SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Beetle jelmaan idea Porsche Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Beetle jelmaan idea Porsche Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Beetle jelmaan idea Porsche

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12197
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Beetle jelmaan idea Porsche Empty
PostSubject: Beetle jelmaan idea Porsche   Beetle jelmaan idea Porsche Icon_minitime14/4/2008, 10:09 pm

PEMILIK kenderaan Volkswagen 'Beetle' mungkin boleh berbangga kenderaan mereka asalnya dicipta Ferdinand Porsche, orang sama yang menghasilkan kereta mewah berprestasi tinggi terhebat di dunia, Porsche.

Kewujudan Beetle atau nama sebenarnya, Volkswagen Type 1 adalah kereta ekonomi yang dihasilkan pengeluar kereta Jerman, Volkswagen dari tahun 1938 sehingga 2003.

Selain Type 1, ia turut dikenali dengan nama 1200, 1300 atau 1500 di Eropah, merujuk kepada saiz enjinnya dalam sentimeter padu.

Bermula pada tahun 1931, Ferdinand dan Zundapp membangunkan 'Auto fur Jedermann' yang membawa maksud kereta untuk semua orang dan menggunakan Volkswagen sebagai nama kenderaan ciptaan mereka.

Peringkat awal ciptaannya, Ferdinand lebih gemar menggunakan enjin empat silinder rata sejukan udara tetapi Zundapp lebih suka menggunakan enjin jejari lima silinder sejukan cecair.

Setahun selepas itu, tiga prototaip awal Volkswagen diuji dan berjaya menghasilkan sebuah kenderaan rakyat yang sesuai pada zaman terbabit.

Pada tahun 1933, Adolf Hitler menghantar lakaran kepada Ferdinand bagi cadangan model 'Kereta Rakyat', sebuah kereta asas yang mampu mengangkut dua penumpang dewasa dan tiga kanak-kanak pada kelajuan 100 kilometer sejam (km/j).

Kereta Rakyat itu mampu dibeli rakyat Jerman Nazi melalui skim simpanan dengan harga serendah 990 mark, hampir sama dengan harga sebuah motosikal kecil ketika itu.

Iklan 'Anda perlu menyimpan lima mark seminggu jika ingin memandu kereta' menjadikan Volkswagen sebagai sebuah kenderaan pilihan ramai.

Ketika Perang Dunia Kedua melanda, tiga model kenderaan prototaip terbabit hilang manakala yang terakhir ditemui pada tahun 1945 sebelum serangan bom di Stuttgart, Jerman yang melenyapkan sama sekali model asal 'kereta rakyat' berkenaan.

Kejatuhan Hitler dan empayar Nazi menyebabkan Volkswagen terus tenggelam bersama pengasasnya sehinggalah pada tahun 1967 apabila kereta itu dilahirkan semula.

Selepas 1967, barulah Volkswagen menggunakan nama 'Beetle' and 'Bug' secara rasmi dan diterima ramai dalam masa yang singkat di Amerika Syarikat dan dunia.

Volkswagen Beetle melalui perubahan ketara bagi model tahun 1967 walaupun kereta tersebut kelihatan sama seperti model asal tetapi sistem aliran kuasanya dipertingkatkan.

Antara perubahan pada Beetle termasuklah enjin yang lebih besar pada tahun berikutnya seperti kuasa kuda ditingkatkan daripada 50 hp kepada 53 hp.

Selain itu, penjana elektrik turut diperbaharui daripada 180 kepada 360 watt dan sistem elektrik dipertingkatkan daripada sistem enam volt kepada 12 volt.

Beberapa perubahan lagi turut berubah apabila saiz cakera klac ditingkatkan, roda tenaga, sistem brek dan gandar belakang.

Peralatan wajib baru termasuklah pengelap cermin hadapan 2 kelajuan, lampu sandaran, alas lengan pemandu pada pintu, punat pengunci pintu, lampu hadapan serta cermin sisi di bahagian pemandu.

Harga bagi model tersebut ketika itu sekitar AS$1,640 (RM6,068) dengan berat 840 kilogram, berat lazim bagi kereta buatan Eropah.

Kelajuan maksimum ialah 130 km/j dan mencukupi apabila dipadankan dengan had laju maksimum 110 km/j di lebuh raya Amerika Syarikat.

Pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Amerika Utara 1994, Volkswagen menampilkan 'Concept 1' yang berkonsepkan reka bentuk futuristik tetapi mirip model asal Beetle.

Reaksi menggalakkan daripada orang ramai terhadap kenderaan konsep itu menyebabkan syarikat pengeluar kereta tersebut melancarkan Beetle baru hasil rekaan Mays dan Freeman Thomas di studio di California.

Concept 1 adalah model pertama dikeluarkan selepas 20 tahun Beetle terakhir dijual di Amerika Syarikat.

Beetle baru dikeluarkan di kilang Volkswagen di Puebla, Mexico pada tahun 2000.

Model terbaru ini didatangkan dengan enjin sejukan cecair di hadapan kereta yang dipacu roda hadapan dan hanya berkait dengan model asal pada nama, bentuk umum serta beberapa reka bentuk.

Ia adalah sebuah kereta moden berasaskan platform Volkswagen A.

Kini, Volkswagen mengecapi zaman kegemilangannya dan semakin digilai semula dengan reka bentuk asal tetapi dipertingkatkan dari segi teknologi, keupayaan dan taraf.

Volkswagen Beetle bukan lagi dikenali sebagai kereta rakyat tetapi satu kenderaan untuk golongan berpendapatan mewah.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

Beetle jelmaan idea Porsche

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: SIOLOON AUTO CHIT CHAT-
Jump to: