seseorang dalam kelab ini yang tidak menyimpan harapan, mereka sepatutnya tidak berada dalam bola sepak."

Usaha keras mereka di Stadium of Light begitu menggalakkan buat Grant selepas kekalahan mereka dalam Piala FA kepada Barnsley. - AFP
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12057
Reputation : 0
Number of posts : 737

Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal Empty
PostSubject: Re: Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal   Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal Icon_minitime25/3/2008, 7:34 am

Arsenal tambah parah – Wenger -- Chelsea kini intai pula kedudukan United


LONDON – Arsene Wenger berkata, peluang Arsenal untuk meraih gelaran Liga Perdana England musim ini bertambah parah selepas tewas 1-2 kepada Chelsea di London, kelmarin.
Kalah pada perlawanan, kelmarin turut menyebabkan Gunners tercicir ke tangga ketiga dan ketinggalan enam mata daripada Manchester United yang selesa sebagai pendahulu liga.
‘‘Kekalahan ini malang buat kami. Kami perlu menang selepas ini selepas mencatat empat perlawanan dengan seri dan kalah sekali.
‘‘Apa pun, saya masih merasai semangat pasukan. Para pemain sendiri kecewa apabila pulang tanpa membawa mata. Mereka (pemain) perlu menunjukkan kekuatan sebenar. Sekarang kita sudah ketinggalan enam mata di belakang United. Kita perlu menang perlawanan selepas ini sebelum boleh bercakap tentang gelaran,’’ katanya mengulas perlawanan, kelmarin.
Wenger juga tidak dapat memastikan posisi mana dalam pasukannya yang perlu diperbetulkan selepas menang empat daripada lapan perlawanan setakat ini.
‘‘Mungkin barisan pertahanan yang agak leka sehingga memberikan jaringan mudah ketika menentang Middlesbrough dan Aston Villa.
‘‘Kemenangan sepatutnya memihak kepada kita pada perlawanan itu tetapi kita agak leka,’’ ujarnya yang menyifatkan nasib tidak menyebelahi Arsenal apabila gol pertama dibatalkan kerana ofsaid.
Sementara itu, Pengurus Chelsea, Avram Grant belum berasa yakin sama ada pasukannya masih berpeluang untuk meraih gelaran liga selepas dipisahkan dengan lima mata dengan United.
‘‘Saya tidak tahu tetapi saya berjanji pasukan ini akan melakukan yang terbaik. Sejak September lalu, pasukan ini mempamerkan 80 peratus permainan yang terbaik,’’ kata Grant.
Pada perlawanan, kelmarin kebangkitan Chelsea bermula apabila Arsenal kehilangan pemain pertahanannya, Bacary Sagna yang cedera ketika mendahului 1-0 dan pada masa yang sama, Grant memasukkan Nicolas Anelka dan Juliano Belletti.
Drogba kemudian mendapatkan gol penyamaan sebelum mengukuhkan kedudukan Chelsea sehingga tamat permainan.
Ditanya tentang tindakannya meletakkan beberapa pemain utama sebagai gantian, Grant berkata: ‘‘Saya tidak fikir mana-mana pengurus akan yakin menang setiap kali turun padang.
‘‘Bagaimana pun hari ini ia menjadi. saya sangat gembira... Kami berjaya meletakkan tekanan kepada pasukan lawan.’’
Menurut Grant, dia sengaja memekakkan telinganya apabila ramai peminat Chelsea dalam stadium, kelmarin menjerit membantah tindakannya itu.
‘‘Saya tidak mengendahkan mereka. Saya memberi tumpuan kepada apa yang perlu dilakukan, malah saya yakin,’’ tegasnya.Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal Main_story_gradient_bottom
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
Yakuza
MODERATOR
Yakuza

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : penampang,beringgis,papar
Points : 12248
Reputation : 3
Number of posts : 1457

Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal Empty
PostSubject: Re: Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal   Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal Icon_minitime25/3/2008, 4:00 pm

hehehehe.hidup chelsea. . .chelsea...chelsea... Very Happy ada juga kwn aku yg minat chelsea. . .
Back to top Go down
Ben507
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Ben507

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : SANDAKAN,BUNDU TUHAN,PUTATAN
Tag ID: : SFC 2357
Points : 11962
Reputation : 0
Number of posts : 1557

Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal Empty
PostSubject: Re: Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal   Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal Icon_minitime25/3/2008, 4:25 pm

YALAH...MUDA2HAN CHELSEA DAPAT PINTAS MU...
YANG KESIAN LIVERPOOL... bye
Back to top Go down
arep
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
arep

Male
Age : 38
location : Malaysia
Points : 12279
Reputation : 0
Number of posts : 1160

Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal Empty
PostSubject: Re: Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal   Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal Icon_minitime27/3/2008, 11:05 pm

hehehehehhe.....
baru korang tahu
chelsea hebat.......
Back to top Go down
Ben507
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Ben507

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : SANDAKAN,BUNDU TUHAN,PUTATAN
Tag ID: : SFC 2357
Points : 11962
Reputation : 0
Number of posts : 1557

Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal Empty
PostSubject: Re: Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal   Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal Icon_minitime29/3/2008, 8:10 pm

Xpalah manatau Liverpool sangkut d uefa...hehehehehe Very Happy
Back to top Go down
Sponsored content




Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal Empty
PostSubject: Re: Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal   Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal Icon_minitime

Back to top Go down
 

Chelsea di laluan terbaik pintas kedudukan United, Arsenal

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN SUKAN-
Jump to: